Anda di halaman 1dari 1

Tenaga solar merupakan tenaga alternatif yang berpotensi meskipun belum diterokai

sepenuhnya. Sejauh manakah tenaga solar mendatangkan kelebihan dalam kehidupan


harian dan jelaskan usaha-usaha meningkatkan penggunaannya?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tenaga solar merupakan tenaga matahari yang mendatangkan banyak manfaat


kepada alam sekitar dan manusia sejagat. Meskipun demikian, hari ini tenaga solar masih
belum digembleng sepenuhnya lantaran penggunaan tenaga fosil masih meluas.

Berbanding tenaga alternatif yang lain seperti petroleum dan arang batu, tenaga
solar bersifat semula jadi dan kekal. Tenaga yang digunakan dalam bentuk haba mahupun
cahaya ini bukan sahaja boleh digunakan pada waktu siang malah selepas matahari
terbenam. Pengguna boleh menyimpan tenaga solar yang diperkaya melalui proses
pengecasan dan kemudiannya ditukar kepada tenaga kinetik. Tenaga inilah yang digunakan
untuk menggantikan sumber tenaga elektrik atau fosil. Bekalan tenaga ini dapat
dimanfaatkan secara maksima dalam apa jua urusan harian manusia.

Selain itu, sebagai sumber tenaga semula jadi, tenaga solar juga adalah mesra alam.
Tanpa membebaskan sebarang bahan cemar seperti fosil, tenaga solar mampu berfungsi
menggerakkan sesuatu peralatan. Sebaliknya, eksploitasi bahan bersumberkan tenaga fosil
seperti petroleum dan arang batu pula lebih banyak menyumbang kepada pencemaran
alam. Tambahan pula tenaga solar mampu digunakan dengan jaminan kebersihan yang
tinggi pada setiap produk yang dihasilkan.

Melihat kepada betapa pentingnya tenaga solar dalam kehidupan seharian, maka
beberapa langkah memajukan industri yang bersumberkan tenaga ini perlu dipergiatkan.
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memajukan kegiatan penyelidikan dan
pembangunan khusus dalam bidang ini. Usaha ini turut disokong oleh instistusi pengajian
tinggi tempatan dengan memberi geran bagi merealisasikan misi ini. Bersesuaian dengan
kedudukan negara Malaysia di garisan khatulistiwa yang menerima sinaran matahari
sepanjang tahun, maka operasi penyelidikan dan pembangunan dapat dijalankan dengan
baik. Lebih banyak perancangan dan penghasilan produk dikeluarkan apabila tenaga solar
diguna semaksima yang mungkin.

Selain itu, penggunaan tenaga solar secara giat dalam industri pembuatan
merupakan galakan utama penerokaan terhadap sumber ini. Lebih banyak peralatan yang
dilengkapi panel sel solar dan diubahsuai bakal memudahkan tugas rutin manusia.
Contohnya, penghasilan alat teknologi mudah alih. Kini terdapat negara-negara maju
memperkenalkan kenderaan berteknologi solar yang menggunakan enjin hybrid. Enjin
manual dan diubahsuai kepada proses pengecasan solar menggantikan penggunaan
petroleum. Semua ini adalah sebagai langkah penjimatan kepada tenaga alternatif yang
kian berkurangan ataupun habis.

Secara tuntasnya, penggunaan tenaga solar amatlah baik kerana kesannya adalah
positif. Justeru itu, usaha berterusan perlu dipergiatkan agar tenaga solar dapat dimanfaat
untuk pembangunan negara pada masa-masa akan datang.