Anda di halaman 1dari 2

Qunut Nazilah untuk saudaraku di Palestin

Ia dinamakan Qunut Nazilah kerana ia disyariatkan untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa
sebarang bencana dan musibah seperti peperangan, bencana alam dan wabak penyakit.

Ia disunatkan untuk dibaca semasa I’tidal pada rakaat terakhir setiap solat fardhu lima waktu,
bukan hanya pada Solat Subuh sahaja. Ini adalah berdasarkan sunnah Nabi SAW, antaranya:

1- Daripada Ibnu Abbas RA, bahawasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah berqunut
selama sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu pada
rakaat terakhir ketika I’tidal selepas mengucapkan “Samiallahu liman hamidah”. Baginda
mendoakan kemusnahan Bani Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, manakala para makmum
di belakang baginda mengaminkan doa itu.
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud)

2- Daripada Abu Hurairah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu ketika
apabila mengucapkan “Samiallahu liman hamidah” pada rakaat terakhir Solat Isyak, baginda
berqunut: “Ya Allah, selamatkanlah Ayyash bin Abi Rabiah, Ya Allah, selamatkanlah Al-Walid
bin Al-Walid, Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisham, Ya Allah, selamatkanlah kaum
yang lemah dan tertindas di kalangan orang-orang mukmin”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, doa ini juga boleh dibaca di luar solat (sama ada dalam Bahasa Arab atau
bahasa ibunda) seperti doa-doa yang lain.

Berikut adalah contoh Doa Qunut Nazilah untuk saudara kita di Palestin:

،‫ق َكِلَمَتُهْم‬
ّ‫ح‬َ ‫عَلى اْل‬َ ‫جَمْع‬ْ ‫شْوَكَتُهْم َوا‬
َ ‫سّدْد َرْمَيَتُهْم َوَقّو‬
َ ‫ الّلهّم‬،‫طْين‬ِ‫س‬
ْ ‫ي َفَل‬ ْ ‫ن ِف‬
َ ‫سِلِمْي‬
ْ ‫ن اْلُم‬َ ‫خَوا‬
ْ ‫صْر ِا‬
ُ ‫الّلُهّم اْن‬
‫عِزْيزًا‬
َ ‫صًرا‬ْ ‫صْرُهْم َن‬ ُ ‫سَتِقْيمًا َواْن‬
ْ ‫صَراطًا ُم‬ ِ ‫ َواْهِدِهْم‬،‫ح َلُهْم َفْتحًا ُمِبْيَنا‬
ْ ‫الّلهّم اْفَت‬
“Ya Allah, bantulah saudara muslimin di Palestin (3x), Ya Allah, tepatkanlah lontaran mereka,
kuatkanlah senjata mereka dan satukanlah mereka di atas kebenaran, Ya Allah, bukakanlah
untuk mereka (kebenaran) yang nyata, tunjukkanlah mereka jalan yang lurus dan bantulah
mereka dengan bantuan yang hebat”

‫عَلى اْلَيُهْوِد‬
َ ‫صْرَنا‬ُ ‫ الّلُهّم اْن‬،‫ن‬ َ ‫عَلى اْلَقْوِم اْلَكاِفِرْي‬
َ ‫صْرَنا‬ُ ‫ الّلُهّم اْن‬،‫ن‬ َ ‫صَهاِيَنِة اْلُمْعَتّدْي‬
ّ ‫ك ِبال‬
َ ‫عَلْي‬
َ ‫الّلهّم‬
َ ‫عَداَء الّدْي‬
‫ن‬ ْ ‫ك َأ‬َ ‫عَداِئ‬
ْ ‫جِمْيِع َأ‬
َ ‫عَلى‬ َ ‫صْرَنا‬ُ ‫ َواْن‬،‫ن‬ َ ‫ن اْلُمْعَتّدْي‬َ ‫صِبْي‬
ِ ‫اْلُمْغَت‬
“Ya Allah, musnahkanlah Zionis yang memusuhi kami, Ya Allah, bantulah kami ke atas orang-
orang kafir, Ya Allah, bantulah kami ke atas Yahudi yang mencabul dan memusuhi kami, dan
bantulah kami ke atas segala musuhMu yang merupakan musuh agama”

َ‫جِري‬ ْ ‫ َوَياُم‬،‫ب‬ ِ ‫ل الِكَتا‬ َ ‫ الّلهّم َياُمْنِز‬،‫شُرْوِرِهْم‬ ُ ‫ن‬ْ ‫ك ِم‬َ ‫ وَنُعْوُذ ِب‬،‫عَداِئَنا‬


ْ ‫حوِر َأ‬
ُ ‫ك ِفي ُن‬َ ‫جَعُل‬
ْ ‫الّلهّم ِإّنا َن‬
‫عَلْيِهْم َوَزْلِزْلُهْم‬
َ ‫صْرنَا‬ُ ‫ َواْن‬،‫ن‬ َ ‫حَتّلْي‬
ْ ‫ن اْلُم‬
َ ‫صِبْي‬
ِ ‫ ِاْهِزِم اْلَيُهْوَد اْلَغا‬،‫ب‬
ِ ‫حَزا‬ ْ‫ل‬
َ ‫ َوَياَهاِزَم ا‬،‫ب‬ِ ‫حا‬ َ‫س‬ ّ ‫ال‬
“Ya Allah, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan
kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Ya Allah, wahai Tuhan yang
menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang
menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah
kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka”

‫عَلْيِهْم َكْلبًا‬
َ ‫ط‬ْ ‫سّل‬
َ ‫ َو‬،‫ل َأْقَداَمُهْم‬
ْ ‫ َوَزْلِز‬،‫ن ُقُلوِبِهْم‬
َ ‫ف َبْي‬
ْ ‫خاِل‬
َ ‫ت َكِلَمَتُهْم َو‬ ْ ‫شّت‬ َ ‫ َو‬،‫جْمَعُهْم‬َ ‫ق‬ْ ‫شْمَلُهْم َوَفّر‬َ ‫الّلهّم َبّدْد‬
َ ‫جِرِمْي‬
‫ن‬ ْ ‫ن اْلَقْوِم اْلُم‬
ِ‫ع‬
َ ‫ل ُيَرّد‬ َ ‫ي‬ ْ ‫ك اّلِذ‬
َ‫س‬َ ‫ل ِبِهْم َبْأ‬
ْ ‫ الّلهّم َأْنِز‬, ‫جّباَر َوَيا ُمْنَتِقَم‬
َ ‫ َيا‬،‫ك َيا َقّهار‬َ ‫لِب‬َ ‫ن ِك‬ْ ‫ِم‬
“Ya Allah, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan
mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan mereka), pecah belahkanlah hati-hati
mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-
anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani,
wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, Ya Allah, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan
kesakitan daripadaMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa”