Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke-1


Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa : 07 Februari 2011
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Sri Damai

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini bersamaan hari Isnin, maka bermulalah saya untuk menghadapi
latihan praktikum di sekolah ini selama 3 bulan. Masalah yang timbul ialah tidak
dapat bergaul dengan suasana di dalam kawasan sekolah ini. Oleh itu, saya
perlu lebih bersosial dengan guru dan murid di sekolah ini. Hal ini menyebabkan
saya tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap apa yang berlaku di
sekolah.

2. Analisis
Perasaan gementar ini timbul kerana saya masih kurang berpengalaman
dalam suasana semasa berada di sekolah. Selain itu, sikap pendiam saya juga
mungkin salah satu penyebab masalah ini timbul.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya seharusnya membuang perasaan malu dan pendiam yang ada pada diri
saya kerana seorang guru perlulah mempunyai sifat peramah dan mesra dengan
suasana semasa berada di sekolah.

b) Saya juga akan cuba bercakap dengan lebih ramai orang terutamanya guru-
guru sekolah agar mendapat ilmu yang bagus dan dapat mengurangkan
masalah yang saya hadapi.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh latihan praktikum di
sekolah ini. Sekiranya masalah ini berlarutan, sudah pasti saya tidak akan
menjadi guru yang baik dan cemerlang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai