Anda di halaman 1dari 3

LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik : Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu : Dato’ Johari Salleh
SEJARAH PALANG MERAH

Palang merah sudah wujud melebihi 130 tahun. Idea Palang Merah tercetus
dalam hati dan pemikiran seorang anak muda berbangsa Swiss bernama Jean Henry
Dunant semasa beliau berada di medan pertempuran di Solferino, Utara Itali pada
bulan Jun 1869.

Pada 24 Jun 1859, bala tentera dari Austria dan Tentera Perikatan Perancis-
Sardinia telah bertempur sepanjang hari berhampiran Solferino, sebuah kampong di
Utara Itali. Ramai yang tercedera dan hilang iaitu lebih kurang 40 000 orang. Pada
ketika itu, perkhidmatan perubatan tentera belum lagi wujud untuk member
bantuan. Doktor dan jururawat yang pula dianggap sebagai kombatan dan biasanya
ditembak ataupun dijadikan tawanan perang. DI merata-rata tempat didapati
penderitaan dan kesengsaraan kerana ramai yang tercedera dan mati akibat tidak
mendapat rawatan.

Mereka yang tercedera telah dibawa ke kampong-kampung yang berdekatan


untuk mendapat apa jua rawatan. Di sebuah gereja di Castiglione, Jean Henry Dunant
(yang berpakaian putih( terpaku dan terkejut melihat penderitaan anggota-anggota
tentera yang cedera. Beliau mula melancarkan pertolongan dengan bantuan
penduduk-penduduk setempat. Bantuan diberi tanpa mengira pakaian seragam dan
bangsa mereka. Beliau menganggap mereka sebagai anggota yang menderita dan
memerlukan pertolongan.

Jean Henry Dunant menumpukan tenaga dan masanya untuk membantu


mangsa tersebut. Impian beliau hanya untuk memastikan bahawa penderitaan ngeri
yang telah disaksikannya itu tidak akan berulang lagi. Beliau menulis buku bertajuk
“Kenangan di Solferino” yang membawa kesan yang mendalam. Buku itu merupakan
permulaan kepada suatu usaha kemanusiaan yang tidak pernah wujud sebelumnya.
Buku tersebut yang diterbitkan pada bulan November 1862 telah mencuit perasaan
insan di dunia.