Anda di halaman 1dari 2

Proklamasi Diraja 1763

Setelah menyedari punca masalah pertentangan British dan Orang Indian di Amerika itu, menteri
kolonial British, George Grenville di London telah memperkenalkan the Royal Proclamation of
1763 dengan harapan untuk memberhentikan perluasan koloni-koloni British ke arah barat.
Proklamasi ini mengandungi arahan kepada koloni-koloni agar tidak membina petempatan di
sebelah barat pergunungan Appalachian. Sebarang koloni yang telah berada di kawasan larangan
itu dikehendaki meninggalkan petempatan mereka dengan segera. Walau bagaimanapun,
proklamasi tersebut gagal menghalang pergerakan migrasi dan aktiviti koloni-koloni British
sudahpun maklum bahawa kerajaan Kolonial tidak dapat memujuk mereka untuk mematuhi
sebarang peraturan yang dikenakan terhadap mereka.

Britian mengenakan tindakan tentera dan cukai


Sebelum tahun 1763 lagi, pihak kerajaan Kolonial telahpun membuat keputusan untuk
menempatan 10 ribu tentara di koloni-koloni. Walhal dalam masa wujudnya keamanan selepas
tahun 1763, tindakan ketenteraan adalah tidak diperlukan lagi. Sebaliknya bagi pihak kerajaan
kolonial pula, yang melihat keadaan koloni-koloni di Amerika yang makmur itu perlu membayar
sedikit bahagian hasil mereka sebagai jaminan perlindungan.

The Sugar Act of 1764 - Setelah meneliti kewangan kolonial, Grenville (menteri Kolonial British
di London) mendapati kos perbelanjaan perkhidamatan kastam adalah sebanyak 8 ribu paun
setahun. Manakala hasil kastam yang masuk hanya sebanyak 2 ribu paun. Oleh itu, beliau
menjangka punca kemelesetan kewangan itu berlaku adalah kerana aktiviti penyeludupan. Pada
tahun 1764, beliau telah memperkenalkan satu akta gula untuk mengawal kemasukan gula
mentah ke Britian dan membenteraskan aktiviti penyeludupan di Britain dan di koloni-koloni
Amerika. Undang-undang mahkamah ketentaraan dikenakan ke atas pesalah-pesalah aktiviti
penyeludupan. Akta ini telah membimbangkan pihak-pihak tertentu di koloni-koloni,
terutamanya berhubung dengan perlantikan hakim-hakim yang didatangkan dari Britian.

The Quartering Act of 1765 - Bagi tujuan untuk mendapatkan sumber perbelanjaan pasukan
tentera British di koloni-koloni, Grenville sekali lagi memperkenalkan satu akta yang
mensyaratkan setiap koloni menyedia kemudahan kediaman dan keperluan tertentu kepada
tentera-tentera British. Pihak koloni-koloni merasa bertambah marah dengan pengenalan akta
tersebut, terutamanya koloni New York yang terpaksa menempatkan sejumlah besar tentera
British berbanding koloni-koloni lain.

The Stamp Act of 1765 - Tidak cukup dengan perlaksanaan akta petempatan askar tersebut,
Grenville telah meluluskan satu akta setem pada tahun yang sama. Ia bertujuan untuk
mengenakan cukai setem ke atas semua perpindahan (kiriman) surat-surat atau dokumen-
dokumen dan pembelian arak, suratkhabar, sijil pelajaran dan lain-lain lagi. Undang-undang
mahkamah ketenteraan juga dikenakan ke atas pesalahnya. Walau bagaimanapun, pihak koloni-
koloni tidak mempersetujui akta ini, malah memalaukan penjualan setem tersebut. Pihak koloni
di Amerika telah melancarkan protest mereka terhadap pengenalan akta setem tersebut. Pada
bulan oktober 1765, satu kongres (Stamp Act Congress) oleh 9 koloni yang diadakan di New
York. Kongres ini meluluskan satu Deklarasi Hak dan Ketidakpuasan (declaration of rights and
grievances) terhadap dasar kerajaan kolonial. Dalam deklarasi tersebut, antara keputusan yang
diluluskan ialah menuntut pihak kerajaan kolonial menghapuskan pengadilan mahkamah
ketenteraan, akta gula dan akta cukai atas alasan pihak kolonial di London tidak ada hak untuk
mengenakan sebarang peraturan bagi pihak koloni-koloni di Amerika memandangkan ketiadaan
perwakilan di Parlimen.

Anda mungkin juga menyukai