Sampaikan
Sampaikan
:: Sampaikan ::.
Posted on: Jan 03, 2004 - 10:56 PM by lady_rain
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang
maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan
8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan
lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah s.a.w akan
mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap
garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di
tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan
enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah
maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa
garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab
bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga
mati org yg sudah berkahwin yang berzina?.
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan
sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah
berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel
lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati
salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi
jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi
sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi
manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris
Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi,
ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti
bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar,
Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN
BERGUNA.... BAGUS NI...