Anda di halaman 1dari 9

KONSEP FALSAFAH

PENDIDKAN KEBANGSAAN

WENAH RINAH
AISYAH ARIFAH MUSLIM
PENGENALAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani


iaitu philos dan Sophia.

Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula


bermaksud kebijaksaan.
Ahli Fikir Barat

Russell ( 1946 ) : Falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman


atau pengertian di antara teologi dan sains. Hal ini adalah
demikian kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi
terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller : Falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk


berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara
penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai satu usaha untuk
berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting
mengenai pendidikan.
Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran
atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.
Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada
usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik,
sistematik dan logikal.
TUJUAN

Mencari dan membukti kebenaran dan memberi


arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
TUJUAN

Menganjakkan diri ke kedudukan kehadapan dengan


mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas
yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah
hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.

Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan


bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang
secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan
seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
SUMBER

50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di


Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

Anda mungkin juga menyukai