Anda di halaman 1dari 4

Syi’ah Mendakwa: Imam-Imam A.S.

Mempunyai Sifat-Sifat
Ketuhanan

Dipetik daripada www.darulkautsar.net


Terjemahan

Syi’ah: Imam-Imam A.S. Mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan

‘Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahl bin Ziyad daripada Muhammad
bin al-Walid katanya: Sa’id al-A’raj telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya dan
Sulaiman bin Khalid masuk menemui Abu Abdillah a.s. lalu dia memulakan (bicara) kepada kami
dengan berkata: “Wahai Sulaiman! Apa-apa yang datang daripada Amir al-Mukminin (‘Ali) a.s.
hendaklah diambil (amalkan) dan apa-apa yang dilarang olehnya hendaklah ditinggalkan. Beliau
diberikan kelebihan sebagaimana yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w.a. dan Rasulullah
s.a.w.a. diberikan kelebihan mengatasi sekalian makhluk Allah. Menghubungkan kekurangan
atau keaiban kepada mana-mana hukum yang dibuat Amir al-Mukminin a.s. adalah seperti
menghubungkan kekurangan kepada Allah ‘azza wa jalla dan kepada Rasul-Nya s.a.w.a..
Mengingkarinya (Amir al-Mukminin) sama ada dalam masalah kecil atau besar sama seperti
melakukan syirik kepada Allah. Amir al-Mukminin a.s. adalah pintu Allah yang tidak sampai
kepada Allah kecuali melaluinya dan jalannya yang mana orang yang melalui jalan yang lain
akan binasa. Dengan cara inilah berganti imam-imam a.s. seorang demi seorang. Allah
menjadikan mereka sebagai paksi-paksi bumi sehingga bumi tetap (tidak bergoncang) dengan
sebab mereka dan menjadikan mereka sebagai hujah yang nyata ke atas makhluk yang berada
di atas bumi dan diperutnya.

Dia (perawi) berkata lagi: Amir al-Mukminin a.s. berkata: “Aku adalah pembahagi (bagi pihak)
Allah antara syurga dan neraka. Akulah pembeza yang agung, akulah tuan punya tongkat (Musa)
dan bukti-bukti (mukjizat). Semua malaikat dan ruh telah menyatakan pengakuan terhadapku
(menerimaku) sebagaimana mereka telah mengakui terhadap Muhammad s.a.w.a.. Aku telah
menanggung beban seperti yang ditanggung oleh Muhammad s.a.w.a. iaitu bebanan daripada
Tuhan. Sesungguhnya Muhammad s.a.w.a. akan diseru lalu diberikan persalinan dan diminta
supaya bercakap (di hari akhirat) dan aku juga akan diseru lalu diberikan persalinan dan diminta
supaya bercakap maka aku bercakap sebagaimana ia bercakap. Aku telah diberikan beberapa
ciri yang tidak diberikan kepada siapapun sebelumku. Aku mengetahui ilmu tentang kematian-
kematian dan ujian-ujian, keturunan dan pemberi kata putus. Tidak terlepas dariku apa yang
telah berlaku sebelumku dan tidak tersembunyi dariku sesuatu yang di belakangku. Aku
memberikan berita gembira dengan izin Allah dan aku menunaikan segala perkara daripada Allah
‘azza wa jalla. Semua itu diberikan kekuatan oleh Allah kepadaku dengan izinnya.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 1 hal. 197)
Kesimpulan:

1. Syi’ah memberikan sifat-sifat kepada imam-imam mereka sebagaimana sifat-sifat yang


diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2. Syi’ah mengatakan ketaatan adalah kepada ‘Ali r.a. dan imam-imam dari keturunannya
bukannya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3. Syi’ah menyamakan keingkaran kepada ‘Ali r.a. dengan keingkaran kepada Allah ta’ala.
4. Syi’ah mengatakan hanya melalui ‘Ali r.a. sahaja Allah boleh dikenali bukan melalui Nabi
Muhammad s.a.w.
5. Syi’ah mengatakan segala mukjizat nabi-nabi adalah milik ‘Ali r.a..
6. Syi’ah memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada ‘Ali r.a. dan imam-imam selepasnya.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3050