Anda di halaman 1dari 4

Thursday, November 25, 2010

Disiplin Asertif
Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh
guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin
asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan
tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar
dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh
itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi
masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-
caranya.

Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter,
murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-
keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif.
Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama


menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah
mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan
dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi
dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid
cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa
Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah
ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau
lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas
tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi
kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam
kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan.
Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri
supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.

Peneguhan

Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin
Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan
seperti penghargaan, pujian  atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar
peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid
sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan
menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan.
Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar
kerja rumah mereka.

Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam
kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa
yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan
tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama,
peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas
terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja
rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang
tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti
menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya
mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif
terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi
amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa
dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan
mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru
harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-
murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan
menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.

Pendekatan asertif

            Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin


bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan
pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan
menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini,
perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan
mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu
muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan
tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.

            Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut.
Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar
peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya
mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan
dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas
sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak
dipatuhi.

            Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau
tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid
serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan
jelas dan tegas. Contohnya, ‘ peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk
menjawab soalan’ atau ‘angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan
memanggil awak.’ Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan
baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih
konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang
dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Tindakan pembetulan

            Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada


murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau
psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang
selesa murid.

Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan


kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan
hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.

             Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana


pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil
tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah
laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter
menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta
tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat
dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

                Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam


pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan,
pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan
dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik
darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif.html

7.2.20011

Anda mungkin juga menyukai