Anda di halaman 1dari 1

KOMSAS: HARGA REMAJA

TEMA:-
 Harapan dan amanat kepada golongan remaja agar mengisi
kehidupan remaja dengan amalan yang sihat. Remaja mestilah
mempunyai hala tuju dan matlamat hidup.
PERSOALAN:-
1. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.
2. Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
3. Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan
dalam mencari ilmu.
4. Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan
mereka.
NILAI:-
1. Tabah > remaja perlu tabah menuntut ilmu.
2. Keberanian > perlu berani berhadapan pelbagai dugaan.
3. Berhati-hati > perlu berhati-hati supaya tidak dikelirukan oleh
perasaan cinta pada usia remaja.
4. Bijak > menggunakan peluang ketika remaja yang serba bertenaga.
5. Rasional > mesti rasional dalam apa-apa jua tindakan.

RANGKAP MAKSUD
1 Keadaan kehidupan remaja yang serba muda dan bertenaga
serta bebas daripada runtunan masalah.
2 Kehidupan remaja yang perlu memilih sama ada memilih untuk
leka bercinta atau berusaha menuntut ilmu.
3 Usia remaja sebenarnya sangat berharga dan tidak boleh dijual
beli. Harga usia remaja ialah keteguhan hati, keberanian
menempuh cabaran dan kegigihan menuntut ilmu.
4 Remaja perlu memenuhi usianya dengan hala tuju hidup yang
jelas dan menjadi insan yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai