Anda di halaman 1dari 14

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM

KALANGAN MURID-MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN
MASALAH BAHASA DAN LINGUISTIK

SITI SURAYA HANIM BT CHE ROZELA


NUR SYAFIQA BT MOHD ZAMANI
NUR AFIFA BT MOHD ZAID
SYAZWAN LUTFI B MOHD SAID

UTK PERHATIAN:
PN HJH NORMAH BT BAJURIA
Definisi bahasa

. Bahasa adalah suatu sistem


lambang – lambang
pertuturan yang dipersetujui
oleh sesuatu kelompok
manusia sebagai alat untuk
berkomunikasi
Fonologi
• Adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik
yang menentukan kombinasi bunyi.

• Kanak – kanak dengan masalah fonologi


berkemungkinan menghadapi masalah untuk
memahami bahasa lisan. Mereka kerap membuat
kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan
seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk “drink”.
Morfologi
• Adalah peraturan linguistik yang menentukan
struktur perkataan dan pembentukan perkataan
daripada unsur makna yang asas (morfem).

• Kecelaruan yang melibatkan morfologi


termasuklah penggunaan imbuhan yang luar
biasa, struktur ayat yang salah, dan
penggunaan “tenses” yang salah (bahasa
Inggeris).
Sintaksis
• Adalah peraturan linguistik yang menentukan
susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi
membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.

• Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula


melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi
kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat
yang kompleks.
Semantik
• Adalah sistem psikolinguistik yang mencorak
kandungan pertuturan, kehendak, dan makna
perkataan dan ayat.

• Masalah semantik dapat dilihat melalui


perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan
yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.
Pragmatik

• Adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak


penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin
disampaikan secara pergerakan atau percakapan.

• Masalah berkaitan pragmatik melibatkan


ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau
menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan
dalam situasi yang berbeza.
Masalah Bahasa Reseptif (Penerimaan)

Contoh tingkah laku yang menunjukkan masalah


bahasa reseptif.
•Bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi
atau percakapan.
•Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap
perkara yang diminati.
•Kadang – kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi
(blank) ketika orang lain bercakap dengannya.
•Sukar memahami konsep yang abstrak
Mudah tertarik dengan Bermasalah mengenal
bunyi – bunyi luaran hubungan perkataan
ketika bercakap dengan idea
dengannya.

Sukar mempelajari
Kerap memberi jawapan makna perkataan
yang tidak sesuai baru

Bermasalah dalam
Kerap mengulangi
urutan peristiwa
soalan daripada
memberi jawapan
Ada masalah dengan kepada soalan itu
perkataan banyak
makna
Masalah bahasa ekspresif
Contoh tingkah laku yang menunjukkan masalah
bahasa ekspresif:
• Seorang pendiam
• Tidak mengambil bahagian dalam perbincangan
kelas
• Kerap salah menggunakan perkataan
• Menggunakan perkatan dengan susunan yang
salah dalam ayat
• Lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap
• Banyak menggunakan gerakan fizikal daripada
ekspresi verbal
Sentiasa
Berjalan – jalan bila menggunakan ayat
diajukan soalan atau – ayat pendek
mendengar cerita
Tidak dapat mencari
perkataan – perkataan
untuk penerangan
Sangat sukar dalam perbualan atau
mengingat menulis

Gagal memahami
Menggunakan perkataan
petunjuk yang
secara berlebihan untuk
menandakan dia perlu
menjelaskan idea yang konkrit
berhenti bercakap
Masalah gangguan bahasa / Punca masalah
bahasa

1. Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa


lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah
kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa
walaupun agak lambat daripada yang lain,
tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak
menunjukkan perubahan dan memerlukan
intervensi awal untuk membantunya.
2. Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat


daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau
memperoleh semula, dan memberi makna kepada
simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland &
Reinmuth, 1982).
- berpunca daripada kerosakan otak.
- Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca
akibat kecederaan otak semasa lahir atau
ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang
dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau
kecederaan akibat kemalangan.
3. Gangguan proses auditori pusat (Central
auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan


menerima maklumat auditori (pendengaran)
dan menterjemahkannya.
Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak
mengalami masalah pendengaran (pekak),
tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat
menterjemah maklumat auditori yang diterima
daripada telinga dengan baik

Anda mungkin juga menyukai