Anda di halaman 1dari 20

Penghargaan 1

Syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya dapat kumpulan kami menyiapkan
tugasan tentang ‘’ Penderaan Kanak-Kanak’’ untuk Modul Perundangan.

Rabiatul Liyana Husna Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Jamaeyah
Bt Sheriff selaku
Pensyarah modul Perundangan di Kolej IEYD yang telah sudi memberi teguran dan
pendapat dan juga bimbingan dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi idea dan komen berhubung kajian yang kami
lakukan. Sokogan dari keluarga juga begitu komited dalam menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali penghargaan dan kenangan manis buat semua yang telah menjayakan tugasan ini
dan segala pengorbanan yang tidak terhingga dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Terima kasih,

Mohd Syarizal Abidin


Nora Bt Yunos
Kunavathi A/P Rajamanikam

Penghargaan 2
Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus
pendek (KKP) dalam mata pelajaran BMK (Bahasa Melayu Kontekstual) dengan jayanya.
Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini Encik Mazania Bin Hj Kasimin,
kerana tunjur ajar beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang
tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja
kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kawan kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk
idea kepada kami untuk menambahbaikan lagi kerja kursus ini. Segala pendapat dan tunjur
ajar rakan rakan sememangnya amat membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan
begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan
yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah
membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan
daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami tidak mendapat restu dan sia sia.

Akhir kata dari kami terima kasih kepada semua yang telah membantu
untuk menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih IP Tawau

Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita


Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka
yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau
hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir
daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini
membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang
lebih baik.
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey
Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 39 peratus
daripada wanita di negara kita telah menjadi mangsa keganasan. Angka ini meningkat pada
tahun 1995 kerana berdasarkan laporan polis sebanyak 1409 kes keganasan terhadap wanita
telah dilaporkan. Angka ini terus meningkat kepada 5477 dengan kenaikkan sebanyak 388
peratus, pada tahun 1997 walaupun Akta Keganasan Rumahtangga telah dikuatkuasakan
sepenuhnya.

Maksud penganiayaan wanita


Apakah keganasan terhadap wanita? Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan
Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita
ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan
kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual
atau mental.

Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan terhadap wanita dapat


didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam
pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai
taraf yang sama dengan lelaki. Keganasan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa,
agama, pendapatan, kelas dan budaya.

Ia termasuk ancaman seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenang-
wenangnya, sama ada berlaku dalam kalangan khalayak atau dalam kehidupan persendirian
seseorang. Keganasan yang dimaksudkan itu juga merangkumi seksual dan psikologi,
termasuk memukul atau melakukan kekerasan dan penderaan seks yang dilakukan terhadap
kanak-kanak. Bukan setakat itu saja, ia juga membabitkan keganasan bukan dilakukan oleh
pasangan suami isteri, eksploitasi, ancaman di tempat kerja dan di institusi pendidikan.

Kategori utama keganasan dan penderaan terhadap wanita meliputi:

Bentuk Penderaan Terhadap Wanita

1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang
meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga
diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.

2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan,


mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas
penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum,
tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.

3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa
kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga
dikategorikan sebagai penderaan seksual.

4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita
sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada
mendapat sokongan luar.

5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan
tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah
tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang
lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.

Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat
bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat
bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang
berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau
tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; betuk ganguan
psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk
mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan,
urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan
seksual.

2. Perkosaan dan Keganasan Seksual


Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan
memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan
wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan
atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut
undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan
objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.

3. Keganasan Rumah Tangga


Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang
sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau
mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita
memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa
wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya.

Kesimpulannya, pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai
langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan
undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi
kekeluargaan itu sendiri.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap hak dan kepentingan diri sendiri,
seterusnya menguasai pengetahuan yang membolehkan wanita mengatasi rintangan,
melindungi diri serta mengembangkan skop kehidupan mereka. Hal ini secara tidak langsung
dapat menggerakkan semua ahli masyarakat terutama wanita agar turut menyumbang tenaga
serta idea kepada usaha untuk membanterasnya.

Bahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang
menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.

Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia
untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Prevention
Apakah yang boleh anda lakukan?

- Mempuyai ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai keganasan terhadap wanita melalui
bacaan atau menyertai kumpulan tertentu yang memperjuangkan nasib wanita.

- Menyokong kempen kerajaan untuk menggubal undang-undang yang efektif bagi mengatasi
keganasan terhadap wanita.

- Memberi khidmat dan bantuan sebagai sukarelawan dengan menyumbang tenaga dan masa
anda di pusat krisis.

- Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita. Mulakan
dengan wanita di sekeliling kamu - ibu anda, adik, kakak, kawan atau rakan sekerja. Jangan
membuat jenaka yang menjatuhkan maruah wanita terutamanya terhadap mangsa rogol.

- Menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah,
penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender".

- Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan
peranan dominan dan taat yang membuta tuli.

Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links |
Support Us

 
KEGANASAN RUMAH TANGGA

Apakah Keganasan Rumah Tangga?


Beberapa Contoh Keganasan Rumah Tangga.
Kesan Keganasan Rumah Tangga Terhadap Anak-Anak.
Memahami Keganasan Rumah Tangga.
Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?
Bagaimana Akta Keganasan Rumahtangga dapat membantu anda?
Bagaimana anda boleh mambantu Mangsa Keganasan Rumahtangga?

apakah Keganasan Rumah Tangga?

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang
sering berlaku apabila seorang pasangan(lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau
mendominasi pasangannya.

beberapa Contoh Keganasan Rumahtangga

 Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.


 Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
 Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
 Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan
dengan siapa beliau berada.
 Penderaan fizikal atau psikologikal ( penghinaan dan tomahan)
 Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
 Mengasingkan wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk
meninggalkan pendera.

Walaupun seseorang wanita yang didera itu akan cuba untuk menghentikan
penderaan terhadapnya, perubahan hanya boleh berlaku apabila pendera itu sendiri
memilih untuk berhenti dari bersifat ganas.

kesan Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak:

 Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi sugul
atau berasa kurang berupaya/ berkuasa.
 Mereka mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
 Mereka mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi
mereka.
 Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang
lain.
 Mereka juga mungkin bertindak agressif terhadap ibu mereka sendiri.
 Ramai kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan samaada
menyisihkan diri mereka atau menjadi agresif. Mereka akan menjadi pasif atau
membuli kanak-kanak lain.
 Mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.

memahami Keganasan Rumahtangga

Mengapa lelaki memukul?

Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah
pendera dan wanita menjadi mangsa.

Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak
demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.

Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke
atas siapa mereka harus berbuat demikian.

Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan
sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang yang mereka
anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang
mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.

Teori Kitaran Keganasan

Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan


Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi
perbuatannya lagi.
Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita
tersebut dengan berjanji untuk berubah.
Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.
Mengapa wanita sanggup terus tinggal?

"Pernahkah anda merasa dalam ketakutan sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa?
Begitulah perasaannya hidup di dalam perhubungan yang menyeksakan".

Merasa kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga kerana
survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, bagaimana anda dapat
meninggalkan keadaan ini?

Bolehkah pendera itu berubah?

Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.

Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan
mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.

Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap
pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan.

Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang
dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.

Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa
sesi.

Bagaimanakah anda tahu seseorang pendera itu sedang berubah?

Walaupun seorang suami atau teman lelaki meminta maaf dan berjanji untuk berubah, ini
mungkin hanya merupakan tipu-helahnya untuk memujuk supaya wanita tersebut tidak
meninggalkannya. Perhatikan tanda-tanda ini sebelum mempercayai sepenuhnya yang dia
sudah atau sedang berubah:

Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:

 Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara


yang menakutkan anda.
 Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
 Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai
keadaan?
 Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
 Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
 Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda
membantah?
 Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari
pekerjaan?
 Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
 Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
 Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang
anda katakan?
 Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga
anak-anak?

Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:

 Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan
menyebabkan dia marah?
 Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak
bersetuju?
 Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini
terhadap anda?
 Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
 Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia
peluang kali kedua?
 Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa
sokongan anda?
 Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
 Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan
tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal
serta sebagainya?
 Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi
kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
 Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak
seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
 Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan
Perintah Lindungan terhadapnya?

apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?

Pelan Kecemasan

 Buat Pelan tindakan tentang apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan
pergi jika anda dalam bahaya. Beritahu anak-anak anda tentang rancangan anda jika
mereka cukup matang untuk memahaminya.
 Bawa bersama anak-anak anda jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa
meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda
secepat mungkin. Dapatkan nasihat seorang peguam tentang hak penjagaan segera.
 Apa jua jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan ia mempunyai petrol yang
mencukupi.
 Simpan satu set kunci dan nombor-nombor kecemasan di tempat yang anda pasti
selamat.
 Selalu pastikan yang anda ada menyimpan wang untuk me
 mbantu anda melarikan diri.
 Bawa bersama kad pengenalan, surat-surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk
anda dan anak -anak anda.
 Simpan senarai nombor-nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit anda di
tempat yang tersembunyi.
 Gunakan perkataan berkod yang anda boleh cakapkan di telefon dengan seseorang
yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.

bagaimana Akta Keganasan Rumahtangga


Dapat Membantu Anda?

 Anda boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
 Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat di rumah.
 Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah yang
akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
 Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada
perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
 Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang
kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk
mereka.
 Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh
dihukum oleh mahkamah.

bagaimana Anda Boleh Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga?

 Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan.Wanita


teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan
masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka
supaya meluahkan masalahnya.
 Jadilah " rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
 Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara
ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
 Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu
mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
 Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
 Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang
ketika waktu ketegangan.
 Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah

\ yang selamat.

 Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau


menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
 Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta
menunjukkan sokongan anda.
 Bantu beliau mencari rumah.
 Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah
perlindungan ke kediaman barunya.
 Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya/
dipukul.
 

bentuk-Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

Gangguan Seksual

Perkosaan Dan Keganasan Seksual

Keganasan Rumahtangga

Penderaan Seksual Kanak - Kanak

TALIAN BANTUAN

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488


Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia
03-7957 0224
(AWAM)
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303

 
 
Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links |
Support Us

Women's Aid Organisation


Pertubuhan Pertolongan Wanita
P.O. Box 493 Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel. +60 3 7956 3488
Fax. +60 3 7956 3237

Email: wao@po.jaring.my

WAO is a registered society with tax exemption status under Registrar of Societies. WAO is a
member of the Joint Action Group against Violence Against Women and an affiliate member of the
National Council of Women's Organisations and the Malaysian Aids Council.
Terms of Service | Privacy Policy
 copyright © 2000. WAO.

Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links |
Support Us

 
GANGGUAN SEKSUAL
 

Apakah Gangguan Seksual?


Bentuk-bentuk Gangguan Seksual.
Jika Anda Adalah Mangsa.
Tanggungjawab Majikan.

apakah Gangguan Seksual?


Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau
ditawarkan.

bentuk-Bentuk Gangguan Seksual


Gangguan lisan

Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak
menyenangkan.

Gangguan dari segi isyarat

Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta
memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan visual

Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual,
mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Ganguan psikologikal

Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji
atau intimasi fizikal.

Gangguan fizikal

Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman,
meraba dan gangguan seksual

jika Anda Adalah Mangsa


Beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti
berbuat demikian. Beritahunya dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah
dikatakan padanya.

Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi
anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau
kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/ wakil kesatuan pekerja.

Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak
disenangi itu, kenyataan yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan
amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika beliau terus mengganggu anda.. Jangan lupa
menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.

Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu
kepadanya.

Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan
pada anda, bagaimana perasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu
olehnya.

Jika Pengurus atau Pengawas (Supervisor) anda yang mengganggu: bincangkan dengan orang yang lebih
tinggi jawatannya, kepada pegawai personel anda,wakil kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan
bantuan dari Kementerian Buruh yang boleh memberi kaunseling dan bantuan.

tanggungjawab Majikan
Adalah menjadi tanggungjawab majikan bagi memastikan bahawa sesebuah tempat kerja itu bebas dari
sebarang bentuk gangguan seksual.

Gangguan seksual meninggalkan kesan ke atas semangat, prestasi kerja dan produktiviti seseorang pekerja. Ia
meningkatkan lagi kadar cuti sakit/ ketidakhadiran dan juga boleh menyebabkan kadar pusingan tenaga kerja
yang tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan dan mengeluarkan Kod Praktis terhadap pencegahan dan
penghapusan gangguan seksual di tempat kerja yang mengandungi garispanduan dalaman.

bentuk-Bentuk Keganasan Terhadap Wanita


Gangguan Seksual

Perkosaan Dan Keganasan Seksual

Keganasan Rumahtangga
 

Penderaan Seksual Kanak - Kanak

TALIAN BANTUAN

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488


Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia
03-7957 0224
(AWAM)
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303

 
 
Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links |
Support Us

Women's Aid Organisation


Pertubuhan Pertolongan Wanita
P.O. Box 493 Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel. +60 3 7956 3488
Fax. +60 3 7956 3237

Email: wao@po.jaring.my

WAO is a registered society with tax exemption status under Registrar of Societies. WAO is a
member of the Joint Action Group against Violence Against Women and an affiliate member of the
National Council of Women's Organisations and the Malaysian Aids Council.

Terms of Service | Privacy Policy


 copyright © 2000. WAO.
social work
this blog is actually an assignment for one of my subject..and it is particularly about social
work..

Thursday, October 22, 2009


Keganasan/ Penderaan Terhadap Golongan Wanita

Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa penderaan. Mungkin kerana sifat
mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram
atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap
segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini
membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat
yang lebih baik. Penderaan ke atas wanita adalah salah satu bentuk keganasan, sementelah
isteri yang didera suami pula dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga.
Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan atau penderaan terhadap wanita
dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam
pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf
yang sama dengan lelaki. Penderaan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama,
pendapatan, kelas dan budaya.

Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada
1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan
berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau
penderitaan secara fizikal, seksual atau mental. Terdapat beberapa jenis penderaan yang
sering dilakukan terhadap golongan wanita.

Jenis penderaan:
Penderaan Psikologi dan Emosi
Penderaan Fizikal
Penderaan Seksual
Penderaan Sosial
Penderaan Kewangan

Berdasarkan statistik menunjukkan majoriti mangsa dalam keganasan rumah tangga, wanita
yang sering kali di dera oleh pasangan mereka. Kes penderaan wanita dilaporkan berlaku di
seluruh negara mencatatkan bilangan tidak kurang 400 kes. Walau bagaimanapun, jumlah
itu masih dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana
ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Statistik
menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang kerap mencatat angka keganasan atau
penderaan wanita yang tinggi sepanjang 3 tahun (2003 –2006). Ini menunjukkan
penderaan / keganasan wanita tidak tertumpu kepada negeri yang menjadi pusat tumpuan
pembangunan seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kepesatan teknologi
dan kesesakan pembangunan bukan faktor utama dalam masalah ini.

Pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai
usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang,
pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu
sendiri. ahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita
yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk
keganasan.Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang
berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis
Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Masyarakat juga harus menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan
seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada
"gender". Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap
wanita.Kedua-dua belah pihak Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu
sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli. Penbenukan
kersefahaman dalam perhubungan, kearah permuafakatan adalah penting dan ia mampu
menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan dikalangan wanita

Posted by amEthySt gUrL at 8:31 AM

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

amEthySt gUrL

View my complete profile

~lalala~
Followers

Blog Archive
 ▼  2009 (5)
o ▼  October (2)
 Keganasan/ Penderaan Terhadap Golongan Wanita
 Mengapa Manusia Bermasalah
o ►  August (2)
 Penderaan Kanak - Kanak, Penagih Dadah, Kemiskinan...
 Konsep Kebajikan Sosial Dalam Konteks 1Malaysia
o ►  July (1)
 what is social work??

My Blog List

Giggless Blog II (poem,cerpen dan luahan)

Jawapan Bagi Teka Tekuk di Blog gua lagi satu!!


9 months ago

MY GIGGLESs BLOG wink2..

MALAS DOW!!!

1 year ago

lagu fav

Music Playlist at MixPod.com

Anda mungkin juga menyukai