Cadangan Kertas Kerja Annisa'

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

_________________________

_____________________________________________________
HUMAN DEVELOPMENT CONSULTANTS

__________________________________________________________

CADANGAN KERTAS KERJA

BENGKEL
MENANGANI TEKANAN DENGAN BIJAK
“PILIHAN DI TANGAN ANDA!”

PENGANJUR:
SYARIKAT PERUNDINGAN ANNISA’ INC.
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

TARIKH:
2 OGOS 2008

MASA:
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT:
PUSAT SERENTI, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Hakcipta_ANNISA’ Inc.
1.0 Tujuan

Kertas kerja ini dikemukakan bagi memberikan gambaran awal tentang cadangan program yang
akan dijalankan di Pusat Serenti, Kota Samarahan untuk pertimbangan dan tindakan lanjut pihak
pentadbiran organisasi dan juga penganjur program.

2.0 Pendahuluan
Tekanan merupakan suatu keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu
keadaan diri seseorang dan menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk
menghadapinya. Menurut Hatta Sidi (1998), tekanan merujuk kepada manifestasi sistem minda-
tubuh yang tidak boleh diramalkan, akibat daripada tekanan dalaman dan luaran, yang sekiranya
berterusan boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.
Tekanan perlu dihadapi dan ditangani dengan segera supaya ia tidak akan mengganggu
kehidupan dalam diri individu tersebut. Tekanan juga mempunyai peranan untuk menggerakkan
diri ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Namun demikian, ia seharusnya di urus dengan
sebaik-baiknya agar ia menjadi agen penggerak dalam mencari kebahagiaan hidup.

3.0 Matlamat

Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan serta meningkatkan
pemahaman peserta dalam mengaplikasikan kemahiran-kemahiran atau teknik-teknik
pengurusan tekanan yang berkesan di samping memberi motivasi kepada mereka dalam usaha
menangani tekanan dengan bijaksana bagi mengekalkan prestasi dan juga produktiviti sesebuah
organisasi.

4.0 Objektif

4.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai tekanan;
jenis-jenis tekanan, punca-punca tekanan, simptom-simptom tekanan serta
implikasi terhadap tekanan yang dialami oleh individual.
4.2 Memberi pendedahan tentang teknik-teknik pengurusan tekanan yang efisien dan
berkesan.
4.3 Membuka peluang kepada para peserta untuk mendapatkan pengalaman secara
terus untuk mempraktiskan pengurusan tekanan dengan sebenar.
4.4 Membantu meningkatkan motivasi diri peserta untuk menguruskan tekanan yang
dihadapi bagi mengekalkan prestasi dan juga produktiviti sesebuah organisasi.

5.0 Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh : 2 Ogos 2008

Hakcipta_ANNISA’ Inc.
Masa : 8.00 pagi sehingga 1.30 petang
Tempat: Dewan Pusat Serenti, Kota Samarahan, Sarawak
6.0 Sasaran

 Staf-staf di Pusat Serenti, Kota Samarahan iaitu seramai 20 orang peserta.


 Urusetia yang terlibat adalah seramai 5 orang iaitu panel-panel perunding daripada
Syarikat Perundingan ANNISA’ Inc.

7.0 Kaedah Program

Kaedah program yang akan dilaksanakan adalah bengkel masa pendek yang menyediakan
modul-modul terbaik bagi pengurusan tekanan dalam bentuk:
 Forum
 Latihan dalam kumpulan (LDK)
 Aktiviti dalam kumpulan (ADK)

8.0 Cadangan Tentatif Program

8.00 pagi : Pendaftaran peserta


8.30 pagi : Majlis pembukaan dan perasmian program
9.00 pagi : Forum Perdana
10.00 pagi : Ice Breaking
10.20 pagi : LDK 1 (Bicara Hatiku)
11.00 pagi : Minum pagi
11. 20 pagi : LDK 2 (Ku Bahagia!)
12.30 tengahari: Rumusan Besar & Majlis Penutup
1.00 petang : Bersurai & Jamuan Ringkas

9.0 AJK Pelaksana

Penaung : Puan Nor Hasniah Binti Ibrahim


(Pensyarah di Jabatan Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak)

Penasihat : Norrul Aikma Bt Mohamed


(Pengarah Urusan Syarikat ANNISA’ Inc.)

Pengarah Program : Mas Binti Jali

Setiausaha : Zyzy Athirah Bt. Sahmat

Hakcipta_ANNISA’ Inc.
Ahli Jawatankuasa : Siti Rohani Bt. Ahmad
10.0 Anggaran Perbelanjaan

Peserta : 20 orang
Urusetia : 5 orang
Jemputan Khas : 2 orang

PERKARA HARGA SEUNIT BILANGAN JUMLAH


DIPERLUKAN
Jamuan Ringkas RM 3.50 RM 3.50 x 27 orang RM 94.50
Minum pagi RM 2.50 RM 2.50 x 27 orang RM 67.50
Kertas Warna RM 1.00 RM 1.00 x 20 orang RM 20.00
Kertas A4 RM 11.00 RM 11.00 x 1 rim RM 11.00
Kos Percetakan RM 15.00 RM 15.00 x 1 unit RM 15.00
Alat-alat tulis & Fail RM 2.00 RM 2.00 x 20 orang RM 40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 248.00

12.0 Penutup

Jawatankuasa pelaksana bagi projek ini berharap agar aktiviti ini mendapat sokongan dan
kebenaran dari pihak tuan agar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sehubungan itu, kerjasama
dan bantuan daripada semua pihak adalah amat dialu-alukan demi menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

-------------------------------------
(MAS BINTI JALI)
013 8078616
Pengarah Projek
Bengkel Menangani Tekanan Dengan Bijak
”Pilihan di Tangan Anda!”
Syarikat Perundingan ANNISA’ Inc.

Hakcipta_ANNISA’ Inc.

Anda mungkin juga menyukai