Anda di halaman 1dari 4

The Singapore Executive: Stress, Personality and Wellbeing

Janice T.S. Ho

1. Latar Belakang

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Janice T.S. Ho terhadap para eksekutif

Singapura berkaitan dengan tekanan, personaliti dan kesejahteraan dalam pekerjaan. Para

eksekutif dipilih dari syarikat-syarikat kewangan, bank dan juga insurans. Artikel ini diterbitkan di

dalam Journal of Management Development (1995). Tujuan artikel ini ialah untuk mendapatkan

gambaran tentang tekanan pekerjaan `occupational stress’ yang menarik perhatian di kalangan ahli

psikologi dan organisasi-organisasi besar khususnya di sektor perkhidmatan dalam bidang

perniagaan. Antara pembolehubah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah personaliti, pengalaman

tekanan, gaya daya tindak (coping) dan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan.

2. Sasaran Pembaca

Berdasarkan tajuk dan juga fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para akademik dan

professional yang berminat terhadap kajian yang berkaitan dengan bidang psikologi dan juga

pengurusan. Cara penyampaian maklumat dan ilmu memerlukan kefahaman dan pengetahuan

dalam bidang berkenaan dan penggunaan statistik inferens. Oleh itu pembaca dari golongan bukan

akademik dan profesional agak sukar untuk memahami keseluruhan artikel tersebut. Justeru itu,

penerbitan artikel ini dalam jirnal yang berwasi bersesuaian dengan sasaran pembacanya.

3. Penilaian dan Reaksi

a) Tema

Tema utama artikel ini ialah permasalahan tekanan yang dihadapi oleh para eksekutif di dalam

sektor perniagaan khususnya di bidang perbankan, insurans dan kewangan dan kaitannya dengan

personaliti eksekutif di Singapura.

b) Tesis

Penulis tidak menunjukkan secara langsung tentang pendiriannya berkaitan dengan tekanan

pekerjaan di kalangan eksekutif di Singapura. Penyelidik artikel tersebut hanya mensintesiskan


dapatan kajiannya dengan hasil kajian-kajian orang lain. Hanya pernyataan umum (generalization

statements) berkaitan dengan status personaliti dan perbezaan tekanan mengikut sektor

perniagaan tersebut.

c) Ciri – Menarik, Menyeronokan, spekulatif, analitikal atau preskriptif

Artikel ini merupakan preskriptif dan analitikal. Artikel ini menjelaskan tentang permasalah tekanan

kerja yang menjadi faktor mempengaruhi keberkesan kerja dan juga organisasi umumnya. Kajian

ini dijalankan setelah penyelidik mendapati terdapat runggutan masalah tekanan kerja di dalam

akhbar harian The Straaits Times. Artikel ini analitikal kerana menjelaskan situasi fenomena

tekanan ini mempunyai hubungan dengan personaliti dan jenis pekerjaan eksekutif. Pendekatan

statistik inferens digunakan untuk menjelaskan fenomena tersebut. Ini bermakna perbincangan

berkaitan dengan tajuk artikel tidak sekadar respons kepada situasi di Singapura tetapi dibuktikan

melalui penyelidikan yang dilakukan.

d) Kesinambungan teori dan amalan

Teori yang digunakan ialah Teori Personaliti. Oleh kerana teori-teori personaliti dalam psikologi

terlalu banyak, penyelidik telah menggunakan teori personaliti jenis A atau B (Type A / B). Teori

personaliti jenis A menggambarkan seseorang itu mementingkan kesempurnaan, inginkan

kejayaan, kompetatif, kerja keras dan mudah marah. Manakala Jenis B berlawanan kepada Jenis A.

Ini bermakna personality ini sangat sesuai digunaka pakai kepada golongan atau kumpulan yang

terlibat dalam bidang pekerjaan perbankan, insuran dan kewangan. Penyelidik menjelaskan faktor-

faktor yang menpengaruhi tekanan dan personaliti. Umumnya penyelidik dapat mengaitkan antara

teori dan amalan di dalam sector perniagaa.

e) Kerangka Konseptual

Artikel ini tidak secara jelas menerangkan kerangka konseptual kajian. Hanya ditentukan

pembolehubah-pemboluhubah yang dipilih berdasarkan kajian-kajian lepas. Pembolehubah-

pembolehubah yang dipilih ialah personaliti, tekanan pekerjaan, kesejahteraan individu, strategi

mengatasi serta demografi responden.

f) Kandungan

Penyelidik menggunakan isu semasa untuk memulakan kajian. Bagi penyelidik permasalahan

tekanan dan juga personaliti merupakan fenomena yang mempengaruhi jenis perkajaan dan
pekerja dalam sesebuah orangisasi. Ini bermakna kajian ini penting untuk menunjukkan bahawa

pekerjaan jenis perniagaan dan diterajui oleh eksekutifnya, isu personaliti serta tekanan

meruapakan isu sejagat seperti yang dipetik di dalam laporan kesihatan pekerjaan (Occupational

Health) oleh World Health Organization (1950 dan 1985).

g) Fakta Utama

Saya bersuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan satu siri

dapatan kajian orang lain serta dikukuhkan lagi dengan dapatan penyelidikan sendiri. Ini sekali gus

kita membenarkan atau memperakukan bahawa personaliti dan tekanan senatiasa melanda kepada

sesiapapun.

h) Gaya Penulisan

Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisan ilmiah

bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh

penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa

penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu

dalam mengungkap dan membicarakan penyeldidikan yang dijalankan. Format penulisannya

merujuk kepada format Gaya APA.

i) Kredibiliti Kandungan

Penyelidik ada meneroka isu-isu berkaitan dengan mengemukakan pandangan dan pendapat para

psikologi dan juga psikiatrik dari pelbagai sumber. Malah penyelidik juga mengemukakan dapatkan

kajian melibat negara-negara dari barat dan timur sebagai perbandingan. Sehubungan dengan itu,

penyelidik cuba mengesahkan sama ada dapatan kajian di Singapura mempunyai persamaan

dengan dapatan kajian-kajian lain.

j) Kekuatan dan Kelemahan

Kekuatan artikel ini menunjukkan isu yang dikemukakan merupakan isu sejagat dan cuba

membuktikan bahawa para eksekutif Singapura tidak terkecuali dari terkenanya sindrom tekanan

kerja dan jenis personaliti dari pelbagai sektor perniagaan. Malah penyelidik dapat membuktikan

tekanan kerja bukan sahaja berlaku di sector awam tetapi uga di sektor perniagaan khususnya

dalam bidang perbankan, kewangan dan insurans.


Walau bagaimanpun, kajian ini tidak dijelaskan sama ada faktor gender dan umur juga

mempengaruhi tekanan kerja dan personaliti seseorang. Ini perlu kerana masa ini unsur-unsur

gerakan feminism merupakan agenda perjuangan dan tuntutan kesamarataan dan keadilan dalam

semua lapang dari pihak kaum wanita. Begitu juga faktor umur, setiap negara di dunia berbeza

pendekatan pengambilan dan pemberhentian pekerja mengikut umur. Ini ada kaitannya dengan

bidang pekerja diceburi sama ada sesuai atau tidak dengan personality sesorang itu. Teori Kerjaya

Holland menuntut kesamaan antara personaliti dan bidang kerjaya yang diceburi selaras atau

kongruen.

4. Kesimpulan

Saya dapati artikel sesuai digunakan sebagai salah satu hasil penyelidikan yang melibatkan

pengurus pihak atasan. Kita dapati pihak pengurusan atasan memerlukan ruang, masa dan tempat

untuk menyediakan diri sebelum menceburi bidang-bidang yang mencabar emosi, rohani dan

intektual. Tekanan kerja, cara atasinya dan juga imej kendiri perlu dipupuk dan dimantapkan lagi

supaya kesediaan ini tidak menjadi halangan atau shock dengan kerjaya ini.