Anda di halaman 1dari 148

Alina Haizar

Bab 1
2002

“A
H, meluat aku! Ingat dia
lawa sangat!”
Geramnya dia
melihat gadis yang sedang berpelukan itu. Gadis itu
menggeliat apabila pinggangnya dipeluk oleh temannya.
Ketawa manja jelas kedengaran walaupun Jeffery berada
dalam jarak yang agak jauh dari mereka.
Wan Jeffery Wan Hisham menahan marah
memerhatikan gelagat Lily dari dalam keretanya. Geram dia
memerhatikan Lily, yang selama ini merupakan teman
wanitanya. Kini Lily asyik berlagak dengan teman lelaki
barunya. Tiap-tiap hari lelaki itu akan menunggu Lily di
pekarangan kolej dengan kereta Ferrari model terbaharunya.
Jeffery mendengus geram. Kemudian dia
memerhatikan kereta BMW M Sportnya yang sudah berusia
dua tahun itu. Bukan Jeffery tak mampu membeli kereta
mewah seperti teman lelaki Lily itu, tetapi dia akan berlepas
ke US selepas tamat belajar dalam masa enam bulan lagi. Jadi

1
Hadirmu Takdirku

ini menyebabkan Datuk Wan Hisham tidak mahu belikan dia


kereta baru lagi.
Itu pun satu perkara lagi yang membuatkan Jeffery
meradang. Selalu ayahnya dapat dipujuk oleh mummy.
Mummy tidak akan pernah menolak permintaannya.
Mukanya yang kacak bertukar masam kelat akibat menahan
amarah. Marah dengan Lily dan ayahnya. Kalau dengan
mummynya, senang dia hendak minta apa-apa pun. Tetapi...
dengan ayahnya, memang susah sikit. Dia asyik katakan yang
dia tidak mahu memanjakan Jeffery. Itu sahaja alasannya.
“Kalau tidak mahu memanjakan aku, siapa lagi
yang hendak dimanjakan? Bukan ke aku ni anak tunggal dia?
Bukan ada anak lain. Harta banyak-banyak tu nak buat apa?
Jatuh pada aku juga nanti!” bentak Jeffery sendirian.
Ketawa Lily menarik semula perhatian Jeffery yang
tersasar sebentar kepada ayahnya. Geram betul Jeffery
memerhatikan mereka. Bertambah geram tatkala melihat
mereka seolah-olah sedang berkucupan, tanpa segan silu.
Jeffery terus naik menyampah melihat kelakuan mereka itu
lalu terus memandu dengan laju, keluar dari kawasan itu.
Selalunya dia dan Lily yang beraksi sedemikian di
kawasan kampus ini. Maklumlah kolej swasta, siapa yang
hendak pedulikan kalau mereka berlagak macam orang putih,
berpeluk-pelukan ke sana ke mari. Kononnya Jeffery dan Lily
merupakan pasangan ideal. Sudah hampir setahun mereka
bersama. Semua orang memberi jolokan couple of the year
kepada mereka. Menurut rakan-rakan, mereka berdua sama
cantik, sama padan, sama-sama dari keluarga orang berada.
Mummynya juga merestui perhubungan ini. Hubungan
mereka sungguh rapat hingga hampir beberapa kali mereka
menjadi intim, cuma masa dan tempat menjadi penghalang.
Jeffery tidak kisah sangat sebab buat masa ini memang

2
Alina Haizar

mereka rapat, tetapi tahun depan bila sudah pergi US belum


tentu lagi mereka akan bersama. Masa akan menentukan
haluan masing-masing.
So, just enjoy.
Itu prinsip mereka berdua. Masih ada banyak lagi
masa untuk menikmati kemanisan hidup ini.
Tetapi dua minggu lepas, Jeffery dengan tidak
sengaja meninggikan suaranya kepada Lily dan kemudian
Lily terus merajuk. Hampir dua minggu Lily tidak mahu
bertemu dengan Jeffery. Beberapa kali Jeffery menelefon Lily,
tidak dijawab oleh Lily.
Tiba-tiba heboh kedengaran perihal Lily dan teman
barunya itu.
Ego Jeffery tidak dapat menerima yang Lily
meninggalkannya dan mendapat teman baru. Tambah
menyakitkan hati apabila rakan-rakan mula menyindir Jeffery
setiap kali mereka terserempak dengan Lily dan temannya.
“Apa ni Jeff? Tak jealous ke? Takkan nak tengok aje
girlfriend kena kebas orang? Come on la Jeff.”
Panas hati Jeffery. Sakit hati pun ye juga! Selama
ini dia memang rasa dirinya hebat. Segala-gala kelebihan ada
padanya. Jangan sesekali dicabar keegoannya.
Ketika itu mereka semua sedang dalam perjalanan
beramai-ramai ke kafeteria, ternampak Lily dan temannya
sedang menaiki kereta selepas habis kuliah.
“Tengok tu BF (boyfriend) Lily. I dengar he is a
pilot, you know. Mesti dia tu kaya! Tengok kereta dia. Kelas!”
“Macam mana they end up together? Kat mana Lily
jumpa mamat handsome ni?”
“Eh, mesti la! Tengoklah Lily tu memang cantik,

3
Hadirmu Takdirku

siapa-siapa pun dia boleh dapat. But this time, she has really
done it. He is so handsome,” puji Mona sambil menjeling ke
arah Jeffery.
“I memang minat older guys. Not like you all,
immature boys,” kata Ann, membuat semua budak lelaki
marah. Masing-masing memuncungkan mulut tanda
menyampah.
“Tu la you Jeff, tak tahu nak jaga Lily. Melepas you,”
ejek Mona lagi yang juga merupakan kawan baik Lily. “Orang
cantik macam tu kena... apa kata orang… kena jaga macam
menatang minyak yang penuh.”
“Alah! Bukan lawa sangat pun. Siapa kata dia lawa?”
tempelak Jeffery.
Kemudian dia cuba pula menyakitkan hati Mona
dengan menambah, “I tengok budak kantin tu lagi lawa.”
Kawan-kawan lelaki Jeffery mentertawakan Mona.
Tujuan mereka hanya untuk membuatkan Mona marah atas
alasan untuk memulangkan paku buah keras penghinaan
Mona dan Ann yang mengatakan mereka semua budak lelaki
yang masih belum matang. Beramai-ramai mereka
mengiakan cakap Jeffery “Budak kantin tu lagi cun daripada
Lilylah.”
“What do you mean? Apa la you ni? Budak kantin
yang mana?” Mona menjegilkan matanya.
“Cuba you tengok baik-baik. Tu hah, tengah
mengelap meja tu,” kata Jeffery sambil memegang bahu
Mona sementara tangannya yang satu lagi menunjukkan ke
arah gadis yang sedang bekerja di kafeteria.
“Kalau dah pakai mekap dan pakai baju-baju yang
branded macam Lily, nenek pun lawa tau!” kata Jeffery sambil
ketawa sekuat-kuat hatinya.

4
Alina Haizar

Rakan-rakan yang lainnya ketawa berderai-derai,


seronok membuat Mona marah.
Hati Mona mendidih, geram diketawakan. Padahal
yang menjadi bahan yang diperkatakan ialah temannya Lily,
bukan dirinya. Tetapi marahnya sudah tidak dapat ditahan,
lantas dengan lancang dia mencabar Jeffery. “Kalau budak
kantin tu lagi lawa, you pergilah tackle dia!”
Tiba-tiba dia tersenyum sinis seperti mendapat satu
ilham. Dia menambah lagi, “okey, I nak bet dengan you. I nak
tengok you dapat tak bawa budak kantin tu to my birthday
party hujung bulan ni? I nak you buktikan yang The Great
Jeffery boleh pikat sesiapa saja yang dia mahu macam ni.”
Sambil berkata, dia memetik jarinya di depan muka
Jeffery. Berdetap kuat bunyi jari Mona bila dipetik.
“Wow!!!!” kata semua yang ada di situ.
Satu cabaran untuk Jeffery. Semua mata
memandang Jeffery, sama ada dia hendak menyahut cabaran
itu atau sebaliknya.
Jeffery tersenyum sambil menghulurkan ibu jarinya
untuk dicalit oleh Mona sebagai tanda bersedia.
“Okey. Tak ada masalah kalau you nak bet dengan I
hal macam ni. Ini kacang (senang) ajelah,” kata Jeffery.
“Kalau I menang, what do I get?”
“You want Lily back, kan?” tanya Mona sambil
tersenyum penuh makna. Dia tahu Jeffery boleh pikat budak
kantin tu, tapi dia ingin melihat sejauh mana Jeffery akan
lakukan untuk memenangi pertaruhan mereka. Sejauh mana
Jeffery akan lakukan demi egonya. Seronok juga nanti bila
tengok budak kantin itu dipermainkan oleh Jeffery nanti.
Jeffery mendiamkan diri sebentar. Dia sedang

5
Hadirmu Takdirku

menimbangkan sama ada dia patut terima cabaran Mona itu


atau tidak.
Semua diam menunggu keputusan Jeffery.
“Alright! I accept the bet. Kalau menang bet ni, I
dapat Lily balik tapi Lily kena ikut semua kehendak I. Boleh
you aturkan? And….” Jeffery mengenyitkan mata kepada
kawan-kawannya. “And you Mona, you kena belanja kami
semua sekelas makan di KLCC. Okey?”
“Macam tu la brother. Ajar sikit!”
Rakan-rakan yang lain makin mengalakkan.
Mona mencalit ibu jarinya dengan ibu jari Jeffery
tanda setuju dengan sahutan itu. “Boleh, no problem. Kalau
you kalah, you tanggung all our expenses tiga hari dua
malam di Genting. Alright!”
“Itu kacang. Lebih dari tu pun boleh. But I don’t
think I will lose,” ujar Jeffery sambil mencuit hidung Mona
yang mancung.
Mona menepis.
Rakan-rakan yang lain bersorak gembira. Menang
atau kalah, mereka tetap akan mendapat habuan. Menjadi-
jadi mereka memberi galakan kepada Mona dan Jeffery sambil
berjalan menuju kafeteria untuk menikmati makan tengah
hari.

6
Alina Haizar

Bab 2
“H
ANA, awat hang lambat
sangat? Cepat sikit sapu
sampah tu. Sat lagi budak-
budak keluaq (keluar) makan!”
Tiba-tiba Mak Chak bersuara mengejutkan Hana
yang sedang leka menyapu lantai.
“Yalah Mak Chak, Hana dok sapu sampahlah ni.
Nak siap dah ni,” jawab Hana sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya. “Mak Chak ni suka kalut betuilah (betullah).
Lambat lagi depa tu nak keluaq makan.”
Jam di tangannya menunjukkan baru pukul sebelas
empat puluh lima minit pagi. Selalunya pukul dua belas tiga
puluh tengah hari baru budak-budak kolej berpusu-pusu ke
kafeteria untuk makan tengah hari.
“Bukan apa... cepat hang siap, cepat boleh buat
kerja lain. Soed tak mai kerja hari ni. Dia deman panas.
Hana kena tolong sikit. Nanti kelam-kelibut (kabut) kita,”
beritahu Mak Chak dengan lembut.
“Baiklah Mak Chak.”

7
Hadirmu Takdirku

Sejuk hati Hana mendengar teguran Mak Chak.


Mak Chak kini Hana anggap seperti emaknya juga. Emaknya
bergantung harap dengan Mak Chak supaya menjaga Hana di
bandar besar ini. Mak Chak sudah lama merantau mencari
rezeki di Kuala Lumpur dengan menjual makanan. Mulanya
secara kecil-kecilan, kini dia dapat tender menguruskan
kafeteria di kolej swasta ini. Suatu pencapaian yang besar
untuk Mak Chak yang hanya bermula dengan perniagaan nasi
lemaknya dahulu.
“Kalau hang kerja kuat, nanti satu hari, hang pun
boleh jadi tauke macam Mak Chak.”
Hana teringat pesanan emaknya semasa dia hendak
berangkat ke Kuala Lumpur mengikut mak ciknya bekerja.
Dia baru mendapat keputusan SPM. Keputusan yang agak
baik tetapi tidak cukup baik untuk mendapat tempat di mana-
mana IPTA. Mulanya Hana berharap agar dapat masuk ke
tingkatan enam, tetapi membatalkan niatnya kerana tidak
sanggup menyusahkan emaknya. Hana ingin bekerja untuk
membantu emaknya. Lagipun adik-adiknya masih belajar
lagi. Bila Mak Chak minta Hana bekerja dengannya, Hana
tidak melepaskan peluang ini. Sekurang-kurangnya dia dapat
mengurangkan bebanan emak dan bolehlah membantu
persekolahan adik-adik.
Walaupun demikian, niat untuk belajar masih
tertanam di hatinya. Apabila melihat anak-anak orang kaya
menimba ilmu di kolej ini, hatinya teringin untuk turut sama
belajar dengan mereka. Namun, apakan daya... dia hanya
dapat memandang sahaja.
Mungkin satu hari nanti bila dia sudah mengumpul
wang secukupnya, bolehlah dia sambung belajar lagi. Buat
masa ini, sepasang baju baru pun tak mampu dibeli. Semalam
emak sudah telefon, minta Hana kirim sedikit wang untuk

8
Alina Haizar

belanja sekolah adik-adik. Hana mengeluh sambil


membetulkan bajunya. Baju itu lembap terkena air kerana
Hana baru membasuh pinggan sebentar tadi.
“Helo… tolong lap meja ni. Boleh?”
Hana tersentak dari lamunannya, lantas menoleh
ke arah suara yang memanggilnya tadi. Sekumpulan pelajar
sedang memerhatikannya. Dia segera menghampiri meja
tersebut, lalu mengelap meja yang memang sudah bersih itu.
Mak Chak selalu berpesan, apa pun kata pelanggan, mereka
sentiasa betul. Jadi, ikut sahaja kemahuan pelanggan.
Ada kalangan pelajar-pelajar yang cerewet. Hana
tahu kebanyakan pelajar di sini datang daripada keluarga
berada. Kebanyakan mereka belajar di sini sebagai persediaan
untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Beruntungnya
mereka. Bagi Hana, nak belajar di negara sendiri pun tak
mampu. Inikan pula hendak belajar di luar negara.
“Depa semua ni anak orang kaya. Hang kena
maniskan muka tu. Jangan masam. Nanti depa kompelin,
susah Mak Chak nak dapat tender kantin ni tahun depan. Tu
dia... maniskan muka hang macam tu la.”
Kata-kata Mak Chak sentiasa terpahat di ingatan
Hana, lalu bibirnya menguntum senyum kepada kumpulan
pelajar itu. Mereka semua memandang Hana sambil
tersenyum-senyum. Hana sudah biasa dengan senyum sinis
pelajar-pelajar di sini terutamanya pelajar perempuan. Dia
sedar dari segi berpakaian, dirinya tidak bergaya langsung.
“Nak ordar (oder) makanan ka (ke)?” tanya Hana
dengan loghat utaranya jelas kedengaran, membuatkan
pelajar-pelajar itu semakin tersenyum lebar. Ada yang berbisik
sesama sendiri kemudian ketawa sesama mereka. Hana tidak
mengendahkan kelakuan mereka itu.

9
Hadirmu Takdirku

“Memang la nak oder makanan, takkan nak oder


baju kut…” jawab salah seorang pelajar lelaki itu.
Hana tersenyum sumbing apabila mereka semua
mentertawakan dirinya. Riuh-rendah suasana di meja itu.
Hana termangu-mangu, tidak tahu apa yang perlu dia
lakukan. Akhirnya dia cuma tegak berdiri, menunggu mereka
memesan makanan.
“Saya nak fresh oren satu.”
Tiba-tiba seorang pemuda berkata. Mukanya serius
dan dia tidak seperti mereka yang lain, sedang ketawakan
Hana. Matanya tepat memandang wajah Hana.
Hana terus mencatat pesanan pemuda itu.
Selepas itu baru suasana menjadi tenang dan Hana
dapat mengambil pesanan daripada pelajar lain.
Mereka semua hanya memesan minuman.
Pemuda tadi terus memandang Hana seperti ingin
berkata-kata lagi. Lalu Hana pun bertanya kepadanya. “Nak
makan apa?”
“Mi goreng satu. Tak mau taugeh, tak mahu ayam.”
“Baiklah,” kata Hana lalu beredar dari situ.
Tidak lama kemudian Hana keluar dari dapur
kafeteria dengan minuman yang dipesan dan sepinggan mi
goreng, lalu dihidangkannya kepada mereka. Tanpa melihat
tepat ke wajah pemuda itu, Hana terus hendak masuk ke
dalam dapur kafeteria. Banyak lagi kerja yang harus dilakukan
di dalam dapur itu. Seperti yang Mak Chak katakan, Soed,
pembantu tukang masak tidak datang kerja hari ini. Hana
harus membantu Mak Timah hari ini dan juga menjalankan
tugas-tugas rutinnya seperti mengambil pesanan makanan,
menjadi pelayan, tukang basuh pinggan dan lain-lain lagi.

10
Alina Haizar

Jeffery terus memandang wajah Hana. Boleh tahan


jugak budak ni. Takde mekap pun okey aje wajahnya. Nasib
baik okey, desis hatinya.
Semalam Jeffery sedang marah, dia main sebut
sahaja budak kantin. Dia bukan tahu pun siapa yang dia
sebutkan itu. Tidak sangka pulak Mona akan buat pertaruhan
dengan dia. Kalau hodoh muka budak kantin ni, susah juga
dia nak teruskan cabaran Mona ni.
Jeffery terus menilai penampilan Hana.
Senyumannya okey, manis. Rambutnya yang panjang
melepasi bahu diikatnya di belakang. Cuma penampilannya
saja yang tidak ada gaya langsung dengan baju-T putih dan
seluar hitamnya. Kalau dipakaikan dengan pakaian berjenama
seperti yang Lily selalu pakai, silap-silap lebih lawa daripada
Lily agaknya, duga Jeffery. Dia tersenyum sendiri.
Kalau diikutkan, Jeffery bukannya gilakan sangat Si
Lily tu. Tapi jiwa remajanya marah mengenangkan dia kalah
dengan pilot yang mendampingi Lily. Sifat egoisnya tidak
membenarkan dia kalah. Dia cuma ingin membalas dendam.
Itu sebab dia menerima cabaran Mona. Dia ingin
membuktikan bahawa Lily tu bukan seorang sahaja
perempuan di dalam dunia ni. Ini Jeffery yang mereka cabar.
Dia akan buktikan kepada mereka semua. Dengan mudah
sahaja Jeffery akan dapatkan budak kantin ini.
“Cik adik, mari sini kejap.” Jeffery memanggil lagi,
apabila melihat budak kantin itu mahu cepat-cepat beredar
dari situ.
“Mai sini sat,” sampuk budak lelaki yang bernama
Wan dengan loghat utara.
Hana tidak sempat masuk ke dalam dapur, kembali
ke meja Jeffery tanpa mempedulikan pelajar lain yang sedang

11
Hadirmu Takdirku

berbisik-bisik dan ketawa itu. Hana dapat rasakan mereka


sedang ketawakan dirinya, tetapi tidak tahu kenapa.
“Saya nak oder telur mata kerbau satu.”
“Baik,” balas Hana.
Jeffery terus memandang wajah Hana. Tetapi dia
tidak dapat apa-apa reaksi daripada Hana.
Hana tidak memandang langsung muka Jeffery. Dia
segera masuk semula ke dalam dapur untuk mendapatkan
telur mata kerbau.
“Yang ni you kata lebih lawa daripada Lily?” tanya
Mona sambil mendengus, tidak puas hati.
“Sweet maybe, but a bit chubby.”
Jeffery akui, memanglah Hana tidak selangsing
Mona, Lily atau Ann. Tapi tidaklah gemuk sangat. Bolehlah
tahan. Cuma kalau diberi pilihan, Jeffery suka perempuan
yang langsing. Kalau ada kualiti seperti peragawati, lagi
bagus.
“Itu puppy fat aje. Tak lama lagi hilanglah tembam
dia tu.” Wan menyampuk. “Rupa okey apa....”
“Yelah tu, tetapi dia ni kampung sikitlah. No style
at all. Tak taulah rupanya taste you macam ni selama ni,”
sahut Ann, yang nyata lebih jahat mulutnya.
Semua yang lain tersenyum–senyum mendengar
kutukan Ann, mengiakan kenyataannya.
Hana keluar semula dengan membawa telur mata
kerbau yang dipesan oleh Jeffery. “Ini dia, telur mata kerbau.”
Setelah diletakkan dengan sopan di hadapan Jeffery,
Hana terus mengorak langkah ingin berlalu. Hana terasa
seperti mereka sedang memerhati dan mentertawakan dia.
Mungkin sebab loghat utaranya itu. Selalunya Hana boleh

12
Alina Haizar

kawal loghat utaranya, tetapi kadangkala dia tercakap juga,


terutamanya bila dia gementar.
“Nanti dulu. Boleh tengok muka customer tak? Apa
layanan macam ni? Tengok muka pun tidak mahu. Macam
cakap dengan robot aje. Senyum pun tak bagi. Macam ni,
pelanggan boleh lari tau,” kata gadis di sebelah Wan dengan
agak sinis.
Hana mengangkat mukanya, mengagahi dirinya
untuk memandang wajah mereka semua. Kemudian dia
terpandang wajah pemuda yang memanggilnya tadi. Baru
Hana cam siapa pemuda yang bersikap baik dengan dia tadi.
Dia selalu melihat pemuda ini berkepit dengan seorang
pelajar perempuan yang sangat cantik dan bergaya. Tetapi
pelajar perempuan itu tidak ada bersama-sama mereka hari
ini.
Pemuda itu mempunyai seraut wajah yang tampan.
Kelopak matanya besar dan matanya dalam, ciri-ciri begini
selalunya memaparkan seseorang yang mempunyai emosi
yang kuat. Tulang pipinya tinggi dan hidungnya mancung,
tegak dan menipis di hujung. Macam keturunan bangsawan.
Terdapat belahan kecil di dagunya, membuatkan wajahnya
lebih menarik lagi. Dia juga cukup bergaya. Kelihatannya
pemuda itu seperti ketua dalam kumpulan ini. Pemuda itu
tidak putus-putus memberikan senyuman kepada Hana.
Hana hanya ingat pesanan Mak Chak supaya
sentiasa memaniskan muka, lalu dia membalas senyuman
pemuda itu.
“Camnilah... barulah ada penarik, kan Jeff?” tegur
Wan lagi sambil menepuk bahu pemuda tadi.
Mereka ketawa beramai-ramai lagi kecuali pemuda
itu.

13
Hadirmu Takdirku

Pemuda itu terus memandang Hana dengan


lembut, membuatkan jantung Hana mula berdetak.
Dia menjadi keliru dengan pandangan Jeffery yang
tidak dilepas-lepaskan itu. Cepat-cepat Hana beredar dari
situ.
Pelajar-pelajar kolej itu semua terus ketawa sesama
mereka sambil menghabiskan makanan dan minuman yang
terhidang di hadapan mereka.

14
Alina Haizar

Bab 3
“J
EFF! How’s thing? Dah dapat
ke belum?”
Mona akan bertanya
setiap kali mereka bertemu selepas kuliah.
“Relakslah Mona. Ini Jefferylah,” jawab Jeffery.
“Bukan apa... I takut you kalah bet kita. Malu la
nanti. I dah jalankan tugas I pujuk Lily. Lily pun dah macam
setuju aje. You tak ambil apa-apa action pun.”
“Ini Jefferylah Mona. Bet ini kacanglah!”
“Bukan apa... kalau you kalah, you kena bawa we all
semua ke Genting. Tiga hari dua malam. Ingat tu. Besar
belanjanya.”
“Itu no problem. Tak payah bet pun I boleh bawa
you all ke Genting. Tapi siapa kata I akan kalah? Tengok
kakilah. Ini Jeffery, tau!” jawab Jeffery dengan angkuh.
“Takpe... kalau you cakap macam tu. Nanti kat
birthday party I, kita tahulah.”
“Relakslah Mona. You pulak yang susah hati ni,

15
Hadirmu Takdirku

apesal? Are you afraid of losing this bet?” sindir Jeffery


sambil tersengih.
Mona memuncungkan bibirnya yang bergincu
merah dan terus berlalu. Malas hendak melayan Jeffery yang
sentiasa cuba menyakitkan hatinya.
Setelah Mona berlalu, Jeffery termenung.
Sebenarnya, kata-kata Mona tadi ada betulnya. Jeffery belum
buat apa-apa perancangan untuk memikat budak kantin tu.
Malahan nama budak kantin itu pun, Jeffery tidak tahu lagi.
Kalau dia pergi ke kafeteria dengan kawan-kawannya yang
lain, keadaan menjadi sukar. Mereka yang lain akan membuat
kacau dan terlalu bising. Budak kantin itu selalunya lari
masuk ke dalam dapur akibat ejekan dan sindiran mereka.
Jeffery harus menukar taktik jika dia hendak
mendekati budak perempuan itu. Apa pun yang terjadi, dia
tak mahu kalah dalam cabaran ini. Ini bukan soal duit, ini
soal maruah. Jeffery kena cepat cari jalan terbaik untuk dia
berkenalan dengan budak kantin itu dan seterusnya memujuk
budak kantin itu untuk dibawa dia ke majlis hari jadi Mona.
Itu sahaja yang dia perlu lakukan.

LEWAT petang, selepas amali di makmal Fizik, Jeffery sengaja


mengajak Ramli untuk makan bersama-samanya di kafeteria.
Ramli merupakan pasangan Jeffery dalam makmal
Fizik. Ramli seorang yang pendiam dan serius, bukan macam
kawan-kawan Jeffery lain. Mereka yang lainnya bising dan
bersikap kasar. Ramli kelihatan dan juga sering bertindak
lebih matang daripada mereka yang lain. Jeffery tahu Ramli
rajin belajar berbanding dengan mereka yang lain kerana
kehadiran Ramli di kolej ini adalah kerana mendapat biasiswa

16
Alina Haizar

pelajar cemerlang. Bukan seperti mereka yang lain,


ditanggung sepenuhnya oleh keluarga.
“Hai Hana, apa khabar?” tegur Ramli sebaik sahaja
mereka tiba di kafeteria.
Hana sedang menyapu sampah dan mengemas
kerusi-kerusi di kafeteria tersebut.
“Baik, Abang Ramli. Lewatnya Abang Ramli makan
hari ni?” jawab Hana sambil melihat jam di dinding yang
sudah menunjukkan pukul enam petang.
Memandangkan kafeteria terletak di kawasan
pentadbiran dan kawasan dewan kuliah kolej, selalunya
mereka sudah tutup kafeteria pada waktu ini. Ada beberapa
pelanggan sahaja yang berada di kafeteria ini selain Ramli
dan Jeffery. Itu pun mereka cuma minum-minum sahaja
selepas tamat bersukan.
Jeffery diam sambil memasang telinga, mendengar
perbualan mereka berdua dengan teliti.
Oh... namanya Hana. Okay, not bad. Memang
langkah yang tepat aku bawa Ramli makan petang ni, tukas
hati Jeffery.
“Makmal habis lambat hari ni,” cerita Ramli. Dia
pun jarang makan di kafeteria ini kerana selalunya pada
waktu petang atau malam dia akan makan di kafeteria yang
terletak di kawasan asramanya. “Kawan abang ajak minum
petang kat sini.”
Pelawaan Jeffery memang dirasakan pelik sikit
tetapi Ramli suka berkawan dengan Jeffery. Memang dia nakal
dan liar sedikit tetapi Jeffery amat hormat dan baik dengan
Ramli. Sikap hormat ini membuatkan Ramli boleh berkawan
rapat dengan Jeffery. Malahan mereka menjadi rakan makmal
sejak tahun satu lagi. Yang mungkin Ramli tidak tahu ialah

17
Hadirmu Takdirku

taktik Jeffery berkawan rapat dengan Ramli. Memandangkan


Ramli seorang yang pandai, mudahlah bagi Jeffery mendapat
bantuan Ramli, sama ada dari segi assignment, laporan amali,
nota-nota kuliah dan juga soalan dan jawapan kertas ramalan
peperiksaan.
“Bagi abang nasi goreng kampung dan teh ais.”
Alang-alang sudah berada di sini, lebih baik makan
siap-siap, malam nanti Ramli boleh terus pergi ke
perpustakaan.
Hana menulis pesanan Ramli, kemudian beralih
kepada Jeffery. “Encik nak oder apa?”
“Mi goreng. Tak mau taugeh, tak mau ayam dan
coke,” jawab Jeffery ringkas.
Dia memandang sahaja Hana masuk ke dalam
dapur kafeteria untuk menyediakan pesanan makanan.
Otaknya pantas berfikir bagaimana hendak menarik perhatian
budak kantin itu sehingga boleh dibawa ke parti hari jadi
Mona tanpa membuatkan dirinya kelihatan seperti terlalu
terdesak.
Dua minggu telah berlalu sejak mereka membuat
perjanjian itu. Jeffery pula belum berganjak dari titik
permulaan.
Tetapi nampaknya dia bernasib baik hari ini. Hari
ini dia sudah tahu nama budak kantin itu. Memang betul
jangkaan Jeffery. Ada banyak kebaikannya berkawan dengan
Ramli. Ramli sudah memberi jalan kepadanya. Jeffery sudah
boleh memulakan langkah pertamanya dan boleh merancang
langkah-langkah seterusnya.
Sekarang ini, senang sikit hati Jeffery. Sambil
menunggu makanan siap, mereka berbual-bual mengenai
latihan amali yang mereka jalankan tadi dan berjanji untuk

18
Alina Haizar

bertemu di perpustakaan malam nanti untuk membuat


laporan amali. Tetapi selalunya Ramli akan buat dahulu
laporan itu dan Jeffery cuma datang ke perpustakaan untuk
meniru laporan Ramli.
Tidak lama selepas itu, Hana keluar membawa
makan yang dipesan oleh mereka. Setelah menghidangkan
makanan, Hana melangkah untuk beredar.
Tiba-tiba Ramli menahannya. “Duduklah dulu
Hana, bukan ada orang yang nak makan lagi. Mesti Hana
penat kerja sepanjang hari.”
Jeffery cuma mengangguk mengiakan pelawaan
Ramli.
Bagus betul Ramli ni, kata Jeffery di dalam hatinya,
makin memudahkan jalan bagi Jeffery. Macam Ramli tahu-
tahu pulak apa yang Jeffery hendak, peluang berkenalan
dengan budak kantin itu.
“Ini kawan abang, Jeff.” Ramli memperkenalkan
setelah Hana duduk di sebelah Ramli.
Hana mengangguk sambil memberikan senyuman
tetapi tiba-tiba Jeffery menghulurkan tangannya untuk
bersalam.
“Helo. Saya Jeff.”
Mahu tidak mahu Hana terpaksa menyambut
tangan Jeffery. “Saya Hana.”
Malunya Hana. Dia perasan tangannya terasa kasar
dan mungkin juga berbau kerana sepanjang pagi dia
mengupas bawang. Mukanya pula berminyak kerana seharian
bekerja di kafeteria. Terasa genggaman tangan Jeffery yang
kejap dan panas di tangannya, dan senyuman Jeffery yang
mencairkan hatinya.

19
Hadirmu Takdirku

“Hana ni sama negeri dengan aku. Dia datang dari


Kedah,” terang Ramli.
Patutlah Ramli too protective. Satu kapal (negeri)
rupanya, hati Jeffery menggerutu sendirian. Jeffery kena
berhati-hati. Kalau Ramli tahu tujuan Jeffery, mestinya Ramli
akan menghalang niatnya itu.
“Oh! Ye ke? Di sini tinggal dengan siapa?” tanya
Jeffery berpura-pura prihatin.
“Tinggal dengan Mak Chak,” jawab Hana.
“Hana baru kerja di sini ke? Selama ini saya tidak
pernah nampak pun.”
Hana mengangguk sambil menjawab, “baru dua
bulan.”
“Oh... ye ke? Jadi, dah jalan-jalan ke di Kuala
Lumpur ni?”
“Belum. Tak ada masa, sibuk setiap hari.”
“Oh....”
Jeffery terdiam. Dia kena jalankan rancangannya
dengan berhati-hati dan bersabar. Dia tidak mahu
menimbulkan syak wasangka. Itu pun Ramli sudah
memandangnya semacam.
Ramli tertanya-tanya di dalam hatinya. Kenapa
agaknya Jeffery begitu ramah pulak hari ini? Selalunya dia
tak pedulikan orang lain kecuali gadis-gadis seksi yang kaya-
raya. Setahu Ramli gadis kampung macam Hana ni, tidak
wujud langsung di dalam dunia Jeffery.

20
Alina Haizar

KEESOKAN harinya, Jeffery datang lagi ke kafeteria apabila


waktu perniagaan hampir tamat. Tetapi kali ini, dia datang
seorang diri. Dia makan sendirian dan kelihatan seperti
bermuram durja.
Hana memerhatikan sahaja Jeffery dari dalam
dapur. Melihat Jeffery sendirian begitu, timbul pula rasa
kasihan terhadap pemuda itu. Selama tiga hari berturut-turut
menjadi rutin Jeffery datang bila hari sudah lewat petang.
Kadangkala dia makan sambil membaca bukunya, kadangkala
dia cuma duduk termenung sendirian.
Ke mana perginya teman wanita yang selalu Hana
lihat mendampinginya sebelum ini? Perempuan itu sangat
cantik dan bergaya, sepadan dengan Jeffery yang kacak.
Mereka sudah berpisah ke? Hana tertanya-tanya melihatkan
perlakuan Jeffery itu dari sehari ke sehari.
Petang itu seperti biasa, Hana tertunggu-tunggu di
kafeteria. Hari sudah merangkak senja tetapi Jeffery tidak
muncul seperti yang dilakukan sejak seminggu ini.
“Hana, hang sapu kat depan tu. Lepas ni kita tutup
kafe,” beritahu Mak Chak. “Orang pun tak mai lagi dah. Dah
senja ni. Mak Chak nak balik dululah Hana, ada orang nak
mai rumah. Lepas ni Hana, Soed dan Timah cuci kat dalam.
Lepas tu Hana tutup kafe.”
“Baiklah Mak Chak.”
“Takpa ka Hana sorang-sorang ni?”
“Kak Timah dan Soed, kan ada?”
“Tapi bila nak naik bas nanti?”
“Takpa… Hana boleh balik sendiri nanti.”
“Jangan! Hang mesti balik dengan Timah dan Soed
jugak.”

21
Hadirmu Takdirku

“Baiklah Mak Chak.”


“Macam tu Mak Chak balik dulu no. Cepat hang
sapu sampah,” arah Mak Chak sambil melipat apronnya, lalu
terus beredar dengan van Rusanya.
Hana pula segera mencapai penyapu dan mula
hendak menyapu sampah. “Kenapa pulak aku rasa kecewa
hari ni? Kenapa Jeffery tidak datang makan petang ni?”
Di dalam dapur, Soed dan Kak Timah sudah mula
mengemas dan mencuci periuk serta kuali. Sebentar
kemudian, pintu roller kaunter ditutup oleh Soed.
Hana selesai menyapu sampah. Dia berjalan
menghala ke dapur kafeteria untuk menyimpan penyapu.
“Hai Hana.” Jeffery menyapa dari belakang.
“Jeff! Terkejut Hana....”
“Dah tutup ke?” tanya Jeffery, wajahnya jelas
menunjukkan riak hampa.
Hana menyandarkan penyapu di pintu, lalu
mengesat kedua-dua tangannya di belakang baju.
“Kami dah tutup. Jeff… Jeff nak makan ke?” tanya
Hana.
“Haah. Saya lapar.”
“Lambat Jeff hari ini,” tegur Hana.
“Saya leka belajar di library, terlupa masa berjalan.
Sedar-sedar, dah dekat pukul tujuh.”
Hana betul-betul kagum dengan Jeffery, tekun
sungguh dia belajar.
“Saya ingat nak makan kat sini aje sebab lepas ni
saya nak sambung belajar di library.”
Jeffery menunjukkan muka yang hampa. Dia mesti

22
Alina Haizar

dapat apa yang dirancang dalam masa terdekat ini. Dia sudah
kesuntukan masa.
“Rajinnya Jeff belajar, kagum saya,” ujar Hana yang
tidak sekali-kali menjangka apa yang ada di dalam fikiran
Jeffery.
“Semester ini semester akhir, saya kena dapat
keputusan yang cemerlang, baru dapat further study.”
“Mesti lepas ni Jeff pergi luar negara.”
Hana cuba mendapat maklumat mengenai Jeffery
yang semakin hari semakin menarik hatinya. Tidak Hana
sangka orang berada seperti Jeffery sudi menjadi kawannya.
Baiknya hati Jeffery. Tidak pernah dia membezakan antara
pelajar-pelajar lain dengan Hana, budak kantin dari
kampung.
“Oh tidak, saya lebih suka belajar di Malaysia. Di
kolej pun boleh further study. Sejak akhir-akhir ni saya rasa
di sini lagi best,” jawab Jeffery berkias sambil matanya
memandang Hana dengan tajam.
Ternyata helah Jeffery mengena.
Seronok betul hati Hana mendengar pengakuan
Jeffery. Maknanya Jeffery akan sentiasa berada di kolej ini
untuk semester-semester yang akan datang. Tiba-tiba saja
harapannya menggunung tinggi.
“Tak apalah, saya nak pergi makan kat luar, nanti
lambat saya nak sambung belajar,” kata Jeffery, berpura-pura
hendak beredar.
“Eh! S... saya boleh sediakan makanan kalau Jeff
hendak.”
Tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul dari mulut
Hana.

23
Hadirmu Takdirku

Langkah Jeffery terhenti. Memang ini yang


dirancangnya sejak petang tadi. Sejak tengah hari Jeffery
keluar dengan Wan dan rakan-rakan yang lain, bermain
bowling. Dia leka bermain sehingga lupa pasal rancangannya.
Sebab itu dia lewat sampai ke kafeteria tadi.
“Betul ke ni? Tak susahkan Hana ke?” tanyanya
berbasa-basi.
“Betul... Jeff nak makan apa? Mi goreng?”
Setahu Hana itulah makanan kegemaran Jeffery.
“Mi goreng. Tak mau taugeh, tak mau ayam dan
coke.” Sambut Jeffery sambil memberikan senyumannya yang
paling memikat.
Hana terpanar dengan senyuman Jeffery itu.

24
Alina Haizar

Bab 4
P
ERHUBUNGAN Jeffery dan
Hana menjadi lebih rapat dari
sehari ke sehari. Tiap-tiap
petang Jeffery akan datang ke kafeteria untuk makan.
Alasannya selepas itu dia boleh terus pergi belajar di
perpustakaan. Kadangkala dia membaca buku di kafeteria
sahaja, sambil ditemani oleh Hana sehingga waktu
maghrib.
Ada juga Jeffery mempelawa untuk menghantar
Hana pulang ke rumah dengan kereta BMW sportnya. Tetapi
Hana tidak mahu kerana takut dengan Mak Chak. Hana
perhatikan Mak Chak seperti tidak berapa suka kalau Hana
berbual-bual dengan Jeffery.
Mak Chak memang tidak akan senang dengan
mana-mana lelaki pun. Dia pernah dikecewakan oleh seorang
lelaki suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku semasa Mak
Chak mula-mula menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, dua
puluh lima tahun yang lalu. Setelah dikecewakan, sampai
sekarang Mak Chak tidak berteman.

25
Hadirmu Takdirku

Apa pun pendapat Mak Chak, Hana tidak kisah. Dia


senang berkawan dengan Jeffery. Pada Hana, Jeffery adalah
seorang lelaki yang baik. Setiap hari dapat menghabiskan
masa dengan Jeffery adalah sangat membahagiakan dirinya.
Hana harap satu hari nanti perhubungan mereka menjadi
lebih rapat dan mungkin juga dapat keluar makan bersama.
“Jeff ada hutang dengan Hana. Jeff kena balas ni.”
“Apa dia? Mana Jeff pernah hutang dengan Hana?”
“Hutang budi. Hari tu Hana buatkan mi goreng
untuk Jeff.”
“Alah... takpe.”
“Dan Hana sudi menemani Jeff setiap petang, beri
Jeff semangat supaya tekun belajar.”
“Ye ke?”
Tidak disangka oleh Hana, Jeffery menganggap dia
sebagai aspirasi untuk tekun belajar.
“Lagipun Jeff kasihan tengok Hana kerja sepanjang
hari. Mari ikut Jeff, jalan-jalan kat KL.”
“Tak payahlah Jeff. Selepas semester ni, kafeteria
tutup. Bolehlah Hana jalan-jalan kat KL.”
Hana agak malu untuk menerima pelawaan Jeffery,
walaupun sebenarnya di dalam hatinya itulah yang dia
impikan selama ini. Tetapi Hana rasa perhubungan mereka
masih terlalu baru untuk dia keluar berdua dengan Jeffery.
Dan kemungkinan besar Mak Chak tidak akan membenarkan
dia berbuat demikian.
“Please Hana... Hari Sabtu ni kita pergi jalan,
shopping-shopping sikit. Lepas makan malam kita baliklah.
Lepas ni Jeff tak ada banyak masa lagi, sebab nak exam.”
Jeffery memujuk.

26
Alina Haizar

Sebenarnya, Hana teringin dating dengan Jeffery.


Dia sudah mula menyukai Jeffery. Pada Hana, Jeffery seorang
yang sangat baik dan sangat menghormati dirinya. Jeffery
juga sentiasa membuat Hana rasa dirinya dihargai.
Melihat Hana terdiam, Jeffery terus merayu. “Please
Hana. Tak syoklah asyik Hana aje yang susah payah untuk
Jeff. Jeff tak pernah bagi apa-apa pun pada Hana.”
“Eh! Hana ikhlas kawan dengan Jeff. Hana tak
minta apa-apa balasan.”
“Please Hana... please.” Jeffery terus merayu.
Melihat kesungguhan Jeffery, Hana pun mengalah.
“Nanti Hana tanya Mak Chak dulu ye? Kalau Mak Chak kata
okey, bolehlah.”
“Alright! That’s my girl. Jangan hampakan Jeff hari
Sabtu ini tau.”
Bergegar jantung Hana mendengar Jeffery
memanggilnya ‘my girl’.
Malam itu Hana memberanikan diri meminta
kebenaran Mak Chak untuk keluar dengan Jeffery pada hari
Sabtu nanti.
“Hang ni, baik-baik sikit no. Mak Chak bukan nak
halang hang berkawan dengan sapa-sapa (sesiapa) pun.
Budak laki tu, Mak Chak tau dia buas sikit. Sebelum ni dah
berapa ramai pompuan dia dok usung.”
Mak Chak menggeleng-gelengkan kepalanya.
Kemudian dia sambung berkata, “hei, Mak Chak takutlah! Sat
ni mak hang kata Mak Chak tak jaga hang betui-betui!”
“Alahai… Mak Chak, Hana bukan nak pi mana-
mana. Shopping dan jalan-jalan kat sini aja. Lagipun hari tu
Hana cuti,” pujuk Hana dengan bersungguh-sungguh.

27
Hadirmu Takdirku

Akhirnya setelah puas dipujuk, baru Mak Chak


benarkan Hana keluar dengan Jeffery. Dia kasihan juga
melihat Hana yang bekerja setiap hari tanpa ada masa untuk
dirinya langsung. Bila hari kafeteria ditutup seperti Sabtu
dan Ahad, Hana sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka
pula. Sedikit pun Hana tidak pernah bersungut.

HARI Sabtu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Jeffery akan


menjemput Hana selepas waktu zohor.
Mak Chak tengok sahaja Hana bersiap-siap
mengenakan blaus baru berwarna biru dan seluar jeans.
Rambutnya diikat kemas tetapi Mak Chak perhatikan bibirnya
tercalit gincu. Mengeluh Mak Chak melihatkan Hana, anak
dara sunti yang masih mentah dengan dunia di luar sana.
Teringat kala dia masih muda, seperti bunga, sesegar dan
seharum Hana sekarang ini. Kalau boleh dia ingin
melindungi Hana dari dilukai oleh realiti dunia.
Sebelum Hana melangkah keluar rumah, Mak Chak
berpesan lagi, “hang tu jalan-jalan juga, shopping-shopping
juga, sembahyang jangan lupa tau. Kat shopping kompleks
tu, KLCC ka mana ka, semua ada tempat sembahyang.
Jangan buat tak tau aja.”
Mak Chak selalu berpegang kepada prinsip, kalau
sembahyang, dapat melindungi diri daripada terjadi perkara
yang tidak diingini. Sebab itu dia berpesan kepada Hana
supaya jangan lupa bersembahyang walaupun di mana Hana
berada.
“Baiklah Mak Chak,” janji Hana, asalkan dia dapat
ikut Jeffery berjalan-jalan sekitar KL.

28
Alina Haizar

Hari ini ialah hari yang paling bahagia buat Hana.


Tidak disangka budak yang paling kacak di kolej itu
mengajaknya keluar. Hana juga rasa bangga bila dapat keluar
dengan pemuda seperti Jeffery.
Jeffery membawa Hana makan angin sekitar Kuala
Lumpur. Mereka sempat melawat Muzium Negara, Masjid
Negara, Pusat Sains dan Taman Burung.
Betul-betul macam bawa orang kampung melawat
KL. Aku pun tak pernah pergi kat tempat-tempat ni, Jeffery
berkata di dalam hati.
Mereka berjalan-jalan sehingga jam menunjukkan
pukul lima petang.
“Lepas ni kita pergi KLCC. Jeff nak beli barang
sikit.”
“Okey, boleh Hana sembahyang asar kat sana nanti.
Mak Chak kata kat KLCC ada tempat sembahyang.”
Alamak! Lecehnya perempuan ni. Time shopping
pun sibuk nak sembahyang, hati Jeffery merungut.
Selesai Hana menunaikan sembahyang asar di
surau pusat membeli-belah Suria KLCC, Jeffery terus
membawa Hana ke kedai yang menjual pakaian wanita.
Hana agak kehairanan. Dia ingat Jeffery yang
hendak membeli pakaian, sebaliknya Jeffery memilih
beberapa pakaian wanita dan terus menyuruh Hana
mencubanya. Hana menolak tetapi Jeffery bersungguh-
sungguh mahu Hana mencuba pakaian yang dipilihnya. Dia
menarik tangan Hana supaya mengikutnya ke fitting room,
dan menolak Hana masuk ke dalam bilik tersebut.
Mahu tidak mahu Hana terpaksa mencuba pakaian
yang dipilih oleh Jeffery. Tetapi Hana tidak berapa berkenan

29
Hadirmu Takdirku

dengan pakaian yang Jeffery pilih itu. Sama ada pakaian


tersebut terlalu pendek, terlalu ketat atau tidak berlengan.
Setelah disuruh mencuba beberapa pilihan pakaian,
akhirnya Jeffery puas hati dengan pakaian terakhir yang Hana
cuba. Gaun pendek berwarna hitam tanpa lengan yang
mendedahkan paha. Bahagian dadanya terbuka agak luas.
“Wow, cantiknya Hana pakai baju ni!” seru Jeffery.
Barulah pertama kali pada hari ini Hana melihat
Jeffery tersenyum. Tetapi senyuman itu tidak dapat
menghilangkan kerisauan Hana yang tidak faham dengan
keanehan tingkah laku Jeffery waktu itu.
“Sendatlah baju ni,” kata Hana, cuba mengelak
daripada dipaksa memakai gaun itu. “Tak ada baju lain ke?”
Dia tidak suka langsung dengan pakaian itu. Bila
ditarik ke bawah sebab terlalu pendek, bahagian dada pula
terdedah. Bila ditarik ke atas, paha pula terdedah.
Jeffery puas hati melihat tubuh Hana yang disaluti
baju yang dipilihnya itu. Warna hitam membuatkan Hana
nampak langsing sikit. Memang pakaiannya agak sendat.
Kalau Hana kurus, lagi cantik tetapi baju yang sendat ini
membuatkan Hana kelihatan menarik dengan susuk tubuh
perawan sunti yang berada di ambang kedewasaan. Memang
Jeffery ada cita rasa yang bagus. Baru Hana kelihatan seperti
Lily dan rakan-rakannya yang lain. Tidaklah Jeffery malu
malam ni nanti.
“Alright! Macam ni baru nampak ada kelas. Nampak
shape, baru nampak pinggang... berbanding dengan pakaian
yang Hana pakai everyday,” komen Jeffery agak sinis.
Hana terdiam. Dia agak terkejut mendengar komen
Jeffery yang agak pedas itu. Selalunya Jeffery tidak bercakap
macam tu padanya.

30
Alina Haizar

“Terus pakai baju tu. Jeff nak bawa Hana pergi


majlis hari jadi kawan. Baju Hana pakai tadi lipat, kita
masukkan dalam beg plastik.”
“Hah? Kenapa Jeff tak cakap awal-awal nak pergi
rumah kawan Jeff?”
Jeffery tidak mengendahkan soalan Hana. “Lepaskan
rambut Hana, macam ni.”
Jeffery menarik getah rambut yang mengikat
rambut Hana dengan agak kasar.
Hana kesakitan, tetapi belum sempat berkata apa-
apa Jeffery sudah menariknya ke kaunter bayaran.
Direntapnya tanda harga pakaian berwarna hitam itu lalu dia
membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.
“Mahalnya baju ni Jeff!”
Terkejut Hana apabila mengetahui bajunya bernilai
hampir empat ratus ringgit.
“Takpe, this is just for you.”
“Jangan macam tu, Jeff. Tak maulah Hana. Lagipun
Hana bukan boleh pakai baju macam ni kat mana-mana pun
lepas ni.”
“Jeff kata pakai, pakailah! Nanti malu Jeff kalau
Hana pergi ke parti tu dengan blaus dan seluar jeans ni,” kata
Jeffery dengan nada yang keras sambil mengunjukkan beg
plastik yang berisi pakaian yang dipakai oleh Hana sebelum
ini.
Dia terlupa untuk mengawal marahnya. Dia sudah
terlalu hampir untuk memenangi pertaruhan tersebut. Dia
tidak pedulikan sesiapa lagi. Matanya menyoroti tubuh Hana
yang bersalut dengan kain sendat itu dari atas ke bawah,
tanpa memandang wajah Hana pun.

31
Hadirmu Takdirku

Okey! Semua dah okey, desis hati Jeffery. Nasib baik


Hana pakai sepatu hitam. Walaupun sepatu murahan tetapi
padan dengan baju hitam yang dipakainya. Kalau Hana pakai
selipar, terpaksalah Jeffery membeli sepasang sepatu hitam
pula.
“Mesti seumur hidup Hana, tidak pernah ada baju
semahal nikan?” ujar Jeffery tanpa menyedari soalannya itu
telah menyinggung perasaan Hana.
Hana terdiam mendengar nada suara Jeffery yang
seperti mengejeknya. Dia tidak berani berkata-kata. Kenapa
Jeffery marah? Mungkin salah Hana kerana tidak menghargai
apa yang Jeffery cuba lakukan. Ingin rasanya Hana pulang ke
rumah sahaja. Tetapi nampaknya Jeffery terlalu beria-ia ingin
membawanya ke rumah kawan.
Hana cuba memujuk hatinya, yang Jeffery tidak
bermaksud menghinanya. Cuma Hana yang asyik
menyusahkan Jeffery hingga dia marah. Lebih baik Hana ikut
sahaja kemahuan Jeffery dengan mendiamkan dirinya.
Tetapi Jeffery seperti tidak perasan pun yang Hana
mendiamkan diri. Dia tidak nampak pun diri Hana sebagai
Hana. Pada dia, Hana hanyalah budak kantin, penting untuk
menjamin kemenangannya malam ini. Dia melihat jam di
tangan yang menunjukkan pukul tujuh setengah malam, lalu
ditarik tangan Hana menuju ke eskalator untuk ke kawasan
letak kereta.
Dalam terburu-buru menurut langkah panjang
Jeffery, Hana ingin minta Jeffery supaya berhenti di surau
KLCC, tempat dia sembahyang asar tadi. Dia hendak
menunaikan sembahyang maghrib tetapi melihat muka
Jeffery yang serius, dia jadi takut lalu mengikut sahaja Jeffery
berjalan pantas menuju ke keretanya.

32
Alina Haizar

MONA menyambut kedatangan mereka di pintu dengan


senyuman yang menguntum di bibirnya.
Tiba-tiba sahaja Jeffery memeluk pinggang Hana.
Hana terkejut dan cuba meleraikan pegangan itu
tetapi tidak berjaya. Nyata, rangkulan Jeffery di pinggangnya
seperti besi, tidak mungkin dapat dileraikan.
Jeffery langsung tidak memandang Hana sebaliknya
tertumpu kepada Mona yang sedang berdiri di hadapan pintu
banglo besarnya.
“Oh, Jeff... I ingat you tak datang.”
Jeffery tidak membalas, sebaliknya dia cuma
tersenyum. Senyuman kemenangan kerana budak kantin itu
akhirnya berjaya dibawa ke parti hari jadi Mona.
“Eh! Siapa ni?” soal Mona.
Seketika Mona terlupa Jeffery harus membawa
budak kantin itu ke parti hari jadinya. Ini adalah kerana dia
tidak cam Hana, yang begitu berbeza penampilannya malam
ini.
“Oh ya, budak kantin. Hampir-hampir I tak kenal. A
little black piece. Cantik pulak you malam ni,” ujar Mona.
Tersirap darah Hana mendengar Mona
menggelarkannya budak kantin dengan nada yang kuat. Pipi
gebunya terus menjadi merah padam. Hana yakin semua
orang boleh mendengarnya dan ada yang sedang
mentertawakannya.
Jeffery dan Mona berbalas-balas senyuman penuh
makna.
Kemudian Mona menarik muka Jeffery hampir ke
bibirnya yang merah, lalu membisikkan, “burung (mangsa)
sudah masuk perangkap nampak.”

33
Hadirmu Takdirku

Jeffery tersenyum lebar. Tangannya masih


merangkul pinggang Hana, membawa Hana masuk ke dalam
banglo tersebut.
Hana tidak biasa dengan keadaan begini.
Tapi Jeffery tetap tidak mahu melepaskan
rangkulannya.
Hana rimas dan malu. Dia tidak pernah berada
dalam keadaan begini, berpakaian sebegini. Tidak ada sesiapa
yang pernah memeluknya apatah lagi seorang lelaki ajnabi.
Sudahlah dia tidak sembahyang maghrib tadi. Kalau emak dia
lihat keadaan dirinya sekarang, mati dia dikerjakan nanti!
Manusia-manusia lain di sekelilingnya sedang
menari, mengikuti irama lagu yang rancak. Hana memandang
sekeliling dengan termangu-mangu, terlupa seketika akan
tangan yang memeluk kemas pinggangnya.
Kemudian irama lagu perlahan berkumandang.
Lampu dimalapkan. Semua pasangan mula berpelukan, liuk-
lentuk berdansa.
“Mari kita menari Hana.”
Hana menolak tangan Jeffery yang memautnya.
“Maaf Jeff, Hana tidak pandai semua ni.”
“Tak apa. Ikut aje Jeff.”
Jeffery terus merangkul tubuh Hana dengan kemas.
Dia memaksa Hana menari mengikut gerakan badannya.
Jeffery merapatkan tubuhnya sehingga tidak ada ruang
kosong langsung di antara mereka. Dia kemudian merapatkan
mukanya ke muka Hana.
Hana kaget. Bau cologne Jeffery menusuk ke
hidungnya, menggodanya. Dia boleh hanyut dalam keadaan
begini. Dia cuba sedaya upaya untuk menguatkan dirinya.

34
Alina Haizar

Hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya melawan godaan


yang mengasyikkan ini.
Jeffery rasa sangat gembira. Dia sudah menang! Dia
mahu semua kawannya melihat budak kantin itu sudah jatuh
ke dalam tangannya. Dia mengemaskan rangkulannya. Setiap
nafas ditarik, setiap kali itulah dia menikmati haruman
rambut Hana yang selembut sutera. Betul jangkaan Jeffery
bila rambutnya dilepaskan, Hana kelihatan lebih menarik.
Jeffery melurut tangannya di lengan Hana yang
lembut dan licin itu. Tidak disangka pula seluruh tubuh
budak kantin ini begitu halus dan lembut.
Hana terus membeku. Dia tidak dapat berbuat apa-
apa dek masih terkejut dengan tindakan Jeffery yang sama
sekali tidak terduga itu.
Tangan Jeffery melurut pula di belakang badan
Hana. Haruman rambut dan badan Hana membuai dirinya
seketika. Dia terpegun dan asyik menikmati kelembutan
tubuh gadis ini.
Jeffery semakin berani bertindak. Dia mula
mengucup leher Hana. Satu perasaan aneh meresapi dirinya.
Hana pula berdiam diri sahaja, mungkin sedang
asyik dalam kehangatan kucupan dan dakapan Jeffery.
Tangan Jeffery mula menjalar ke merata-rata tubuh
Hana.
Hana yang tidak selesa dengan tindakan Jeffery
cuba menolak tubuh Jeffery.
Jeffery ketawa kecil lalu cuba mencium bibir Hana,
membuatkan Hana menolak tubuh Jeffery dengan lebih kuat.
Jeffery terkejut bila terasa dirinya ditolak dengan kuat oleh
Hana. Tariannya terhenti lantas dia memegang bahu Hana

35
Hadirmu Takdirku

dan menjarakkan sedikit tubuh mereka, supaya dia dapat


melihat wajah Hana.
Sebenarnya sejak dari tengah hari tadi Jeffery tidak
sekali pun memandang wajah Hana dengan tepat. Dia terlalu
memikirkan rencananya untuk membawa Hana ke parti hari
jadi Mona. Dia tidak nampak pun kerisauan di wajah Hana.
Dia tidak terfikir pun apa sebenarnya perasaan Hana. Dia
ingat Hana seronok berada di sampingnya, tidak kira apa
yang dia lakukan. Dia ingat Hana pun sedang asyik seperti
dirinya juga. Tetapi sangkaannya salah.
Mata Hana bulat minta belas kasihan, seperti
merayu Jeffery melepaskan tubuhnya. Tangannya cuba
menolak tubuh Jeffery daripada terus melekap di tubuhnya.
“Relaks!”
Muka Jeffery serta-merta mencuka, seperti kanak-
kanak yang tidak dapat gula-gula. Dia syok sendiri rupanya.
Dapat dirasa dari dalam hatinya, seperti ada cecair panas
sedang mula menggelegak. Dia ingat budak kantin ini sudah
hanyut dengan pelukannya.
Tetapi Hana terus meronta cuba melepaskan diri
dari Jeffery.
“Jangan! Hana tak biasa macam ni,” ujar Hana
perlahan, tangannya masih cuba menjauhkan tubuh Jeffery
dari tubuhnya.
Lama-kelamaan Jeffery tidak dapat menahan
marahnya lagi. Keegoannya tercalar oleh keengganan Hana.
Dia paut tubuh Hana lebih kuat lagi supaya Hana kembali
melekap di tubuhnya, lalu dibisiknya di telinga Hana, “jangan
nak bagi malu Jeff dengan buat perangai kat sini. Kalau tak
mahu menari dengan Jeff, ramai lagi yang hendak. Okey!”
Jeffery membawa Hana ke sudut ruang tamu yang

36
Alina Haizar

sunyi dan agak malap. Kemudian dikucup kasar batang leher


Hana. Perasaan aneh mendatanginya kembali. Lantas dia
mengambil nafas panjang, menghidu keharuman tubuh dan
rambut anak gadis itu. Dia begitu selesa berkeadaan begini
dan ingin lebih lama dalam kedudukan begitu.
Tetapi nyata dari rontaan Hana, gadis itu tidak pula
berperasaan seperti Jeffery.
Menyedari situasi itu, Jeffery jadi semakin geram.
Dia cuba mengucup bibir Hana.
Hana melarikan wajahnya lalu cuba sekuat hati
untuk menolak Jeffery.
Kemarahan Jeffery tidak tertahan lagi. Tanpa
berfikir panjang, dia terus menolak Hana untuk melepaskan
geramnya.
Nasib baik ada dinding yang menahan Hana. Jika
tidak, tentu dia sudah terjelepok ke lantai. Hana terperanjat
dengan kekasaran Jeffery. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Adakah
dia yang membuat Jeffery jadi begini? Hana menggosok
lehernya yang kesakitan akibat dikasari oleh Jeffery.
Dia termangu-mangu seorang diri di sudut ruang
tamu setelah Jeffery beredar ke arah kawan-kawannya yang
lain. Dia tidak sepatutnya datang ke sini. Tetapi Jeffery betul-
betul nampak ikhlas bila mengajak dia ke mari. Tiba-tiba
Jeffery berubah menjadi pemarah dan kasar. Dia tidak tahu
kenapa. Selalu Jeffery tidak begini. Dia tidak pernah berkasar
dengan Hana.
Hana memerhatikan Jeffery dari jauh. Jeffery
dilihatnya sedang berbual-bual mesra dengan rakan-rakannya
sambil menghisap rokok. Hana semakin hairan. Setahunya
Jeffery tidak merokok atau tidak pernah dilihat merokok bila
bersamanya. Jeffery sudah tidak mempedulikan Hana lagi.

37
Hadirmu Takdirku

Hana mencari ruang di sudut gelap dan duduk di


situ sambil memerhatikan mereka yang sedang berpesta. Dia
perhatikan gelagat manusia yang menghadiri parti hari jadi
Mona. Macam mana dia, Farhana Ghazali boleh berada di
sini?
Baru dia perasan di majlis keramaian ini, mereka
tanpa segan silu menghidangkan minuman haram. Dia rasa
sangat tidak selesa. Dia tidak biasa dengan keadaan begini.
Tambahan pula dengan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan. Mereka saling berpelukan dan berkucupan tidak
kira lelaki atau perempuan. Ada yang beredar ke tempat-
tempat gelap untuk menjadi lebih intim dengan pasangan
masing-masing.
Ini bukan tempat untuk Farhana Ghazali. Sekali
lagi dia bertanya pada dirinya. Kenapa dia boleh berada di
sini?
Dari sudut yang malap itu, Hana melihat Jeffery
sedang memaut pinggang Mona sambil diperhatikan oleh
Wan, teman lelaki Mona.
Wan sedang menikmati minuman dari tin beer
sambil berbual dengan Jeffery dan Mona. Wan sedikit pun
tidak marah melihat Jeffery menguliti teman wanitanya.
Malahan Mona sengaja melekapkan dirinya ke
tubuh Jeffery.
Pelik Hana menilai semua ini. Dia ingatkan
pergaulan bebas begini berlaku di televisyen atau di luar
negara sahaja. Dia tidak pernah sangka akan melihat perkara
ini di depan matanya sendiri.
Kemudian Mona memimpin tangan Jeffery naik ke
tingkat atas banglo mewah itu. Tiba di atas tangga, Jeffery
memeluk tubuh Mona dari belakang sementara Mona terus

38
Alina Haizar

membawanya menuju ke salah sebuah bilik tidur. Mereka


sedang tersenyum gembira.
Apakah maksud semuanya ini? Kenapa Jeffery
berpeluk-pelukan mesra dengan Mona dan pergi ke tingkat
atas? Hana tidak mengerti.
Hana sedih. Tiba-tiba dia terkenangkan kata-kata
Mak Chak tengah hari tadi. Kalaulah dia dengar cakap Mak
Chak tadi, tidak begini jadinya. Air matanya mengancam
untuk jatuh berderai. Hana hendak cari jalan keluar dari
ruang tamu itu. Dia tidak mahu orang lain nampak dia
menangis. Bila Hana nampak seorang perempuan baru keluar
dari bilik air, dia terus masuk ke dalam bilik air tersebut.
Apabila dia masuk ke dalam bilik air itu, Hana rasa
kagum. Mewah betul keluarga Mona. Bilik tidur Hana pun
lebih kecil daripada bilik air ini. Terdapat dua ruang terpisah
di dalam bilik air ini, ruang touch-up di mana terletak cermin
dan singki yang mewah dan satu lagi bilik tandas. Bilik
tandasnya begitu bersih dan lantainya berkilat. Cantiknya
bilik air ini dengan sentuhan mewah, lambang status
keluarga ini. Hana tidak layak berada di sini. Dia lupa diri
kerana terlalu ingin berada di samping Jeffery. Hana pilih
untuk duduk di dalam bilik tandas supaya dia dapat menangis
sendirian tanpa dilihat oleh sesiapa. Lama juga Hana duduk
di dalam bilik tandas itu. Dia menangis sendirian. Dia jadi
buntu akan langkah seterusnya yang harus diambil.
Akhirnya setelah beberapa ketika, Hana bangun,
lalu mengesat air matanya. Dia tidak boleh selamanya duduk
di dalam bilik air ini. Hana ingin segera keluar dari situ. Dia
memegang tombol pintu apabila terdengar pintu bilik air di
luar dibuka orang. Hana tidak mahu terserempak dengan
sesiapa, takut mereka nampak matanya yang bengkak akibat
menangis. Dia tidak jadi keluar dari bilik tandas, lantas dia

39
Hadirmu Takdirku

tunggu sahaja di dalam bilik itu, dengan harapan orang yang


masuk itu akan beredar sekejap lagi.
Dari butir-butir perbualan, Hana agak ada dua
orang telah masuk ke dalam bilik air itu. Mereka sedang
rancak berbual. Hana kenal suara salah seorang yang berkata-
kata itu. Mona. Nasib baik Hana tidak jadi keluar dari situ
tadi. Tidak sanggup dia berhadapan dengan Mona.
“Kan I dah bet dengan Jeff. Kalau dia boleh bawak
budak kantin tu datang birthday party I ni, hadiah menang
bet adalah Lily,” cerita Mona.
“Lily tahu pasal ni?” tanya Sherry.
“Tau. Dia sebenarnya sukakan Jeff. Saja nak buat
Jeff jealous, bila dia keluar dengan pilot tu... Lily memang
sejak tadi tunggu kedatangan Jeff. Tak sabar-sabar dia hendak
bersatu semula dengan boyfriend dia.”
“Apa mereka nak buat kat atas tu?”
“You know... lovers punya reunion. And I bet this is
not their first time.”
“Apa-apalah,” kata Sherry sambil membetulkan
rambutnya.
Mona ketawa gembira.
“So, youlah yang cabar Jeff ye?” soal Sherry lagi.
“Yes!”
“Kira Jeff menanglah the bet tu?”
“Yeap!”
“Habis tu, budak kantin tu... siapa nama dia? Dia
macam mana?”
“Hana nama dia. I don’t know, I don’t care and I
don’t give a damn about her.”

40
Alina Haizar

“Kesian dia Mona, kalau dia tahu Jeff cuma gunakan


dia just to get even with Lily, she must be very hurt.”
“Alah! Serves her right. Takkan dia tak tahu, dia
dengan Jeff tidak padan. Perasan sendiri! She is not even his
type. Too much puppy fat. His taste is someone like Lily, or
me. Tall and slim. Jeff tackled her only because of the bet. Tu
saja. But budak kantin tu pun gunakan Jeff untuk datang ke
sini, to my party. She sold her body as long as she can get
here. You tengok tadi, kan Jeff can do anything with her
body, she was so willing. Entah-entah dah jadi mangsa Jeff!”
Mona ketawa dengan kejam. Kemudian dia
menambah lagi, “anyway kalau tidak buat macam tu, sampai
kucing bertanduk pun dia takkan dapat merasa datang ke
parti-parti macam ni. Budak ulu mana mari, ntah. Imagine...
having orang macam tu at my birthday party? Please!”
Hana seperti tidak percaya dengan apa yang
didengarinya. Hatinya dihiris-hiris mendengar setiap
perkataan yang keluar dari mulut Mona. Pertama dia terkejut
dengan perbuatan Jeffery. Itu sahaja sudah cukup membuat
dia betul-betul terluka. Selepas itu Mona pula menghina dia
hingga ke asal-usul dia. Kenapa dia begitu kejam? Padahal
Hana tidak kenal pun dengan Mona. Hana sudah tidak tahan
lagi, lantas dia membuka pintu dan keluar dari bilik tandas.
“Ops... Hana!” tegur Mona yang jelas terkejut
melihat Hana ada di situ juga.
Kawan Mona yang seorang lagi, Sherry juga
terkejut. Dilihatnya mata Hana merah. Tiba-tiba Sherry
berasa sangat kasihan dengan Hana.
“Hana....” Sherry menegurnya dan cuba mencari
kata-kata yang boleh membetulkan keadaan tetapi lidahnya
kelu.

41
Hadirmu Takdirku

Hana terus keluar dari bilik air tersebut tanpa


memandang ke arah Mona dan Sherry. Dia berlari keluar dari
banglo mewah tersebut. Dia sudah tidak sanggup lagi
mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh Mona dan
penganiayaan yang dilakukan oleh Jeffery terhadap dirinya.

42
Alina Haizar

Bab 5
H
ANA berjalan dengan pantas
keluar dari banglo mewah itu.
Dia terhenti seketika di hadapan
banglo itu. Bagaimana dia hendak balik ke rumah Mak Chak?
Di dalam tangannya cuma ada sepuluh ringgit sahaja. Dia
pun tidak tahu macam mana nak balik, jalan mana nak
dituju untuk sampai ke rumah. Yang lebih sukar lagi, macam
mana nak berdepan dengan Mak Chak? Mak Chak mesti
syak apabila melihat Hana pulang dengan keadaan begini,
dengan memakai baju hitam yang sendat, dan mendedahkan
bahagian-bahagian tubuhnya. Walhal tengah hari tadi Hana
keluar dari rumah dengan memakai baju yang lebih sopan.
Walau apa pun dia mesti pergi dari situ. Hana
mengorak langkah hendak keluar dari pekarangan banglo.
Dia tidak perasan ada seseorang yang sedang duduk di salah
sebuah kerusi taman di pekarangan banglo tersebut.
“Eh, Hana!” tegur satu suara.
Hana terkejut lalu segera menoleh ke arah suara
yang memanggilnya. “Abang Ramli!”

43
Hadirmu Takdirku

Lega rasa Hana melihat Ramli yang tersandar di


kerusi itu. Dia ingatkan Jeffery yang memanggilnya. Tidak
sanggup dia bersemuka dengan Jeffery lagi.
“Macam mana Hana boleh ada kat sini?”
Ramli sebenarnya tidak cam Hana. Bila Hana sudah
dekat baru dia perasan gadis yang berpakaian gaun hitam
pendek dan ketat itu ialah Hana.
“Panjang ceritanya. Abang Ramli kenapa duduk di
sini?”
“Dapat jemputan, abang datanglah.”
“Tetapi kenapa duduk di luar saja? Abang tak masuk
ke dalam ke?” tanya Hana yang pelik melihat Ramli duduk di
luar sahaja.
Ramli sebenarnya tidak berapa gemarkan majlis-
majlis seperti ini. Selalunya dia akan tunjuk muka. Kalau
keadaan majlis tidak digemarinya, dia akan angkat kaki. Dia
baru sampai selepas sembahyang maghrib tadi. Tetapi melihat
keadaan majlis ini, ada hidangan minuman haram dan
ditambah dengan kelakuan para tetamu yang menjolok mata
membuat dia meluat. Lantas dia terus keluar dari banglo itu
untuk ambil angin sebentar sebelum beredar dari situ.
Ramli hanya tersenyum bila menjawab soalan Hana.
“Bukan jenis majlis yang sesuai untuk abang. Kenapa ni
Hana? Hana nak ke mana?”
Hana mendiamkan dirinya. Tidak tahu bagaimana
hendak memberitahu Ramli apa yang berlaku. Hana malu
dengan Ramli.
Ramli pelik memandang Hana. “Kenapa Hana pakai
baju macam ni? Hana datang dengan siapa?”
“Dengan Jeff.”

44
Alina Haizar

“Mana Jeff?”
“Hana tak tahu. Hana nak balik.”
“Hana nak balik dengan apa?”
“Tak tau. Teksi ke, bas ke....”
“Susah nak dapat bas kat sini, Hana. Ini kawasan
orang mewah. Semua berkereta. Kalau nak naik teksi, kena
telefon dulu. Belum tentu ada teksi yang lalu di sini. Dekat
jalan besar tu mungkin ada.”
“Tak apalah. Hana nak balik juga!” Hana mahu
beredar dari situ dengan segera.
“Nanti dulu, Hana.”
“Tolonglah Abang Ramli. Hana nak balik. Hana
jalan kaki pun tak apa.”
“Nanti... nanti dulu. Biar abang hantar Hana balik,
okey? Mari ikut abang.”
“Habis? Majlis kat dalam tu macam mana?”
“Ah, tak apa. Abang memang hendak balik ni. Baik
abang study di bilik. Ada juga faedahnya,” jawab Ramli, lantas
dia bangun dan menuju ke motosikalnya.
Ketika itu juga, pintu depan dibuka dan beberapa
orang keluar mengambil angin malam.
Ramli dan Hana terus berjalan tanpa mempedulikan
mereka yang baru keluar itu.
Nasib baik Ramli membawa ekstra topi keledar.
Apabila tiba di motosikalnya, Ramli membuka kunci mangga
yang memegang kedua-dua topi keledarnya dan menyerahkan
yang satu lagi pada Hana. Sementara itu dia memakai topi
keledar yang satu lagi. Kemudian dia menanggalkan jaket
hitamnya lalu diberikan kepada Hana.

45
Hadirmu Takdirku

“Nah! Pakai jaket ini. Tak manis anak gadis


berpakaian begini malam-malam ni,” tegur Ramli.
Malunya Hana ketika itu, tetapi dia tidak marah
Ramli, malah bersyukur dapat jaket hitam itu untuk
melindungi tubuhnya yang agak terdedah itu.
Hana membonceng motor Ramli dan Ramli pun
terus beredar dari situ.
Mereka yang berada di hadapan banglo itu tadi
cuma melihat sahaja apa yang berlaku tanpa berkata apa-apa.

“HANA dah makan?” tanya Ramli sambil menoleh ke arah


Hana yang sedang membonceng di belakangnya.
“Belum,” jawab Hana.
Ramli sudah agak akan jawapan Hana kerana Hana
nampak cemas dan kepenatan. Ramli pun belum makan lagi.
Tidak ada selera dia hendak makan di tempat yang penuh
dengan kejadian maksiat itu tadi.
“Okey, kita singgah kat McDonald’s dulu. Abang
belanja,” beritahu Ramli sambil memberhentikan
motosikalnya di hadapan sebuah restoran McDonald’s.
“Hana takut nanti Mak Chak marah. Dah lewat dah
ni. Hana ingat kami keluar sekejap aja. Hana tak sangka, Jeff
bawa Hana ke majlis ini.”
“Takpe. Nanti Abang Ramli hantar balik dan kalau
perlu abang jumpa Mak Chak sekali supaya dia tak marah.”
Hana mengangguk perlahan. Syukurlah ada Abang
Ramli. Hana duduk di salah sebuah kerusi di dalam restoran
itu sementara Ramli membeli makanan.

46
Alina Haizar

“Cuba Hana cerita apa yang berlaku. Hana bergaduh


dengan Jeff ye?” soal Ramli, sebaik sahaja dia meletakkan
dulang makanan dan duduk berhadapan dengan Hana.
Hana memandang tepat ke muka Ramli.
“Hana tak faham apa yang berlaku. Abang Ramli
kawan Jeff. Mungkin Abang Ramli yang boleh cerita dengan
Hana apa yang sebenarnya terjadi,” usul Hana pula.
“Abang tak faham apa maksud Hana ni.”
“Betul abang tak tahu apa-apa? Bukankah Jeff minta
abang kenalkan Hana dengan dia? Ingat tak? Lebih kurang
dua minggu lepas. Bukankah Jeff yang minta abang kenalkan
Hana kepada dia.”
“Taklah. Abang tak tahu pun Hana berkawan rapat
dengan dia sehingga ikut dia keluar malam.”
“Abang tak tahu pasal pertaruhan mereka mereka?”
“Masya-Allah. Ya Allah! Hana ke? Hana ke yang yang
menjadi taruhan mereka selama ni?” Ramli menepuk
dahinya.
“Jadi abang tahu pasal pertaruhan itu?”
“Abang ada dengar mereka sibuk cakap pasal
pertaruhan tu. Tapi sumpah abang tak tahu mangsanya Hana.
Kalau abang tahu, abang mesti menghalangnya. Abang ingat
bet di kalangan mereka sahaja. Abang memang tak peduli.
Kebanyakan mereka memang dah rosak akhlak.”
Ramli rasa bersalah, baru dia sedar selama ini dia
digunakan oleh Jeffery supaya dapat berkenalan dengan Hana.
Ini semua untuk mengenakan Hana.
Muka Ramli menunjukkan rasa bersalah yang amat
sangat. “Memang abang tahu pasal bet tu, Hana.”
“Apa pertaruhannya?” tanya Hana dengan tenang.

47
Hadirmu Takdirku

“Itu abang tak pasti. Jeff ada buat sesuatu yang


buruk pada Hana ke?”
Hana terdiam, malu hendak diceritakan apa yang
berlaku ke atas dirinya. Kemudian dia menjawab, “tak ada.”
“Jeff ada... ummm... ada... Hana ke?”
Tidak sanggup Ramli bertanya apa yang hendak
ditanyanya. Lega rasanya bila Hana cepat-cepat
menggelengkan kepalanya, menafikan Jeffery telah
merosakkannya. “Dia pukul Hana ke?”
Hana menggelengkan kepalanya.
“Apa hadiahnya kalau Jeff menang?” tanya Hana
tiba-tiba.
“Jeff akan dapat Lily balik. Lily akan buat apa sahaja
yang Jeff hendak dia lakukan. Mona akan belanja kami semua
satu kelas makan di salah sebuah restoran di KLCC.”
“Kalau kalah?”
“Jeff kena belanja satu kelas menginap tiga hari dua
malam di Genting Highlands.”
Hana terdiam. Banyak betul yang dipertaruhkan.
Semua orang untung. Cuma Hana seorang sahaja yang
menjadi mangsa.
“Kenapa Abang Ramli? Sanggup Jeff buat Hana
macam tu... Hana diperbodohkan oleh Jeff. Dia tidak rasa
bersalah pun.”
Hana mula menitiskan air matanya. “Hana tak
sangka Jeff sanggup mempergunakan Hana. Hana ingat dia
ikhlas berkawan dengan Hana. Rupa-rupanya dia nak buat
Lily cemburu dan kembali semula pada dia”.
“Maaf Hana, abang memang betul-betul tak tau.”

48
Alina Haizar

“Tak apa... bukan salah Abang Ramli,” kata Hana


bersama esak tangisnya. Hancur sudah harapannya selama
ini. “Hana sedar siapa Hana ni, Abang Ramli.”
Ramli mengeluh perlahan.
“Jadi Jeff dah kembali pada Lily?” soal Ramli dan
Hana mengangguk perlahan-lahan.
“Mereka memang couple yang intim, dah lama
sebenarnya,” jelas Ramli.
“Hana tak tahu. Abang... Hana ingat Jeff betul-betul
ikhlas berkawan dengan Hana. Selepas abang kenalkan Hana
pada Jeff, setiap hari dia datang dan makan di kafeteria. Dia
nampak macam baik dan rajin orangnya. Dia kata dia datang
makan di kafeteria sebab nak pergi perpustakaan selepas itu.”
“Apa? Jeff kata dia pergi ke perpustakaan setiap
malam?”
Setahu Ramli, Jeffery akan pergi ke perpustakaan
hanya untuk meniru tugasan atau laporan amali sahaja.
Selain dari tu, Jeffery tidak akan datang ke library.
“Tak apalah. Bukan salah Hana. Mereka yang harus
dipersalahkan. Makanlah dulu Hana, lepas ni abang hantar
Hana balik, ye,” putus Ramli.
Hana mengangguk sambil mencapai burger di
hadapannya dan mula mengunyah perlahan-lahan.
“Sudahlah Hana, lepas ni Hana beringatlah. Jeff
bukan macam abang. Dia anak orang senang. Abang di sini
kerana dapat biasiswa. Abang bukan anak orang senang.
Sekarang Hana dah lihat, kan beginilah kehidupan budak-
budak dari keluarga berada. Jangan Hana terikut cara mereka,
sudahlah,” nasihat Ramli.
“Macam mana abang boleh baik dengan dia?”

49
Hadirmu Takdirku

“Abang tahu dia baik dengan abang sebab abang


boleh tolong dia belajar. Abang ingat abang sudah berjaya
mengubah Jeff. Tapi nampaknya abang tidak berjaya. Dia
masih sangat pentingkan dirinya sendiri. Apa hendak buat,
dia sudah begini sepanjang hidupnya. Takkan dalam setahun
ini berkawan dengan abang, dengan sekelip mata dia akan
berubah.”
Hana cuma terdiam, mungkin ada benarnya kata-
kata Ramli itu. Cuma Hana buta kepada semua kelemahan
Jeffery kerana dia suka sangat dengan Jeffery. Malahan Mak
Chak sudah selalu menasihati Hana, pun Hana tidak mahu
melihat kebenaran itu. Yang Hana tahu dia sayangkan Jeffery.
Apa yang berlaku kepadanya hari ini adalah musibah yang
ditempah oleh dirinya sendiri.
Kemudian mereka terdiam, terus menjamah
makanan sehingga selesai.
Setelah perutnya diisi, baru Hana rasa lega sedikit.
Perasaannya kembali tenang.
“Hana masih muda lagi. Kenapa Hana tidak mahu
sambung belajar?” tanya Ramli.
“Emak Hana orang susah. Sebab tu Hana datang
KL, kerja dengan Mak Chak. Boleh bantu dia kat kampung.”
“Keputusan SPM Hana macam mana?”
“Okey la... tapi tak dapat masuk IPTA. Hana tak
mampu masuk IPTS.”
Jalan yang paling baik ialah bekerja. Sekarang ini
Hana kerja sementara mencari pengalaman dan untuk
kumpul duit. Lepas ni, Hana mungkin cuba dapatkan mana-
mana kursus kemahiran. Hana hendak meringankan
tanggungan emak.

50
Alina Haizar

“Hana boleh belajar sambil kerja, tau. Hana tau


tak?”
“Ye ke? Macam mana?” tanya Hana.
“Nanti abang tolong tengokkan.”
Hana mengangguk.
“Baiklah. Habiskan kentang goreng tu. Lepas ni,
abang hantar Hana balik.”

JEFFERY berada di bilik Mona bersama dengan Lily. Lily


tersenyum mesra ke arahnya. Lily memang seorang yang
cantik dan jelita. Berwajah kacukan, hidung mancung dengan
kulit yang putih dan mulus kerana emaknya berketurunan
Inggeris. Bertuah sesiapa yang dapat menawan Lily. Itu yang
sering dikatakan oleh kebanyakan orang yang mengenalinya.
Disebabkan itu, Jeffery rasa dia mesti menang
pertaruhan itu. Dia mesti menang pertaruhan itu dan buat
Lily tunduk padanya. Baru dia boleh buktikan dia jaguh. Kini
dia gembira, maruahnya tidak tergugat. Malahan kembali
utuh. Dia sudah capai apa yang dikehendakinya. Semua orang
kini tahu yang Lily sebenarnya gilakan dia, cuma nak buatkan
dia cemburu. Itu yang Mona ceritakan kepada semua orang di
bawah sana. Jeffery puas hati. Dia telah berjaya di dalam
misinya kali ini.
Lily duduk di atas katil, memerhatikan Jeffery
sambil meneguk minuman dari tin beer yang dipegangnya.
Kemudian Lily tersenyum menggoda. Pehanya yang putih
melepak terdedah apabila skirt pendeknya terangkat sedikit.
“Okey. You menang. So, apa you nak? Do you want
me?” tanya Lily sambil senyum meleret.

51
Hadirmu Takdirku

Jeffery hanya memandang Lily sambil tersenyum


tetapi dia tidak berkata apa-apa. Dia duduk di sofa sambil
menonton televisyen, sengaja menunggu tindakan Lily
selanjutnya.
Lily pun diam menonton televisyen, menunggu
tindakan selanjutnya daripada Jeffery.
Tidak lama kemudian Mona masuk ke dalam bilik
itu dan duduk di sebelah Lily.
“So... you two, what’s next?” soal Mona sambil
memberikan senyuman penuh makna kepada Lily.
Lantas Lily mengenyitkan matanya kepada Mona.
“Macam I cakap tadi... Do you want me? Kalau nak we all
dua-dua sekali pun boleh.”
Mona tersenyum. Matanya bersinar-sinar.
Jeffery tersenyum gembira. Tidak sangka boleh ada
orang lain yang berhajat akan dirinya. “Oh my! You pun ada
hati dengan I rupa-rupanya?”
Jeffery tersenyum lebar. Ingatkan dia akan dapat
satu habuan jika menang malam ini. Rupa-rupanya dua
dalam satu habuan yang menantinya.
“Apa kata Wan nanti?” duga Jeffery kepada Mona.
“What he doesn’t know, won’t hurt him,” jawab
Mona dengan manja.
Jeffery menghampiri Mona, bibirnya terus
tersenyum.
Mona ketawa keseronokan. Memang sudah lama dia
menyimpan perasaan suka kepada Jeffery. Tetapi Jeffery tidak
pernah pandang pada Mona. Dia cadangkan kepada Lily agar
malam ini, biarlah mereka berkongsi tubuh Jeffery. Sesuatu
yang dia inginkan sejak lama dahulu.

52
Alina Haizar

Lily hanya tersenyum, menunggu tindakan Jeffery


selanjutnya.
Jeffery menarik tangan Mona, kemudian merangkul
tubuh Mona.
Mona tersenyum suka.
Jeffery kemudiannya mengasak Mona sedikit demi
sedikit menghampiri pintu. Kemudian dengan tidak disangka-
sangka, dia terus menolak Mona keluar.
Mona terpinga-pinga apabila disedarinya, dia sudah
berada di luar bilik.
“Next time maybe. Not this time,” kata Jeffery
sambil mencebik. Kemudian dia menutup pintu bilik di
depan muka Mona.
Mona sangat marah dirinya diperlakukan
sedemikian oleh Jeffery.
“How dare you!!!” teriak Mona dari luar bilik.
Jeffery dan Lily ketawa geli hati mendengar Mona
menjerit-jerit di luar bilik.
Lily menghampiri Jeffery, sambil mendakapnya.
Jeffery memandang sahaja kemudian menolak Lily ke tepi.
Fikirannya melayang seketika ke satu tempat yang dia begitu
selesa sebentar tadi ketika di ruang tamu. Dia ingin ke sana
lagi. Jeffery tidak ada mood hendak melayan Lily.
Lily tidak mudah ditolak begitu sahaja. Lantas dia
menarik Jeffery untuk duduk bersamanya di sofa.
Mereka kemudian duduk berdua-duaan di sofa
sambil menonton televisyen beberapa ketika.
“Mari kita turun ke bawah,” kata Jeffery. Dia mahu
semua orang lihat yang dia sudah kalahkan keegoan Lily.

53
Hadirmu Takdirku

“Marilah kita duduk-duduk di sini dulu. We have a


lots to catch up. I really miss you... you know,” kata Lily
manja.
Jeffery sudah dapat menangkap maksud Lily dan
kehendak Lily. Selama ini Lily yang selalu jual mahal.
Anehnya malam ini Lily seperti hendak menyerah diri pada
Jeffery. Tetapi lain pula pada Jeffery, malam ini dia kurang
berminat.
“Mari kita turun bawah. Let’s dance,” cadang Jeffery
sambil bangun. Dia menarik Lily bangun, memeluk pinggang
Lily untuk berjalan keluar dari bilik Mona.
“Nantilah dulu...” pujuk Lily. Dia sudah melekapkan
dirinya pada Jeffery.
Mahu tidak mahu Jeffery melayan kehendak Lily.
Kenapa agaknya Lily terlalu menyerah malam ini? Padahal
selalunya dia tidak semudah ini. Sejak mempunyai hubungan
dengan pilot itu agaknya Lily sudah banyak mempelajari
benda baru. Jeffery menundukkan mukanya, untuk
mengucup bibir Lily. Mereka berada dalam keadaan begitu
buat seketika. Lily semakin mendesak dan membuat Jeffery
rasa jemu. Dia tidak bersedia untuk berikan apa yang Lily
mahukan. “Mari kita turun. I nak menari.”
Lily kehampaan tetapi dia ikut sahaja Jeffery.
Apabila semua rakan melihat Jeffery merangkul
tubuh Lily semasa menuruni tangga, mereka semua
bersorak.
Jeffery bangga dengan kemenangannya ini.
Mereka semua bertepuk tangan melihat pasangan
itu. Selepas itu semuanya terus berdansa.
Malam itu Jeffery betul-betul puas hati. Baru semua

54
Alina Haizar

orang tahu siapa Jeffery anak Datuk Hisham. Sorakan ramai


buat dia bangga dan lupa diri. Dia betul-betul bergembira
malam ini.
Jam menujukkan pukul dua belas tengah malam.
Parti masih terus berjalan, tiada tanda akan berhenti.
Jeffery duduk sebentar sambil meneguk minuman.
Lily dilihatnya sedang berbual-bual dengan Mona dan Sherry.
Sebenarnya Jeffery pun tidak ada apa-apa
perancangan tentang hubungannya dan Lily. Dia cuma mahu
menang pertaruhan pada malam ini. Dan apabila terbukti dia
telah berjaya, hatinya puas. Soal Lily dan dia adalah soal
kedua. Dia bukannya terdesak sangat. Cuma dia mesti
menang pertaruhan malam ini dan memang dia sudah
memenanginya.
Perkataan pertaruhan membuat dia teringatkan
Hana, budak kantin yang dibawanya ke parti ini.
Di mana pulak Hana ni?
Matanya mencari-cari kelibat Hana. Dia terlupa
langsung pasal Hana. Entah-entah sudah hanyut di dalam
pelukan jantan lain. Sebab dia begitu mudah sahaja mengikut
Jeffery, dengan orang lain pun mungkin macam tu.
Tiba-tiba Jeffery rasa marah.
“Dia ikut jantan mana pulak ni? Tadi dia jual
mahal!” gumam Jeffery, geram.
Sedikit pun dia tidak rasa bersalah kerana telah
meninggalkan Hana sendirian selama hampir tiga jam.
Matanya meliar mencari kelibat Hana.
“Kenapa Jeff?” tanya Mona setelah dilihatnya Jeffery
seperti sedang tercari-cari sesuatu.
Jeffery tidak menyahut.

55
Hadirmu Takdirku

“Cari budak kantin tu ke Jeff?” cebik Mona seperti


menghina.
Dia marah sungguh bila Jeffery menolaknya keluar
dari bilik tadi. Jauh di sudut hatinya dia juga menaruh minat
terhadap Jeffery. Tetapi Jeffery tidak pernah memandangnya
begitu.
Dengan budak kantin tu... Jeffery ada menunjukkan
minat pula. Mona tidak laku langsung di mata Jeffery.
Tetapi puas juga hati Mona bila dia dapat membalas
dendamnya dengan menyakitkan hati Hana semasa berada di
bilik air awal malam tadi.
Jeffery kurang senang dengan cara Mona berkata-
kata. Dia tidak mempedulikan Mona. Matanya terus mencari
kelibat Hana.
“Dia dah baliklah Jeff. Awal-awal tadi dia dah balik
dah,” beritahu Sherry.
Sherry yang masih ada lagi nilai kebaikan di dalam
dirinya memberitahu Jeffery.
“Dia balik dengan siapa?”
Sebelum Sherry dapat menjawab, Mona mencelah
dengan kasar. “Dia dah dibawa oleh Ramli dengan
motosikalnya.”
Kemudian Mona menyambung lagi, “diorang tu ada
apa-apa ke? Atau budak kantin tu yang gatal, siapa-siapa pun
boleh usung dia ke hulu ke hilir!”
Sherry terdiam. Dia masih rasa bersalah kerana
dialah yang memberitahu Mona, Hana balik dengan Ramli.
Dia juga rasa bersalah dengan kejadian di bilik air tadi.
Perasaan marah tadi timbul kembali di hati Jeffery.
Tetapi kini lebih kuat dari mula-mula tadi.

56
Alina Haizar

“Ramli dah bawak Hana pergi?” tanya Jeffery.


Sherry menggangguk.
Tanpa banyak bicara Jeffery bergegas bangun,
hendak keluar dari situ.
“Heh! Where are you going Jeff?” soal Lily, kecewa
malamnya akan berakhir begitu sahaja.
“Out from here!”
Ringkas sahaja jawab Jeffery, kemudian dia hilang
dari situ.

57
Hadirmu Takdirku

Bab 6
J
EFFERY hanya memerhatikan
Hana dari jauh. Dia duduk di
dalam keretanya. Hana bekerja
seperti biasa di kafeteria. Sejak dua tiga minggu lepas, dia
yang menjadi pelanggan setia di kafeteria ini bila tiba waktu
petang-petang begini. Tidakkah Hana akan tertunggu-
tunggu kedatangan Jeffery pada waktu ini, seperti sebelum
ini? Jeffery tahu sebelum ini, Hana memang menantikan
kehadirannya setiap petang kerana bila Jeffery muncul
sahaja, wajah Hana kelihatan begitu ceria dan berseri. Hana
nampak sangat gembira dengan kehadiran Jeffery.
Kini, jikalau Jeffery menghampirinya, bagaimana
agaknya reaksi Hana? Jeffery tidak dapat menduga
jawapannya. Kenapa dia mesti tahu reaksi Hana? Dia
tertanya-tanya dirinya. Padahal Hana sudah tidak ada
gunanya lagi bagi Jeffery. Dari mula lagi Hana hanya
dipergunakan dalam pertaruhan antara dia dan Mona, tidak
lebih dari itu. Habis tu, kenapa dia di sini memerhatikan
Hana? Jeffery sendiri tidak tahu jawapannya.
Gerak-geri Hana diperhatikan dari jauh. Jeffery

58
Alina Haizar

tidak tahu apa yang dia hendak. Kenapa dia di situ


memerhatikan Hana? Dia bukan hendak minta maaf dengan
Hana. Dia tidak ada rasa bersalah pun dengan Hana. Ini
bukan hal peribadi, ini hanyalah satu pertaruhan.
Hana dilihatnya mula menyapu kawasan kafeteria,
bermakna sekejap lagi mereka akan menutup kafeteria.
Semenjak selalu menghabiskan masa bersama, Jeffery sudah
hafal dengan rutin kerja Hana.
Tangan Jeffery mencapai kunci kereta, ingin
dimatikan enjin kereta dan menemui Hana. Dia tidak tahu
apa yang harus diucapkan kepada Hana tetapi dia rasa dia
perlu menemui Hana. Sudah hampir seminggu dia berada
dalam kedudukan begini setiap hari, di tempat yang sama...
memerhatikan Hana. Jeffery tekad, dia tidak boleh selamanya
dalam keadaan begini. Dia harus berbuat sesuatu.
Belum sempat dia mematikan enjin kereta, sebuah
motosikal sudah berhenti di hadapan kafeteria dan
penunggangnya terus mendapatkan Hana.
Ramli! desis hati Jeffery.
Ramli jarang datang minum di sini. Adakah kerana
malam itu Ramli dengan Hana menjadi rapat? Jeffery
tertanya-tanya sendirian. Dipadamkan hasratnya untuk
menghampiri Hana. Dia duduk di dalam keretanya,
memerhatikan sahaja mereka dari jauh.
Petang sudah merangkak ke senja. Hana dan Ramli
dilihatnya duduk di satu sudut kafeteria. Mereka berbual
dengan serius sekali. Setelah melihat mereka berbual dengan
begitu lama, Jeffery terus beredar dari situ.

59
Hadirmu Takdirku

SELEPAS tamat kuliah pada pukul sebelas pagi, Jeffery


berada dalam kedudukan yang sama seperti semalam dan juga
seperti beberapa hari yang lepas. Dia duduk di dalam kereta
sambil memerhatikan Hana dari jauh. Tidak ramai orang yang
berada di kafeteria sebab hari masih awal lagi.
Kejadian yang sama berlaku lagi. Tidak lama
kemudian Ramli datang. Mereka berdua bergerak ke sudut
yang agak jauh dari kawasan makan kafeteria dan berbual
dengan serius tanpa mempedulikan orang lain. Tiba-tiba
sahaja perasaan cemburu Jeffery datang menerpa.
“Eh! Ini tak boleh jadi. Hana nampaknya layan
Ramli dengan baik. Padahal minggu lepas aku yang Hana
layan sebegini baik.” Jeffery menggerutu sendiran.
Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk orang
membuatkan Jeffery terkejut. Lily rupa-rupanya. Dia segera
menurunkan cermin tingkap keretanya.
“Hai Jeff,” kata Lily. “Let’s get something to eat.”
Tanpa berkata apa-apa, Jeffery keluar dari kereta
dan mengikut Lily ke kafeteria. Jeffery hendak tengok apa
reaksi Hana apabila melihat dia bersama dengan Lily. Sejak
hari Isnin dia asyik mengusung Lily ke kafeteria, tetapi tidak
berpeluang terserempak dengan Hana. Hana berada di dalam
dapur kafeteria setiap kali dia dan Lily datang ke situ. Hana
sengaja mengelakkan diri agaknya?
Selama ini Jeffery rasa macam Hana juga suka
padanya. Kenapa tiba-tiba Hana mengalih perhatiannya pada
Ramli? Jeffery tidak sedar langsung yang dia telah melukakan
hati Hana. Yang dia tahu hati dia sahaja yang sakit. Ego dia
sahaja yang tercalar. Pada bila-bila masa pun hanya dia sahaja
yang penting, hatinya sahaja yang perlu diambil kira.
Perasaan Hana tidak sedikit pun diendahkan.

60
Alina Haizar

Mereka duduk di meja yang terletak di tengah-


tengah kafeteria.
Lily duduk rapat dengan Jeffery. Pehanya
bersentuhan dengan peha Jeffery. Tangannya memegang
lengan Jeffery. “Eh, budak kantin! Mari sini. Kami nak oder.”
Hana yang sedang bersembang dengan Ramli
bingkas bangun dan menghampiri Jeffery dan Lily.
Jeffery perhatikan betul-betul muka Hana. Mukanya
yang manis kelihatan sedih. Matanya redup, tidak bermaya.
Tetapi tidak ada rasa kasihan di dalam hati Jeffery. Cuma ada
rasa geram. Hatinya betul-betul terbakar melihat wajah
selamba Hana kerana Hana seperti tidak kisah langsung akan
kehadirannya di situ. Jeffery macam seseorang yang tidak
pernah mendapat tempat istimewa di hatinya. Cara dia layan
Jeffery sama macam dia layan semua orang lain di dalam
kolej ini.
Kecuali Ramli. Dengan Ramli, sikit punya baik Si
Hana tu layan. Siap panggil Abang Ramli pulak tu! Kenapa
pulak aku harus marah? Perasaan pelik melanda Jeffery. Dia
resah. Kenapa dia begini? Untuk melindungi keresahannya,
Jeffery sengaja merangkul pinggang Lily di hadapan Hana.
“Bagi kami fresh oren dua dan mi goreng dua,” kata
Lily.
Jeffery kemudiannya mengeletek pinggang Lily.
Lily mengelak manja.
Kemudian Jeffery mengerling ke arah Hana. Muka
Hana berubah menjadi pucat. Puas hati Jeffery. Sekurang-
kurangnya ada juga reaksi daripada Hana.
Ramli yang memerhatikan dari jauh cuma
menggeleng-gelengkan kepalanya.

61
Hadirmu Takdirku

Setelah menghantar makanan yang mereka pesan,


Hana kembali duduk dengan Ramli dan meneruskan
perbincangan mereka.
Perbuatannya membuatkan Jeffery naik marah.
Hilang seleranya untuk makan. Dia geram melihat Ramli dan
Hana yang sedang berbual serius tanpa mempedulikan dia.
Hana tidak sepatah pun berkata-kata dengannya. Dia macam
sudah tidak wujud di dalam hidup Hana lagi. Tentang
kejadian di parti hari jadi Mona pun, macam tidak jadi hal
pada Hana. Kenapa peristiwa itu tidak dibangkitkan langsung
oleh Hana? Jeffery menjadi makin marah. Dia mengajak Lily
beredar dari situ. “Tak bestlah mi goreng ni. Tak sedap. Jom
kita lepak kat Starbuck.”
“Okey,” sahut Lily.
Mereka bangun lalu berjalan di hadapan Hana dan
Ramli. Jeffery sengaja merangkul pinggang Lily dengan
mesra.
Hana dan Ramli terdiam memerhatikan gelagat
mereka berdua.
Ramli kasihan melihat raut wajah Hana yang sayu
itu. Tetapi dia bangga melihat Hana berjaya mengawal
perasaannya. Dia cuma diam bila Jeffery menunjuk-nunjuk di
hadapannya. Walaupun Ramli dapat rasakan betapa pedihnya
hati Hana ketika itu. “Sudahlah Hana. Jangan sedih lagi.”
“Hana ni apa ye, Abang Ramli? Tak ada perasaan ke?
Dia boleh buat macam tu sahaja.”
“Jeff tu dah biasa macam tu. Anak orang kaya, anak
manja. Dia selalu dapat apa yang dia hendak, tanpa pedulikan
orang lain. Lain kali Hana ingat, jangan mudah mendengar
pujuk rayu orang macam ni.”
Hana hanya mengangguk lesu. Hana mesti cepat

62
Alina Haizar

sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di lubuk hatinya, dia masih


sayangkan Jeffery. Itu sesuatu yang sukar dia lupakan. Walau
bagaimanapun Hana tahu Ramli ikhlas memberi nasihat
kepadanya.
Ramli banyak membantu Hana. Pada malam Ahad
lepas, nasib baik ada Ramli yang menghantar Hana balik ke
rumah. Kalau tidak, entah pukul berapa Hana akan sampai ke
rumahnya dalam keadaan yang kekurangan wang ketika itu.
Hana juga bernasib baik kerana Mak Chak sudah tertidur
semasa Hana balik dengan pakaian yang menjolok mata.
Kalau tidak, tentu teruk Hana dimarahi oleh Mak Chak.
“Okey… Hana tengok pengajian separuh atau
pengajian jarak jauh yang abang bagi ni. Bila dah buat
keputusan, Hana cakap dengan abang. Nanti abang tolong
Hana buat permohonan. Lepas itu abang akan tolong pulak
cara hendak buat pinjaman pelajaran. Tengoklah mana tahu
boleh dapat. Abang nak pergi dulu, ada janji dengan Mastura
di library. Nanti marah dia, lama sangat menunggu. Kami
akan balik kampung sebab cuti mid-sem. Abang nak bagi dia
tiket bas ekspres ni.”
“Okey, pergilah bang. Nanti lama Kak Mas
menunggu. Kirim salam dengan Kak Mas ye, bang.”
Ramli menganggukkan kepalanya lalu segera
beredar dari situ.

PETANG itu, Hana mengemas seorang diri di dalam


dapur setelah kafeteria ditutup. Keadaan sekeliling sunyi
sepi. Pelajar-pelajar kolej telah ramai pulang untuk cuti
pertengahan semester. Kafeteria ditutup awal, sebelum pukul
lima petang.

63
Hadirmu Takdirku

Mak Chak, Timah dan Soed pun sudah pulang.


Timah dan Soed hendak balik ke Perlis malam ini juga, sebab
itu mereka pulang awal hari ini. Mak Chak sudah mula
percaya dengan Hana untuk balik dengan menaiki bas
seorang diri.
Petang ni nampaknya Hana terpaksa buat kerja
sendirian. Nasib baik esok cuti pertengahan semester
bermula. Dapatlah Hana berehat sedikit. Setelah selesai
mengunci semua pintu dari dalam, Hana pun keluar melalui
pintu belakang, lantas mengunci pintu tersebut. Hana
mengorak langkah untuk beredar.
Tiba-tiba dilihatnya Jeffery sedang bersandar di
keretanya yang terletak di belakang kafeteria. Bila masa
kereta Jeffery berada di situ pun Hana tidak sedar. Jeffery
sedang memeluk tubuhnya. Dalam keadaan dirinya yang
sedang haru-biru, Hana masih dapat melihat betapa
tampannya Jeffery. Lebih-lebih lagi dengan cermin mata
hitamnya. Rasa mahu gugur jantung Hana bila melihat
Jeffery sedang menunggunya.
Apabila ternampak Hana menyedari kehadirannya,
Jeffery membuka cermin mata hitamnya lalu berdiri tegak.
Dia menunggu Hana menghampirinya.
Hana terus berjalan tanpa mempedulikan Jeffery.
Jantungnya berdegup dengan kuat sekali. Dia tidak tahu
kenapa Jeffery di sini. Sudah hampir seminggu Jeffery tidak
pedulikan dia langsung. Sepanjang minggu itu jugalah,
Jeffery asyik berkepit dengan Lily di hadapannya. Lemah
lututnya untuk berjalan melepasi Jeffery. Tetapi dikuatkan
semangatnya.
Apabila Hana lalu di hadapan Jeffery, Jeffery
memanggilnya. “Hana, tunggu sekejap! Jeff nak cakap sikit.”

64
Alina Haizar

Langkah Hana terhenti apabila mendengar suara


Jeffery yang agak keras memanggilnya.
“Apa dia? Cakaplah,” sahut Hana dengan lembut.
“Mari duduk dulu. Takkan nak bercakap macam ni,”
seru Jeffery, masih keras suaranya.
Hana menggelengkan kepalanya. “Tak apalah, cakap
aje. Hana nak balik cepat ni.”
Tiba-tiba Jeffery mendekati Hana lalu menarik
tangan Hana dengan kasar. Dibawanya Hana ke kafeteria.
“Duduk dulu.”
Jeffery duduk di bangku kafeteria dan menarik
Hana duduk di sebelahnya.
“Kenapa ni Jeff? Tolong jangan berkasar dengan
Hana,” rayu Hana, agak cemas dengan kelakuan Jeffery.
Sebenarnya dari tengah hari tadi Jeffery sudah
menunggu Hana. Selepas balik dari Starbuck, Jeffery datang
semula ke kafeteria, menunggu di dalam kereta seperti mana
yang dia lakukan pagi tadi. Malahan dia menunggu peluang
untuk bercakap dengan Hana sejak hari Isnin lagi. Hatinya
semakin mendidih apabila semakin lama dia menunggu.
“Sejak bila pulak Hana close dengan Ramli ni?
Hana tak tahu ke Ramli tu dah ada girlfriend? Sekarang ni
mereka sedang dalam perjalanan balik ke Kedah, naik bas
bersama-sama. Hana tahu tak?!” jerkah Jeffery.
“Tahu!” jawab Hana sepatah.
“Habis tu, kenapa Hana masih rapat dengan dia?”
soal Jeffery lagi.
“Itu antara Hana dan Abang Ramli. Jeff ni kenapa?”
tanya Hana yang sedikit berang dengan sikap kasar Jeffery.
“Hana yang sepatutnya jawab soalan Jeff. Kenapa

65
Hadirmu Takdirku

dengan Hana ni? Malam parti tu, Hana datang dengan Jeff
tapi balik dengan Ramli.”
Walaupun Jeffery ingat Hana yang akan ungkit
pasal kejadian di parti hari jadi Mona itu, tapi sebaliknya dia
pula yang mengungkit.
Hana menggelengkan kepalanya. Kenapa Jeffery
masih memperkatakan pasal malam itu? Pada Hana, dia cuma
ingin melupakan peristiwa malam itu, ianya terlalu
memalukan dan memeritkan hatinya. Hana tunduk
menggelengkan kepalanya kemudian memandang tepat ke
arah Jeffery tanpa sepatah kata. Jeffery tidak sedarkah yang
dia telah melukai hati Hana?
“Apa pasal Hana tidak tunggu Jeff?” Jeffery masih
terus bertanya.
Hana diam sahaja.
“Kenapa? Cuba Hana cakap.”
“Kenapa kita masih bercakap pasal malam itu?
Kisah malam tu dah selesai. Hana tak mahu ingat semua tu
lagi.”
“Apa maksud Hana?” Jeffery bertanya.
“Sudahlah Jeff. Jeff kan ke dah berbaik semula
dengan Lily? Tak payahlah nak berselindung lagi.”
“Jeff tak faham.”
“Apa yang Jeff nak lagi dari Hana? Hana dah tahu.
Malah semua orang tahu Jeff gunakan Hana untuk dapatkan
Lily semula,” ujar Hana perlahan.
“Mana Hana tahu? Siapa yang cakap? Ramli?”
“Hana terdengar kawan-kawan Lily mentertawakan
Hana semasa di parti tersebut. Mereka cakap Jeff bertaruh
dengan Mona tentang Hana. Hana ni memang bodoh!”

66
Alina Haizar

Jeffery terdiam. Betullah tembelangnya telah pecah.


Patutlah Hana balik tanpa sebarang pamitan. Jeffery rasa
sedikit bersalah. Dia mengelus-elus rambutnya yang panjang
hampir mencecah bahu.
“Macam nilah, Jeff. Jeff dah dapat apa yang Jeff nak.
Lily pun dah balik pada Jeff,” ujar Hana sebak tetapi digagahi
juga. “Hana tidak mahu salahkan sesiapa. Hana yang bodoh,
tak perasan diri telah dipergunakan. Hana cuma salahkan diri
Hana sendiri. Okey!”
Jeffery terkedu. Dia cuma memandang wajah Hana.
“Cukuplah sampai di sini saja. Tak perlu rasa
bersalah. Hana tak apa-apa. Hana okey,” luah Hana.
Kemudian dia menyambung lagi, “antara kita
memang tak ada apa-apa, okey? Selama ini Hana yang salah
anggap. Tapi sekarang semuanya dah selesai. Jeff boleh pergi
dengan senang hati sekarang. Pergilah balik pada Lily. Hana
pun nak balik ni.”
Panjang lebar Hana berkata dengan tenang
walaupun di dalam hatinya bagaikan hendak pecah. Tetapi
demi menjaga air mukanya, Hana bertahan. Dia tidak mahu
Jeffery tahu betapa hatinya terluka. Maruah dirinya harus
dipertahankan kali ini.
“Okey!” kata Jeffery, berpura-pura acuh tak acuh.
“Okey. Kalau macam tu, baguslah.”
Jeffery sepatutnya rasa lega dengan kenyataan
Hana. Dia tidak perlu rasa bersalah terhadap Hana. Hana
sudah katakan yang dia tidak apa-apa. Hana tidak kisah pun
dengan apa yang berlaku.
Tetapi Jeffery masih tidak berganjak dari situ. Dia
sebenarnya masih tidak puas hati. Dia juga hairan dengan
dirinya. Kenapa dia tidak berlalu pergi begitu sahaja?

67
Hadirmu Takdirku

Hana bangun dan mula melangkah hendak keluar


dari kafeteria. Dia hendak segera balik. Bagi Hana, tidak ada
sebab lagi untuk dia tunggu lama-lama di situ. Dia sudah
cakap apa yang perlu dikatakan.
Tetapi lain pula di pihak Jeffery. Dia tidak puas hati.
Kalau Hana marahkan dia, mengamuk ke, mengungkit-
ungkit ke, menangis ke... mungkin Jeffery akan puas hati. Dia
mahu tengok Hana merayu-rayu agaknya, baru dia puas hati.
Seorang lagi gadis telah jatuh ke tangannya. Bila dilihat Hana
masih tenang, Jeffery jadi tidak puas hati. Egonya tidak
membenarkan itu berlaku. Dia mahu lihat Hana menangis
kerana dirinya.
Dia juga geram kalau ada orang lain yang
menghampiri Hana. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam
masa sebulan ini mereka sudah agak rapat. Tidak mungkin
dia boleh melepaskan Hana begitu sahaja.
“Okey! Kalau macam tu takpelah. Biar Jeff hantar
Hana pulang,” cadang Jeffery sambil memegang tangan
Hana.
“Tak apalah Jeff. Hana boleh balik sendiri.”
Tidak ingin Hana berada di situasi yang sama
seperti yang dialaminya minggu lepas. Secara fizikal dan
lebih-lebih lagi mentalnya didera oleh Jeffery. Hana cuba
menarik tangannya dari genggaman Jeffery, tetapi tidak
berjaya.
“Tak apalah. Jeff hantar. Hana merajuk dengan
Jefflah ni. Tadi kata Hana tak apa-apa....”
Hana menggelengkan kepalanya. “Tak, tak payahlah.
Baju Hana berlengas ni, kotor seharian bekerja di sini.
Biarlah Hana naik bas sahaja. Tak layak naik kereta mewah
Jeff ni. Nanti kalau orang nampak, Jeff juga yang malu.”

68
Alina Haizar

Jeffery terasa dengan kata-kata Hana. Tiba-tiba


sahaja dia merentap tangan Hana dan mengheret Hana ke
keretanya. Dia membuka pintu kereta lalu ditolaknya Hana
masuk ke dalam kereta dengan kasar.
Hana menjadi takut. Sakit dia diperlakukan
sebegitu oleh Jeffery. Dia semakin takut jika Jeffery bertindak
lebih ganas dari tu.
Jeffery adalah seorang anak muda yang egosentrik.
Dengan Hana pula, dia tidak boleh bertolak ansur langsung.
Dia mahu Hana ikut sahaja kata-katanya. Keengganan Hana
membuatkan kemarahannya memuncak.
Jeffery pun agak bingung dengan perasaannya. Dia
akan marah jika ada lelaki lain yang berbaik-baik dengan
Hana. Serasanya, dia tidak boleh melepaskan Hana. Malah
Hana tidak boleh buang dia macam tu sahaja, seolah-olah dia
tidak penting di dalam hidup Hana. Jeffery tidak boleh
diperlakukan demikian. Dia tidak akan membenarkan Hana
berbuat demikian.
Jeffery masuk ke dalam kereta. Dilihatnya Hana
menggosok tangannya yang berbirat itu.
“Maaf. Sakit ye? Hana... tolonglah jangan buat Jeff
hilang sabar lagi,” ujar Jeffery.
Hana terus mematung.
“Okey. Jeff minta maaf,” katanya kembali lembut.
“Tolong Jeff boleh tak? Boleh tak Hana maafkan Jeff? Please.”
Timbul rasa kasihan di hati Hana melihatkan Jeffery
bersungguh-sungguh meminta maaf.
Jeffery memegang tangan Hana yang berbirat itu
lalu digosoknya bagi meredakan kesakitan Hana. “Memang
tujuan Jeff pada mula-mulanya nak gunakan Hana sebagai

69
Hadirmu Takdirku

bet sahaja. Just a bet. Nothing personal. Bukan Jeff sengaja


nak kenakan Hana.”
Hana berdiam diri. Dibiarkan tangannya digosok
oleh Jeffery perlahan-lahan.
“Tapi bila dah kenal Hana, Jeff suka pada Hana. Jeff
suka berkawan dengan Hana. Hana tahu tak? Jeff cemburu
tengok Hana duduk bersembang lama-lama dengan Ramli
tengah hari tadi.”
Kata-kata Jeffery menggoda Hana dengan begitu
halus dan lembut sekali. Mukanya yang tampan seperti
merayu simpati. Siapa yang tidak tergoda?
Hana hanyalah seorang gadis yang masih mentah.
Dia kalah dengan pujukan Jeffery. Keazamannya untuk
menjauhkan diri daripada Jeffery mula mencair. Pada ketika
itu Hana sedar sebenarnya dia memang sudah jatuh cinta
dengan Jeffery. Betapa selama seminggu ini dia merindui
Jeffery. Dapat bersama Jeffery seperti waktu ini adalah sesuatu
yang memang Hana impikan. Tiba-tiba dia teringatkan Lily.
“Lily macam mana?”
“Lily? Macam biasalah. Jeff dengan dia macam
biasa. Kami memang berkawan sejak dulu. Just a friend.”
“Tapi Hana tengok Jeff dengan dia rapat, berpeluk-
peluk lagi.”
“Kami memang macam tu. Hana nak kawan dengan
Jeff kena terima semua itu. Itu cara hidup kami.”
Berkerut dahi Hana memikirkannya. Boleh ke dia
terima cara hidup begini? “Habis tu, kalau Hana buat macam
tu juga dengan lelaki lain, Jeff tak kisah?”
Jeffery terdiam seketika. Terbayang badan Hana
dirangkul oleh kawan-kawannya. Jeffery jadi marah. Tanpa

70
Alina Haizar

disedari, tangan Hana yang digenggamnya itu dicengkam


dengan kuat.
Hana mengaduh kesakitan.
“Hana tak boleh buat macam tu! Janji! Jeff tak
tahan tengok Hana buat macam tu. Jeff tak suka,” kata
Jeffery.
Cengkaman kuat tangannya dilembutkan. Tetapi
masih tidak melepaskan tangan Hana. Jeffery menghidupkan
enjin kereta dan mula bergerak keluar dari kawasan kampus.
Hati Hana senang mendengar kata-kata Jeffery. Ini
menunjukkan yang Jeffery benar-benar sukakannya.
Walaupun tangannya sakit dicengkam Jeffery tadi, tapi dia
suka apabila Jeffery marah jika dia berbaik dengan lelaki lain.
Ini bermakna Jeffery cemburu. Pasti ada perasaan sayang
untuk Hana.
Hana sudah tidak perlukan apa-apa lagi daripada
Jeffery. Ini sudah memadai bagi Hana. Mungkin satu hari
nanti Jeffery juga akan cintakan dia seperti mana dia
cintakan Jeffery. Hana menaruh harapan setinggi gunung.
Hana ingat cintanya yang terlalu mendalam terhadap Jeffery
cukup kuat untuk mereka berdua. Cinta daripada Jeffery
tentu akan menyusul juga kemudian nanti.

71
Hadirmu Takdirku

Bab 7
H
ARI-HARI berikutnya dalam
semester itu berlalu dengan
pantas. Apabila Jeffery datang
ke kafeteria beramai-ramai dengan rakan-rakannya, dia buat
macam tidak pernah mengenali Hana. Macam Hana tidak
wujud langsung di dalam dunia ini. Peristiwa Hana ke parti
hari jadi Mona sudah dilupakan oleh semua. Mula-mula dulu
mereka sering juga sindir dan perli-perli Hana apabila mereka
berada di kafeteria. Tetapi oleh kerana Jeffery dan Hana tidak
pernah kelihatan berbual dan bersama-sama lagi, peristiwa
tersebut telah hilang sensasinya dan sudah tidak dipedulikan
lagi.
Buat diri Hana, apabila melihat Jeffery
berdampingan dengan Lily, Mona, Ann dan lain-lain di depan
matanya, hatinya terhiris luka. Terutama sekali apabila
melihat mereka saling berjenaka, ketawa bersama dan
berpeluk-pelukan di antara satu sama lain. Perasaan Hana
tidak dihiraukan langsung oleh Jeffery. Walaupun sebenarnya,
di belakang mereka semua, Hana dan Jeffery masih saling
berhubungan.

72
Alina Haizar

Hanya Ramli dan Mastura tahu mengenai perkara


itu. Ramli sebenarnya tidak merestui perhubungan itu.
Dirasakan ada orang yang akan terluka di dalam perhubungan
ini dan orang itu adalah Hana. Tetapi dia dapat rasakan Hana
dan Jeffery tidak akan mendengar nasihatnya. Oleh yang
demikian, Ramli menjauhkan diri dari Jeffery dan Hana.
Jeffery dan Hana bertemu pada waktu malam
apabila kafeteria ditutup dan bila Hana sudah habis bekerja.
Mereka pergi makan di tempat-tempat yang Jeffery pasti tidak
akan dikunjungi oleh rakan-rakannya. Kadangkala Hana
terasa Jeffery seperti mengelak dari terserempak dengan
kawan-kawannya. Hana pernah cuba bertanya kepada Jeffery,
macam mana jika mereka terserempak dengan rakan-rakan
Jeffery yang lain? Jeffery membalas, tidak mungkin kerana
kawan-kawannya tidak akan datang ke situ.
“Jeff nak relaks, okey. Dan Jeff hanya nak habiskan
masa hanya bersama Hana.”
Menurut Jeffery lagi, dia tidak mahu berkongsi
Hana dengan orang lain. Jawapan Jeffery walaupun
menggembirakan hati Hana, tetapi kadangkala dia rasa Jeffery
seperti malu jika ada rakan-rakannya nampak mereka
bersama.
Hana juga dilarang keras oleh Jeffery dari berbaik
dengan mana-mana lelaki lain termasuk Ramli. Jeffery
memang tidak suka berkongsi Hana dengan sesiapa.
Sebaliknya larangan itu hanya untuk diri Hana kerana Jeffery
tidak pula macam tu. Jika di kawasan kampus dan di
kafeteria, dia tidak segan silu bertepuk tampar, berpelukan
dengan Lily dan kawan-kawan perempuan yang lain. Hana
hanya mampu mengeluh dan melihat sahaja dari jauh. Ini
kerana demi sayangnya kepada Jeffery.

73
Hadirmu Takdirku

“HELO Hana.”
“Helo Jeff.”
“Hana, hujung minggu ni kita pergi Port Dickson.
Nak tak?”
“Emmm... emmm... Hana… Hana… emmm... Port
Dickson?”
“Kita celebrate. Kan ke Jeff dah habis exam.”
Pergi Port Dickson? Tak mahulah Jeff. Nanti Mak
Chak marah.”
“Alah, bukan kita dua sahaja. Kawan-kawan Jeff pun
ada. Ramli dan Mastura pun akan pergi juga. Kami nak enjoy
sebelum semua orang balik ke kampung masing-masing.”
“Betul kawan-kawan Jeff yang lain ada?”
“Iye!”
“Betul ke Abang Ramli dan Kak Mastura pun akan
pergi sama?”
“Iye! Tak percaya sangat!” Jeffery seperti sudah
mula hilang sabar.
Mendengar suara Jeffery yang makin meninggi,
Hana mengalah. “Kalau macam tu... nanti Hana tanya Mak
Chak. Kalau Mak Chak kata okey, bolehlah Hana ikut nanti.”

PADA pagi Sabtu yang dijanjikan, Jeffery datang menjemput


Hana.
Mak Chak sangat susah hati, tetapi dia cuma
memandang sahaja Hana keluar dari fletnya dengan
membawa sebuah beg kecil berisi pakaian persalinan untuk
dia mandi-manda di Port Dickson nanti. Setelah Hana

74
Alina Haizar

berlalu, dia menggeleng-gelengkan kepalanya sendirian. Dia


tidak dapat memujuk Hana supaya tidak mengikut Jeffery ke
Port Dickson.
Walaupun tidak melawan kata-kata Mak Chak, Hana
tetap membuat keputusan untuk pergi ke Port Dickson juga.
“Baik-baik Hana, kita ni asal dari kampung. Depa ni
orang kaya. Hang bukan padan dengan budak Jeffery ni,
Hana. Mak Chak risau betui tengok hang. Mak Chak takut
budak jantan tu nak mainkan hang.”
“Mak Chak janganlah risau. Jeff tu budak baik, Mak
Chak,” kata Hana lembut.
Tiada apa yang dapat Mak Chak katakan yang boleh
menghalang Hana. Mak Chak hanya melihat sahaja Hana
pergi dengan hati yang berdebar-debar. Mak Chak benarkan
Hana pergi setelah Hana begitu beria-ia memujuknya dan
apabila dia dengar Ramli dan Mastura pun akan pergi juga.
Kalau tidak, Mak Chak memang tidak akan benarkan Hana
pergi dengan Jeffery begitu sahaja. Mak Chak memang tidak
percaya langsung dengan Jeffery. Dia sangat arif dengan lelaki
seperti Jeffery.
Apabila tiba di Port Dickson, mereka mandi laut
sepuas-puasnya. Setelah mandi, mereka makan tengah hari di
Tanjung Biru.
Hana begitu gembira dapat menghabiskan masa
bersama Jeffery sepanjang hari.
Menjelang petang mereka berjalan menyusuri
pantai Tanjung Biru.
Inilah pertama kali Hana menjejakkan kakinya ke
pantai Port Dickson. Selama ini dia dengar sahaja tentang
Port Dickson. Sememangnya pantainya tidak secantik mana.
Terlalu banyak pembangunan yang sedang dijalankan.

75
Hadirmu Takdirku

Tetapi buat diri Hana, semuanya indah belaka.


Keadaan begitu romantik sekali rasanya. Inilah yang dia
impikan selama ini.
Mereka berjalan menyusuri pantai sambil
berpegangan tangan. Matahari sudah hampir mencecah kaki
langit. Cahaya jingga menerangi kepulan-kepulan awan,
berlatarkan langit yang berwarna biru keunguan lembut.
Angin pantai bertiup nyaman, mengindahkan suasana
petang.
Hana tidak mahu hari ini berakhir. Dia sungguh
bahagia hari ini.
Jeffery pula menumpukan sepenuh perhatian
kepada Hana. Begitu prihatin dengan Hana dan lembut
melayannya, tidak langsung cuba melukakan hatinya seperti
selalu.
Mereka duduk di pantai menikmati keindahan
petang di tepi laut sambil memerhatikan matahari yang
sudah mencecah permukaan air laut.
Hana sedih hari ini akan berakhir. Ia bermakna
mereka sudah patut berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Singkatnya Hana rasakan hari ini. Kalau boleh Hana tidak
mahu hari ini berakhir. “Tadi Jeff cakap kawan-kawan Jeff
yang lain akan datang. Mana mereka, Jeff?”
Tiba-tiba Hana teringat rakan-rakan Jeffery yang
lain belum tiba walaupun hari yang indah ini sudah hampir
ke penghujungnya. Malam sedang menanti gilirannya untuk
muncul pula.
“Kejap lagi dia orang sampai. Oh ya, baru Jeff
teringat. Mari kita tunggu dia orang di bilik hotel.”
Hana sungguh terkejut mendengar kata-kata
Jeffery. “Hotel? Kenapa?”

76
Alina Haizar

Dia ingat mereka akan balik setelah hari menjelang


malam.
“Yelah, Jeff dah booked bilik hotel! Jom kita pergi.
Kalau lambat, nanti hotel akan lepaskan bilik kita pada orang
lain. Sekarang pun dah nak dekat pukul tujuh malam.”
“Tak mahulah, kalau kita dua sahaja.”
“Tak apa! Sekejap lagi mereka sampailah,” desak
Jeffery sambil menarik tangan Hana.
Hana terpaksa mengikut Jeffery walaupun hatinya
mula cuak.
Jeffery memandu kereta ke pekarangan Hotel Delta
Paradise. Kemudian dia dengan selamba memaut pinggang
Hana sambil membawanya ke kaunter hotel.
Hana malu diperlakukan sedemikian. Tetapi tangan
Jeffery bagaikan besi mencengkam pinggangnya dan Hana
tidak dapat lepaskan diri. Keadaan ini mengingatkan Hana di
malam majlis hari jadi Mona. Hana juga risau dengan
pandangan orang lain. Tetapi dilihatnya tidak ada sesiapa
yang pedulikan mereka.
Apabila selesai mendaftar nama, Jeffery telah
diberikan kunci ke bilik hotel.
Mereka berdua kemudiannya menaiki lif dan pergi
ke bilik mereka.
Bilik hotel yang disewa oleh Jeffery sungguh
mewah. Seumur hidup Hana dia belum pernah masuk ke
dalam mana-mana bilik hotel. Apatah lagi yang secantik bilik
hotel itu. Padahal Hotel Delta Paradise itu bukan hotel lima
bintang. Tetapi pada Hana, semua yang dilihatnya begitu baru
buat dirinya dan semuanya nampak begitu mewah.
Setelah masuk ke dalam bilik itu, Jeffery memasang

77
Hadirmu Takdirku

penghawa dingin dan televisyen. Kemudian dia terus


menghempaskan dirinya di atas katil.
Hana termangu-mangu melihat keadaan bilik hotel
dan kelakuan Jeffery. Dia menjadi resah. Tidak tahu apa yang
hendak dilakukan. Hana kemudiannya berdiri di hadapan
tingkap sambil memerhatikan pemandangan laut di
hadapannya. Hatinya begitu risau. Matahari kian condong
dan hampir ditelan laut. Langit bertukar menjadi merah.
Senja merangkak tiba. Kerisauan Hana makin meningkat
apabila melihat hari semakin malap.
“Bila kita nak balik ni?” tanya Hana kepada Jeffery
yang sudah begitu selesa berbaring sambil menonton
televisyen.
“Kan Jeff kata kita akan bermalam di sini,” jawab
Jeffery tanpa mengalihkan perhatiannya dari peti televisyen,
nadanya seperti sedang marah.
Hana terkejut. Seingatnya, Jeffery tidak pernah
memberitahu dia apa-apa pun tentang mereka akan
bermalam di sini. Tetapi dia takut dimarahi oleh Jeffery lalu
dia pura-pura tidak dengar kata Jeffery dan cuba mengalihkan
topik perbualan.
“Abang Ramli, Kak Mastura dan lain-lain mana?”
tanya Hana pula.
“Kejap lagi mereka sampailah,” jawab Jeffery
dengan selamba.
“Hana ingat nak tunggu mereka di bawah sajalah,
Jeff. Hana tak selesa kita berdua-duaan macam ni. Tak
eloklah. Apa kata orang nanti?”
“Kejap lagi bila dia orang datang, kita buka bilik
sebelah. Tengok tu ada pintu. Nanti yang perempuan duduk
satu bilik. Yang lelaki duduk satu bilik lagi. Faham? Puas

78
Alina Haizar

hati?” terang Jeffery. Kemudian dia perli Hana. “Takut


sangat!”
Hana memandang sahaja pintu yang
menyambungkan bilik mereka dengan bilik yang satu lagi
sambil mengerutkan dahinya. Dia masih kelihatan risau.
“Apa yang Hana risaukan ni?” Jeffery semakin
kurang sabar melihat Hana yang kelihatan cemas.
Hana lihat Jeffery makin marah dengan
kelakuannya, lantas dia mendiamkan diri. Dia terus
memandang luar tingkap, memerhatikan siang yang telah
hilang dan senja yang sudah tiba. Di luar sana semakin
kelam, Hana semakin gelisah.
Tanpa Hana sedari, tiba-tiba Jeffery bangun lalu
menghampirinya. Jeffery kemudiannya memeluk Hana dari
belakang. Hana begitu terkejut, lalu cuba melepaskan dirinya.
Tetapi dia tidak berdaya. Jeffery memang jauh lebih kuat
darinya. Hana meronta-ronta, cuba untuk melepaskan
dirinya. Jeffery mendengus marah apabila Hana cuba berbuat
demikian. Menyedari keadaan itu, Hana berhenti meronta
agar dapat meredakan kemarahan Jeffery.
“Maaf Jeff, Hana ingat Hana nak turun ke bawah
sahaja,” ujar Hana lembut.
“Apa yang Hana takutkan?” tanya Jeffery agak kasar.
Tangannya masih merangkul tubuh Hana. Hatinya mula
menggelegak melihat Hana yang cuba melepaskan diri
darinya. Tidak mengerti kerana Hana cuba mengelakkan diri
dari bermesra dengannya.
“Hana bukan takut. Tapi Hana tak biasa macam ni.
Biar Hana tunggu kat bawah, okey.”
Sekali lagi Hana cuba melepaskan pelukan Jeffery
dan kali ini dia berjaya. Dia berjalan ke arah pintu.

79
Hadirmu Takdirku

Jeffery semakin berang. Dia ingin berdua-duaan


dengan Hana. Ada berita penting yang harus disampaikan
kepada Hana. Ayah dan mummynya sudah buat perancangan
untuk menghantarnya ke US lebih awal dari yang
dijangkakan. Empat minggu lagi dia akan ke US.
Dia mahu Hana menjadi orang pertama yang
mengetahui berita tersebut sebelum Ramli dan rakan-rakan
lain tiba. Dia ingin menatap wajah Hana sepuas-puasnya
sebelum dia berangkat. Dia ingin memeluk Hana dan
mengucup Hana sebelum dia pergi. Itu sebabnya dia
merancang semua ini dengan mengajak Ramli dan kawan-
kawan lain untuk menginap di hotel ini. Jeffery tahu kalau
ada Ramli dan Mastura, baru Hana akan ikut dia ke Port
Dickson. Tetapi Ramli dan yang lain-lain belum tiba lagi dan
Hana pula seperti cacing kepanasan.
Tiba-tiba telefon bimbit Jeffery berbunyi. Jeffery
terus menjawabnya.
Hana terhenti di pintu, cuba menangkap perbualan
telefon Jeffery. Untung-untung Abang Ramli dan Kak Mastura
sudah tiba, tidak perlulah Hana berada di dalam keadaan yang
merumitkan ini.
“Habis tu, macam mana? Tak jadi datang ke?
Okeylah!” kata Jeffery. Mukanya marah padam. Rancangannya
telah tergendala.
Muka Jeffery masam mencuka setelah menamatkan
perbualan telefonnya itu. Matanya memandang kosong ke
arah televisyen. Dia buat tidak tahu kepada Hana yang sedang
menantikan berita tentang kedatangan kawan-kawan Jeffery
yang lain.
“Kenapa Jeff?” tanya Hana. Dia tidak jadi keluar
dari bilik itu.

80
Alina Haizar

Jeffery merenung Hana lama-lama sebelum dia


melabuhkan dirinya di atas katil. Hilang moodnya untuk
bergembira hari ini. Dia geram. Rosak rancangannya!
“Kenapa Jeff? Apa yang dah jadi?” tanya Hana. Dia
duduk semula di hujung katil.
“Kereta Steven rosak, kena masuk workshop. Maybe
late night baru mereka tiba atau they have to cancel the
whole thing.”
“Habis tu, mana kawan Jeff yang lain?”
“Semuanya sampai lewat, masing-masing ada hal.
Okey!” Jeffery muncungkan mulutnya macam budak kecil
yang tidak dapat permainannya.
“Kalau macam ni, Hana nak baliklah Jeff,” putus
Hana.
“Sikit-sikit nak balik! Sikit-sikit nak balik!” bentak
Jeffery tiba-tiba. Hasratnya untuk menghabiskan masa
bersama Hana terbantut. Kali ini Hana betul-betul buat dia
naik angin. “Kalau nak balik sangat, baliklah! Pergilah!”
Anak tunggal Datuk Hisham sudah mengamuk.
Beginilah kebiasaannya bila anak manja tidak dapat apa yang
diinginkannya.
Hana cuba meredakan kemarahan Jeffery. “Habis
tu, kawan-kawan Jeff tak datang, takkan kita nak duduk
berdua-duaan di bilik ini? Hana takut. Kalau kawan-kawan
Jeff ada takpelah.”
“Asyik-asyik kawan-kawan Jeff. Asyik-asyik kawan-
kawan Jeff. Berterus-terang Hana! Hana kawan dengan Jeff,
sebab nak kawan dengan Jeff ke atau nak mendekati kawan-
kawan Jeff? Are you using me to get into their group? Itu aje
ke tujuan sebenar Hana berkawan dengan Jeff?”

81
Hadirmu Takdirku

Tiba-tiba Jeffery membentak. Hana tidak mahu


bermesra dengannya tetapi sibuk hendak tahu bila kawan-
kawannya akan tiba. Ini yang membuatkan Jeffery marah.
Hana hanya menggelengkan kepalanya.
“Aku tahu kau tu budak kantin. Kau nak gunakan
aku ni untuk berkenalan dengan anak-anak Datuk, kan? Aku
tahu!” Jeffery melepaskan amarahnya tanpa berfikir panjang.
“Memang betul selama ini apa yang they all cakap. You just
want to grab this opportunity to be amongst us!!! I should
have known better!”
Kata-kata Jeffery kali ini memang bertujuan
menghina sekali gus menyakiti hati Hana.
Hana terdiam mendengar Jeffery menghinanya.
Inilah kali pertama Jeffery betul-betul menghina Hana seperti
rakan-rakannya yang lain dengan menggelarnya ‘budak
kantin’. Selama ini Hana ingat Jeffery bukan seperti mereka.
“Sampai hati Jeff cakap macam tu,” katanya
perlahan. Air matanya mengalir. “Hana sedar Hana ini siapa.”
Hana duduk di hujung katil, membelakangkan
Jeffery lalu menangis perlahan-lahan. Dia betul-betul terasa
dengan penghinaan Jeffery itu. Dia tidak sangka yang Jeffery
akan berkata sedemikian kepada dirinya.
Jeffery baru tersedar apa yang dia katakan sebentar
tadi. Dia tahu dia tidak sepatutnya menuturkan kata-kata
nista itu. Dia menyesal. Lalu dia bangun dan melutut di
belakang Hana yang sedang duduk di hujung katil. Hajatnya
hendak memujuk Hana, tetapi tiba-tiba dia memeluk Hana
dari belakang. Bau harum rambut Hana menyelinap ke
seluruh urat sarafnya. Di daerah itu, ada satu tempat tertentu
yang dia suka. Dia selesa di situ lalu dibenamkan hidungnya
ke leher Hana.

82
Alina Haizar

“Hana selalu buat Jeff marah. Jeff beria-ia nak kita


spend this weekend together,” pujuk Jeffery dengan lembut.
Hana yang tergamam dengan perbuatan berani
Jeffery terus terhenti tangisannya.
“Jeff cadang nak ajak Hana duduk di pantai
sepanjang malam dan berbual panjang. Tengok matahari
terbenam. Tengok keindahan malam di pantai ini dan betul-
betul spend our time together tonight.” Jeffery terus
menggoda.
“Hana nak tau kenapa?” tanya Jeffery sambil
mencium leher Hana.
Hana cuba mengelakkan lehernya dari dikucup oleh
Jeffery sambil menggelengkan kepalanya.
“Sebab kita dah tak ada banyak masa lagi. Jeff nak
bagitau Hana pasal Jeff kena pergi ke US. Hana pula asyik
sibuk sangat dengan kawan-kawan Jeff. Mana Jeff tak marah.”
Pelukan Jeffery semakin kemas. Kucupan demi
kucupan diberikan di batang leher Hana. Keharuman Hana
mengasyikkan Jeffery.
Hana yang tergamam dengan perbuatan Jeffery
yang begitu berani menjadi lebih terkejut dengan berita yang
baru disampaikan oleh Jeffery.
“Jeff akan ke US? Bila?” tanya Hana perlahan sambil
mengawal kegelian yang menerpa akibat kucupan Jeffery di
lehernya. Setahunya, Jeffery kata dia akan belajar di sini.
Mungkin dia akan bercuti di sana?
“Bulan depan.”
“Bulan depan… berapa lama? Bila Jeff balik?”
Hana masih tidak mengerti.
“In three years. Maybe more, maybe tak balik

83
Hadirmu Takdirku

langsung,” jawab Jeffery, acuh tidak acuh. Dia sudah hanyut


dengan keharuman Hana.
“Apa? Apa maksud Jeff ni?”
“Ayah dan mummy have already made a plan to
send me to US, tetapi lebih awal sikit dari the rest of the
students. Sebab Jeff pergi dengan ayah. He has some business
to do.”
Hana tergamam dengan kata-kata Jeffery. Jeffery
akan meninggalkannya? Hana ingat selama ini Jeffery akan
sentiasa bersamanya, sambung belajar di kolej itu lagi.
Hati Hana terus diserbu perasaan sedih yang tidak
terkira. Tubuhnya terus menjadi lemah. Kesedihan Hana
tidak dapat dibendung lagi. Dakapan kemas Jeffery dibiarkan
sahaja. Dia bingung. Yang terngiang-ngiang di telinganya
ialah Jeffery akan pergi.
Dalam masa sebulan Jeffery sudah tiada di sisinya
lagi.
Itu sahaja kenyataan yang berulang-ulang terlayar
di dalam kepalanya. Dia tidak boleh membayangkan hidupnya
tanpa Jeffery. Lemah seluruh tubuhnya. Dia tidak sedar yang
Jeffery semakin berani meneroka setiap inci tubuhnya. Hana
yang sudah tidak berdaya melawan akhirnya menurut sahaja
kemahuan Jeffery.

JEFFERY hanya berseluar jeans, tersandar di kepala


katil dengan tubuhnya dipenuhi manik-manik peluh. Dia
sedang menghisap rokok, termenung sambil berfikir jauh.
Perasaannya bercampur baur ketika ini. Antara penyesalan,
ketidaktentuan dan juga terselit rasa kepuasan. Dia mendengus

84
Alina Haizar

perlahan. Semuanya berlaku dengan pantas dan di luar


kawalan dirinya. Kini Jeffery seorang sahaja yang berada di
dalam bilik itu.
Hana berada di dalam bilik air. Sebelum masuk ke
bilik air tadi, Hana menangis teresak-esak sambil berdiri di
hujung katil. Dia sudah lengkap berpakaian.
Jeffery memeluk Hana. Tiada kata yang dapat
diungkapkan tatkala melihat air mata mengalir membasahi
pipi Hana. Seribu penyesalan jelas terukir di wajah Hana.
Jeffery tidak tahu bagaimana hendak memujuknya.
“Apa yang kita dah buat ni? Macam mana ni Jeff?”
Hanya itu soalan yang terpacul dari mulut Hana.
Jeffery tidak dapat menjawab soalan Hana dengan segera,
membuat Hana tidak sanggup berdepan dengannya lagi.
Hana menolak lembut tubuh Jeffery dan terus masuk ke
dalam bilik air.
Selepas setengah jam kemudian, Jeffery masih
sendirian di bilik itu. Masa inilah yang Jeffery ambil untuk
menilai hubungannya dengan Hana. Sebenarnya dia tidak
menyangka akan pergi sejauh ini. Jeffery hanya tahu pada
masa ini dia dan Hana sering menghabiskan masa bersama.
Dia pun tidak tahu kenapa dia begitu suka saat yang dia
habiskan bersama Hana. Tetapi untuk saat dan ketika ini
sahaja. Bukan untuk satu tempoh yang panjang. Dia tidak
pernah terfikir akan menghabiskan masa depannya dengan
Hana. Yang Jeffery tahu masa untuk dia dan Hana ialah
sekarang ini sahaja. Waktu sebelum dia berangkat ke US
sahaja. Selepas ke US? Dia tidak pernah fikir setakat itu. Dia
dan Hana macam mana? Sedikit pun dia tidak pernah
fikirkan. Dia belum bersedia untuk satu perhubungan jangka
panjang.

85
Hadirmu Takdirku

Jeffery kini tertanya-tanya sendirian. Dengan apa


yang telah berlaku, adakah Hana akan memaksa Jeffery
mengahwininya? Boleh ke Hana berbuat demikian? Hana
sepatutnya sedar akan risiko dalam menjalinkan perhubungan
dengan orang macam Jeffery. Orang macam Jeffery tidak
mahu satu perhubungan kekal. Jeffery belum bersedia untuk
itu lagi walaupun dia tahu dia bertanggungjawab dengan
kejadian yang berlaku di sini. Tompokan merah di cadar
membuktikan dia bertanggungjawab. Tetapi dia belum
bersedia untuk hubungan jangka panjang, apatah lagi hendak
berkahwin.
Kemudian Jeffery teringat yang dia akan ke US
dalam empat minggu lagi. Ini membantu Jeffery membuat
keputusan yang muktamad kepada soalan-soalan yang akan
Hana ajukan kelak dan kepada soalan-soalan yang menerpa
dirinya sejak tadi. Kini Jeffery sudah bersedia. Dia sudah buat
keputusan. Apa pun yang terjadi, dia harus dahulukan
dirinya. Jeffery menunggu sahaja Hana keluar dengan
sabarnya. Dia telah membuat satu pendirian ke atas situasi
mereka sekarang ini. Dia harap Hana faham keadaannya
sekarang dan tidak membuat kecoh selepas ini.
Tidak lama kemudian Hana keluar dari bilik air,
sudah siap mandi... membersihkan diri dari dosa yang telah
dilakukan. Hana terus menghala ke pintu dan berdiri tegak di
situ. Tangannya memegang beg pakaian kecil yang dibawanya
sejak pagi tadi.
Jeffery cuma memandang Hana sambil mendiamkan
diri. Biar Hana yang memulakan kata. Dalam keadaan begini,
lebih kurang dia berkata-kata, lebih selamat buat dirinya.
“Hana nak balik,” kata Hana, lantas tangannya
memegang tombol pintu lalu dipulasnya.

86
Alina Haizar

Hatinya terasa kebas kerana dia masih terkejut


dengan apa yang telah berlaku. Dia juga tidak dapat
menerima hakikat apa yang telah dilakukannya.
“Hana tunggu dulu, Jeff nak cakap sikit.”
Jeffery bangun, cuba menghalang Hana keluar dari
bilik itu. Hana mesti tahu yang mereka berdua sama-sama
bertanggungjawab dalam hal ini dan Hana tidak boleh minta
lebih dari apa yang dia mampu berikan. Hana tidak boleh
meletakkan kesalahan ini pada diri Jeffery seorang sahaja.
“Hana nak balik. Tolonglah Jeff.”
Jeffery diam sahaja menilai keadaan Hana. Dia tidak
mahu Hana mula histeria apabila mereka turun ke lobi hotel
nanti.
“Hana nak balik,” kata Hana dengan tenang.
“Duduk dulu. Can we talk first?”
Jeffery hendak Hana faham keadaan mereka
sekarang. Hana kena sedar dengan keadaan Jeffery supaya dia
tidak terus mengharap. Dia tidak mahu Hana memaksa dia
kahwin selepas apa yang berlaku.
“Boleh! Tapi bukan di sini. Boleh tak kita pergi
sekarang? Hana tak boleh duduk sini lama-lama. Hana tak
sanggup.”
Tiba-tiba, rasa kebas di hatinya menghilang. Dia
telah berzina dengan Jeffery! Kenyataan itu mula menerjah
ke mindanya. Hana rasa mual. Rasanya semua isi perutnya
hendak keluar. Dia tidak boleh terima semua ini berlaku ke
atas dirinya. Tidak pernah terfikir olehnya perkara ini akan
betul-betul berlaku kepada dirinya. Seribu penyesalan
menyerbu dirinya. Dia sudah tidak dapat lari dari kenyataan.
Apa yang telah dia lakukan? Dia masuk semula ke dalam bilik

87
Hadirmu Takdirku

air dan memuntahkan semua isi perutnya ke dalam singki.


Kepalanya mula berdenyut-denyut. Dirinya terasa kotor.
Walhal sudah hampir setengah jam dia membersihkan dirinya
di dalam bilik air tadi. Bagaimana dia boleh menghilangkan
perasaan itu? Bagaimana dia akan melalui liku-liku hidupnya
dalam keadaan begini? Jalan di hadapan terasa gelap.
“Mak... tolong Hana mak. Apa yang Hana dah buat
ni...” rintih Hana sendirian.
Terbayang wajah emaknya ketika itu. Alangkah
hampa emaknya nanti apabila mengetahui perkara sebenar.
Sementara Jeffery yang berada di luar bilik air
sudah mula hilang sabar. Tidak memahami kenapa Hana
terlalu dramatik dalam hal ini. Perkara sudah terjadi.
“So, what?” gerutunya sendirian.
Manakala di dalam bilik air, air mata Hana terus
mengalir, semakin lama semakin deras. Tiada sesiapa yang
dapat melihat, apatah lagi menolongnya. Ini semua adalah
salah Hana sendiri.

SEPANJANG perjalanan pulang tidak banyak yang


dibincangkan oleh Jeffery dan Hana.
Kalau ikutkan hati Hana, dia ingin menangis
sepuas-puas hatinya dan menjerit sekuat-kuat hatinya. Tetapi
apa gunanya untuk dia berbuat demikian? Nasi sudah menjadi
bubur. Kalau dia ingat pesanan Mak Chak, mungkin dia dapat
menghindari bala yang sudah menimpanya. Ingin Hana
meraung sekuat-kuat hatinya bagi membuang penyesalannya,
agar dapat mengurangkan kepedihan di hatinya. Tetapi demi
menjaga maruahnya dia cuma diam membisu.

88
Alina Haizar

Kali ini dia memang betul-betul tumpas. Dia selalu


fikirkan yang dia boleh menjaga dirinya. Dia boleh bezakan
antara baik dan buruk. Perkara seperti yang telah berlaku tadi
tidak seharusnya terjadi ke atasnya. Rupa-rupanya dia salah.
Kali ini dia tahu, dia terpaksa merayu dengan Jeffery.
Sebenarnya dia tidak sanggup untuk merayu
dengan Jeffery, tetapi dia takut dengan masa hadapannya. Dia
kena merayu kepada Jeffery supaya bertanggungjawab ke atas
dirinya. Kalau tidak, macam mana dia akan hadapi semua
ini?
Tiba-tiba Hana terasa dirinya masih mentah lagi.
Masih perlukan bimbingan emaknya. Sekali lagi terbayang
wajah emak di kampung, kemudian wajah Mak Chak
menjelma. Wajah Mak Chak dan emak silih berganti. Hati
Hana rasa seperti hendak pecah.
Sepanjang perjalanan pulang, mereka mendiamkan
diri. Hanya lagu dari CD kereta Jeffery yang berkumandang
menemani mereka. Setelah lama mereka mendiamkan diri,
Hana akhirnya beranikan diri untuk bertanya. “Macam mana
ni Jeff?”
“Apa maksud Hana?”
“Macam mana kita ni, Jeff? Hana takut. Kita telah
berdosa.”
“Macam mana maksud Hana? Apa yang boleh kita
buat? Perkara sudah berlaku.”
Dalam hatinya, Jeffery memuji dirinya kerana
berjaya bersikap acuh tidak acuh. Inilah keputusannya yang
diambil dan Hana kena terimanya sama ada dia suka atau
tidak.
“Yelah. Sebab perkara dah berlaku, Hana terpaksa
tanya. Kita ni macam mana selepas ini.”

89
Hadirmu Takdirku

Kalaulah Jeffery dapat mengerti betapa berat dan


malunya Hana hendak mengeluarkan pertanyaan tersebut.
Ingin Hana berlagak seperti gadis-gadis bandar yang
sofistikated. Hal ini kecil aje. Ini perkara biasa yang terjadi.
Tetapi dia tidak boleh berbuat demikian. Dia bukan macam
itu, Hana ada rasa bersalah, dia mesti tebus dosanya.
“Macam ni ajelah,” kata Jeffery. “Hana tahu, kan Jeff
akan ke US?”
Hana terdiam. Memang dia tahu Jeffery akan ke US,
sebab itu dia asyik tanya macam mana? Macam mana? Hana
ni macam mana?
“Habis tu, Hana macam mana?” Itu sahaja soalan
yang Hana tahu tanya. “Hana macam mana?”
“Hana macam ni ajelah. Dan Jeff pun macam nilah,”
jawab Jeffery dengan selamba.
Hana terdiam. Tidak sangka Jeffery akan
mengeluarkan kata-kata seperti itu.
“Relaks Hana. Apa yang Hana risaukan?”
“Hana takut… Hana…”
“Jeff rasa tak ada apa-apa akan terjadi. Hana jangan
risau. Jeff pun tidak akan ceritakan pada sesiapa apa yang
berlaku antara kita. Jangan risaulah,” potong Jeffery.
Melihat sikap acuh tidak acuh Jeffery, Hana hanya
dapat berkata di dalam hatinya, macam mana diri Hana yang
dah ternoda ini? Macam mana kalau Hana mengandung?
Hana akan tinggal keseorangan. Jeff akan pergi ke US. Macam
mana halnya antara kita?
Tidakkah Jeffery mengerti yang dia sudah hilang
mahkotanya? Dia sudah tidak ada nilainya lagi jika Jeffery
tidak mahu bertanggungjawab ke atas dirinya. Dia sudah

90
Alina Haizar

tidak layak untuk sesiapa lagi kecuali Jeffery. Masa depannya


telah hancur dalam sekelip mata. Hanya kesanggupan Jeffery
yang akan dapat menyelamatkannya. Tetapi Hana dapat
rasakan jika itu yang dia katakan, Jeffery akan mencemuhnya
atau ketawakannya. Nilai yang dia dukung bukan sama
dengan nilai yang Jeffery bawa. Nampaknya apa yang Hana
kehilangan malam ini hanyalah satu perkara biasa buat
Jeffery.
Sikap acuh tidak acuh Jeffery juga menunjukkan
perkara seperti ini sudah pernah dilaluinya. Adakah Jeffery
sudah merancang semuanya? Setelah hilang manis, sepahnya
dibuang. Tidak mungkin! Hana ingin mendengar Jeffery
berjanji akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Hana ingin dengar yang Jeffery akan mengahwininya. Mereka
harus menebus dosa ini. Tetapi jawapan yang sebegitu yang
diharapkan keluar dari mulut Jeffery tidak muncul-muncul
juga. Hana sungguh kecewa.
Hana menahan sebak dan air matanya. Seribu
penyesalan tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah
berlalu, memadamkan apa yang telah berlaku. Hana berharap
dia terjaga dari mimpi ngeri ini. Tetapi malangnya ini bukan
mimpi lagi tetapi kenyataan yang menggerunkan. Macam
mana harus Hana hadapi kenyataan ini, satu kenyataan yang
akan memberi kesan sepanjang hidupnya nanti?
“Relakslah Hana.” Jeffery berkata lagi setelah lama
mereka mendiamkan diri. “I think you gonna be just fine.”
Kata-kata Jeffery bagaikan angin lalu di telinga
Hana. Sedar-sedar mereka sudah sampai ke rumah Mak Chak.
Degup jantung Hana semakin kuat apabila terkenang Mak
Chak. Terbayang wajah Mak Chak yang penuh dengan
kerisauan pagi tadi apabila dia melepaskan Hana pergi.
Kalaulah Mak Chak halang Hana pagi tadi supaya tidak pergi.

91
Hadirmu Takdirku

Bukankah bagus begitu? Kalaulah Mak Chak peluk Hana


kuat-kuat agar Hana tidak meninggalkan flet mereka pagi
tadi, terselamatlah Hana dari melakukan perkara yang tidak
sepatutnya. Kalaulah Hana dengar kata-kata Mak Chak.
Kalau, kalau dan kalau. Tidaklah perkara buruk ini menimpa
Hana. Apa pun yang terjadi, tidak dapat memutarkan kembali
masa ke waktu pagi tadi.
“Ya Allah....” Hana mengeluh sendirian.
Jeffery tidak mendengar atau buat-buat tidak
dengar keluhan Hana. Alunan muzik dari CD keretanya lebih
menyenangkan hatinya dari mendengar keluh kesah Hana.
Sejak tadi Jeffery telah buat keputusan tidak mahu ada
perasaan bersalah. Dia bukan rancang semua ini berlaku.
Perkara yang berlaku bukan sebab dia paksa Hana. Dia tidak
pernah berjanji apa-apa dengan Hana. Dia tahu Hana mahu
dia memperkatakan sesuatu yang akan membuat Hana rasa
lega tetapi Jeffery tidak mahu berbincang apa-apa. Bukan
malam-malam begini dalam keadaan emosi Hana yang tidak
tenang. Jadi lebih baik buat acuh tidak acuh. Masa akan
memulihkan semua keadaan.
“Nothing will happen. Don’t worry. I will call you
okay.” Janji Jeffery sebelum dia meninggalkan Hana di
pekarangan flet Mak Chak.
Hana cuma memandang belakang kereta Jeffery
yang memecut dengan laju meninggalkannya.
Jeffery terus pergi tanpa menoleh kembali ke arah
Hana yang sendirian di kawasan flet itu. Jeffery seolah-olah
tidak sabar untuk beredar jauh dari situ. Jauh dari masalah
yang akan menimpa Hana.

92
Alina Haizar

Bab 8
S
EJAK malam itu, sudah hampir
dua minggu Hana tidak bertemu
dengan Jeffery. Jeffery seperti
sudah melupakan Hana. Tiap-tiap hari dia menunggu kalau-
kalau Jeffery datang ke kafeteria. Hana resah menunggu
Jeffery menghubunginya seperti yang telah dijanjikan. Jeffery
tidak pernah memberikan Hana nombor telefon bimbitnya,
jadi Hana tidak dapat menghubunginya. Hana terpaksa
menunggu sehingga Jeffery menghubunginya atau datang
sendiri ke kolej. Tetapi sudah dua minggu Hana menanti
dengan hampa. Penantian menjadi satu seksaan kepada
diri Hana. Dia sangat memerlukan satu kepastian daripada
Jeffery.
Hari ini dia ternampak kereta Jeffery ada di kawasan
kolej. Kemungkinan Jeffery ada urusan di pejabat kolej
kerana urusan pemergiannya ke US. Hana tekad. Dia mesti
berjumpa dengan Jeffery, walaupun sebenarnya dia sungguh
malu. Macam perigi mencari timba. Tetapi setelah menanti
dan menanti sekian lama, dia sudah sangat terdesak. Dia
buang perasaan malunya dan beranikan dirinya untuk

93
Hadirmu Takdirku

menunggu Jeffery keluar dari pejabat pentadbiran kolej. Hana


tunggu di sebelah kereta Jeffery. Jantungnya berdebar-debar.
Tidak berapa lama kemudian, Jeffery keluar dari
pejabat dengan Lily di sisinya.
Lily kelihatan sedang memeluk lengan Jeffery
dengan manja.
Di belakang mereka berdua, kelihatan Mona dan
rakan-rakannya yang lain, yang Hana tidak pasti siapa. Pada
ketika itu, semuanya kelihatan kabur pada pandangan mata
Hana. Yang Hana tahu Jeffery bukan seorang tetapi ramai
orang bersamanya.
Hana kaku. Dia tidak sangka Jeffery ada bersama-
sama rakannya yang lain. Dia ingat Jeffery datang seorang.
Kalau tidak, tentu dia tidak akan seberani begini.
“Jeff, budak kantin tu tengah tunggu you la,” kata
Mona dari belakang sambil tersenyum. Senyumannya dan
nada suaranya seperti memerli Hana.
Sakitnya hati Hana, hanya Tuhan yang tahu. Tetapi
dia sudah tidak dapat lari lagi.
Mereka semua tercegat di hadapannya. Semua
memandangnya dengan tepat, menunggu dia berkata-kata,
kecuali Jeffery yang cuba melarikan pandangan matanya
daripada memandang mata Hana. Jeffery macam tidak senang
dengan kehadiran Hana, agaknya dia segan dengan kehadiran
Hana. Malunya Hana, tetapi dia harus berjumpa Jeffery.
Lantas dia memberanikan dirinya untuk bercakap.
“Jeff, boleh Hana nak cakap sikit?”
Jeffery nampak serba salah.
Lily mengeratkan pegangannya di lengan Jeffery.
Senyumannya sinis.

94
Alina Haizar

“Look here Hana. Sekarang ni Jeff sibuk okey,” kata


Jeffery, suaranya agak tegang.
“Oh! Jeff sibuk… takpelah… Hana cuma...” kata
Hana, tidak tahu apa sebenarnya hendak dikatakan lagi.
“Nantilah,” kata Jeffery, hendak berlalu segera dari
situ.
“Cakaplah apa yang you nak cakap. Cakaplah
sekarang. You ni tak baiklah Jeff, kasihan dia tunggu you,”
kata Lily. “Cakaplah… kita semua pun nak dengar juga.”
Melihat muka mereka semua yang sedang
tersenyum seperti mengejek, Hana membatalkan niatnya.
“Tak apalah.”
Hana terus meninggalkan mereka. Di belakangnya
dia terdengar mereka semua ketawa berderai-derai.
“Jeff, budak kantin tu wants to wish you
sayonara… sedihnya... isk... isk....”
Kedengaran ejekan Mona.
“Apa you dah buat dengan dia Jeff? Asyik tercari-
cari you aje. Hah… dah jadi mangsa you ye?”
Suara Mona kedengaran lagi, memerli Jeffery,
diikuti derai ketawa mereka yang lain.
“Mestilah tu, kalau tidak takkan sampai mencari
you hingga kat ofis ni. Apa you dah buat kat dia, Jeff?”
Kemudian mereka semua ketawa lagi beramai-
ramai.
Mungkin Jeffery juga ketawakan Hana. Hana, budak
kantin yang bodoh. Mungkin mereka semua sudah
merancang semua ini? Sekarang mereka sedang ketawakan
Hana. Adakah Jeffery telah menceritakan apa yang berlaku ke
atas Hana kepada semua?

95
Hadirmu Takdirku

Ya Allah... malunya Hana. Adakah kali ini Hana


dipermainkan lagi oleh Jeffery dan rakan-rakannya? Baru
Hana terfikir mungkin semua ini adalah rancangan Mona,
Lily dan yang lain-lain untuk mengenakannya lagi. Hana
mempercepatkan langkahnya, tidak sanggup mendengar
ketawa mereka.
Adakah Jeffery begitu kejam menurut rancangan
mereka untuk mengenakan Hana lagi? Hana ingat Jeffery
juga menyayanginya sebagaimana Hana menyayangi Jeffery.
Adakah selama ini apa yang Jeffery lakukan semata-mata
untuk memerangkap Hana agar terjebak ke dalam keadaan
yang memalukan ini?
Apa mereka masih belum puas hati lagi? Mereka
sudah memalukan Hana cukup-cukup dahulu. Apa lagi yang
mereka hendak? Adakah mereka hendak tengok sehingga
Hana tersungkur ke bumi? Sehingga Hana terlalu malu
hendak mengangkat mukanya. Apakah dosa Hana terhadap
mereka?
Kenapa Jeffery sanggup buat begini? Apa dosa Hana
terhadap Jeffery?
Ya Allah! Di mana hendak diletakkan mukaku ini?
Emak! Hana perlukan emak!
Tidak sanggup Hana menangani akan hal ini jika
itulah kenyataannya. Hatinya hancur luluh. Hana terus
berlari ke arah kafeteria.
Jeffery cuma memandangnya dari belakang, dia rasa
sungguh bersalah apabila melihat Hana diejek-ejek oleh
Mona dan rakan-rakannya. Walaupun dia memang cuba
menjauhkan dirinya dari Hana tetapi melihat wajah Hana tadi
membuatkan dia rasa kasihan.
Jeffery perlu berkata sesuatu dengan Hana untuk

96
Alina Haizar

menghilangkan rasa bersalah. Dia ada berjanji akan


menghubungi Hana tetapi dia sengaja menjauhkan diri dari
Hana. Ini adalah untuk kebaikan mereka berdua.
Jeffery rasa walau apa pun yang telah berlaku antara
mereka, perhubungan mereka berdua tidak ada masa depan.
Tetapi dia tidak sampai hati melihat wajah Hana tadi.
Mungkin Hana fikir semua yang berlaku adalah satu lagi
permainan mereka semua untuk mengenakan dia lagi. Jeffery
tidak boleh membiarkan Hana pergi dengan tanggapan buruk
terhadap dirinya. Memang dia bukanlah baik sangat tetapi dia
tidaklah sejahat mana. Dia melepaskan pegangan tangan Lily
dan minta diri dari kawan-kawannya yang lain.
“I jumpa dia kejap. You all baliklah dulu.”
“Heh! Jeff!” marah Lily.
Tetapi Jeffery sudah beredar menuju ke arah
kafeteria.
Hana berada di bahagian belakang kafeteria dan
pura-pura menyapu sampah. Air matanya mengalir deras. Dia
takut Mak Chak nampak dia dalam keadaan begitu. Sejak dua
minggu ini, Hana sering mengelakkan dirinya dari Mak Chak
dengan menyibukkan dirinya. Sebenarnya dia tidak sanggup
melihat wajah Mak Chak. Hana rasa dia telah mengecewakan
Mak Chak dan juga emak di kampung. Macam mana dia
hendak berhadapan dengan emaknya dalam keadaan bersalah
begini? Hana tidak sanggup.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan
dan berhenti di depannya. Hana mengesat air mata yang
mengalir deras dari matanya. Hana takut Mak Chak atau
pekerjanya datang ke belakang kafeteria. Hana tidak mahu
Mak Chak atau sesiapa pun nampak dia menangis. Kalau
Soed dan Kak Timah nampak dia menangis, mereka mesti

97
Hadirmu Takdirku

melaporkannya kepada Mak Chak. Mesti Mak Chak akan


menyoal Hana, hendak tahu apa yang berlaku. Hana tidak
sanggup untuk memberitahu sesiapa tentang masalah yang
dihadapinya ini.
Hana terus membelakangkan dirinya dari orang
yang berdiri di hadapannya itu lalu pura-pura sibuk dengan
menyusun alat-alat dapur yang terletak di belakang kafeteria
itu.
“Hana!” panggil Jeffery, tegas.
Hana terkejut! Tidak sangka Jeffery mengekorinya
dari pejabat pentadbiran tadi hingga ke belakang kafeteria.
Selalunya Jeffery tidak akan bercakap dengan Hana siang-
siang hari begini di kafeteria.
“Apa yang Hana nak cakap dengan Jeff tadi?” Kasar
sahaja pertanyaan Jeffery. “Jeff dah ada di sini, cakaplah.”
Perlahan-lahan Hana mengangkat wajahnya,
memandang Jeffery. Wajah yang dirinduinya selama ini.
Wajah yang betul-betul telah melukai hatinya hari ini.
Muka Hana kelihatan merah dan bengkak. Jeffery
jadi serba salah. Hana selalu buat dia rasa serba salah. Dia
tidak senang dengan perasaan ini. Kerana inilah Jeffery cuba
untuk mengelakkan diri daripada Hana. Sebab itulah dia
tidak menghubungi Hana selama ini.
Hana seperti enigma bagi Jeffery. Sebenarnya
Jeffery tidak mahu menghabiskan masa dengan Hana, tetapi
dia perlu untuk bersama Hana, sekejap pun cukuplah. Jeffery
lebih suka berpoya-poya dengan teman-temannya yang lain.
Apabila bersama mereka, keadaan lebih ceria dan
menyeronokkan. Mereka semua hanya mahu menikmati
masa muda ini. Begitu juga Jeffery.
Tetapi sejak mengenali Hana, Jeffery rasa satu

98
Alina Haizar

tarikan untuk perlu bersama Hana, walaupun sebenarnya dia


tidak mahu bersama Hana. Ini membuatkan Jeffery selalu
marah dengan Hana. Hana membuat dia rasa rimas dan
terkongkong.
Hana menggeleng-gelengkan kepalanya. Jeffery
macam tidak suka berada di situ. Kalau begitu keadaannya
lebih baik Jeffery tidak berada di situ. “Tak apalah Jeff. Jeff
baliklah ke kawan-kawan Jeff tu. Hana tidak ada apa-apa
hendak katakan kepada Jeff lagi. Baliklah.”
Dia memusingkan badannya lalu mengorak langkah
hendak masuk ke dalam dapur kafeteria.
Sikap Hana yang sering mengalah selalu buat
Jeffery naik angin. Jeffery merentap tangan Hana sehingga
badannya berpusing kembali berdepan dengan Jeffery.
“Tadi kata nak cakap. Cakaplah. Hana suka buang
masa Jefflah. You know I am busy right now. Jeff banyak
urusan sekarang ni. Hah! Sekarang cakaplah! Kalau tak nak
cakap, buat apa ganggu Jeff sampai di ofis tu tadi?” tengking
Jeffery.
Hana menggosok tangannya. Sakit direntap oleh
Jeffery. “Tak apalah kalau Jeff sibuk, pergilah kat kawan-
kawan Jeff. Jeff buat mereka tertunggu-tunggu Jeff pulak.
Hana tidak ada apa-apa yang nak dikatakan pada Jeff lagi.”
Hana sudah tidak sanggup untuk berkata apa-apa
dengan Jeffery. Dia juga berasa kecil hati! Jeffery macam
sudah lupa yang dia berjanji untuk bertemu Hana. Apakah
Jeffery dah lupa apa yang berlaku? Macam itu saja. Atau ini
semua memang rancangan Jeffery dan rakan-rakannya. Jadi
apa lagi yang Jeffery hendak daripada dia? Lebih baik Jeffery
segera beredar, lebih mudah bagi Hana melupakan semua
yang telah berlaku.

99
Hadirmu Takdirku

“Ini yang Jeff fed-up ni kalau dengan Hana. Asyik


main tarik tali. Nak cakap... cakaplah. Boringlah!”
Lantas Jeffery tarik tangan Hana dan dibawa Hana
ke arah keretanya yang terletak di pejabat pentadbiran.
Rakan-rakannya sudah beredar dari situ. Kemudian dia
menolak Hana masuk ke dalam keretanya. Jeffery
kemudiannya memandu kereta itu keluar dari kawasan kolej
dengan lajunya.
Hana tidak terkata apa-apa. Muka Jeffery kelihatan
begitu masam. Hana takut Jeffery akan mengasarinya nanti.
Dia juga takut akan dimarahi oleh Mak Chak nanti kerana
menghilangkan diri begitu sahaja. Nasib baik pelajar tidak
ramai kerana cuti semester.

JEFFERY memberhentikan keretanya di suatu sudut yang


sepi di Taman Tasik.
Hana masih mendiamkan dirinya. Muka Jeffery
masam menunjukkan dia masih marah. Hana takut
menambahkan kemarahan Jeffery lantas dia mendiamkan
dirinya.
“Okey. Apa dia yang Hana nak cakap?”
“Apa lagi yang hendak Hana cakapkan?” jawab Hana
perlahan. “Bukankah Jeff dan kawan-kawan Jeff dah puas
gelakkan Hana. Cukuplah Hana jadi badut untuk semua.”
“Apa Hana cakap ni? Bila masa Jeff ketawakan Hana
dengan kawan-kawan Jeff?”
“Hana yang tunggu Jeff depan ofis tadi, mestilah
semua orang kata. Hana bukan tak tau perangai dia orang
macam mana.”

100
Alina Haizar

Hana memandang muka Jeffery yang masih masam,


cuba mendapatkan kepastian. “Betul ke Jeff bukan gelakkan
Hana tadi?”
“Ada Hana nampak Jeff tengah gelak?” jawab Jeffery
dengan angkuh, menyampah bila dia disoal siasat begitu.
“Hah! Apa dia yang Hana nak cakap dengan Jeff tadi, sampai
tak sempat-sempat tunggu Jeff habis urusan di pejabat tadi?
Kalau ye pun hendak jumpa Jeff, tunggulah bila Jeff free sikit.
Jeff sibuk sangat sekarang.”
“Jeff yang janji nak call Hana tempoh hari. Tiap-tiap
hari Hana tunggu, tapi Jeff tak call pun. Hana risau. Hana tak
senang duduk.”
“Apa yang Hana nak risaukan?”
“Jeff kata nak selesaikan masalah kita ni. Macam
mana?”
“Relakslah Hana. It’s going to be all right. Apa
masalahnya kita ni sebenarnya? Cuba Hana beritahu Jeff.”
“Hana rasa Jeff macam nak elakkan diri dari Hana.
Hana keliru, Hana risau.”
Hana mula menangis, membuat Jeffery jadi serba
salah.
“Bukanlah Hana. Sometimes Hana buat Jeff rasa
serba salah. Bukan Jeff nak avoid Hana. Tetapi bila jumpa
Hana asyik menangis, menangis saja. Jeff boringlah!” Jeffery
berdolak-dalih, cuba menyalahkan Hana dalam hal ini. Dia
tahu apa yang Hana hendak cakapkan tetapi dia buat-buat
tidak mengerti.
“Hana tau, diri Hana ini tidak ada nilai langsung
pada Jeff. Tetapi Hana tidak boleh hidup tanpa Jeff.”
Jeffery hanya mendengar sahaja tanpa menjawab.

101
Hadirmu Takdirku

Ini yang dia tidak mahu dengar. Rayuan Hana akan


menyesakkan nafasnya. Dia tidak mahu berdepan dengan
perkara ini.
Hana meneruskan rayuannya lagi. “Kalau boleh
Hana nak ikut Jeff ke US. Tolonglah Jeff. Jangan tinggalkan
Hana macam ni saja. Hana ni dah tidak layak untuk sesiapa
lagi. Hanya untuk Jeff saja. Hana hendak balik jumpa emak di
kampung pun Hana tidak sanggup.”
Hana sudah kehilangan harga diri, merayu dengan
Jeffery. Dia malu sebenarnya. Tapi dia sangat terdesak.
Ya Allah! Kalau emak tahu Hana menjual
maruahnya sebegini rendah, meraung emak, hatinya
merintih hiba. Tetapi Hana terpaksa demi maruahnya yang
sudah hancur.
“Hana, pleaselah! Logik sikit. Jangan cakap benda
yang mengarutlah.”
“Macam mana Hana nak teruskan hidup ini tanpa
Jeff?” Hana meneruskan rayuannya.
Jeffery mula rimas. Dia tidak bersedia dengan
perhubungan seperti ini. Memang tidak sepatutnya Jeffery
terlibat dengan Hana. Jenis yang terlalu bergantung pada
lelaki, jenis wanita yang lemah dan kuno. Jenis yang sikit-
sikit takut dengan dosa. Meluat betul Jeffery dibuatnya.
Jeffery tidak sepatutnya berada di sini, dalam situasi
begini. Sepatutnya Jeffery terlibat hanya dengan gadis seperti
Lily atau Mona, yang tahu macam mana hendak berkawan
dengan orang macam Jeffery. Yang tahu bahawa perhubungan
intim yang mereka lalui cuma sebagai hiburan untuk satu
malam sahaja. Bukan satu malam kemesraan yang akan
memerangkap Jeffery seumur hidupnya. Bukan! Jeffery harus
cari jalan untuk melepaskan dirinya dari situasi begini.

102
Alina Haizar

“Hana sayangkan Jeff?” tanya Jeffery, separuh


mengejek.
Kemudian dia sambung lagi dengan lebih berhati-
hati, “then, Hana kena berkorban sikit. Jeff nak pergi belajar.
Ini untuk masa depan Jeff. Hana fikirlah macam mana Hana
nak ikut Jeff. Ini pergi US, bukan pergi Penang ke Kelantan
ke.... Rasional sikit. Please….”
Jeffery tahu hanya pujukan lembut yang boleh buat
Hana patuh dengan cakapnya.
Hana terdiam, dia harus cepat sedar. Jeffery tidak
akan membawa dia ke US bersamanya. Memang itu mustahil!
Jeffery juga tidak akan meninggalkan cita-citanya demi Hana.
Jeffery akan pergi juga. Hana sebenarnya ingin merayu agar
Jeffery sudi mengahwininya setelah apa yang berlaku, tetapi
dari gerak-geri Jeffery, Hana dapat agak mesti Jeffery akan
menempelaknya jika itu permintaan yang diusulkan oleh
Hana. Bagi Jeffery apa yang berlaku malam itu hanyalah
perkara enteng. Bagi Hana ianya satu perbuatan salah yang
perlu diperbetulkan. “Bila Jeff akan bertolak ke US?”
“Dua minggu lagi.”
“Jeff tidak boleh tangguhkan ke pemergian Jeff ni?”
“Don’t be ridiculous Hana. Semua telah diatur.
Bukan boleh senang-senang Jeff nak cakap dengan ayah dan
mummy yang Jeff nak tangguhkan perkara ni. Hana ingat
naik bas ke nak ke sana?” perli Jeff. “Lagipun, this is my
dream.”
“Habis tu, Hana macam mana?”
Jeffery hanya fikirkan tentang dirinya sendiri. Dia
tidak tahu yang Hana risau dengan dosa yang telah mereka
lakukan dan lebih merisaukannya lagi, bagaimana jika dia
hamil hasil perhubungan mereka tempoh hari?

103
Hadirmu Takdirku

“Hana macam mana apa?” Jeffery bertanya acuh


tidak acuh.
Hana bungkam.
Jeffery juga tidak berkata apa-apa. Dia sibuk
mencari siaran radio keretanya. Setelah mendapat siaran
yang dicari, dia bersandar di tempat duduk keretanya lalu
mendengar alunan lagu Inggeris yang berkumandang sambil
mengetuk-ngetuk jarinya di stereng kereta. Perangainya
seperti dia tidak ambil berat dengan dilema yang sedang Hana
hadapi.
“Baiklah Jeff. Jeff cakap dengan Hana sekarang
jugalah. Senang macam ni. Jeff akui ajalah memang tidak
mahu apa-apa perhubungan dengan Hana lagi, kan? Jeff
cakaplah. Hana nakkan kepastian. Tak apalah. Jeff cakap aje.
Hana ini dah macam hampas pada Jeff. Betul tak? Tetapi
Hana kena dengar ini dari mulut Jeff sendiri.”
Jeffery menghentikan ketukan jari di stereng. Dia
mendiamkan dirinya.
“Hana tau Jeff memang tidak pedulikan Hana. Tidak
seperti mana Hana sayangkan Jeff. Jeff tahu, kan Hana betul-
betul sayangkan Jeff?”
Hana sudah seperti orang yang kalah, tiada maruah
lagi. Dia merayu-rayu dengan Jeffery.
Jeffery terus mendiamkan dirinya.
“Jeff cakaplah. Hana boleh terima. Tapi Hana perlu
dengar Jeff ucapkan sendiri. Telinga Hana nak dengar
perkataan itu keluar dari mulut Jeff sendiri. Baru hati Hana
akan terima kenyataan yang sebenarnya sudah terpampang di
mata Hana, melalui kelakuan yang Jeff tunjukkan selama ini.
Cakaplah… tolong cakaplah....”

104
Alina Haizar

Jeffery terus membisu. Dia cuba selami hatinya


dalam-dalam. Ini masa yang terbaik untuk dia melepaskan
dirinya dari semua masalah berkaitan dengan Hana. Hana
telah memberi jalan keluar kepadanya. Dia patut ambil
peluang ini dan dia boleh bebas dari situasi yang merimaskan
ini. Dunia baru menanti dia di US. Gadis-gadis lain lagi ramai
boleh ditemuinya di sana.
“Jeff cakaplah. Hana tidak boleh hidup macam ni.
Jeff marah Hana bercakap-cakap dengan orang lain. Tapi Jeff
tak mau ada apa-apa komitment dengan Hana. Hana tak tahu
di mana kedudukan Hana dalam hati Jeff. Hana bingung.”
“So...” kata Jeffery akhirnya setelah sekian lama
mendiamkan dirinya. “Kalau Jeff bagi kata putus pada Hana
hari ini, sampai sini sahaja antara kita. Apa Hana nak buat?”
Perlahan sahaja Jeffery bersuara sambil tangannya
mencapai tangan Hana, lalu digenggamnya.
Jantung Hana bagaikan diragut dengan kasar, sakit
tidak terkira. Dia menarik nafas panjang lalu berkata, “Hana
akan terima kenyataan itu. Hana takkan ganggu Jeff lagi.
Hana akan teruskan hidup Hana tanpa Jeff.”
Hati Hana seperti ditoreh-toreh mendengar kata-
katanya sendiri. Baginya, hidup tanpa Jeffery sudah tidak
bermakna lagi. Tapi di hadapan Jeffery dia tabahkan hatinya.
Kata-kata Jeffery yang seperti acuh tidak acuh sudah cukup
untuk menyayatkan hatinya. Lalu diulang pertanyaannya lagi,
untuk menguatkan dirinya, menyedarkan dirinya. Dia perlu
satu kata muktamad.
“Jadi sekarang ini juga Hana nak dengar dari mulut
Jeff sendiri yang Jeff sebenarnya dah tidak mahu berjumpa
dengan Hana lagi dan perhubungan kita putus di sini.
Cakaplah Jeff. Hana kena dengar dari mulut Jeff.”

105
Hadirmu Takdirku

Diulangnya lagi permintaannya itu kepada Jeffery.


Jeffery termenung sambil berfikir. Kenapa hatinya
tidak rela mengeluarkan kata-kata putus itu? Ini peluang
yang baik untuk dia lepaskan dirinya. Dia akan ke US.
Perhubungannya dengan Hana akan menjadi satu sejarah.
Dia dengan kehidupan baharunya di US dan Hana... Hana
boleh mulakan hidup baharu di kafeteria ini. Semester depan
ramai lagi budak-budak baru akan masuk belajar. Hana boleh
pilih sesiapa sahaja untuk menemaninya.
Kenapa tiba-tiba dia rasa jantungnya direntap dan
dipulas-pulas? Hana dengan pengganti barunya. Penggantinya
yang akan memeluk tubuh Hana yang gebu itu.
“Maksud Hana... selepas ini, semester depan Hana
akan cari pengganti Jefflah?” duga Jeffery.
Hana terdiam mendengar soalan Jeffery. Tidakkah
Jeffery sedar, Hana sudah tidak layak untuk sesiapa lagi kalau
bukan Jeffery yang menyuntingnya. Tetapi nampaknya
rayuannya kepada Jeffery seperti mencurahkan air ke daun
keladi, sedikit pun tidak memberi kesan kepada Jeffery. Hana
sudah tidak mahu mengharap lagi, lantas dia berkata dengan
perlahan, hampir Jeffery tidak dapat mendengar kata-katanya,
“bukan itu maksud Hana. Tetapi kalau itu dah ditakdirkan.
Apa yang Hana boleh buat? Jeff pun tak nak Hana lagi...”
“Aduh!” jerit Hana. Tangannya tiba-tiba dicengkam
kuat oleh Jeffery. “Sakit Jeff!”
Jeffery tidak sedar dia telah menggenggam tangan
Hana dengan begitu kuat untuk menghilangkan rasa sakit
hatinya. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang dia mahukan,
demi cita-cita, demi keseronokan remajanya dan Hana.
Sekarang ini nampaknya Hana menjadi penghalang semuanya
yang menyeronokkan. Hana akan mengongkong dia daripada

106
Alina Haizar

mendapatkan keseronokan itu. Hana akan menjadi


penghalang kepadanya.
Tapi Hana dengan lelaki lain... memang dia
langsung tidak dapat terima. Itu sebab dia tidak mahu
fikirkan pasal Hana, cuba mengelakkan diri dari bertemu
Hana. Dia mahu menguatkan semangat dia untuk pergi ke
US. Dia tidak mahu kerana Hana, dia membatalkan hasratnya
ke US. Sebelum bertemu Hana, inilah cita-citanya dan
impiannya. Hana tidak boleh menjadi penghalang kepada
cita-citanya. Hana tidak sebegitu penting di dalam hidupnya
sehingga dia sanggup membuang semua cita-cita dan
impiannya selama ini. Dia ulangi lagi di dalam mindanya
untuk meyakinkan dirinya. Hana tidak begitu penting!
Tetapi dia bingung. Kenapa bila difikirkan Hana
dengan lelaki lain membuatkan hatinya sakit sekali? Apa
langkah yang terbaik harus diambil? Hana telah menjadi
miliknya. Dua minggu sudah, Hana sudah menjadi miliknya
dengan erti kata sebenar-benarnya. Sebenarnya masa intim
antara dia dan Hana itu adalah sesuatu yang dia hargai.
Walaupun dia tahu, Hana tidak berasa begitu. Jeffery tahu
Hana menyesali perhubungan intim mereka itu. Bagi Hana
itu semua adalah satu dosa.
Walaupun selama ini Jeffery cuba mengelakkan diri
dari bertemu Hana, kadangkala fikirannya melayang di
malam itu dan perhubungan intim yang terjadi antara
mereka. Dia hargai masa itu walaupun dia sedar dosa yang
mereka lakukan.
Dia tidak dapat terima apabila memikirkan ada
orang lain yang akan mendampingi Hana. Tetapi Jeffery
masih ingin bebas, dia tidak mahu terikat pada sesiapa di usia
semuda ini. Jeffery betul-betul berada di persimpangan.
Jeffery tahu dia harus berkata sesuatu.

107
Hadirmu Takdirku

Hana masih menunggu Jeffery berkata-kata.


“Hana kata Hana sayangkan Jeff. Kenapa pulak
cakap pasal orang lain? Hana sanggup ke bersama dengan
lelaki lain? Macam kita dah buat malam tu?” tanyanya
perlahan. Bukannya Jeffery menjawab pertanyaan Hana,
sebaliknya memulangkan soalan lain kepada Hana.
Hana menggelengkan kepalanya. “Hana bingung.
Kadangkala Jeff terlalu cemburu, kadangkala Jeff tak
pedulikan Hana. Hana terseksa macam ni. Ini pulak Jeff nak
pergi US. Macam mana dengan Hana? Kalau Hana
mengandung, macam mana? Hana bukan nak kongkong Jeff.
Tapi Hana ni... macam mana?”
Jeffery membisu. Dia bukan tidak tahu, Hana
sebenarnya mahu dia menebus dosa mereka dengan
mengahwini Hana. Walau bagaimanapun, dia tidak boleh
berbuat demikian. Mustahil! Mummy sama sekali tidak akan
membenarkan!
Hendak minta Hana tunggu dia sehingga dia balik
dari US, Jeffery tidak boleh janji. Jeffery tidak boleh jamin
hatinya akan kekal setia dengan Hana. Buat apa nak seksa
Hana, suruh Hana tunggu dia balik dari US? Apa agaknya
penyelesaian terbaik bagi mereka berdua? Fikiran Jeffery
bercelaru dalam mencari jawapan.
Hana semakin terseksa menunggu saat Jeffery
memberikan kata putus. Hana sedar dia harus menghadapi
kenyataan ini walaupun pahit. Dirinya tidak cintai oleh
Jeffery sebagaimana dia mencintai Jeffery. Hana cumalah
boneka untuk Jeffery habiskan masa sebelum Jeffery terbang
ke US. Hana sudah jadi hampas di mata Jeffery. Lebih cepat
Hana menerima kenyataan ini, lebih baik bagi dirinya. Jika
tidak, dia akan terus-terusan dilukai oleh Jeffery. “Okeylah

108
Alina Haizar

Jeff. Hana dah tanya banyak kali. Jeff pun tak nak bagi
jawapan.”
Hana mengesat air matanya lalu berkata lagi
dengan nekad. “Macam ni ajelah Jeff. Hana faham. Hana pun
sedar diri Hana ni. Hana ini bukan yang terbaik untuk Jeff,
Hana akan jadi penghalang kepada masa depan Jeff yang
cerah.”
Jeffery terus mendiamkan diri. Dia tidak bersedia
untuk memberi apa-apa komitment terhadap Hana.
Melihat Jeffery yang terus mendiamkan diri tanpa
cuba untuk meringankan seksaan jiwanya, Hana rasa dialah
yang perlu bertindak. Dia sudah penat merayu, sehingga
sanggup merayu agar Jeffery membawanya ke US. Kalaulah
emak tahu begini maruah anaknya yang sudah dipijak-pijak
orang, mesti emak malu. Yang menyedihkan, rayuannya tidak
langsung dipedulikan oleh Jeffery.
Hana menarik nafas panjang. “Kalau Jeff terus
mendiamkan diri, Hana terpaksa buat andaian Hana sendiri.
Mulai sekarang kita anggap antara kita memang tidak ada
apa-apa lagi. Hana terima. Hana rasa itu yang Jeff nak katakan
cuma Jeff tak sampai hati, betul tak?”
Jeffery terkebil-kebil memandang Hana.
“Mulai sekarang Hana tidak akan ganggu Jeff lagi.”
Hana menarik tangannya dari genggaman Jeffery.
Dia membuka pintu kereta untuk keluar.
“Nak ke mana Hana?” soal Jeffery pantas.
Tanpa disedari, tangannya didepakan untuk
menghalang Hana keluar dari keretanya. Sepatutnya dia
biarkan sahaja Hana keluar. Selesai masalahnya. Dia boleh
pergi dengan bebas.

109
Hadirmu Takdirku

“Hana nak balik,” ujar Hana lantas menolak tangan


Jeffery yang sedang menghalang.
Namun Jeffery tidak berganjak. “Nak balik macam
mana?”
“Tak apalah Jeff. Jangan risaukan Hana. Hana boleh
jaga diri Hana sendiri.”
Hana malu dengan dirinya sendiri. Dia sudah
menggadaikan semua maruahnya hari ini. Malu! Malu! Malu!
Tidak pernah emak dan ayah mengajar dia untuk
merendahkan maruahnya sebegini. Dia lakukan demi rasa
sayangnya pada Jeffery. Demi menutup dosa mereka, demi
anak yang bakal terbentuk, jika terhasil dari hubungan
mereka itu... nauzubillah! Tetapi dia sudah tidak mahu
merayu lagi. Dia tidak mahu Jeffery melihatnya menangis
lagi. Hana bergerak untuk keluar dari kereta Jeffery.
“Hana! Nanti dulu,” kata Jeffery.
Ditarik Hana masuk semula ke dalam kereta. Lantas
didakapnya Hana dengan kemas sekali.
Akhirnya Hana menangis teresak-esak. Dakapan
Jeffery membuatkan dia lemah. Makin erat dakapan Jeffery,
makin lemah azamnya. Hana cuba kali terakhir untuk
menguatkan dirinya dan melangkah pergi. Dia harus pergi
supaya hatinya tidak dilukai lagi oleh Jeffery. Dia harus
melangkah pergi sementara masih ada secebis kekuatan di
dalam dirinya. Jika tidak, hanya kedukaan berpanjangan yang
akan menemani dirinya.
“Tak apalah Jeff. Hana terima hakikat ini. Kita
bukan ditakdirkan untuk bersama. Tolong lepaskan Hana
sekarang juga. Hana tidak sanggup berada dalam keadaan
tidak menentu begini. Tolonglah...” rayu Hana.
Jeffery tidak meleraikan pelukannya. Dia hanyut

110
Alina Haizar

dengan harum bau rambut Hana. Tubuh Hana yang lembut,


tempatnya adalah di dalam pelukan Jeffery. Inilah yang
sebenarnya. Inilah yang sepatutnya. Pada ketika dan saat ini,
Jeffery tahu apa sebenarnya yang dia mahukan.
Memang Farhana Ghazali sudah dapat menerima
hakikat bahawa mereka tidak akan bersama.
Tetapi Wan Jeffery Wan Hisham tidak dapat
menerima hakikat itu. Dia tidak boleh melepaskan Hana
begitu sahaja. Walaupun dia tidak mahu perhubungan ini
dalam jangkamasa yang panjang, walaupun dia tetap akan
pergi ke US, walaupun dia tetap akan meninggalkan Hana,
dia tidak boleh menerima perpisahan dengan Hana sebagai
takdir mereka buat masa itu.
“Jeff tidak boleh lepaskan Hana pergi. Jeff tak tahu
macam mana hendak katakan, sebab walau macam mana pun
Jeff rasa, kita memang telah ditakdirkan untuk bersama.”

111
Hadirmu Takdirku

Bab 9
“H
ANA, awat Mak Chak
tengok muka hang ni
pucat sangat. Hang sakit
ka?”
“Takdak (tak ada) la Mak Chak.”
“Iya ka? Mak Chak tengok muka hang sedih aja
semenjak dua menjak ni. Betui ka hang tak ada apa-apa?
Kalau hang ada masalah, hang habaq dengan Mak Chak.”
“Hana tak ada apa-apa, betui Mak Chak.”
Hana mula gelisah bila Mak Chak mula bertanya-
tanya. Dia tidak sangka gelora di dalam dirinya selama ini
kini mula menunjukkan kesan ke atas dirinya, wajahnya dan
perlakuannya, sampai Mak Chak perasan bahawa ada yang
tidak kena dengan dirinya. Padahal Hana cuba sedaya upaya
berahsia tentang masalahnya dengan Mak Chak. Hana
sentiasa cuba kelihatan ceria bila bersama Mak Chak.
Derita yang Hana tanggung akibat keterlanjuran
antara dia dan Jeffery sesungguhnya tidak tertanggung oleh
Hana. Walaupun perkara tersebut telah berlaku hampir

112
Alina Haizar

sebulan yang lalu, peristiwa hitam itu masih menghantui


Hana. Setiap hari, jam, minit atau saat yang dilaluinya, dia
diburu dengan kegelisahan. Hana tidak dapat lupa apa yang
berlaku juga tidak dapat memaafkan dirinya kerana
membenarkan ianya berlaku. Hana sangat menyesali dengan
apa yang jadi. Kealpaan seketika kerana terlalu mengikut
perasaan dan nafsu kini telah memakan dirinya. Kadangkala
bila Hana terkenang kejadian tersebut berlaku, timbul rasa
benci kepada dirinya. Perasaan itu terasa bergelodak naik
hingga ke dadanya, dia rasa hendak muntah. Hana rasa dia
tidak sanggup duduk di dalam dirinya sendiri. Kalau boleh
dia hendak keluar dari dirinya yang tidak suci lagi. Hana
menangis, dirinya tidak layak untuk sesiapa lagi. Entah-entah
Jeffery pun menganggap Hana tidak layak untuknya lagi.
Jeffery pula nampaknya tidak mengalami tekanan
emosi seperti Hana. Dia nampak relaks sahaja. Mungkin
perkara ini bukan kali pertama berlaku pada dirinya.
Bukankah Hana sendiri pernah dengar kenyataan bahawa
Jeffery dan Lily sangat intim? Hana yang bodoh. Dia tidak
sangka perhubungan antara seorang gadis dan lelaki akan
terlanjur sehingga perhubungan intim seperti suami isteri.
Dia tidak sangka yang dia akan termasuk ke dalam golongan
yang terlanjur. Dia selalu rasa dia bukan bodoh, bukan gadis
liar, bukan itu dan bukan ini. Tetapi kenapa dia boleh terjebak
ke lembah yang memalukan ini?
Baru kini Hana sedar kepada larangan Allah ke atas
hamba-hamba-Nya mendekati zina. Baru kini dia faham
kenapa berdua-duaan antara lelaki dan wanita ditegah. Di
antara dua insan yang sedang berdua-duaan, ada pihak ketiga
yang menggoda, iaitu syaitan. Manusia tidak dapat melawan
godaan nafsu, apatah lagi godaan syaitan ketika berdua-duaan
begitu. Baru Hana sedar apabila alpa seketika, perkara yang

113
Hadirmu Takdirku

tidak dijangka akan terjadi, membuat dia menyesal seumur


hidup. Seksanya hidup Hana sebegini. Ini baru seksaan dunia.
Bagaimana nanti seksaan di akhirat? Ngeri Hana
memikirkannya.
Setiap malam Hana tidak dapat tidur lena. Dosa
yang dilakukannya menghantuinya. Kalau dia terlelap pun,
rasa bersalah akan datang dalam bentuk mimpi. Mimpi yang
sangat menakutkan. Adakalanya Hana rasa dia akan jadi gila.
Derita ini hanya ditanggungnya seorang diri. Dia tidak
mempunyai sesiapa untuk berkongsi masalahnya. Tekanan
fizikal dan psikologi memudaratkan diri Hana. Hana juga
tidak boleh berkongsi masalahnya dengan Jeffery. Jeffery
hanya akan menolak dengan bertanya, “apa masalah Hana?”
Kemudian menambah lagi, “perkara telah berlalu.
Relakslah Hana.”
Setiap malam apabila Mak Chak sudah tidur, Hana
akan bangun dan bersembahyang taubat. Hana hanya dapat
berdoa dan berharap agar Tuhan menerima taubatnya. Dia
tidak akan mendekati perkara itu lagi.
Setiap hari Hana cuba melihat sama ada terdapat
perubahan pada dirinya. Keadaan kitaran bulanannya yang
tidak sekata dan tepat selama ini membuatkan Hana tidak
dapat membuat kepastian sama ada wujud benih yang
tertanam di tubuhnya. Hana tidak mempunyai sesiapa yang
lebih matang dan berpengetahuan untuk membantunya.
Hana tidak tahu bahawa dia boleh tahu sama ada dirinya
sudah hamil atau tidak hanya dengan membuat ujian
kehamilan. Kit ujian kehamilan akan mengukur kuantiti
hormon human chorionic gonadotropin (HCG) dalam air
kencing. Jika kehamilan berlaku, ianya mengambil masa
sepuluh hingga empat belas hari untuk HCG hadir di dalam
air kencing. Kalau ada panduan orang yang berpengalaman

114
Alina Haizar

dan berpengetahuan, mungkin Hana boleh selesaikan


masalahnya dengan segera. Sekarang ini dalam keseorangan,
Hana hanya berharap dia akan lepas kali ini. Harap-harap
tiada hasil dari perbuatan mereka itu.
Perkara itu juga Hana sampaikan kepada Jeffery.
Betul seperti yang Hana jangka, Jeffery akan menolak ke tepi
sahaja kerisauan Hana.
“Relakslah Hana. Jeff boringlah hari-hari Hana
cakap pasal benda ini. Jeff rasa tak jadi apa-apalah. Hana
sengaja nak buat Jeff susah hati bila Jeff nak pergi US nanti.”
Dengan mudah Jeffery melemparkan tuduhan
kepada Hana.
“Lagipun that happens only once. Itu pun Hana
keep on harping to Jeff. Trying to make me feel guilty.”
“Tolonglah Jeff, kalau Jeff dah pergi ke US, kalau
apa-apa jadi dengan Hana... macam mana? Hana tidak ada
tempat nak mengadu lagi. Apa Hana nak buat? Kalau Hana
mengandung, pada siapa Hana nak minta tolong?”
“Hana ni merepeklah. Nothing is happened.”
“Tolonglah Jeff.”
“Jeff nak balik, boring! Kalau Hana jumpa Jeff
hanya nak buat Jeff rasa bersalah, baik Jeff balik. You want to
give me false alarm. Macam nak takut-takutkan Jeff aje.
Kalau betul confirm tunjukkanlah bukti.”
Hana terdiam, kecil hati dengan kata-kata pedas
Jeffery. Dia menahan sebak di hati melihat Jeffery melangkah
pergi.
Adakah Jeffery sudah jemu dengan Hana? Hana
yang membuat Jeffery jemu dan jelak dengan tangisan dan
rayuannya. Mungkinkah Hana memang sengaja ingin

115
Hadirmu Takdirku

membuat Jeffery rasa bersalah agar Jeffery tidak jadi pergi ke


US. Tidak! Bukan itu tujuan Hana. Hana cuma tidak mahu
kehilangan Jeffery dan juga mahu menutup aibnya.
Nampaknya jika Hana hendak bersama Jeffery, Hana mesti
menutup mulutnya daripada isu untuk menutup malunya.
Jika dia mendesak, Jeffery akan terus lari.
Kadangkala Hana pelik. Sebenarnya Jeffery tidak
perlu datang berjumpanya lagi. Hana sudah beri jalan keluar
pada Jeffery semasa mereka di Taman Tasik tempoh hari.
Tetapi Jeffery enggan memutuskan hubungan mereka.
Kenapa Jeffery masih datang menemuinya dan menghabiskan
masa dengan Hana? Jeffery boleh melupakan Hana terus dan
memandang ke hadapan untuk kehidupan baharunya di US.
Itu membuat Hana rasa dia ada harapan lagi, mungkin saat-
saat akhir Jeffery akan menukar fikiran. Mungkin saat-saat
akhir ini Jeffery sedar yang dia juga tidak boleh hidup tanpa
Hana. Itulah harapan dan impian Hana hingga saat ini. Tetapi
nampaknya itu tidak akan berlaku. Tempoh untuk Jeffery
berangkat ke US kian hampir. Lusa. Nasib Hana masih
tergantung tanpa kepastian.
Jeffery mendengus sendirian di dalam keretanya.
Kenapa dia masih mahu bertemu dengan Hana? Menyesakkan
fikirannya sahaja. Membuat dia terpaksa berfikir tentang
masalah Hana. Dia sepatutnya memutuskan sahaja
hubungannya dengan Hana hari itu juga, semasa Hana
memutuskan hubungan mereka. Bukankah itu akan
membuat hati Jeffery jadi lebih senang? Kenapa dia pula yang
mengada-ada tidak membenarkan Hana pergi? Dan selepas
itu kenapa dia mesti nak jumpa Hana lagi? Sepatutnya selepas
dia menghantar Hana balik dari Taman Tasik, Jeffery terus
pergi tanpa menoleh ke belakang.
Sebenarnya tanpa Jeffery sedari, walaupun dirinya

116
Alina Haizar

yang egois, yang terlalu egosentrik, yang sangat


mementingkan dirinya sendiri, ada sedikit rasa sayang kepada
Hana. Ada terselit rasa rindu kepada Hana. Sebab itulah
walaupun Hana menyesakkan nafas Jeffery, Jeffery masih lagi
ingin menemuinya. Bukan kehendaknya tetapi bertemu Hana
merupakan satu keperluan bagi Jeffery. Tetapi sekelumit rasa
cinta ini tidak cukup kuat untuk Jeffery melepaskan
semuanya semata-mata untuk Hana. Dia tidak sanggup
melepaskan status bujangnya, peluang dia untuk belajar di
US, peluang untuk enjoy di US. Tidak cukup! Hana tidak
cukup penting sehingga dia sanggup korbankan semuanya.
Memang Jeffery kasihan juga melihat Hana. Kalau
Hana sah hamil, mungkin dia perlu timbangkan semula
masalah Hana. Tetapi kalau Hana cuma hendak mengugut
Jeffery supaya tidak ke US, itu Jeffery hendak elakkan. Dia
tidak akan tertipu dengan mana-mana perempuan.
Muka Hana yang begitu risau dan sedih sebenarnya
ada juga memberi kesan kepada Jeffery. Kalau betullah Hana
hamil macam mana? Jeffery sudah mahu berangkat. Jeffery
tidak akan membatalkan rancangannya. Jeffery juga tidak
mahu berkahwin sekarang. Walau bagaimanapun dia kasihan
dengan Hana. Bagaimana Hana harus melaluinya sendirian?
Hendak suruh Hana menggugurkan kandungan ke?
Sanggupkah Hana berbuat demikian? Sanggup ke Jeffery
menyuruh Hana berbuat demikian? Fikirannya buntu.
Akhirnya Jeffery menemui Pak Su Adli, adik
mummynya.
“Jeff ada problem sikit pak su.”
“Apa dia? Cakaplah. Jeff gaduh dengan ayah lagi
ke?”
“Nolah.”

117
Hadirmu Takdirku

“Habis tu, apa dia? Apa masalahnya? Persiapan Jeff


semua dah settle, kan? Jeff belajar di mana?”
“University of Wisconsin.“
“Kat mana tu?”
“Milwaukee. Somewhere in Midwestern of US.”
“Jeff ambil course apa?”
“Engineering.”
“Universiti tu okey ke Jeff?”
“Not bad, ranking dia thirty five dalam top one
hundred of best American universities.”
“Oh... dahsyat betul anak sedara pak su ni. Balik
nanti jadi engineerlah.”
Jeffery cuma senyum tawar, masalah dia belum lagi
diluahkan kepada Pak Su Adli.
“Apa dia masalah Jeff ni? Cakaplah dengan pak su.
Nampak macam susah hati sangat.”
Selalunya Jeffery tidak macam ni. Selalunya dia
ceria, tanpa masalah.
“Hmmm… Jeff ada kenal this girl. Tsk!” Jeffery
tidak meneruskan kata-katanya.
“Oh… dia akan belajar sama ke? Siapa? Lily ke?
Gaduh lagi? Relakslah Jeff... bunga bukan sekuntum.” Adli
tersenyum ketika mula meneka masalah Jeffery.
“Tak. Bukan Lily. Budak ni bukan belajar, dia kerja.”
“Kerja apa? Orang mana? Anak Datuk mana?”
“Tolong mak cik dia di kafe. Dia bukan orang KL,
dia dari utara.”
Terbeliak mata Adli. Macam mana Jeffery boleh

118
Alina Haizar

terlibat dengan gadis yang begitu berbeza latar belakangnya.


Tetapi Adli tidak memberi apa-apa komen, membiarkan
Jeffery terus berkata-kata.
“Recently we were getting quite close.”
“Pak su tak tahu pun. Mummy Jeff tahu?”
“Nope.”
“So, what is the problem?”
“We have became more than close.”
“Maksud Jeff?”
“You know... isk... isk....”
“Rasanya pak su dapat agak apa yang berlaku, so…”
“Pak su! Please... I came to you for your help,
bukan nak buat pening kepala.”
Adli memandang sahaja Jeffery. Kenapa masalah
besar sangat pulak? Bukankah perkara ini perkara biasa aje
bagi Jeffery? Adli juga pernah dengar tentang anak saudaranya
yang memang liar dan kaki berpoya-poya dengan gadis.
Gadis-gadis yang dia dampingi juga lebih kurang macam dia
juga. Jadi kalau dia ada hubungan intim dengan gadis itu, apa
halnya? Biasalah buat pemuda macam Jeffery. Sekali petik,
sepuluh yang datang berlari.
“I thought all these things are small matters for
guys like you.”
“What do you mean?”
“You have been there before, kan? I’ve heard few
stories about you. You are quite ‘naughty’ with the girls. So
what is the problem?”
“No pak su, there are only rumours. Jeff tak pernah
serapat ni dengan mana-mana perempuan pun.”

119
Hadirmu Takdirku

“Really?”
“Really!”
“So, what is the problem?”
“This girl is a good girl. She is very innocent.”
“Are you sure?”
“I knew I was the first guy whom ever made love
with her. Dia budak baik.”
“Baik! Kalau baik sangat macam mana boleh jadi
macam ni?”
“Pak su. Tsk... tsk… susahlah cakap dengan pak su
ni.”
“Okey... okey. What is the real problem?”
“This girl is bugging me every single day. She is
afraid that she might get pregnant.”
“Oh! Bahaya tu! Kalau Datuk tahu mesti dia
batalkan your trip to US and make you marry that girl.”
“Betul ke pak su ayah akan buat macam tu kalau dia
dapat tahu? Apa Jeff nak buat? I will be flying in two days
time.”
“Betul! Jeff bukan tak tahu ayah Jeff tu.”
Mendengar kata pak sunya, Jeffery terus bertekad
agar perkara itu tidak akan sampai ke pengetahuan ayahnya.
“Kalau budak tu datang jumpa Datuk, nahas Jeff,”
ujar Pak Su Adli.
Jeffery termenung. Pak su bukan mengurangkan
masalahnya malahan membuatkan masalahnya bertambah
berat. Selama ini Jeffery tidak pernah terfikir yang
kemungkinan Hana akan mencari ayahnya untuk
membongkarkan perbuatannya. Jeffery hanya sibuk berfikir

120
Alina Haizar

yang dia hendak ke US sahaja tanpa rasa bersalah. Biar


masalah Hana tidak mengganggunya lagi.
“Jeff kena layan dia baik-baik.” Adli menghasutnya.
“Maunya hari ni ke... besok ke dia jumpa Datuk. Habislah
harapan Jeff. You know your own father. He will insist you do
the right thing.”
“Ye ke ayah akan buat macam tu?” Jeffery meminta
kepastian Adli
“Eh! Jeff takkan tak tahu ayah Jeff. He always
thinks himself as a man of honour.”
“Habis tu, apa nak buat? Hana tu macam sudah
terdesak. Makin dekat tarikh Jeff nak terbang, Jeff tengok dia
makin desperate.”
“Dia pregnant ke?”
“Tak tahu. Tapi dia keep on harping, what if, what
if. Tension Jeff.”
“Macam ni. Sementara Jeff belum bertolak, just
keep her calm. Bila Jeff dah pergi, nasib la!”
Tak boleh cakap macam tu pak su. Kalau dia betul-
betul pregnant...”
“Dengar dulu, the best thing is jangan sampai
budak tu pergi cari Datuk. For all you know it is a false
alarm. At the end of the day, you miss your chance to go to
US. Kena kahwin pulak. Jeff nak kahwin dengan dia ke?”
Jeffrey menggelengkan kepalanya. “Tapi kesian juga
pak su. If she was really pregnant, then I have to be
responsible too.”
“Macam nilah. Jeff cakap dengan dia, don’t worry. If
anything happen, contact pak su. Pak su akan bantu.”
“Betul pak su akan bantu?” Jeffery berasa lega.

121
Hadirmu Takdirku

“Betul ni pak su nak tolong? Macam mana pak su nak


tolong?”
“Pak su akan bantulah. Jangan risau.”
“Kalau betul Hana pregnant, Jeff kena tahu juga.
Jeff kena buat the right thing.”
“Dia suruh Jeff kahwin dengan dia ke?”
“Not in actual word.”
“Habis tu Jeff nak pergi US ni, dia kata apa?”
“Not so much word. Tapi dia pernah merayu supaya
Jeff jangan tinggalkan dia, Jeff bawa dia sekali.”
“Huh, dia ingat Malaysia dengan US tu dekat apa?
Boleh naik bas ke pergi US?”
“Tu la yang Jeff katakan. Pening Jeff, tak habis-habis
dia menangis. She’s a kampung girl, not sophisticated
enough. More like clinging type. Hardly my type.”
“How come you’ve got tangled up with her? You
said that she was hardly your type.”
“Tak tahulah pak su. Susah Jeff nak explain. Dia ni
buat Jeff pening.”
“But now why you are still keep in touch with her?
Just leave her.”
“Entahlah pak su. I am confused. Kasihan pun ada.”
“Jangan risaulah.”
Adli sudah membuat tanggapan sendiri. Mesti
budak perempuan yang bekerja di kafeteria ni hendak
memerangkap Jeffery. Siapa yang hendak tolak anak tunggal
Datuk Hisham? Adli kena tolong Jeffery. Lagipun kalau orang
tahu pasal benda ini, bukan orang lain yang akan malu besar.
Kakak dia juga. Yang penting mereka kena pastikan dalam

122
Alina Haizar

masa dua hari ini, budak kantin itu fikir dia sudah mendapat
kepastian. Mereka kena cari jalan untuk tenangkan
fikirannya. Jangan sampai dia pulak yang cari jalan untuk
jumpa Datuk Hisham.
Lepas Jeffery dah berlepas ke US, tahulah Adli
hendak mengawal keadaan nanti. Tetapi Adli tidak katakan
rancangannya ini kepada Jeffery. Jeffery asyik kata kasihan
dengan budak perempuan tu. Kalau berdepan dengan budak
perempuan tu, mesti Jeffery tidak sampai hati untuk
meneruskan rancangannya.
“Jeff, make sure she is calm down and keep her
happy. Belikan any farewell gift to her. Show that you care
about here. So that she is confident that you will not leave
her here high and dry. She won’t go running to your father
and tell him on you.” Putus Adli.
“Okey pak su. I understand.”

JEFFERY membawa Hana keluar makan buat kali terakhir.


Pada lewat tengah malam nanti dia akan berangkat ke US.
Hana sangat sedih tetapi tidak tahu bagaimana
hendak meluahkan kesedihan hatinya. Selepas ini Jeffery
tidak akan berada di sisinya lagi. Bagaimana Hana hendak
meneruskan hidup ini tanpa Jeffery?
Sebagaimana yang Ramli telah agak sejak mula lagi,
perhubungan mereka ini akan membawa penderitaan kepada
Hana.
“Ini nombor telefon Pak Su Adli. Kalau ada apa-apa
hal, Hana hubungi dia.”
“Macam mana Hana nak hubungi Jeff?”

123
Hadirmu Takdirku

“Nanti bila Jeff dah confirm alamat Jeff di sana, Jeff


akan bagi alamat Jeff pada pak su. Kalau Hana ada komputer,
bolehlah Jeff hantar e-mail. Hana tahu ke guna Internet?”
“Tak.” Hana menggelengkan kepalanya.
“Kalau nak contact Jeff, telefon Pak Su Adli. Okey?”
“Hana tak kenal dia, macam mana hendak minta
tolong dia. Malulah Hana.”
“Hana call aje dia. Dia akan tolong. Jeff dah
terangkan masalah kita.”
Hana mengangguk, sekurang-kurangnya masih ada
lagi seseorang yang dapat dia bergantung harap, bukan putus
terus hubungannya dengan Jeffery. Ini membuat Hana fikir
Jeffery ikhlas dengan perhubungan mereka ini. Kalau Jeffery
hendak, dia boleh pergi sahaja, tanpa memberikan nombor
telefon pak sunya. Jeffery boleh hilangkan dirinya terus di
perut bumi Amerika yang luas itu, Hana tidak akan dapat
menjejakinya. Kenapa perlu Jeffery beri nombor telefon Pak
Su Adli pula?
Hana tidak tahu tujuan Pak Su Adli dan Jeffery
adalah untuk menenangkan dirinya sebelum Jeffery bertolak
ke US. Agar jangan sampai dia mencari Datuk Hisham untuk
menceritakan hal perbuatan Jeffery. Sesungguhnya tidak
pernah terlintas di fikiran Hana untuk berbuat demikian.
Hana cuma mahukan cinta Jeffery. Jika Jeffery tidak
mahukan dirinya dia akan berundur. Cuma tindak-tanduk
Jeffery tidak difahaminya. Hendak kata Jeffery sayang dengan
dia, Jeffery tidak pernah nyatakan demikian. Hendak kata
Jeffery tidak mahukan Hana, kenapa Jeffery masih mahu
datang berjumpa dengan Hana, hingga ke saat akhir begini?
Perlakuan Jeffery ini yang membuat Hana menaruh harapan,
membuat dia gembira seketika, gembira yang berselaput

124
Alina Haizar

dengan duri duka nestapa. “Boleh Hana datang ke airport


hantar Jeff malam ni?”
“Jeff rasa tak payahlah. Let’s say good bye now. It
will make it hard for me to go.”
Pak Su Adli sudah melarang keras. Hana tidak
dibenarkan pergi ke KLIA untuk menghantar Jeffery malam
ini nanti. Pak Su Adli tidak mahu Hana bertemu dengan
Datuk Hisham. Kalau Hana sudah bertemu dengan Datuk
Hisham, dia akan cari Datuk Hisham jika dia betul-betul
hamil nanti. Jadi Jeffery tidak membenarkan Hana
menghantarnya dengan memberi pelbagai alasan.
Hana kelihatan hampa. Jeffery terus memujuknya.
“Lagipun macam mana Hana nak pergi sana? Balik
nanti macam mana? My flight is quite late. Pukul dua belas
tengah malam. Susah Hana juga nanti. Buat Jeff risau pasal
Hana. Let’s say our good bye now.”
Hana mengangguk sayu.
“This is for you.” Jeffery mengeluarkan sebuah
kotak baldu berwarna merah dan diikat dengan reben
berwarna merah jambu. “Bukalah.”
Hana menerima kotak tersebut lalu membukanya.
Seutas rantai dan loket berbentuk love terletak di dalamnya.
Jeffery mengangkat loket tersebut, lalu dibuka loket
tersebut. “Puas Jeff cari loket ini.”
Sebenarnya Adli yang belikan loket itu untuk Jeffery
berikan kepada Hana.
“Tengok ni, ada gambar Jeff di dalamnya. Kalau
Hana rindukan Jeff nanti, tengoklah dalam loket ni.”
“Mana sama Jeff. Mana puas hanya menatap gambar.
Kita akan berpisah jauh. Lama pulak tu.”

125
Hadirmu Takdirku

“Mana lama, tiga tahun aje. Entah-entah bila Jeff


balik, Hana dah ada teman baru.” Jeffery cuba berlawak.
Tetapi hatinya rasa dipulas-pulas bila dia mengucapkan kata-
kata itu.
“Hana akan tetap menunggu Jeff di sini. Mungkin
Jeff yang akan lupakan Hana sebaik sahaja Jeff sampai di US.”
Jeffery berdiam diri. Kemungkinan besar apa yang
Hana ucapkan itu akan berlaku. Sebaik sahaja Hana sudah
tiada di pandangan, mungkin dia pun akan lupa terus pada
Hana. Di sana lebih ramai gadis yang jauh lebih cantik
daripada Hana. Minah salih yang bermata biru, hijau, coklat
dan lain-lain lagi. Tetapi dia tidak perlu katakan semua ini
kepada Hana. Pak Su Adli sudah pesan, buat Hana gembira
dan yakin dengan Jeffery supaya dia tidak buat kecoh. Itu
sahaja.
“Hana letak gambar Hana di sebelah loket yang
kosong ni. Bila ditutup, kan kita tetap bersama. Siapa kata
kita berpisah,” kata Jeffery penuh syahdu.
Hana menangis mendengar kata-kata Jeffery. Dia
tidak rela dengan perpisahan ini tetapi tidak berdaya
menahannya dari berlaku.
“Jangan nangis Hana. Jeff tidak mahu pergi dengan
linangan air mata Hana. Put up a smile for me.”
Hana cuba memberikan senyuman tetapi gagal. Air
matanya tetap mengalir. “Hana risau. Hana rasa macam kita
tidak akan berjumpa lagi.”
“Hei… tak mahu cakap macam tu la. Tak baiklah.”
“Entahlah Jeff... Hana rasa tidak sedap hati.”
“Jangan risaulah Hana. Okeylah Hana. Jeff tak ada
banyak masa lagi ni. Jeff kena balik sekarang ni. Banyak lagi

126
Alina Haizar

yang Jeff hendak siapkan. Satu lagi Jeff nak ingatkan, kalau
ada any problem... any problem at all, Hana cari pak su. Pak
su will help you. Okey?”
“Baiklah Jeff.”
Jeffery ingin menggenggam tangan Hana erat.
Mahu rasanya dia mengucup bibir Hana, lalu mencari satu
daerah yang dia suka, membenamkan mukanya di situ,
menghidu keharuman Hana lama-lama sebagai bekalan
untuk dia jadikan kenangan antara dirinya dan Hana.
Tetapi tidak dia lakukan. Semenjak perjumpaan
mereka di Taman Tasik tempoh hari, Hana tidak
membenarkan dirinya disentuh oleh Jeffery langsung.
Mungkin lebih baik begini. Akhirnya Jeffery akur dengan
kenyataan yang cuba dia elakkan selama ini. Mungkin mereka
bukan ditakdirkan untuk bersama. Mungkin inilah kali
terakhir dia melihat wajah Hana.

127
Hadirmu Takdirku

Bab 10
“M
AK CHAK! Mak Chak!
Mai cepat! Budak Hana ni
dah jatuh pengsan kat
dalam dapoq (dapur)!”
Soed memanggil Mak Chak yang sedang melayan
pelanggan di kafeteria.
“Apa? Hana pengsan?”
Mak Chak bergegas masuk ke dapur kafeteria.
Cemas!
Timah sedang meriba Hana yang terkulai lemah.
“Apa dah jadi ni? Macam mana dia boleh jatuh?”
“Tak tau kak oi... mula-mula okey saja. Saya suruh
dia ambil nasi, nak buat nasi goreng. Tup-tup dia dah
terkulai. Nasib baik kepala tak terantok (terhantuk) kat
mana-mana bucu tajam.”
Kelihatan nasi berselerakan berhampiran Hana.
Mangkuk nasi pun sudah terlangkup di lantai.
“Hana! Hana!” panggil Mak Chak.

128
Alina Haizar

“Dia pitam kak.Tengok mulutnya pucat lesi macam


mayat.”
Pelanggan-pelanggan lain yang sedang berada di
kafeteria mengerumuni pintu dapur kafeteria, ingin tahu
kenapa semua orang kecoh di dalam dapur.
“Tengok dia bernafas tak?” Salah seorang dari
mereka berkata.
Mak Chak meletakkan jarinya di hidung Hana, lalu
mengangguk.
“Renjis air kat muka dia sikit.”
Soed bergegas mengambil semangkuk air lalu
diserahkan pada Mak Chak.
Mak Chak lantas merenjis muka Hana dengan air
tersebut.
Hana tersedar dan mula mengerang perlahan-
lahan. Kepalanya terasa amat sakit. Hana tidak berdaya
membuka matanya. Dunia seperti berpusing ligat di
sekelilingnya.
Mak Chak susah hati melihat keadaan Hana yang
pucat lesi tetapi dia lega kerana Hana sudah sedar. Dengan
suara yang perlahan Mak Chak menyuruh Soed meminta
pelanggan beredar ke tempat duduk masing-masing.
“Dah okey dah, dah okey dah!” seru Soed kepada
pelanggan yang sedang mengerumuni pintu dapur tersebut.
“Sila duduk, sila duduk. Kejap lagi kami sediakan makanan.
Minta maaf na… ada gangguan tadi.”
“Awat hang ni Hana? Sampai pengsan lagu ni.”
“Dia ni tak makan sejak pagi tadi kak oi....”
“Awat yang hang tak makan?” tanya Mak Chak.

129
Hadirmu Takdirku

“Mak Chak tengok hang ni dah kurus kering. Muka


hang pun cengkung,” sambung Mak Chak.
“Betuilah kak oi... Hana ni kurus betuilah, bukan
macam mula-mula dia mai dulu. Elok… tembun (tembam).
La ni dah tinggai (tinggal) tulang,” sampuk Timah.
Timah terus menceceh, “buat apa nak kurus
sangat? Tak lawalah Hana. Hana ni dok diet kut. Nak jaga
badan ni. Mak Timah rasa tak lawalah kurus sangat.”
Hana masih mendiamkan dirinya. Kepalanya masih
berpusing.
“Bagi dia minum air suam sikit Timah. Bila dah
lega sikit aku nak bawa dia balik.”
Hati Mak Chak berdebar-debar tetapi dia tak mahu
buat kecoh di dalam dapur tu. Nanti kecoh pulak Si Timah.
Mulut dia becok, susah nak tutup.
Selepas meneguk air, Hana cuba duduk. Walaupun
kepalanya masih berat tetapi digagahinya juga. Dia takut
menyusahkan semua orang.
“Aku nak ambil van, tunggu kat belakang. Hang
bawa dia tunggu aku kat pintu. Tolong papah dia.”

HANA duduk termenung di hujung katilnya. Jiwanya


terasa kosong sejak Jeffery pergi sebulan yang lalu. Setiap
hari dia merindui Jeffery. Tetapi sehingga sekarang tiada
sebarang berita daripada Jeffery. Berita daripada Pak Su
Adli pun tiada juga. Adakah Jeffery telah melupakan Hana?
Kemudian Hana memarahi dirinya. Kenapa hendak terkejut
pulak? Hana memang sudah agak perkara ini akan berlaku.
Hana memang sudah dapat rasakan yang Jeffery tidak akan

130
Alina Haizar

menghubunginya lagi. Selama ini Hana yang menipu dirinya


sendiri dengan menaruh harapan kepada Jeffery. Bukan Hana
tidak sedar antara dia dan Jeffery bukannya sepadan untuk
digandingkan.
Hana mesti cuba melupakan Jeffery, sedar realiti
sebenar hidup ini. Jeffery tidak akan menghubunginya lagi.
Hana tidak seharusnya mengingati Jeffery lagi. Tetapi Hana
tidak berdaya untuk berbuat demikian. Dia sangat merindui
Jeffery. Setiap saat dia teringatkan Jeffery. Seksanya hidup
menanggung rindu dendam.
Hana ada satu lagi masalah yang membuatkan dia
ingin sangat berhubung dengan Jeffery. Selain dari surat
atau berita daripada Jeffery yang tidak kunjung tiba, ada
sesuatu juga yang telah lama dinantinya tetapi tidak kunjung
tiba juga. Kini sudah hampir dua bulan.
Hana yakin ada nyawa yang sedang membesar di
dalam rahimnya. Macam mana dia hendak lalui semua ini?
Resah Hana semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari.
Nampaknya dia tidak akan terlepas dari dosa yang dia
lakukan. Dia kena menghadapi aib ini. Ya Allah! Seksa Hana
menanggung semua ini sendirian. Hana tidak mungkin
dapat menyembunyikan rahsia ini lama-lama. Tidak lama
lagi, perutnya akan membesar. Tetapi macam mana? Macam
mana kalau Mak Chak tahu? Macam mana Hana hendak
berdepan dengan Mak Chak dan emak? Hana hampir putus
asa. Begini agaknya sesetengah orang mengambil keputusan
untuk membunuh diri mereka sahaja. Nauzubillah! Hana
tidak selemah itu. Tetapi… derita ini tidak tertanggung oleh
Hana sendirian.
Tiba-tiba bahunya dipegang oleh Mak Chak. Hana
tidak sedar bila Mak Chak masuk ke biliknya.

131
Hadirmu Takdirku

“Hana, cuba Hana cakap dengan Mak Chak. Mak


Chak tau Hana ada masalah. Tengok Hana ni, dah kurus
kering. Hana tak suka duduk dengan Mak Chak ka? Hana
nak balik kampung ka? Hana penat kerja dengan Mak Chak
ka? Kalau penat, Hana tak payah kerja lama-lama sangat.
Sampai pukul tiga petang Hana boleh balik.”
Hana mendiamkan dirinya agak lama, kemudian
dia menjawab, “tak Mak Chak. Bukan lagu tu. Hana tak
pikiaq (fikir) lagu tu pun.”
“Mak Chak ada buat salah dengan Hana ka?”
“Taklah Mak Chak. Hana….”
Tiba-tiba sahaja Hana bergegas ke bilik air, dia rasa
hendak muntah. Lama Hana di dalam bilik air, mengeluarkan
isi perutnya hingga keluar muntah yang berwarna kuning
kehijauan. Bila dia keluar dari bilik air, Mak Chak sedang
menunggunya. Dari air muka Mak Chak, Hana tahu
rahsianya telah terbongkar.
“Hana... Hana... alahai Hana oi....”
Mak Chak menyebut nama Hana berulang-ulang
kali. Wajahnya jelas kelihatan sedih dan terkilan.
Hana menangis melihat kesedihan Mak Chak. Mak
Chak menghampirinya, menampar-nampar tubuh Hana,
walaupun tidak kuat tetapi menyayatkan hati Hana.
“Apa dah jadi Hana? Awat Hana buat lagu ni?”
Hana terus membisu, air matanya mengalir deras.
“Ya Allah... Hana. Macam mana ni? Apa Mak Chak
nak habaq (beritahu) dengan mak hang nanti?”
Mak Chak terus menampar-nampar tubuh Hana
dan dadanya sendiri silih berganti.
Tangisan Hana semakin kuat.

132
Alina Haizar

Mak Chak juga menangis tersedu-sedu. Mak Chak


terus memukul-mukul tubuh Hana.
Hana tidak melawan, Malahan dia merayu meminta
ampun dengan Mak Chak.
Melihat Hana tidak melawan, Mak Chak memeluk
tubuh Hana sambil membelainya.
Hana terus-terusan menangis.
Bila semua tangisan reda, Mak Chak bertanya,
“hang habaq mai dengan Mak Chak. Ni... ni... bila ni, dah
nak masuk berapa bulan?”
“Dua, Mak Chak.” Hana menjawab perlahan.
Mak Chak mencongak dengan segera. “Mesti masa
hang pi PD ni. Awatlah Hana, hang buat lagu ni?”
Mak Chak kembali menampar tubuh Hana dengan
geramnya. “Mak Chak dah agak dah. Patut perut Mak Chak
libang-libu hari tu. Mak Chak dah cakap jangan pi… tapi
hang degil! Nak pi jugak!”
Mak Chak mengesat air matanya dengan hujung
lengan bajunya. “Apa kata mak hang? Macam mana Mak
Chak nak tengok muka mak hang? Nanti mak hang cakap
Mak Chak tak jaga hang betui-betui.”
Tangisan Mak Chak betul-betul menyayatkan hati
Hana.
“Mak Chak dah habaq dengan hang. Jangan
campoq (campur) dengan orang kaya. Depa ini nak suka-
suka aja dengan hang. Depa bukan nak kahwin dengan
hang.”
Hana tidak dapat menyangkal kenyataan Mak Chak
kali ini.
“Hang dah habaq kat Jeff?” soal Mak Chak. Tanpa

133
Hadirmu Takdirku

diberitahu, Mak Chak sudah tahu siapa bapa kepada bayi di


dalam kandungan Hana.
Hana menggelengkan kepalanya.
“Mana Jeff la (sekarang) ni? Mak Chak dah lama tak
nampak dia. Hang kena habaq kat dia cepat.”
Hana tunduk mendiamkan diri.
“Pi panggil dia la ni jugak!”
Hana terdiam. Bagaimana dia hendak sampaikan
kepada Mak Chak yang Jeffery sudah lama tiada di Malaysia.
“Awat hang diam? Pi panggil dia la ni jugak!” jerit
Mak Chak.
“Dia takdak Mak Chak. Dia dah pi US.”
“Astaghfirullahalazim! Ya Allah! Hana... apa hang
dah buat ni? Habis tu macam mana? Dia tak mau
tanggungjawab ka? Apa nak jadi ni Hana?”
Hana bungkam.
“Awat hang dok diam aja? Awat hang tak habaq mai
awai-awai (awal-awal) kat Mak Chak? Boleh kita selesai
dengan Jeff sebelum dia pi US hari tu. Dah rosak anak dara
orang tak mau tanggungjawab. Nanti Mak Chak bagi cukup-
cukup!” Mak Chak melepaskan geramnya.
“Jeff tak tau Mak Chak,” kata Hana dengan sayu.
“Apa Jeff tak tau? Sepatutnya bila dah jadi lagu ni
dia kena bertanggungjawab. Mak Chak nak habaq kat bapak
dia. Paksa dia kahwin jugak dengan hang.”
Hana memang mahu agar Jeffery mengahwininya,
tetapi bukan kerana dipaksa. Tetapi dengan kejadian yang
ini, Hana terpaksa juga berkahwin dengan Jeffery demi
menutup malunya.

134
Alina Haizar

“Jeff ada bagi nombor telefon pak su dia, kut-kut


ada apa-apa jadi kat Hana. Hana ingat tak ada apa-apa jadi.
Tiba-tiba... ini...”
“Buat apa nombor pak su dia? Jumpa bapak dialah!
Senang-senang dia nak lari dari tanggungjawab!”
“Jeff bukan macam tu Mak Chak.”
“Hang diam! Hang dok bela dia buat apa? Dah jadi
lagu ni pun hang dok bela dia. Mak Chak nak jumpa bapak
dia jugak!”
“Mana kita tau mana nak cari bapa dia?”
“Hang guna otak sikit. Hang ingat pejabat kolej tu
tak ada nama dan alamat dia? Mak Chak boleh dapat alamat
dia. Harun, kerani kat situ baik dengan Mak Chak. Bila-bila
dia boleh tolong Mak Chak.”
“Jangan macam tu Mak Chak. Nanti semua orang
tau. Malu depa.”
“Oh! Hang takut depa malu. Hang ini besok dah
besaq (besar) perut hang, tak malu! Aku pun malu, tau tak?
Nanti orang tak mau makan dekat kafe aku. Hang bagi cepat
nombor pak su dia. Hih, cepat! Jangan bagi aku naik darah!”
“Sat... sat. Hana cari nombor telefon pak su dia.”
“Okey. Pi telefon sat lagi. Cerita dengan dia.
Sebelum itu kita pergi jumpa doktor dan sahkan betul-
betul,” usul Mak Chak. “Sat ni depa kata kita saja buat-buat
cerita.”
Betul kata Mak Chak, kata Hana di dalam hatinya.
Hana kena ada bukti yang mengesahkan bahawa dia hamil.
Dia teringat tuduhan Jeffery sebelum ini yang dia cuba
memerangkap Jeffery kerana tidak ada bukti pengesahan
kehamilannya. Tetapi berat hati Hana hendak menelefon

135
Hadirmu Takdirku

Adli. Apa yang hendak Hana cakapkan pada Adli? Malunya


Hana. Jeffery sudah jauh pergi. Kalau dia betul-betul hendak
bertanggungjawab, sekurang-kurangnya Jeffery ada hubungi
Hana. Tetapi nampaknya Jeffery sudah melupakan Hana.
Hana tidak cukup penting bagi Jeffery. Lebih baik Hana
lepaskan Jeffery saja. Terima hakikat bahawa bukan takdir
mereka untuk bersama.
Tetapi lain pula bagi Mak Chak. Dia mesti
selesaikan masalah ini. Dia berharap agar ada jalan keluar
yang terbaik untuk meleraikan kekusutan ini. Dia tidak
sanggup bersemuka dengan kakaknya di kampung.

DAHI Datin Maimunah berkerut-kerut mendengar apa


yang Adli katakan. Akalnya ligat berfikir. Bagaimana nak
lepas daripada bala yang menimpa ini? Malu keseluruhan
keturunannya kalau orang tahu ni. Anak Datuk Hisham dah
rosakkan anak dara orang sampai mengandung!
Setelah bertemu Hana dan Mak Chak, Adli terus
pergi ke rumah Datin Maimunah. Datuk Hisham tidak ada di
rumah. Dia sedang menghadiri majlis kenduri arwah salah
seorang sahabatnya. Senang Adli hendak berbincang dengan
kakaknya.
“Betul ke Li? Entah-entah budak ni bohong. Bukan
ke Jeff kawan dengan Lily?”
“Betul along... Jeff yang cakap dengan Li sebelum
dia take off last month.”
“Apesal Li tak cakap dengan along?”
“Ingatkan tak ada apa-apa. Saja budak tu nak buat
kecoh, supaya Jeff tak pergi ke US. Li cakap dengan Jeff,

136
Alina Haizar

layan aje dia sementara Jeff belum pergi. Jangan sampai dia
mengadu hal ni dengan Datuk.”
“Betul tu. Orang tua tu mesti wants to put things
right. Macam dialah hero. Dia tak tahu orang nak
mengenakan dia.”
“Budak perempuan tu tak banyak cakap. Mak cik
dia yang heboh. Nak jumpa Datuklah, nak suruh kahwinlah.”
“Habis tu, macam mana? Jangan layan sudahlah.
Dia orang boleh buat apa?”
“Mula Li ingat nak buat macam tu. Tapi mak cik
dia boleh buat kacau. Mak cik dia tender kat kafeteria kolej
Jeff. Dia kenal orang-orang kat pejabat kolej. Itu pun dia kata
tadi nasib baik Hana ada nombor telefon Li. Kalau tidak, dia
nak buat kecoh kat pejabat kolej. Minta alamat dan nombor
telefon Datuk.”
“Oi! Bahaya tu.”
“Tu la....”
“Jangan sesekali sampai Datuk tahu hal ni.”
“Itulah yang Li sedang fikirkan ni. Kita kena
rancang betul-betul.”
“Apa they all nak?”
Mak cik dia minta Jeff kahwin dengan budak Hana
tu. Balik sekejap pun takpe. Janji kahwin. Lepas tu Jeff nak
balik semula ke US pun takpe. Dia boleh jaga budak
perempuan tu. Dia kata dia bukan nak apa-apa dari kita. Dia
cuma nak tutup aib. Lagipun dosa Jeff dan Hana wajib
ditebus. Budak-budak ni kenalah bertaubat.”
Datin Maimunah mencebik. “Dia kata tak mahu
apa-apa?”
“Tak mahu apa-apa.”

137
Hadirmu Takdirku

“So, buat apa nak kahwin? Nak tutup malu apa


lagi? Anak tu dah memang anak luar nikah pun.”
“Mak cik dia kata dia minta disegerakan sahaja
pernikahan ni sebab dia kata… Li pun tak berapa faham
sangat maksud dia ni. Anak kalau lahir setelah enam bulan
dari akad nikah, maka anak tersebut dinasabkan kepada
bapanya. Tetapi jika anak tersebut lahir kurang dari enam
bulan dari akad nikah, maka anak tersebut tidak dapat
dinasabkan kepada bapanya. Li tak taulah! Dia siap cakap lagi
ulamak mazhab Syafie mensyaratkan sekurang-kurangnya
untuk menyabitkan keturunan, seseorang anak itu mestilah
lahir selepas enam bulan dua saat dari tarikh ibu dan
bapanya berkahwin.”
“Apa?! Apa Li merepek ni?” Datin Maimunah tiba-
tiba naik angin.
“Eh, eh! Jangan marahkan Li pulak. Li pun tak
faham apa yang dia cakap. Entah betul, entah tidak. Dia kata
zina, dari segi berdosa ia tetap dikira berdosa tetapi dari segi
sabit keturunannya anak itu layak dibinkan dengan nama
Jeff kalau dia orang berkahwin sekarang.”
“Ah! Dia kata macam tu?”
“Betullah dia cakap macam tu. Takkan Li nak tokok
tambah pulak.”
“Pandai-pandai pulak guna ulama konon. Masa
macam ni pandai sebut semua nama ulamak. Masa biarkan
budak tu keluar dengan Jeff kenapa tak halang guna hukum
agama pulak?”
“Huh! Itu yang dia kata. Along marah Li kenapa?
Kalau tak betul along rujuklah dengan ustaz kat masjid tu.”
“Banyak cantik muka Li! Nak bagi semua orang
tau? Itu yang Li kata dia tak mahu apa-apa tu?”

138
Alina Haizar

“Yelah... dia tak mahu apa-apa.”


“Bodoh betul Li! Tak nampak ke liciknya orang ni.”
“Apa pulak?”
“Memang sekarang ni dia tak minta apa-apa. Dia
nak yang lebih lagi. Dia nak Jeff kahwin sekarang ni dengan
budak perempuan tu supaya anak tu boleh dibinkan dengan
nama Jeff. Faham?”
Adli menggaru kepalanya. Dia bingung, masih
tidak mengerti.
“Bila dah dibinkan dengan nama Jeff, esok-esok ni
layaklah anak tu bolot harta kami. Faham!”
“Oh... ye tak ye juga. Licik juga dua penipu ni. Li
tak perasan dia orang punya rancangan tu.”
“Itulah... kau ingat kau bijak? Kena tipu juga. Nasib
baik ada orang bijak macam along.”
“Memang along bijak, kalau tak... macam mana
along boleh pikat orang sehebat Datuk. Dapat hidup senang-
lenang.”
“Jangan perli along. Selama ni siapa yang tumpang
senang dengan harta Datuk tu? Li juga, kan?”
“Yelah... along juga yang betul. Sudahlah tu. Baik
kita settlekan masalah Jeff ni dulu.”
“Habis tu, nak buat macam mana?”
“Takkan nak biar dia duduk kat kafe tu? Makin
lama, makin besar perut dia. Mak cik dia mesti heboh kat
orang pejabat kolej. Along takkan tak tahu berapa ramai
anak kawan along yang belajar di kolej tu. Mesti dalam
ramai-ramai tu, ada yang tahu sebelum ni, Jeff kawan rapat
dengan budak tu. Tup-tup dia dah mengandung. Siapa lagi
yang akan terbabit sama? Along nak orang tahu ke?”

139
Hadirmu Takdirku

“Betul juga cakap Li tu. Habis tu, macam mana?”


“Apalah Jeff ni? Budak kantin pun diangkutnya.
Isk... isk.. isk… pening kepala Li fikirkan pasal budak ni.”
Datin terdiam sambil berfikir. Akhirnya dia berkata,
“macam ni. Apa yang Li nasihatkan Jeff tu betul. Cuma kali
ini kita lanjutkan sehingga lebih tempoh atau buat sampai
mereka berpisah sahaja, tetapi dengan cara halus.”
Dia menyambung lagi, “along tak mahu dalam
masa sebulan dua ni dia orang mengadu hal dengan Datuk.
Datuk mesti suruh Jeff balik. Mesti suruh kahwin. Kalau
cukup berapa hari, yang mak cik dia cakap tu?”
“Seratus lapan puluh hari.”
“Hah! Kalau cukup seratus lapan puluh hari, bayi
tu nanti boleh dibinkan dengan nama Jeff pulak. Itu yang
along tak mahu berlaku. Make sure Datuk langsung tak tahu
pasal ni. Li fikirkanlah cara halusnya.”
“Okeylah! Bila dia datang nanti, along buat-buat as
if you are concern about that girl. You are angry with Jeff.
Lepas tu suggest dengan mak cik dia kita bawa budak tu
balik kampung ke? Biar dia duduk situ sampai bersalin.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu pujuk dia serahkan anak itu pada orang
lain.”
“Habis tu, mesti budak tu tertanya-tanya pasal
Jeff.”
“Kita kata Jeff tak mahu mengaku bayi tu anaknya.
Jeff dah jumpa orang lain ke... Jeff tidak mahu balik ke...
macam-macam alasan boleh diberi. Lagipun kalau dia dah
pindah, Jeff tidak boleh hubungi dia.”
“Dengan Jeff macam mana pula?”

140
Alina Haizar

“Alah Li tengok Jeff pun bukan nak kahwin dengan


dia. Cuma kasihan aje. Kalau Jeff tanya, kita katakan budak
tu dah tak larat nak tunggu dia. Habis cerita. Dalam masa
tiga tahun cerita ni akan berkubur dengan sendirinya. Along
tengoklah.”
“Betul juga. Semalam Jeff telefon, relaks aje. He
was so happy settling down. Dia ada tanya pasal Li. Dia kirim
salam. Itu aje.”
“Waalaikumsalam. Tengok tu, kalau dia betul-betul
concern pasal budak tu, mesti dia contact Li, tanya macam
mana. Ini tak kisah pun, happy aje kat sana.”
Datin Maimunah mengangguk, mengiakan kata
Adli. “Macam ni, Li bawak they all datang sini malam
Jumaat nanti. Datuk selalu lama di masjid, baca Yasin. Kalau
ada Datuk susah kita nanti Li.”
“Okey! Along, jangan risau. Pandailah Li nak buat
macam mana nanti.”
“Kau bawa Ani sekali. She will play a convincing
part. Li cerita apa yang patut aje dengan dia. Tapi jangan
sekali-kali cakap pasal rancangan kita dengan isteri kau tu.
Dia pun sama dengan Datuk. Cepat kasihan. Silap-silap dia
bocorkan rahsia kita pada Datuk.”

MALAM Jumaat yang dijanjikan itu Hana dan Mak Chak


datang ke rumah Datuk Hisham. Apabila pertama kali
menjejakkan kakinya di banglo besar itu, Hana terasa gerun
sekali. Jantungnya berdebar-debar. Dirinya dirasakan begitu
kerdil. Nasibnya bergantung kepada ehsan penghuni rumah
besar itu.

141
Hadirmu Takdirku

Datin Maimunah, Adli dan Ani sudah sedia


menunggu. Mereka sudah sepakat dengan apa yang mereka
harus lakukan untuk menyelesaikan masalah yang
ditimbulkan oleh anak kesayangan Datin Maimunah itu.
Rupa-rupanya Jeffery ialah anak kepada seorang
yang bergelar Datuk. Sumpah! Selama ini Hana tidak tahu.
Hana hanya tahu Jeffery anak orang berada. Itu sahaja. Dia
tidak tahu bahawa ayah Jeffery adalah seorang ahli
perniagaan terkenal di Malaysia. Datuk Hisham mempunyai
perusahaan perabot buatan Malaysia yang terkenal. Perabot-
perabotnya dieksport ke luar negara.
Itupun Hana tahu Jeffery anak Datuk bila Adli
memperkenalkan mummy Jeffery.
“Kenalkan ini Datin Maimunah, mummy Jeffery.”
Wajah mummy Jeffery begitu serius. Kecut perut
Hana melihat wajahnya yang tidak menguntum senyum
langsung itu.
Seorang lagi wanita, Pak Su Adli kenalkan sebagai
isterinya.
Wajah lembut dan senyuman mesra menyambut
tetamu terukir indah di bibirnya. Hilang sedikit kegerunan
Hana bila melihat senyuman di wajah Mak Su Ani.
Mak Chak pun kelihatan gugup apabila membuka
kata. Cuak juga Mak Chak bila berhadapan dengan Datin
Maimunah, maklumlah orang yang berkuasa ini yang akan
menolong mereka atau dia juga yang akan menghancurkan
masa depan Hana.
“Macam ni Cik Siti. Buat masa ni Jeff belum
hubungi kami lagi. Dia tidak ada alamat tetap lagi. Saya pun
risau juga kenapa dah lama Jeff tak hantar berita.”

142
Alina Haizar

Mak Chak dan Hana mendengar sambil


mengangguk. Mungkin Jeffery sibuk agaknya di sana.
“Bila Jeff hubungi kami, kita akan beritahu dia. Dia
kena buat apa yang sepatutnya. Budak sekarang ni macam
nilah. Kalau Cik Siti bagitau cepat dulu taklah susah macam
ni,” kata Datin Maimunah lembut.
“Sekarang Jeff dah lepas ke sana. Dia pun tak
contact kami lagi. Bukan senang nak cari dia tu. Surat pun
dia tak kirim,” sambut Adli pula, mukanya kelihatan begitu
prihatin.
Nasib baiklah dua-dua perempuan ni tidak belajar
tinggi. Kalau tidak takkan mereka tak tahu sekarang ini
bukan susah nak berhubung. Guna Internet sahaja. Sekolah-
sekolah di kampung pun banyak dibekalkan dengan
komputer. Hari-hari boleh saling menghubungi.
Adli agak Jeffery tentu berhubung dengan rakan-
rakan yang lain setiap hari melalui e-mel. Sebab itu Adli
mesti jauhkan Hana dari kawasan kampus. Satu hari nanti
mesti ada kawan-kawan Jeffery yang masih belajar di kolej
akan beritahu keadaan Hana yang sudah memboyot
perutnya. Susah Adli nanti, mesti Jeffery tahu Adli sudah
berbohong dengannya.
Mak Su Ani bangun dan masuk ke dapur untuk
menyuruh bibik membuat air untuk tetamu.
Ketika itu Datin Maimunah dan Adli terus
mengambil peluang untuk memastikan usaha mereka
berjaya.
Tanpa Hana dan Mak Chak sedari Adli
mengenyitkan mata kepada Datin Maimunah.
Datin Maimunah faham maksud Adli.

143
Hadirmu Takdirku

“Apa-apa pun jangan sampai Datuk tahu pasal


masalah ni. Kalau Datuk tahu, dia mesti mengamuk. Dia ada
rancangan lain untuk Jeff,” bohong Datin Maimunah.
“Apa dia Datin?” tanya Mak Chak.
“Datuk sudah lama merancang untuk kahwinkan
Jeffery dengan anak kawan dia, Lily,” kata Adli.
Tersentap jantung Hana mendengarnya.
“Tetapi jangan risau, kami akan pujuk dia. Biar
Jeffery balik dulu. Nanti kami pujuk Datuk. Cik Siti kena
sabar dulu. Nanti kalau Datuk tu tahu sebelum saya pujuk,
susah saya. Datuk tu proud sikit orangnya,” terang Datin
Maimunah dengan panjang lebar.
Datin Maimunah cuba sedaya upaya menunjukkan
muka yang manis sepanjang pertemuan itu. Dia
menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib yang
menimpa Hana.
Kepura-puraannya itu berjaya membuat Mak Chak
lega. Walaupun orangnya kaya-raya tetapi mereka menerima
keadaan yang mendatang dengan tenang. Nasib Hana betul-
betul baik, katanya di dalam hati.
Cuma sekarang ini masalahnya terletak pada
Datuk. Mak Chak berjanji pada dirinya supaya bersabar.
Kalau dia buat tidak tentu dan tersalah langkah, nasib Hana
juga yang akan tergugat. Jadi, buat masa ini Mak Chak akan
biarkan Datin Maimunah cuba memberitahu Datuk Hisham
tentang masalah yang anaknya sendiri sudah lakukan.
“Betul tu, biar Datin pujuk Datuk dulu. Datuk ini
jenis orang yang kira kedudukaan dan pangkat sikit. Bukan
macam kakak saya ni,” jelas Adli.
Tidak lama kemudian Ani keluar dari dapur. Di

144
Alina Haizar

belakangnya bibik yang membawa minuman untuk tetamu.


Ani duduk di sebelah Mak Chak.
Adli memberi isyarat kepada Ani supaya
memberitahu Mak Chak apa yang telah mereka rancangkan
untuk Hana.
“Saya rasa Cik Siti pun tak mahu malu, Hana pun
macam tu. Kami pun tak mahu malu. Sementara menunggu
Jeff balik, kita bawa dulu Hana balik ke kampung mak
mertua saya di Negeri Sembilan. Setuju?” pujuk Ani. Dia
tidak sedar peranan yang dia mainkan penting dalam
rancangan halus Datin Maimunah dan Adli.
Datin Maimunah dan Adli serentak menganggukkan
kepala masing-masing.
Mak Chak mengangguk setuju. Senang sungguh
hatinya. Masalah ini hampir menuju jalan penyelesaian.
Hana mengangguk sahaja. Sekurang-kurangnya
mereka tidak menghalau dia keluar apabila mengetahui
tentang dirinya. Lega rasanya. Hana betul-betul menghargai
sikap terbuka Datin Maimunah.
Selama ini dia salah sangka. Dia ingat sudah
semestinya Datin Maimunah tidak akan merestui
perhubungan mereka berdua. Rupa-rupanya Datuk Hisham
yang tidak restui perhubungan Jeffery dengan sesiapa pun
kerana dia sudah ada rancangan lain. Seram Hana bila
memikirkan reaksi Datuk Hisham nanti. Takut Datuk
Hisham membencinya. Tetapi mummy Jeffery sangat baik
orangnya. Terbit satu harapan di dalam diri Hana. Dia berdoa
agar masalahnya ini dapat diselesaikan dan berharap akan
impian murninya selama ini bakal tercapai jua.

145
No. ISBN:- 978-967-5067-40-2
Jumlah muka surat: 492
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM81, Sabah/Sarawak: RM21
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17

Sinopsis:-
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery
telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan
penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-
masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati
kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.
Hana telah memulakan hidup baharu dengan
karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah
menukar nama dan identitinya, lantas tidak berpaling ke
belakang lagi.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun
hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang
kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana
mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak itu?
Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan
anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah
merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam...
kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan
harta!

“Cinta ini adalah milik kau dan aku... tak akan ada
sesiapa di dalam takdir kita.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


HADIRMU TAKDIRKU di rangkaian kedai buku MPH,
Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai