Anda di halaman 1dari 11

TEKNIK “E-PICTURE: MEMANTAPKAN KEMAHIRAN

MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK


KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 2KA1

ROSMAWATI BINTI MOHAMED

SMK Bandar Putra, Kulaijaya

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam
kemahiran mengenalpasti komponen-komponen di atas papan induk komputer. Pelajar-
pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan 2KA1 di
SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan
menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar dan soalan sumbang saran yang diajukan di
dalam kelas. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar di dapati masih belum menguasai
kemahiran tersebut sepenuhnya. Analisis juga mendapati cara guru mengajar yang lebih
kepada teori tidak dapat membantu pelajar dalam mengingati komponen-komponen yang
terlibat. Ini adalah disebabkan oleh kekangan di mana guru hanya dapat menunjukkan
sepintas lalu papan induk sebenar kepada pelajar menggunakan komputer sedia ada di
dalam makmal. Pelajar sukar untuk mengingati sekiranya mereka tidak didedahkan
dengan komponen tersebut berulang kali. Bagi mengatasi masalah tersebut, kaedah ”E-
Picture” digunakan sebagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran dan penekanan
diberi kepada aktiviti mengulang tayang gambar-gambar komponen papan induk bagi
membantu pelajar mengingati komponen tersebut dengan lebih berkesan. Pelajar
diberikan ujian bagi menguji kemahiran mereka. Dapatan hasil ujian ini mendapati
pelajar telah dapat menunjukkan peningkatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik kerana pelajar didedahkan dengan pembelajaran yang lebih interaktif.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam menangani dunia teknologi masa kini, murid Tingkatan satu dan dua
didedahkan dengan mata pelajaran literasi komputer. Mata pelajaran ini adalah
sebagai asas pengetahuan murid kepada dunia perkomputeran. Sewaktu pelajar
berada di dalam tingkatan satu, pelajar telah didedahkan dengan komponen-
komponen asas komputer.

Pada awal tahun lalu, sewaktu membuat ulangkaji bersama murid-murid tingkatan
2KA1 saya telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini
bagi menguji sejauh mana mereka mengingati pelajaran yang telah diajar.
Diantara soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan komponen input, proses
dan output. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat
membezakan diantara komponen-komponen tersebut. Walau bagaimana pun
apabila dintanya mengenai komponen-komponen di atas papan induk,
kebanyakan respons yang diperolehi daripada pelajar adalah ”kami lupa cikgu”
atau pun ”kami tidak tahu”. Saya mengubah pendekatan soalan dengan membuka
sebuah komputer dan menunjukkan kepada mereka papan induk komputer, saya

1
meminta seorang pelajar menunjukkan di mana kedudukan CPU, respons yang
saya dapat adalah ”tak tahu”. Saya bertanya kepada beberapa orang lagi pelajar
dan respons yang saya perolehi adalah sama. Saya beralih pula kepada soalan di
mana meminta pelajar menyenaraikan komponen-komponen di atas papan induk
yang telah mereka pelajari, hanya segelintir pelajar dapat menjawab dengan betul
tetapi tidak semua komponen yang dapat mereka senaraikan.

Melalui pemerhatian ini saya dapati pelajar menghadapi masalah dalam


mengingati kedudukan komponen di atas papan induk komputer. Malah keadaan
papan induk yang penuh dengan komponen kecil dan cip-cip kecil menyukarkan
mereka membezakan antara satu komponen dengan komponen yang lain. Masalah
ini juga berlaku disebabkan mereka keliru dengan kedudukan dan rupa komponen
tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak pernah melihat komponen tersebut secara
realiti. Walaupun di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya menunjukkan
komponen tersebut di atas papan induk yang sebenar, mereka masih tidak dapat
mengenalpasti komponen yang ditunjukkan.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya hanya menunjukkan
secara keseluruhan gambar dan komponen tersebut di atas papan induk tanpa
memisahkan satu-persatu komponen tersebut daripada papan induk.

Oleh sebab kebanyakan pelajar memberikan jawapan bahawa mereka tidak ingat
atau tidak tahu, maka saya telah menerangkan kepada mereka bahawa untuk
mengingat sesuatu perkara terutama yang melibatkan sesuatu yang maujud,
mereka perlu selalu menggunakan alat tersebut atau melihat gambarnya berulang
kali supaya apa yang dilihat menjadi sebati dengan fikiran dan seterusnya apa saja
yang disoal mengenai perkara tersebut dapat dijawab dengan spontan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun kebolehan pelajar untuk mengingat sesuatu perkara adalah berbeza, apa
yang ingin difokuskan di sini adalah teknik yang boleh membantu pelajar
mengingati komponen-komponen papan induk komputer dengan lebih mudah dan
ingatan itu bertahan lebih lama. Oleh kerana topik ini melibatkan beberapa
komponen dan pelajar perlu dapat membezakan setiap komponen tersebut, pelajar
perlu didedahkan dengan komponen tersebut dengan lebih kerap. Menunjukkan
komponen yang sebenar kepada pelajar adalah mustahil kerana beberapa factor
seperti nilai komponen yang mahal dan risiko kecurian, oleh itu kami memikirkan
satu kaedah yang boleh menggantikan komponen tersebut.

Kaedah yang kami lakukan adalah dengan mengambil gambar papan induk dan
juga komponen-komponen di atas papan induk tersebut. Gambar-gambar tersebut
kemudian dikompil di dalam satu fail berformat Microsoft PowerPoint dan diolah
menjadi satu permainan flash card. Kad-kad ini kemudian ditayangkan kepada
pelajar untuk membantu mereka mengenalpasti dan mengingati komponen-
komponen di atas papan induk tersebut.

2
Kami yakin teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu ingatan pelajar dalam
topic ini. Melalui pemerhatian saya, antara kelemahan pelajar yang telah
dikenalpasti adalah
1. Tidak dapat menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan
induk komputer
2. Sukar mengenalpasti kedudukan komponan utama papan induk komputer
berikutan struktur papan pinduk yang kompleks.

Dengan usaha yang dilakukan ini diharap pelajar dapat memantapkan kemahiran
mereka dalam menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan induk
komputer serta mengenalpasti kedudukan komponen tersebut di atas papan induk
komputer.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir Kajian Tindakan ini, pelajar-pelajar akan mencapai objektif-objektif


berikut:

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran
mengenalpsti komponen-komponen papan induk komputer

3.2 Objektif Khusus


3.2.1 Membantu pelajar menyenaraikan nama komponen utama papan
induk komputer
3.2.2 Membantu pelajar mengenalpasti kedudukan komponen utama
papan induk komputer

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid daripada tingkatan 2KA1 SMK Bandar
Putra Kulaijaya yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 13 orang perempuan.
Kesemua pelajar di dalam kelas ini adalah pelajar melayu dan beragama islam
memandangkan kelas ini adalah kelas aliran agama.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN


Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan proses kajian ini berjalan
dengan sempurna.

5.1 Tinjauan Masalah


5.1.1 Pemerhatian dalam kelas
Sewaktu sesi ulangkaji, pemerhatian telah dibuat di dalam kelas
dan didapati hampir kesemua pelajar kelihatan terpinga-pinga
seperti tidak pernah mempelajari topik tersebut.

3
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian Di dalam Kelas

Hasil daripada pemerhatian, saya dapati hampir semua pelajar


gagal memberikan jawapan yang tepat. Ini berpunca daripada
pelajar tidak mengingati topik yang telah dipelajari.

5.3 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian


Perlaksaan tindakan adalah mengikut aktiviti yang telah dirancang.

5.3.1 ” Ice Breaking”

Aktiviti pertama melibatkan sesi penerangan kepada pelajar


mengenai ujian yang akan dilaksanakan ke atas mereka.
Kedatangan mereka juga direkod bagi memastikan kejituan data
yang akan dikumpul. Setiap pelajar perlu mengikuti setiap aktiviti
yang telah dirancang untuk mereka.

Pelajar diminta membuat persediaan menghadapi ujian pra yang


akan diberikan pada sesi p&p yang seterusnya. Pelajar juga
diterangkan mengenai format ujian yang akan mereka lalui untuk
memberii gambaran soalan kepada mereka.

Disamping itu guru membuat ulangkaji mengenai topik berkenaan


bersama pelajar. Pelajar diperkenalkan dengan komponen di atas
papan induk secara teori dan guru membuka satu komputer untuk
pelajar melihat papan induk secara realiti.

5.3.2 Ujian Pra

Aktiviti kedua melibatkan sesi menduduki ujian pra. Ujian ini di


adakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya
setelah sesi penerangan dan ulangkaji. Ini bagi membolehkan
pelajar membuat persediaan yang sepatutnya. Pelajar diberikan 10
soalan berkenaan komponen papan induk komputer dan kedudukan
komponen tersebut. Pelajar perlu menjawab dalam masa yang
ditetapkan iaitu selama 7 minit. (Sila rujuk lampiran 1). Setelah
tamat tempoh menjawab, keputusan direkod dan berikut adalah
dapatan daripada ujian tersebut.

4
Bil. Bil.
Pelajar Bil Betul Pelajar Bil Betul
Salah Salah
P1 5 5 P14 4 6
P2 3 7 P15 4 6
P3 6 4 P16 6 4
P4 5 5 P17 5 5
P5 4 6 P18 5 5
P6 7 3 P19 4 6
P7 3 7 P20 6 4
P8 3 7 P21 3 7
P9 4 6 P22 3 7
P10 5 5 P23 3 7
P11 2 8 P24 5 5
P12 4 6 P25 5 5
P13 6 4
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Mengikut Pelajar

Dapatan Ujian Pra


10

8
Soalan

0
P1

P3

P5

P7

P9

P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25
Pelajar Bil Betul
Bil Salah

Gambarajah 1 : Graf Keputusan Ujian Pra Mengikut soalan

Daripada keputusan tersebut dapat kita simpulkan bahawa pelajar


masih belum menguasai kemahiran tersebut walaupun guru telah
menerangkan format soalan dan sesi ulangkaji telah dibuat. Ini
membuktikan teknik yang digunakan adalah untuk menghafal dan
bukan mengingat komponen tersebut.
Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik ”E-Picture” diharap
dapat membantu pelajar lebih mudah mengingat komponen-
komponen tersebut. Teknik ini digunakan dalam aktiviti ke tiga.

5
5.3.3 Tayangan ”E-Picture”

Aktiviti ke tiga adalah aktiviti di mana pelajar diperkenalkan


dengan teknik ”E-Picture”. Aktiviti ini dilaksanakan setelah
keputusan daripada ujian pra diperolehi. Guru menayangkan
gambar-gambar komponen menggunakan perisian Microsoft
Power Point. Teknik ini menggunakan konsep flash card di mana
pelajar ditunjukkan gambar komponen berserta nama komponen
disamping soalan sumbang saran yang dikemukakan oleh guru.
Proses tayangan ini dilakukan berulang kali sehingga guru merasa
puas hati dengan pencapaian pelajar.

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar diberikan


ujian Pos 1 untuk menguji sejauh mana ingatan mereka sejurus
selepas berakhirnya tayangan ”E-Picture” ini. Ujian Pos 1
dilaksanakan sebagai aktiviti ke empat perlaksanaan kajian ini.

5.3.4 Ujian Pos 1

Aktiviti ke empat ini dijalankan di akhir sesi pengajaran dan


pembelajaran, sejurus selepas ”E-Picture” ditayangkan. Pelajar
diberikan semula soalan yang sama bagi menguji kecekapan
mereka mengingat. Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut
dalam jangka masa yang sama iaitu 7 minit. Setelah itu, keputusan
direkod adalah seperti berikut:

Bil. Bil.
Pelajar Bil Betul Pelajar Bil Betul
Salah Salah
P1 10 0 P14 10 0
P2 10 0 P15 10 0
P3 10 0 P16 10 0
P4 10 0 P17 10 0
P5 10 0 P18 10 0
P6 10 0 P19 10 0
P7 10 0 P20 10 0
P8 10 0 P21 10 0
P9 10 0 P22 10 0
P10 10 0 P23 10 0
P11 10 0 P24 10 0
P12 10 0 P25 10 0
P13 10 0
Jadual 2: Keputusan Ujian Pos 1 Mengikut Pelajar

6
Dapatan Ujian Pos 1
12
10
8

Soalan
6
4
2
0
P1

P3

P5

P7

P9

5
P1

P1

P1

P1

P1

P2

P2

P2
Pelajar Bil Betul
Bil. Salah

Gambarajah 2 : Graf Keputusan Ujian Pos 1

Daripada keputusan tersebut didapati pelajar telah dapat


meningkatkan kebolehan mengingat dan mengenalpasti komponen
papan induk tersebut. Ini disebabkan oleh gambar-gambar yang
dipaparkan masih lagi berada dalam ingatan mereka.

Bagi memastikan keputusan yang diperolehi boleh digunapakai,


pelajar diberikan ujian pos kedua untuk menguji tahap ingatan
mereka kepada topik ini.

5.3.5 Ujian Pos 2

Aktiviti ke lima ini dilaksanakan pada sesi pembelajaran dan


pengajaran yang berikutnya untuk kelas tersebut. Kehadiran pelajar
direkod bagi memastikan bilangan pelajar yang sama dan betul.
Pelajar diberikan set soalan yang sama tetapi kali ini soalan
tersebut diubah kedudukannya bagi menguji kemahiran mereka
mengenalpasti komponen (Sila rujuk Lampiran 2). Masa yang
diberikan juga adalah selama 7 minit.

7
Keputusan ujian pos 2 ini direkod dan berikut adalah hasilnya

Bil. Bil.
Pelajar Bil Betul Pelajar Bil Betul
Salah Salah
P1 10 0 P14 9 1
P2 10 0 P15 10 0
P3 10 0 P16 10 0
P4 10 0 P17 10 0
P5 9 1 P18 9 1
P6 8 2 P19 10 0
P7 10 0 P20 10 0
P8 10 0 P21 10 0
P9 10 0 P22 9 1
P10 10 0 P23 10 0
P11 10 0 P24 10 0
P12 10 0 P25 10 0
P13 10 0
Jadual 3 : Keputusan Ujian Pos 2

Dapatan Ujian Pos 2


12
10
8
Soalan

6
4
2
0
1

5
P1

P3

P5

P7

P9
P1

P1

P1

P1

P1

P2

P2

P2

Bil Betul
Pelajar Bil Salah

Gambarajah 3: Graf Keputusan Ujian Pos 2

Dapatan daripada ujian tersebut mendapati pelajar masih dapat


mengingat dan mengenalpasti komponen yang dipelajari dengan baik.
Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran
mereka dalam topik ini.

8
5.4 Refleksi Kajian

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, saya dapati pelajar lebih mudah


mengingati komponen-komponen yang ditunjukkan kepada mereka. Aktiviti ujian
pos juga menunjukkan peningkatan dari segi bilangan pelajar yang dapat enjawab
soalan dengan lebih tepat. Perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian pos
boleh dilihat daripada jadual di bawah

Ujian Pra Ujian Pos


Pelajar Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan
Betul Salah Betul Salah
P1 5 5 10 0
P2 3 7 10 0
P3 6 4 10 0
P4 5 5 10 0
P5 4 6 9 1
P6 7 3 8 2
P7 3 7 10 0
P8 3 7 10 0
P9 4 6 10 0
P10 5 5 10 0
P11 2 8 10 0
P12 4 6 10 0
P13 6 4 10 0
P14 4 6 9 1
P15 4 6 10 0
P16 6 4 10 0
P17 5 5 10 0
P18 5 5 9 1
P19 4 6 10 0
P20 6 4 10 0
P21 3 7 10 0
P22 3 7 9 1
P23 3 7 10 0
P24 5 5 10 0
P25 5 5 10 0
Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Pelajar

Jadual 4 menunjukkan semua pelajar menunjukkan peningkatan dalam mengingat


komponen-komponen papan induk tersebut. Bilangan jawapan yang betul
meningkat dengan amat ketara. Ini membuktikan kaedah ini dapat membantu
pelajar memantapkan ingatan mereka terhadap komponen-komponen tersebut.

9
Disepanjang aktiviti dijalankan juga pelajar menunjukkan minat yang amat tinggi
dan mereka merasa seronok kerana aktiviti ini lebih santai, kurang tekanan dan
lebih ke arah permainan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah pelajar


memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran
yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, perlu dilakukan
kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P. Sebagai
contoh dalam tajuk Computer Hardware, perlu ada teknik yang digunakan untuk
memudahkan pelajar mengingati fungsi perkakasan komputer.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian
tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi
masalah pembelajaran terutamanya di dalam tajuk yang sukar difahami oleh
pelajar.

BIBLIOGRAFI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2009. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Negeri
Johor. Jilid 2/2009. Johor.
http://www.arjpnj.com/ktindak
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/pengenalan.pdf

10
LAMPIRAN