Anda di halaman 1dari 2

IkAtan terurAi

Saban hariku terkenang


Ikatan yang sekian lama terurai
Kekuatan dan keteguhan yang dibina
Berasaskan sanubari
Akhirnya hancur ditelan kesilapan

Adakah aku yang bersalah kerana


Ingin membawa kebenaran
Yang tersembunyi
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Ingin meluahkan apa yang tersirat
Yang akhirnya tidak kesampaian
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Tidak dapat menceritakan kebenaran
Kepada yang berhak
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Kata-kata yang aku sendiri dustakan
Yang aku tidak pasti jawapannya

Masa demi masa berlalu sudah


Ikatan yang terurai telah hancur musnah
Adakah yang rela untuk menyelamatkannya atau
Hanya duduk terpaku kebingungan
Meratap kesedihan….

Akan tetapi ikatan kenangan, kepahitan, kesedihan,


Kegembiraan dan keasyikkan
Sentiasa teguh tiada tandingan
Apa yang jauh ibarat dekat di hati
Apa yang hilang terasa bagaikan di depan mata

Namun kenangan akan tinggal


Sebagai pengalaman dan pengajaran
Bila dilupakan akan datang kembali
Dengan sendirinya tanpa disedari
Membuatkan mengelamun, tersenyum dan sedih keseorangan

Kadang kala suasana, persekitaran dan kesibukkan


Menjadi sumber untuk melupakan segalanya
Akan tetapi sumber yang sama juga
Membuatkan kenangan itu muncul kembali
Kerana itulah daku serahkan semuanya kepadaNya

Created by;
Z-
NaZrI
IkAtan terurAi

Yang membuat segala ketetapan……

Created by;
Z-
NaZrI

Anda mungkin juga menyukai