Anda di halaman 1dari 80

SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Latihan muka surat 4.

1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik


kepada Zaman Neolitik?

Jawapan

- Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya:


- Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah.
- Bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh.
- Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan
untuk keperluan harian.
- Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang-undang atau
peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka.
- Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup.
- Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk
memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka.
- Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya.
- Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada
aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem
barter).

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka.

Jawapan

- Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya.


- Menternak binatang sepeti lembu dan kambing
- Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam.

Jawapan

- Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman
berjaya mencipta perahu dan rumah.
- Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan.
Petempatan besar ini kemudian berkembang menjadi bandar atau kota.
- Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku dalam bentuk tulisan.
- Mengetahui cara-cara mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar,
makanan, alatan besi dan sebagainya.
- Alatan batu diganti dengan logam.
- Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-ukiran yang cantik.

1
Latihan muka surat 5.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “tamadun”?

- Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta
perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan
sebagainya.

2. Nyatakan maksud tamadun pada pandangan Islam.

Jawapan

- Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal
semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan
menurut Islam.

Latihan muka surat 8.

1. Senaraikan ciri tamadun.

Jawapan

1. Petempatan kekal.
2. Kehidupan berorganisasi.
3. Sistem pemerintahan.
4. Pengkhususan pekerjaan.
5. Agama dan pekerjaan.
6. Bahasa dan sistem tulisan.

2. Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia.

Jawapan

- Petempatan kekal – membawa kepada corak kehidupan yang sistematik.


- Kehidupan berorganisasi – memastikan kestabilan dan kemakmuran.
- Sistem pemerintahan – untuk menjadi panduan dalam menjamin kesjahteraan.
- Pengkhususan pekerjaan – membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.
- Agama dan pekerjaan – manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan
alam sekelilig.
- Bahasa dan sistem tulisan – penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan, pentadbiran.

2
3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?

Jawapan

 Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian,


penternakan, struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta
mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat.
 Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan
dengan kawasan lain.
 Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan
kehidupan mereka.
 Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu, mereka telah
mencipta pelbagai ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka juga
berfikir bagaimana untuk mengatasi halangan/cabaran yang melanda hidup mereka seperti
banjir, kemarau, cuaca panas/sejuk, dan sebagainya.
 Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda, dan sebagainya.

Latihan dalam buku teks, muka surat 9.

1. Senaraikan tamdun awal yang terbentuk di lembah sungai.

Jawapan

 Tamadun Mesopotamia – Sg. Tigris dan Sg. Euphrates (3500 S.M.)


 Tamadun Mesir Purba – Sg. Nil (3000 S.M.)
 Tamadun Indus – Sg. Indus (2500 S.M.)
 Tamadun Hwang Ho – Sg. Hwang Ho (1800 S.M.)

2. Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai?

Jawapan
 Sungai sebagai sumber ekonomi asas.
 Sungai merupakan kawasan pertanian subur.
 Sungai sumber bekalan air untuk pertanian.
 Sungai sebagai sumber protein.
 Sungai mempunyai iklim yang sesuai.
 Kesuburan tanah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 17.

1. Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia?

Jawapan
 Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates.
 Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, Dataran Tinggi Arab di
barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

3
2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?

Jawapan
 Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
 Raja sebagai ketua pentadbir dan, ketua pendita serta berkuasa dalam hal-hal
keagamaan.
 Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta
menentukan bentuk pentadbiran.
 Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan.
 Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak
menyembah raja, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.).

3. Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Jawapan

 Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah kerajaan Babylon.


 Undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
 Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan yang berbeza mengikut susun lapis
masyarakat.
 Kod ini mengandungi 282 indang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar supaya
rakyat boleh membacanya.
 Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan rakyat pelbagai
kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat.
 Undang-undang ini dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
masyarakat.
 Undang-undang ini membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. – 539 S.M..

4. Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia.

Jawapan
 Tulisan membawa kepada kewujudan sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan
jurutulis.
 Kewujudan jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkodkan.
 Kewujudan tulisan membolehkan semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota,
dan
surat kredit.
 Tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia yang mengandungi falsafah dan cara hidup
masyarakat Mesopotamia.

4
Latihan dalam buku teks, muka surat 23.

1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir
Purba.

Jawapan

 Bandar Thinis.
 Bandar Memphis.
 Bandar Thebes.

2. Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama.

Jawapan

 Firaun adalah raja berkuasa mutlak dan dianggap suci.


 Ketua pendeta, pemilik semua tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
 Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun.
 Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
 Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan matahari iaitu Amon-Re.

3. Terangkan fungsi tulisan hieroglif.

Jawapan

 Merekodkan segala aktiviti pertanian, percukaian.


 Tujuan keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan.

4. Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan.

Jawapan

 Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di
istana.
 Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan.
 Mengawetkan mayat menjadi mumia.
 Mahir dalam ilmu pembedahan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 28.

1. Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk?

Jawapan

 Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.


 Kesuburan tanah dan sumber air membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam
dan menternak binatang.
 Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan membawa kepada pertambahan
jumlah penduduk.

5
 Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur.

2. Apakah keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?

Jawapan

 Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat
keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan
tempat penyimpanan hasil pertanian.
 Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
 Dikelilingi oleh tembok-tembok.
 Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
 Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus.
 Sistem kumbahan yang terancang.
 Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
 Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan
suhu yang tinggi untuk membina rumah.
 Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.

3. Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat membina bandar terancang.

Jawapan

 Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran
batu-bata.
 Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir.

Latihan dalam buku teks, muka surat 33.

1. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.

Jawapan

 Dinasti Hsia (2205 S.M. – 1766 S.M.)


 Dinasti Shang (1766 S.M. – 1050 S.M.)
 Dinasti Chou (1050 S.M. – 256 S.M.)

2. Mengapa Dinasti Shang mengalami kejatuhan?

Jawapan

 Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan
kezaliman pemerintahan Dinasti Shang.
 Menyebabkan suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan
untuk menjatuhkan pemerintahan Shang dan menggantikan dengan Dinasti Chou.

3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?

Jawapan

6
 Fungsi tulang oracle adalah sebagai alat untuk meramalkan sesuatu keadaan.
 Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas api
sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

4. Nyatakan fungsi tulisan ideogram.

Jawapan

 Bentuk tulisan awal di China


 Pada awalnya digunakan dalam penilikan nasib berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat
pada tulang oracle.
 Bentuk tulisan ini asalnya berbentuk simbol dengan gambar seperti kanak-kanak, bulan,
matahari dan sungai.
 Tulisan ini kemudiannya berubah lepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat
pada hari ini dan digunakan dalam bidang tulisan harian seperti buku dan media cetak dan
diajar di sekolah-sekolah China.

5. Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian.

Jawapan

 Membina sistem pengairan untuk pembangunan sektor pertanian.


 Sistem kawalan banjir diperkenalkan dan sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk
mengairi kawasan pertanian.
 Petani menggunakan teknologi pembajakan serta mencipta cangkul dan sabit. Batas-batas
untuk pertanian mula diperkenalkan pada masa pemerintahan Dinasti Shang.
 Peralatan pertanian telah dibuat menggunakan logam besi bagi menggantikan peralatan
daripada kayu

A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 36.

1. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk
menyimpan rekod.

a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan
yang telah dicipta.

Jawapan

 Tulisan cuneiform – tamadun Mesopotamia.


 Tulisan heiroglif – tamadun Mesir Purba.
 Tulisan piktograf – tamdun Indus.
 Tulisan ideogram – tamadun Hwang Ho.

7
b. Jelaskan kepentinagan tulisan pada ketika itu.

Jawapan

 Merangsang kepada perkembangan pendidikan.


 Merekodkan semua urusan pentadbiran, seperti aktiviti pertanian, kutipan cukai, upacara
keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
 Menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan.
 Kelahiran tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah
dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.
 Merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun dan menjadi sumber
sejarah yang amat berharga.
 Penilikan nasib seperti tulisan ideogram.
 Menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti kod undang-undang Hammurabi.
 Asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains,
astronomi, dan perubatan.

2. Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Hadiah daripada Sungai Nil”.

Buktikan penyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan

 Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian
utara Mesir ke Laut Mediterranean.
 Sungai Nil berpuca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari
tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.
 Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar
kawasan gersang kepada dataran lanar yang subur.
 Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian
dan petempatan manusia.
 Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai
Nil, sudah pasti tidak wujud tamadun Mesir.
 Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti
penduduk untuk menetap di situ.
 Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan.
 Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman
pertanian.
 Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan
tamadun Mesir.
 Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan
tamadun Mesir.

8
3. “Pemimpin cemerlang, negara gemilang.”

Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan
sesebuah tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil contoh peranan raja dalam
tamadun awal dunia.

Jawapan

 Kebanyakan tamadun awal dunia meletakkan raja sebagai individu yang berada di puncak
hierarki sosial dalam susun lapis masyarakat.
 Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi, dan
mempunyai kuasa mutlak.
 Sistem beraja dalam tamadun Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi, raja berperanan
sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan
penting di zigurat.
 Raja berperanan sebagai penasihat dan berkuasa penuh ke atas soal tanah, percukaian, hasil
pertanian dan perdagangan. Kesemua ini menunjukkan raja bertanggungjawab untuk
memastikan kemajuan dan perkembangan tamadun di bawah kekuasaannya.
 Raja Hammurabi contohnya, telah memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi untuk
dijadikan panduan dalam pemerintahan dan kehidupan harian.
 Raja juga turut memberi sumbangan dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi,
pertahanan, perancangan bandar dan sebagainya. Contohnya Raja Sargon telah berjaya
menyatupadukan seluruh Mesopotamia dan membentuk konsep empayar yang pertama di
dunia.
 Pembinaan perpustakaan di raja di bandar Niniveh oleh Ashurbanipal pula merupakan
sumbangan yang amat penting dan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada
generasi sekarang.
 Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan
Assyria kerana pemerintahan begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak
500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan
disampelkan penggunaannya. Ini menunjukkan keperihatinan raja terhadap masyarakatnya.
 Pembinaan pinut-pintu gerbang mencerminkan identiti negara kota dan menjadi lambang
kemegahan dan mercu tanda sesebuah negara kota. Pembinaan pintu gerbang dibuat atas
arahan raja untuk mencantikkan bandar, di samping untuk menanamkan taat setia lepada
pemrintah. Ini adalah kerana di sebelah pintu gerbang tersebut ada terdapat patung raja yang
menjadi simbol perpaduan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah.
 Kota-kota pertahanan dibina untuk menjadi benteng prtahanan daripada ancaman musuh dan
merupakan lambang kegigihan dan ketekunan raja bagi menjamin kelangsungan dan
kecemerlangan sesebuah tamadun.
 Pembinaan sistem pengairan amat penting bagi menjamin aktiviti pertanian dapat diusahakan
secara berterusan. Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dalam pembinaan sistem
pengairan, saliran serta kawasan banjir. Pembinaan Taman Tergantung Babylon pula
merupakan mercu tanda ketinggian dan kegemilangan aspek seni bina.
 Pemerintahan Mesir telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan
padang pasir menjadi kawasan pertanian. Hal ini terbukti semasa firaun Senuusret III menjadi
pemerintah, sebuah tembok pengairan sepanjang 123 meter telah diguna bagi menebus guna
kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
Ini membuktikan kebenaran bahawa pemimpin cemerlang, negara gemilang.

9
4. Dengan merujuk kepada struktur organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang, huraikan
peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam perkembangan tamadun
Hwang Ho.

Jawapan

 Dalam organisasi sosial Dinasti Shang, masyarakat dibahagikan kepada empat lapisan
iatu:

I. Raja

 Raja berperanan sebagai pemerintah berkuasa mutlak, mendapat kuasa hasil


mandat daripada Tuhan dan tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana
mereka daripada keturunan pemerintah agama, berkuasa dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan agama.
 Masyarakat China percaya sekiranya raja memerintah dengan adil, kerajaan dan
rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah
direstui Tuhan. Mereka percaya bahawa pemerintah Shang akan kehilangan
mandat sekiranya raja melakukan kezaliman ke atas rakyat. Kemurkaan Tuhan ini
ditandai dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, kemarau, dan
peperangan yang berpanjangan.
 Raja juga berperanan membahagikan tanah kepada golongan bangsawan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah tersebut.
II. Bangsawan – terdiri daripada pembesar dan pegawai-pegawai kerajaan.
 Golongan bangsawan mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam
wilayah yang dikurniakan oleh raja dan membentuk sistem pentadbiran sendiri
seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Mereka juga mempunyai
pasukan tenteranya sendiri dan bertanggungjawab melindungi golongan pembesar
dan membantu raja sekiranya diperlukan untuk menentang musuh.
III. Golongan petani, artisan, pedagang
 Lapisan yang paling ramai adalah petani, artisan, dan pedagang. Golongan ini
berperanan dalam menghasilkan keperluan harian seperti makanan serta
menghasilkan barang-barang seperti gangsa untuk dibuat senjata, perisai, hiasan
dan sebagainya.
 Kebanyakkan petani tinggal di kawasan luar bandar dan membekalkan makanan
kepada penduduk bandar. Mereka merupakan tunggak ekonomi negara untuk
menghasilkan barang makanan bagi menampung keperluan golongan atasan.
 Golongan artisan pula berperanan mereka cipta pelbagai brangan tembaga seperti
perhiasan, barang tembikar, bekas minuman dan makanan.
IV. Hamba
 Hamba berada di lapisan paling bawah dan kebanyakan mereka menjadi tentera
paksaan di samping membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban
dalam upacara pentembahan.

10
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

Latihan muka surat 42.

1. Nyatakan ciri-ciri istemewa pemerintahan negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun
Yunani.

Jawapan

- Negara kota dapat didefinisikan sebagai sebuah institusi politik yang merdeka dan bebas
dalam menjalankan undang-undangnya sendiri lengkap dengan pasukan tentera dan berpusat
di sebuah kota atau bandar serta mempunyai kedaulatannya sendiri. Masyarakat dalam setiap
negara kota itu sentiasa bersatu padu serta sanggup mempertahankan negara kota mereka
daripada ancaman negara kota lain. Dalam tamadun Yunani terdapat lebih kurang 150 buah
negara kota, tetapi yang lebih menonjol ialah Athens dan Sparta.
- Setiap negara kota mempunyai acropolis, iaitu puncak tertinggi yang menempatkan
bangunan kerajaan dan keagamaan, agora merupakan tempat pertemuan rakyat dan pusat
ekonomi bagi sesebuah negara kota.
- Kawasan di luar kota merupakan kawasan pertanian yang menyediakan keperluan makanan
kepada penduduk kota.
- Setiap negara kota mempunyai Tuhan masing-masing dan purata penduduk setiap negara
kota adalah kecil. Negara kota, Athens pada kemuncaknya hanya mempunyai penduduk 40
000 orang.
- Negara kota berperanan memelihara ketertiban dalam menyusun masyarakat serta menjamin
hak setiap rakyat di samping melindungi negara kota daripada ancaman luar.
- Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di
dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

2. Jelaskan peranan majlis pembandaran dalam tamadun Rom.

Jawapan

- Majlis Pembandaran Rom wujud pada abad kedua Masihi.


- Majlis ini mempunyai kuasa tersendiri dalam menjalankan urusan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat Rom.
- Majlis ini berperanan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada penduduk bandar.
- Antara peranannya, memastikan pengurusan dan perancangan bandar yang lebih terancang
dan sistematik seperti menyediakan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat,
sarkas, tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.
- Segala keperluan penduduk bandar disediakan oleh Majlis Pembandaran bagi memberikan
keselesaan kepada penduduk bandar.

11
Latihan dalam buku teks, muka surat 45.

1. Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens.

Jawapan

- Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.


- Semua warganegara lelaki Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
antara enam bulan hingga setahun.
- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan
boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
-- Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh ke atas Majlis, Majistret dan Juri.

2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam
tamadun Rom.

Jawapan

- Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Perlantikan dua
orang konsul memastikan tidak ada di antara mereka yang lebih berkuasa.
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran
negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, mereka biasanya seorang
praeotor iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
- Semua keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.

3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.

Jawapan

- Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.


- Penaklukan juga boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama
Buddha.
- Kemajuan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara memerlukan satu bentuk
pentadbiran yang cekap.
- Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan
pentadbiran.
- Kerjasama, tolak ansur dan toleransi perlu diperaktikkan dalam kehidupan supaya dapat
menghindari dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
- Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin
kesejahteraan/keamanan negara.

12
4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China.

Jawapan

 Sistem pentadbiran pusat membolehkan raja menguasai semua wilayah dan membolehkan
lahirnya konsep empayar.
 Pembentukan empayar telah menukarkan status dan gelaran raja kepada maharaja.
 Penguasaan pusat yang kuat membolehkan raja membentuk satu sistem birokrasi yang teratur
terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja.
 Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang
dikendalikan oleh sesebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali
sebagai Hon Kao Tsu.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 47.

1. Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan oleh:

a. Tamadun Rom

Jawapan

 Undang-undang tamadun Rom diperkenalkan oleh Maharaja Justinian yang mengasaskan


empayar Byzantine. Dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang rumit, beliau
telah memperkenalkan kod undang-undang Rom pada tahun 527 M. yang juga dikenali
sebagai Undang-undand Justinian.
 Sebelum Undang-undang Justinian diperkenalkan, terdapat undang-undang Rom pertama
yang dikenali sebagai Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan
Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang ini
diperkenalkan tahun 449 S.M.. Undang-undang Rom mengandungi tiga aspek utama, iaitu:

1. Undang-undang sivil.
2. Undang-undang rakyat.
3. Undang-undang natural (natiral law).

Prinsip-prinsip undang ini menegaskan bahawa:

1. Semua manusia sama di sisi undang-undang.


2. Seseorang tidak bersalah sehimgga terbukti bersalah.
3. Keadilan terhadap setiap individu.
4. Hukuman berasaskan bukt yang cukup.

 Prinsip undang-undang di atas menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada
hari ini.

13
b. Dinasti Maurya

Jawapan

 Undang-undang dalam dinasti Maurya berasaskan titah perintah raja. Semua titah
perintah raja akan diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan sungai supaya
undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.
 Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana undang-undang tersebut
dibuat semasa pemerintahan Maharaja Asoka dan undang-undang tersebut
mementingkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

c. Dinasti Chin

Jawapan

 Dinasti Chin memperkenalkan undang-undang yang berasaskan dua prinsip utama, iaitu
hukuman berat dan bercorak kolektif. Undang-undang ini digubal dan diperkenalkan oleh ahli
falsafah bernama Han Fei Tzu. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh
dapat mengawal tingkah laku manusia dan dalam menjalankan undang-undang tidak harus
wujud belas kasihan.
 Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara dalam semua keadaan. Ini adalah
perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan oleh itu raja mesti memiliki kuasa yang
utuh. Undang-undang ini berteraskan falsafah legalisme.
2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip
undang-undang berasaskan Confucius dalam tamadun China.

Jawapan

- Legalisme berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi menjamin


keharmonian negara. Undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku
manusia. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua
keadaan.
- Confucius menekankan keperluan membentuk budi pekerti baik dalam menjaga keharmonian
manusia dan masyarakat serta tidak mementingkan kekerasan.

3. Secara berkumpulan, bincangkan kepentingan sistem undang-undang pada zaman Rom,


Maurya dan Chin.

Jawapan

Kepentingan undang-undang zaman Rom.

 Mewujudkan keseragaman undang-undang bagi membentuk kehidupan yang aman dan


sejahtera.
 Menjamin keadilan undang-undang terhadap semua rakyat Rom, hukuman berasaskan
bukti yang kukuh.
 Memastikan semua rakyat Rom mengetahui undang-undang yang dikuatkuasakan dan
diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
 Membentuk undang-undang bertulis yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada hakim-
hakim.

14
Kepentingan undang-undang zaman Maurya.

 Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja.


 Menjamin kesejahteraan rakyat dan pemerintahan yang adil.
 Memastikan rakyat mengetahui titah perintah raja yang diukir di tiang batu yang didirikan
ditepi jalan untuk tatapan rakyat yang dikenali sebagai Tiang Asoka.

Kepentingan undang-undang zaman Chin.

- Mengawal tingkah laku manusia dan hukuman berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman
berat dan bersifat kolektif.
- Undang-undang berteraskan falsafah legalisme menekankan penguatkuasaan undang-
undang yang tegas bagi mengawal tindak tanduk manusia, dan dalam menguatkuasakan
undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
- Undang-undang Confucius pula menekankan raja perlu mempunyai pekerti yang baik bagi
menjaga keharmonian masyrakat.

Latihan dalam buku teks, muka surat 50.

1. Nyatakan sumbangan Alexander the Great dalam perluasan empayar Yunani.

Jawapan

 Meneruskan usaha-usaha perluasan kuasa selepas kematian ayahnya Raja Philip II.
 Berjaya meluaskan empayar Yunani sehingga ke wilayah jajahan Parsi, Mesir, Lembah Tigris
dan Euphrates, serta lembah Indus.
 Muncul bandar-bandar dan pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan baru, iaitu bandar
Iskandariah di Mesir.
 Menyebarkan kebudayaan hellenistik – campuran kebudayaan Yunani dan Parsi.

2. Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta


Maurya berjaya meluaskan kuasanya.

Jawapan

 Kejayaan menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seluicid di
Syria dan kawasan sempadan India Barat.
 Wujud pemerintahan pusat yang kuat.
 Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan
terhadap kuasa pusat.
 Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai.
 Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra
sebagai ibu kota pemerintahannya.
 Mempunyai pasukan tantera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan
10 000 orang tentera infantri.

15
Latihan dalm buku teks, muka surat 53.

1. Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan?

Jawapan

 Keadaan geografi yang bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian.


 Athens menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur.
 Terletak di kawasan yang berhampiran dengan jalan laut utama/kawasan persisiran pantai.

2. Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam
tamadun India?

Jawapan

 Persatuan perdagangan dikenali sebagai sresthin.


 Antara persatuan tersebut termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit.
 Tujuannya adalah untuk mengawal harga dan kualiti barangan serta gaji pekerja.

3. Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian.

Jawapan

 Memperkenalkan tenggala untuk membuat batas tanaman.


 Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong
beroda.
 Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah.
 Membuat teres di kawasan berbukit untuk tanaman.
 Sistem pengairan untuk sektor pertanian.
 Sistem kawalan banjir yang sistematik.

Latihan dalam buku teks, muka surat 63.

1. Apakah usaha-usaha oleh pemerintah Athens untuk mengembangkan bidang pendidikan?

Jawapan

 Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
 Pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni orator, membaca dan menghafal dititikberatkan.
 Menubuhkan banyak sekolah sehingga banyak melahirkan golongan sofis serta, ahli falsafah
seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

2. Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?

Jawapan

 Herodotus merupakan Bapa Sejarah di samping ahli falsafah yang terkenal.


 Menghasilkan karya History of Persians Wars.

16
3. Jelaskan pencapaian seni bina:

a. Kompleks kuil di Gua Ellora dalam tamadun India.

Jawapan

 Terdapat 28 buah kuil gua yang dibina antara abad kelima hingga abad kelapan
Masihi. Kuil ini memperlihatkan seni bina Buddha yang menampakkan kemahiran
menggunakan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.

b. Kuil Pantheon.

Jawapan

 Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.
 Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M.) dan berfungsi sebagai tempat
memuja serta menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

4. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dari zaman Dinasti Chin
(tahun 221 S.M.) hingga zaman empayar Han (tahun 200 M.)

Jawapan

 Pembuatan kertas, tembikar, layar perahu dan kapal.


 Konsep keseimbangan dua kuasa, iaitu Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasa pasif) yang
menjadi asas kepada perubatan tradisional China.

5. Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada Zaman Vedik dalam taadun India?

Jawapan

 Bahasa yang mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan


seperti kitab veda, epik, sejarah, sajak.
 Mempengaruhi sastera agama Hindu dan Buddha antaranya epik Ramayana dan Mahabrata.
 Bahasa Sanskrit kemudiannya melahirkan bahasa Hindu, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.

6. Terangkan sistem sosial dalam tamadun berikut.

a. Yunani

Jawapan

 Sistem sosial tamadun Yunani, iaitu Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.
- Warganegara.
- Bukan warganegara.
- Golongan hamba.
 Warganegara mempunyai hak berpolitik dalam negara kota sementara golongan
kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
 Negara kota Sparta terbahagi kepada sistem sosial.
- Warganegara tulen
- Pekerja, artisan, pedagang.
17
- Golongan Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.

b. Rom

Jawapan

 Sistem sosial di Rom dapat dibahagikan kepada – warganegara Rom, bukan


warganegara, hamba.
 Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada orang Rom dan bukan
warganegara ialah penduduk yang ditakluki.

Latihan dalam buku teks, muka surat 68.

1. Jelaskan maksud Hukum Karma dalam agama Hindu.

Jawapan

 Hukum Karma merupakan kepercayaan penganut agama Hindu Yang berkait dengan
kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
 Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk
mencapai Moksya iaitu kebebasan mutlak.
 Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke
dunia.
 Seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya.

2. Lakarkan dan labelkan lokasi tempat kemunculan agama dan ajaran

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 70.

1. Alexander the Great - Empayar Yunani


Julius Caeser - Empayar Rom
Shih Huang Ti - Empayar China
Asoka - Empayar Maurya

Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia kerana sumbangan mereka
dalam perluasan kuasa dan pembentukan empayar.

a. Huraikan ketokohan dan kewibawaan seorang daripada mereka.

Jawapan

Alexander the Great – Empayar Yunani

 Merupakan penakluk dan meneruskan usaha ayahnya Raja Philip II membentuk


empayar yang luas.
 Menawan Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh kawasan Laut
Mediterranean.
 Berusaha menyatukan benua Asia dan Eropah berdasarkan kebudayaan Hellenistik
(campuran kebudayaan Yunani dan Parsi).
 Menyebarkan kebudayaan Hellenistik dan menjadikan bandar Iskandariah sebagai
pusat ilmu pengetahuan utama.

18
Julius Ceaser – Empayar Rom.

 Dilahirkan pada 100 S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan
beliau dalam beberapa peperangan. Pada tahun 62 S.M. beliau telah dilantik menjadi praeotor
dan pada tahun 59 S.M. beliau dilantik menjadi konsul.
 Berjaya menjadikan Rom sebuah empayar yang kuat dan berjaya membentuk sistem
pentadbiran pusat yang kuat.
 Menamatkan sistem republik di Rom dan menggantikannya dengan diktator. Menguasai
angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
 Jajahan taluk Rom merangkumi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britain, dan
beberapa kawasan di Jerman.

Shih Huang Ti – Dinasti Chin

 Beliau berjaya menyatupadukan seluruh kerajaan kecil di China. Beliau melaksanakan


pemerintahan autokratik, iaitu tegas dan berkuasa mutlak.
 Antara sumbangan beliau ialah pembinaan Tembok Besar China yang bertujuan untuk
mempertahankan serangan orang Hun (nomad) yang sering mengancam empayarnya.
Tembok Besar China berukuran lebih kurang 5000 kilometer dan lebarnya 4.5 meter hingga 9
meter serta ketinggiannya mencapai 7.5 meter.
 Pembinaannya menggunakan tenaga manusia yang ramai, iaitu lebih daripada 30 000
orang. Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, empayarnya merangkumi sebahagian besar
wilayah Szechuan hingga ke Vietnam. Beliau memakai gelaran maharaja dan menghapuskan
sistem feudal untuk mengukuhkan sistem kerajaan pusat.
 Semua gabenor yang mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar China dilantik oleh Shih
Huang Ti dan bukan lagi diwarisi oleh golongan bangsawan.
 Beliau mengamalkan sistem undang-undang yang tegas dan ketat berasaskan fahaman
legalisme yang berjaya mengawal pentadbiran seluruh empayarnya. Ini menyebabkan buku-
buku Confucius dibakar kerana bertentangan dengan dasar undang-undang yang diamalkan
semasa pemerintahannya.
 Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan atau
pemtadbiran birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam.

Asoka - Dinasti Maurya

 Pemerintah Maurya yang tidak menekankan kekuatan tentera sebagai asas untuk
memperluaskan kuasa, sebaliknya, menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk
meluaskan pengaruh dan kedudukan empayar Maurya. Dasar ini dikaitkan dengan
memberikan penekanan kepada ajaran Buddha. Keadaan tersebut wujud akibat daripada
Perang Ketiga yang yelah mengorbankan ribuan tentera.
 Semasa pemerintahan Asoka, segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu
yang didirikan di tepi-tepi jalan supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.
Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka dan beliau sentiasa berpegang kepada konsep
kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.
 Beliau telah berusaha menyebarkan agam Buddha secara aman dan bukan secara
ketenteraan dengan menghantar utusan-utusan Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah
Timur. Hubungan diplomatik juga dilaksanakan dengan kerajaan Mesir, kerajaan Chola dan
sebagainya.

19
b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan
pemerintahannya.

Jawapan

 Golongan bangsawan telah dihapuskan dan digantikan dengan pegawai-pegawai


kerajaan yang dilantik untuk mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar. Sistem feudal
cuba dihapuskan oleh Shih Huang ti, sokongan bangsawan telah dilumpuhkan dengan
memindahkan mereka ke wilayah lain.
 Kuasa kerajaan pusat semakin mantap, pengaruh golongan bangsawan semakin
merosot. Pembakaran buku-buku Confucius kerana bertentangan dengan amalan Shih
Huang Ti yang mengamalkan undang-undang legalisme.
 Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sangat tegas bagi membendung
kebangkitan rakyat menetang sistem pemerintahannya. Bagi mengatsi masalah
pemberontakan rakyat, Shih Huang Ti melantik pemerhati diraja bagi membuat laporan
dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran wilayah.
 Bagi mengatasi ancaman dari luar, Shih Huang Ti membina Tembok Besar China bagi
menghalang serangan orang gasar. Pembinaan Tembok Besar ini telah dapat
menyelamatkan negeri China daripada ancaman musuh.
 Bagi menguatkan penguasaan sistem pentadbirannya dalam kerajaan pusat, Shih
Huang Ti telah memperkenalkan satu sistem kakitangan awam yang dilatih dan dilantik
untuk menjawat jawatan gabenor di wilayah-wilayah. Sistem peperiksaan awam
diperkenalakan untuk memilih pegawai-pegawai yang layak untuk dilantik sebagai
gabenor di wilayah.
 Pemusatan kuasa merupakan matlamat utama dalam Dinasti Chin, maharaja akan
dibantu oleh penasihat-penasihat yang berpengaruh seperti Canselor yang menjadi
penasihat utama maharaja dan Marshall sebagai setiausaha maharaja yang
bertanggungjawab dalam bidang ketenteraan.

2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Yunani dan Rom.

Jawapan

- Yunani (Athens dan Sparta)

Athens

 Sistem beraja (monarki) – raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim,
ketua tentera dan ketua agama.
 Oligarki – kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul.
 Aristokrasi – pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya.
 Diktator (tirani) – pemerintahan yang zalim, berkuasa mutlak, memperlihatkan kekuasaan
digunakan dengan sewenang-wenangnya, terdiri daripada golongan kaya atau tentera.
 Demokrasi – tedapat Dewan Perhimpunan dan Majlis, semua warganegara lelaki dewasa
diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun,
Dewan Perhimpunan bersidang tiga kalli dalam sebulan, setiap ahli Dewan boleh
mengemukakan cadangan, segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis, Ahli Majlis,
Majistret dan Juri yang telah dilantik oleh Dewan.

Sparta

 Amalkan sistem pemerintahan tentera.


 Anak lelaki dilatih untuk jadi askar yang baik dan melahirkan tentera yang mempunyai
semangat
patriotik yang tinggi.

20
- Rom

 Sistem beraja – berkuasa mutlak, keturunan Etruscan.


 Republik – tiada pemerintah berkuasa mutlak, kuasa tertinggi terletak pada dua orang
konsul yang
dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh.
 Dua orang konsul yang menyebabkan tidak ada yang lebih berkuasa.
 Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili golongan bangsawan bagi
membincangkan hal-hal
pentadbiran negara dan merangka perundangan.
 Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat
Rom. Segala
keputusan dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan.

3. Kemuncak kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada zaman pemerintahan Asoka.

(a) Huraikan kemunculan empayar Maurya

Jawapan

 Empayar Maurya diasaskan oleh Chnadragupta Maurya apabila beliau berjaya


menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321 – 185 S.M.
 Pembentukan empayar Maurya ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
 Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu
Kush dan ibu kotanya terletak di Patalipura.
 Kemunculan empayar Maurya adalah disebabkan oleh kejayaan Chandragupta
Maurya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan
kawasan sempadan India Barat. Mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600
ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang tentera infantri.

(b) Mengapakah Dinasti Maurya runtuh.

Jawapan

 Dinasti Maurya merosot selepas kematian Asoka tahun 232 S.M..


 Empayar Maurya berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah selepas Asoka dan
perebutan kuasa sesama sendiri.
 Wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan membebaskan diri daripada
penguasaan kerajaan pusat.
 Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan.
 Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar
pemerintahan Asoka, yang menjadikan agama Buddha sebagai dasar pemerintahan negara
dan mengabaikan golongan Brahmin.
 Kelemahan kerajaan pusat menyebabkan timbulnya banyak kekacauan dan menjejaskan
keupayaan tentera untuk mengembalikan keamanan.
 Kerajaan pusat tidak berupaya memperoleh cukai daripada wilayah-wilayah dan ini
menjejaskan usaha-usaha pembangunan negara sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan rakyat.
 Empayar Maurya berkhir dengan pembunuhan Maharaja Birhadratha dan diganti dengan
Dinasti Sunga, tetapi dinasti baru ini hanya berkuasadi sekitar Pataliputra sahaja.
 Keagungan tamadun India hanya muncul kembali setelah kemunculan empayar Gupta
kemudiannya.

21
4. Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua buah dinasti yang terkenal dalam tamadun
China.

(a) Bincangkan sumbangan Dinasti Han dan Dinasti Chin dalam bidang falsafah dan
pendidikan.

Jawapan

 Pendidikan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun manusia.


Pendidikan didalam kedua-dua dinasti lebih menumpukan kepentingan untuk mengisi
jawatan dalam pentadbiran.
 Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu Hsiu Tai setaraf dengan ijazah
pertama yang dijalankan di daerah-daerah China. Tahap kedua Chun – Jen setaraf
dengan sarjna yang diadakan di ibu kota daerah, dan tahap ketiga Chin Shih setaraf
dengan doktor falsafah dan dijalankan di ibu kota empayar, bertempat di istana dan di
hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang
menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga layal menjadi pendidik.
 Peperiksaan awam tahap pertama diaidakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
 Untuk menyatupadukan negara China, Dinasti Chin telah memperkenalkan satu sistem
tulisan yang sama untuk seluruh China.
 Perkembangan falsafah bermula pada zaman Dinasti Handan falsafah yang penting
pada zaman tersebut adalah Confucianisme dan Taoisme. Confucianisme dijadikan
agama rasmi Empayar Han. Karya-karya Confucius menjadi bahan kajian utama di
sekolah-sekolah dan menjadi asas peperiksaan perkhidmatan awam dalam memilih
pegawai-pegawai baru dalam pentadbiran. Pengaruh Confucianisme yang meluas
telah mewujudkan kumpulan cerdik pandai yang sangat berpengaruh dalam bidang
pentadbiran.
 Falsafah peperangan juga dihasilkan pada zaman Dinasti Han oleh seorang penulis
bernama Sun Tzu. Beliau mengarang sebuah buku mengenai strategi peperangan
iaitu “The Art of War” yang menjadi rujukan dan pedoman dalam menghadapi
peperangan dan kajian oleh akademi ketenteraan seluruh dunia.
 Dinasti Chin menekankan falsafah legalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu
menyarankan bahawa undang-undang yang tegas perlu untuk mendisplinkan rakyat.
Falsafah ini percaya undang-undang yang tegas dapat mewujudkan nilai baik dan
ketertiban dlam masyarakat.
 Falsafah lain ialah Mencius yang berpendapat manusia berakhlak baik dan menjadi
sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.

22
(b) Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China.

Jawapan

 Dalam tamdun China reka bentuk dan seni binanya agak unik dan berlainan daripada tamadun
lain. Salah satu seni bina yang mengagumkan dunia adalah pembinaan Tembok Besar China
yang berukuran lebih kurang 5000 km panjang. 4.5 meter hingga 9 meter lebar, dan 7.5 meter
tinggi.
 Pembinaan tembok ini dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin
bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun (nomad).
 Semasa Dinasti Ming, tembok tersebut telah disambung sehingga 6400 km panjang dan
pembinaan tembok ini menggunakan tenaga pekerja yang melebihi 30 000 orang.
 Tamdun China juga memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok daripada batu-
bata dan tanah liat di kawasan bandar seperti Cangan, Anyang, Peking dan Loyang. Di
kampung-kampung terdapat tembok yang dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini
mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara yang tinggi.
 Kesemua ciptaan seni bina tersebut digunakan untuk tujuan keselamatan dan menghalang
ancaman daripada pihak musuh.
 Kawasan kediaman maharaja dibina berasingan dengan tembok yang tinggi dan sebuah istana
maharaja yang masih kekal hingga kini, iaitu Kota Larangan yang mempunyai dewan dan
taman.
 Untuk seni bina yang penting masalah kuil dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu dan pusat pemujaan.
 Bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar manakala pagoda pula mempunyai bentuk meninggi
sehingga 15 tingkat. Pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau
bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bergantung pada tempat didirikan.

5. Setiap tamadun mempunyai organisasi sosialnya tersendiri.

a. Bandingkan organisasi sosial antara masyarakat Athens dengan masyarakat Sparta.

Jawapan

 Organisasi sosial masyarakat Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.

- Wargenegara
- Bukan warganegara
- Golongan Hamba

 Warganegara Athens mementingkan kebebasan diri dan hak-hak individu, dan berfikiran
terbuka secara logik.
 Terlibat secara aktif dalam soal-soal pemerintahan negara (sistem demokrasi).
 Organisasi sosial masyarakat Sparta terbahagi kepda tiga kumpulan utama.
- Warganegara Sparta tulen
- Pekerja, artisan, pedagang
- Helots – yang mengusahakan tanah dan golongan majoriti
 Menekankan kepada sumbangan setiap lapisan masyarakat bagi menjamin ketenteraman
negara kota.
 Kanak-kanak lelaki yang sihat diberikan latihan ketenteraan dari kecil bagi membolehkan
mereka menjadi anggota tentera yang berdisiplin dan patuh kepada negara.
 Disiplin yang ketat dan latihan yang lasak membolehkan Sparta melahirkan tentera yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

23
b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik?

Jawapan

 Dikaitkan dengan agama Hindu dan pembahagian sosial di kalangan masyarakat ke dalam
lapisan-lapisan yang tertentu.
 Pembahagian masyarakat lebih menitikberatkan perbezaan warna kulit antara orang-orang
Dravidia dan orang-orang Indo-Aryan.
 Keadaan atau perbezaan warna kulit menyebabkan timbulnya sistem kasta yang mendominasi
sistem sosial dalam tamadun India.
 Pembahagian masyarakat ini diterajui oleh golongan Brahmin (terlibat dalam ritual keagamaan,
Ksyatriya (golongan hulubalang), Vaisya (golongan pedagang dan peniaga), Sudra (petani)
dan golongan yang berkhidmat kepada ketiga-ketiga golongan di atas). Pembahagian
masyarakat berdasarkan sistem kasta mengukuhkan agama Hindu. Kedudukan seseorang
dalam kasta tertentu menentukan peranan dan fungsi individu dalam masyarakat. Sistem kasta
dalam tamadun India agak rigid dan menghalang pergerakan seseorang individu dari satu
kasta ke kasta yang lain.

6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat
dan terus berkembang?

Jawapan

 Kestabilan politik – pemimpin yang berwibawa dan dinamis.


 Hubungan dengan tamadun lain – perdagangan, diplomatik.
 Perkembangan pemikiran dan kemahiran – agama, pendidikan, falsafah, sains dan
teknologi.
 Perkembangan ilmu pengetahuan.
 Penjajahan/penaklukan wilayah/negara.

24
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 74.

1. Berdasarkan sumber dari China, nyatakan pendapat anda tentang kemunculan kerajaan awal
di Asia Tenggara.

Jawapan

- Sumber dari China menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad
ketiga.
Membuktikan kerajaan Funan ialah kerajaan terawal wjud di Asia Tenggara –
berkemugkinan telah
wujud sejak abad kedua Masihi.
- Data arkeologi menunjukkan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang
langgamnya
dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dri India.
- Wujud hubungan perdagangan dan diplomatik antara kerajaan awal Asia Tenggara dengan
China
berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara, di Batu Buruk,
Besut
(Terengganu) dan di Sungai Tembeling (Pahang).
- Sumber dari China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai Utusan
China ke
Funan pada tahun 245-250 Masihi. Raja Funan pada masa itu bernama Kaundinya atau
Houen-
Tien dalam sebutan China.
- Sejarawan G. Coedes menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara
yang
muncul pada abad pertama Masihi.
- G. Coedes berpendapat karajaan Melayu kedua tertua ialah Champa yang wujud pada
sekitar
abad kedua dan dikenali sebagai LinYi. Pada abad ketujuh, barulah kerajaan ini dikenali
sebagai
Champa.

2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara
pada abad ke lima Sebelum Masihi?

Jawapan

- Wujud hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan penempatan Asia Tenggara. Ini
dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (Perak) Kota
Tinggi dan Muar (Johor) serta di pantai barat dan selatan Thailand.
- Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gangsa
Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal kerana terletak berhampiran dengan sungai.
- Perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran dalam pembuatan kapal layar
dan perahu.
- Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar mununjukkan bahawa perdagangan
maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima Sebelum Masihi.

25
3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

- Kedudukan dan lokasi yang strategik, laluan perdagangan antarabangsa di antara India dan
China.
- Mempunyai pelabuhan entrepot, pelabuhan pembekal – pusat perdagangan, pusat
pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.
- Hubungan perdagangan, diplomatik, dan keagamaan dengan tamadun China dan India.
- Mempunyai bahan mentah dan bahan logam yang banyak untuk tujuan perdagangan.
- Kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.
- Jaminan keselamatan untuk perdagangan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 77.

1. Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.

Jawapan

- Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil


hutan dan sungai.
- Terletak dan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan
pedalaman dan berbukit serta dilereng-lereng gunung berapi.
- Pembinaan sistem pengairan yang baik.

2. Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

Jawapan

- Padi sawah dan padi huma.


- Jagung, keledek, pisang.
- Hasil-hasil hutan seperti damar, kayu gaharu, cendana.
- Penternakan lembu, kerbau, kambing, ayam.
- Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.

3. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian agraria.

Jawapan

 Kawasan pertanian yang subur.


 Sistem pengairan yang baik.
 Pemerintah/raja yang mengambil inisiatif dalam pembinaan sistem pengairan/terusan untuk
kemajuan pertanian.
 Bekalan air yang mencukupi untuk kegiatan pertanian/keperluan harian.
 Sumber protein (ikan) dan iklim panas lembap sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti pertanian.
 Sistem pengangkutan/perhubungan sungai yang baik dan teratur.

26
4. Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada masyarakat Angkor?

Jawapan

 Membekalkan sumber air untuk pertanian dan minuman.


 Membekalkan sumbber makanan atau protein (ikan kepada penduduk).
 Sistem kawalan banjir yang sistematik.
 Mendapan tanah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian.
 Alat perhubungan dan pengangkutan utama.

Latihan dalam buku teks, muka surat 83.

1. Nyatakan tiga ciri utama kerajaan maritim.

Jawapan

 Menjalakan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi
sebagai pelabuhan.
 Terletak berhampiran dengan kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
 Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.
 Penggunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan
atau lingua franca.
 Menjadi pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan akhirnya menjadi pelabuhan entrepot
apabila menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
 Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan di pelabuhan seperti tempat menyimpan
barang, kawasan berniaga, ruang membaiki kapal, tempat penginapan, kemudahan
memunggah dan mengangkut barangan dari kapal, serta keselamatan para pedagang.
 Barang dagangan merupakan hasil rempah ratus, hasil hutan, ubat-ubatan tradisional, damar,
rotan, beras, hasil logam dan pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan
kepulauan yang berhampiran.

2. Jelaskan peranan pelabuhan kerajaan maritim.

Jawapan

 Pelabuhan kerajaan – asalnya merupakan pelabuhan pembekal. Berubah menjadi pelabuhan


kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri. Berperanan
membwkalkan segala barangan yang diperlukan ke[ada pedagang yang singgah di pelabuhan
seperti rempah, timah, emas, hasil-hasil hutan dan laut serta makanan.
 Mempumyai kedudukan yang strategik. Pelabuhan kerajaan kemudian menjadi pelabuhan
entrepot, iaitu pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan
takluknya kepada pedagang-pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
 Pelabuhan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan
takluknya.

27
3. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat?

Jawapan

- Didorong oleh semngat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.
- Mempunyai kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk perdagangan.
- Perahu yang dibina mempunyai keupayaan untuk pelayaran jarak jauh kerana penggunaan
kayu-kayan yang baik untuk membuat perahu.
- Mempunyai kemahiran untuk mengetahui kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan
bintang di langit.

4. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim
utama di Asia Tenggara.

Jawapan

- Menediakan satu angkatan laut yang besar dan kuat yang dianggotai oleh pelbagai golongan
rakyat termasuklah orang laut. Fungsi orang laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat
Melaka dan memastikan pedagang serta barang dagangan yang dibawa selamat sampai ke
pelabuhan.
- Pemerintahan Srivijaya juga melakukan dasar perluasan kuasa terhadap kawasan-kawasan
berhampiran seperti menakluki Kedah Tua dan Jambi. Penguasaan terhadap negeri-negeri ini
mebolehkan Srivijaya menguasai perdagangan di Asia Tenggara serta laluan perdagangan
antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Sunda.
- Berkemampuan menghasilkan kapal-kapal yang besar sebagai kapal dagang atau untuk
kegunaan Orang Laut.
- Menyediakan kemudahan untuk pedagang-pedagang yang singgah serperti tempat membaiki
kapal, tempat menyimpan barangan, tempat tinggal, tempat berniaga, serta makanan dan
bekalan air.
- Melantik pegawai yang bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan
perdagangan yang dikenali sebagai Tuhan Vatakuurah (Penyelia Perdagangan) bagi
menguruskan kegiatan perdagangan di Srivijaya.

5. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan


kerajaan agraria?

Jawapan

- Mendapatkan bekalan makanan (beras) daripada kerajaan agraria.


- Mendapatkan bahan-bahan mentah seperti kayu-kayan, kenderaan seperti gajah daripada
kerajaan agraria kayu amat penting kepada kerajaan maritim untuk membuat kapal-kapal
dagang. Gajah pula merupakan kenderaan kepada pemerintah kerajaan maritim sebagai
simbol kekuasaan dan kemegahan.
- Ingin mendapatkan tukang-tukang kayu dan batu yang mahir daripada kerajaan agraria bagi
membina kapal, tempat ibadat, candi, dan bangunan untuk kerajaan maritim.

28
Latihan dalam buku teks, muka surat 88.

1. Jelaskan bagaimana pengaruh India sampai ke Asia Tenggara.

Jawapan

 Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera dan disebarkan oleh penakluk dari India yang
membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.
 Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang.
 Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.
 Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan dan diamalkan.
 Ramai sejarawan bersetuju da menerima pendapat keempat sebagai faktor utama
berdasarkan bukti-bukti arkeologi, jumpaan-jumpaan seni arca yang kasar serta
mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara, seperti arca dengan ikatan tali kulit
harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
 Dalam proses pengambilan pengaruh dari India, aspek-aspek yang perlu diambil dari India
ialah seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza,
walaupun pengambilannya berlaku pada waktu yang sama. Misalnya dalam aspek amalan
dan kepercayaan, agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad kelima Masihi ialah
Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah agama Hindu.

2. Senaraikan pengaruh India dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Jawapan

 Aspek pemerintahan dan pentadbiran.


 Aspek kesenian dan kesusasteraan.
 Aspek keagamaan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 94.

1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara pada zaman
kerajaan awal?

Jawapan

 Melalui golongan Ksyatria atau tentera, melalui proses penaklukan terhadap kerajaan-
kerajaan awal di Asia Tenggara.
 Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang melalui aktiviti perdagangan, mereka juga
turut menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddha.
 Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta, mereka berperanan dalam upacara
pertabalan raja dan upacara keagamaan.
 Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan yang
sedia ada untuk diamalkan.

29
2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara.

Jawapan

 Aspek pemerintahan – konsep raja, berkuasa mutlak, raja memiliki kesaktian, unsur-unsur
mitos dan lagenda tentang asal-usul raja, adat istiadat raja seperti pertabalan raja. Rakyat
takut menderhaka kepada raja. Konsep dewa-raja, orde kosmos – raja berkuasa terhadap
seluruh alam (konsep cakravatin) diperkukuhkan lagi dengan lambang-lambang keagungan
raja seperti pembinaan Angkor Wat, raja sebagai Anak Tuhan/Dewa Tuhan.
 Aspek kesenian dan kesusasteraan – monumen, seni bina seperti candi, kuil, wat, stupa, arca,
patung dan lain-lain.

- Candi – monumen keagamaan bgi agama Hindu dan Buddha sebagai rumah ibadat
dan tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya; tempat menyimpan patung
dewa; lambang keagungan seseorang pemerintah.
Contoh candi ialah Candi Dieng, Candi Prambanan, Candi Borobodur.
- Aspek bahasa seperti bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat seperti Batu
Bersurat Kutei.
- Aspek kesusasteraan – Epik Ramayana dan Mahabrata mempengaruhi kesusasteraan
Jawa seperti Nagarakertagama.
- Wayang kulit, teater.
- Hikayat-hikayat tempatan mendapat pengaruh epik India seperti Hikayat Pendawa
Lima, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya.

3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pentadbiran kerajaan awal di Asia
Tenggara.

Jawapan

 Sistem beraja dalam kerajaan Awal Asia Tenggara merupakan pengaruh Hindu dan
Buddha. Raja berada di puncak pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja, pembesar
termasuk ahli agama, iaitu Brahmin, rakyat dan hamba.
 Raja berkuasa mutlak, perintah raja menjadi undang-undang, sesiapa melanggar perintah
raja dianggap menderhaka, raja merupakan bayangan tuhan, konsep dewa raja, memiliki
kesaktian.
 Wujud pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja yang dikendalikan oleh Brahmin,
bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.
 Untuk menunjukkan keagungan dan kemegahan raja, didirikan kompleks kota dan
melambangkan konsep alam semesta (orde kosmos), raja dan ibu kota merupakan pusat
alam dan pusat pemerintahan. Golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam
upacara keagamaan. Di peringkat pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri
daripada pegawai tentera dan hakim.
 Bagi mengukuhkan konsep dewa raja, diadakan upacara angkat sumpah, contohnya di
Srivijaya, dalam upacara ini datu akan meminum air yang disiram di sebuah tempat suci
bernama Telaga Batu di Palembang. Air yang disiram pada batu tersebut akan berkumpul
di bahagian bawah batu bersurat itu dan kemudiannya akan diminum. Tujuannya adalah
untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada raja. Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai dengan doa. Sesiapa yang
mengkhianati sumpah akan ditimpa bencana.
 Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal Asia
Tenggara terutamanya di Srivijaya seperti Yuvaraja, Parvanda, Bhupati, Senapati, Raja
Kumara, Tuhan Vatakuurah, dan Kumaramatya.

30
4. Nyatakan bentuk candi yang ditemui di Asia tenggara pada zaman awal keatangan agama
Hindu dan Buddha.

Jawapan

Angkor Wat

 Dibina untuk agama Hindu. Melambangkan orde kosmos, mempunyai ketinggian 213
meter dan keluasan kawasannya 208 hektar.
 Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter
dengan berteres empat tingkat.
 Setiap sudut mempunyai menara, di bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina
daripada batu laterit dan batu pasir dengan ukuran yang menggambarkan epik Ramayana
dan Mahabharata.

Candi Borobodur

 Mewakili agana Buddhan Mahayana. Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat
melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
Tigkat pertama terdapat ukiran yang menceritakan kehidupan Gautama Buddha.
 Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi, dan panna seperti
terdapat dalam ajaran Buddha.

Candi di Lembah Bujang

 Bersaiz kecil dan bahagian tapak sahaja ditemui.


 Candi agama Hindu ini terbahagi kepada dua bahagian uatam, iaitu Vimana dan Mandapa.
Viman ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan Mandapa ialah bahagian
luar candi.
 Candi pengaruh Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

5. Senaraikan perkataan Sanskrit yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Jawapan

Sanskrit B. Melayu
Dosa Dosa
Dukkha Duka
Dorhaka Derhaka
Manusa Manusia
Phala Pahala
Rupa Rupa
Samsara Sengsara
Aksara Huruf

31
A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 97.

Kerajaan Kerajaan
agraria maritim
Funan Srivijaya
Angkor Kedah Tua

1. Kerajaan awal di Asia Tenggara dikategorikan pada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

a. Jelaskan konsep kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Jawapan

 Kerajaan agraria bergantung pada aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi,


penternakan dan pungutan hasil hutan dan sungai.
 Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti lembah-lembah sungai, seperti
kerajaan Dvaravati di Sungai Menam, sementara kerajaan Funan dan Angkor di
lembah Sungai Mekong.
 Terdapat juga di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah
gunung berapi seperti kerajaan Taruma di Tanah Dieng (Indonesia).
 Padi huma ditanam di kawasan yang tinggi yang kurang mendapat bekalan air dengan
dibuat teres dan relung.
 Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih, lada hitam, dan mengumpulkan
hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana
serta pelbagai jenis buah-buahan.
 Sarang burung diambil dari gua untuk tujuan perdagangan.
 Mereka juga menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
 Apabila terdapat lebihan, hasil ternakan dan pertanian tersebut akan dipasarkan untuk
memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian.
 Pembinaan sistem pengairan yang baik seperti yang terdapat di Angkor dan Funan
disebabkan terdapatnya sistem pengairan yang bersumberkan Sungai Mekong dan
Tasik Tonle Sap.
 Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan
dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
 Terletak berhampiran dengan kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
 Pelabuhan dalam kerajaan maritim pada mulanya merupakan pelabuhan pembekal,
kemudian berubah kepada pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut
berkembang dan menjadi sebuah negeri.
 Berlaku hubungan perdagangan dengan negara China dan India menyebabkan
menjadi pelabuhan entrepot.

32
b. Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan
kerajaan maritim.

Jawapan

 Kerajaan maritim memerlukan bekalan makanan terutama beras daripada kerajaan


agraria.
 Kerajaan agraria pula bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh
barangan import (barang mewah).
 Kerajaan agraria juga memerlukan pelabuhan dari kerajaan maritim bagi memasarkan
barangan keperluan mereka.
 Kerajaan maritim yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung pada kerajaan
agraria bagi membekalkan barangan dagangan.
 Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan bahan-bahan
untuk membuat perahu/kapal dagang/tentera terutama kayu dan gajah daripada
kerajaan agraria.
 Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-
tukang mahir terutama tukang kayu dan tukang batu untuk membina monumen
sebagai mercu tanda keagungan seperti Angkor Wat.

2. Andaikan anda ialah raja kerajaan Angkor pada abad kesembilan.

a. Huraikan langkah-langkah anda untuk memajukan pertanian padi sawah.

Jawapan

 Membina sistem pengairan yang baik kerana dapat membekalkan air ke kawasan
pertanian.
 Peranan pemerintah yang cekap – memastikan tanah yang subur/tanah lanar dapat
digunakan dengan maksimum untuk tanaman padi sawah.
 Memastikan lebihan tanaman padi sawah dapat dieksport ke kawasan-kawasan lain –
untuk mendapatkan hasil bagi membangunkan kawasan-kawasan tanaman padi yang
lebih luas.
 Memastikan petani dapat mengusahakan tanaman padi dengan menggunakan benih
padi yang bermutu dan dapat mengeluarkan hasil yang banyak.
 Memastikan petani dapat menanam padi secara berterusan sepanjang tahun dengan
menentukan bila/masa yang sesuai untuk menanam dan mendapatkan hasil.
 Memberikan bantuan nasihat kepada petani tentang cara-cara menanam padi dengan
sistematik supaya hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan.
 Menggunakan baja organik/semula jadi yang sesuai untuk tanaman padi.

33
b. Sebagai raja yang berfikiran strategik, berikan alasan anda untuk menukar status Angkor
daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.

Jawapan

 Keupayaan kerajaan Angkor untuk membuat hubungan dengan negara-negara luar


berdasarkan kedudukan Angkor yang berdekatan dengan Sungai Mekong.
 Keupayaan Angkor menawan Funan menjadi faktor utama pendorong penukaran
status kerajaan agraria kepada kerajaan maritim. Angkor juga boleh membekalkan
hasil-hasil pertanian dari, kawasan pedalaman untuk keperluan pedagang-pedagang
yang berkunjung ke pelabuhan Oc – Eo.
 Kepentingan Tasik Tonle Sap serta peranan pelabuhan Oc – Eo menjadikan Angkor
sebuah kerajaan yang maju dalam bidang pertanian.

3. Sistem kerajaan awal merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan
Buddha.

a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam
kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

 Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja (kuasa mutlak).
 Raja dianggap dewa-raja (wakil Tuhan di bumi).
 Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh Brahmin.
 Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja.
 Kepercayaan agama Hindu dan Buddha – sebuah negara menggambarkan satu alam
semesta (orde kosmos) – pusat alam.
 Raja memimpin masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta atau dharma.
 Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit.
 Banyak candi seperti can Borobodur, Angkor Wat, candi di Lembah Bujang.

b. Terangkan penggunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

 Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan.


 Mencatat mentera.
 Dibaca dalam upacara-upacara keagamaan.
 Pengaruh perbendaharaan kata seperti duka, raja, istana, derhaka, pahala, dosa,
neraka.
 Candi/monumen-monumen.
 Inskripsi-inskripsi batu bersurat di Lembah Bujang dan Kutei.
 Epik Ramayana dan Mahabharata melahirkan Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat
Pendawa Jaya.

34
BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 102.

1. Apakah maksud “Jahiliah”?

Jawapan

- Jahil, tidak mengetahui, atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.


- Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam
jangka masa runtuhnya Empangan Maarib hingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

2. Nyatakan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Jawapan

- Perbuatan tidak bermoral seperti berjudi dan berzina, meminum arak.


- Wanita dipandang rendah.
- Terdapat kabilah yang menanam anak perempuan.
- Tiada panduan yang khusus dalam perkahwinan.

3. Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan

- Kemunculan semangat assabiah.


- Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.
- Perasaan kesukuan yang menebal.

Latihan dalam buku teks, muka surat 105.

1. Berasaskan Rajah Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. dalam buku teks, halaman
103, senaraikan nama moyang dan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan

a.Nama datuk/moyang Nabi Muhammad s.a.w.

 Abd. Mutalib.
 Hasyim.
 Abd. Manaf.
 Qusai bin Qilab.

b. Nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.


 Al Haris.
 Abu Talib.
 Abu Lahab.
 Abbas.

35
 Hamzah.

2. Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disebut Tahun Gajah?

Jawapan

 Mengambil sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai
oleh Abrahah dari Habsyah.

3. Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Jawapan

 Menjalankan perniagaan secara berseorangan.


 Berkongsi perniagaan dengan temannya.
 Mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam sejak berumur 12 tahun.
 Menjalankan perniagaan Khadijah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 107.

1. Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan

- Siddiq (berkata benar).


- Amanah (dipercayai).
- Tabliq (menyampaikan).
- Fatanah (bijaksana).

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin?

Jawapan

- Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.


- Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja terkenal sebagai pemimpin yang berkaliber malah
sebagai pedagang yang jujur dan dipercayai.

3. Buat kajian tentang ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Jawapan

- Baginda pernah menjalankan perniagaan secara berseorangan dan berkongsi dengan teman
baginda.
- Semasa berumur 12 tahun baginda telah mengikuti rombingan ke perniagaan bapa saudara
baginda, Abu Talib, ke Syam.
- Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan
yang tinggi.
- Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik, dan
memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.
- Pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat.

36
Latihan dalam buku teks, muka surat 108.

1. Apakah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apakah
kandungannya?

Jawapan

 Ayat al-Quran surah al-Alaq ayat 1 hingga 5.


Kandungannya:
”Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dengan segumpal darah.
Bacalah, Tuhanmu yang teramat mulia yang mengajar dengan pena, yang mengajar
manusia apa yang tidak diketahui”.

2. Nyatakan mengapa amalan membaca dikatakan sangat penting dalam Islam.

Jawapan

 Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


 Menerusi pembacaan penyelidikan dapat dijalankan.
 Mencapai kejayaan yang cemerlang.

Latihan dalam buku teks, muka surat 114.

1. Senaraikan tokoh yang telah memeluk Islam selepas dakwah Islamiah dilaksanakan.

Jawapan

 Khadijah binti Khuwailiid.


 Ali bin Abu Talib.
 Zaid bin Harithah.
 Abu Bakar al-Siddiq.
 Uthman bin Affan.
 Zubair bin Awam.
 Arqam bin Abu Arqam.

2. Mengapakah golongan bawahan merupakan golongan awal yang memeliuk Islam?

Jawapan

 Tertarik terhadap ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
 Mereka ditindas dan diseksa dengan kejam.

3. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah.?

Jawapan

 Bermula secara rahsia selama tiga tahun.


 Secara rahsia dilakukan kepada keluarga baginda sendiri dan sahabat yang rapat.
 Diikuti secara terbuka selama 10 tahun.
 Secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib dan orang ramai.

37
4. Rumuskan sebab-sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam.

Jawapan

- Perbezaan kepercayaan/agama.
- Prinsip persamaan taraf sesama manusia.
- Tanggapan yang salah terhadap tugas seorang nabi.
- Ekonomi – terjejasnya perusahaan membuat patung.

5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiah yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah.

Jawapan

 Pada peringkat permulaan penyabaran Islam di Makkah, orang Quraisy tidak


mempedulikan penyebaran Islam. Mereka menyangka hal tersebut adalah urusan keluarga
Nabi Muhammad s.a.w.
 Terdapat ahli keluarga dan sahabat karib baginda yang menerima seruan Islam.
 Walau bagaimanapun, selepas Islam berkembang dengan meluas, orang Arab Quraisy
menetang Islam.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 116.

1. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai
masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan

 Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mengamalkan
animisme dan menyembah patung.
 Kehidupan masyarakat kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci.
 Akhlak mereka rendah, bersifat angkuh, degil dan kejam.

2. “Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah ialah mengamalkan semangat assabiah”

(a) Apakah maksud semangat assabiah?

Jawapan

 Assabiah bermaksud semangat kesukuan yang melampau atau berpuak-puak dan saling
bermusuhan antara satu sama lain.

(b) Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan

 Faktor geografi, iaitu tempat tinggal yang panas dan kering kontang.
 Struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
 Tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan sendiri.

38
(c) Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Jawapan

 Berlaku persengketaan dan pergaduhan.


 Peperangan berlaku walaupun sebab-sebab yang kecil.
 Kehidupan yang tidak aman.
 Tidak ada perpaduan di kalangan masyarakat Arab.

3. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya.


Ada orang Arab yang menerima Islam dan ada juga yang menolaknya.

(a) Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya?

Jawapan

 Kemurnian ajaran Islam


 Konsep persamaan taraf yang dianjurkan Islam.
 Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah, tidak memaksa orang ramai
memeluk Islam.
 Sifat dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. terpuji.
 Pembaharuan-pambaharuan yang diperkenalkan oleh Islam.

(b) Mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam?

Jawapan

 Kepercayaan tradisi dan agama mereka berbeza daripada ajaran Islam.


 Prinsip Islam yang mengamalkan konsep sama taraf sesama manusia sedangkan
mereka mementingkan taraf dan kelas dalam masyarakat.
 Dari segi politik, mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai nabi, sedangkan sejak dahulu mereka sentiasa bersaing
untuk menjadi ketua.
 Dari segi ekonomi, mereka khuatir perusahaan membuat patung terjejas kerana Islam
tidak memerlukan perantaraan patung untuk beribadat kepada Allah.

4. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat yang besar
kepada masyrakat Arab Jahiliah dan masyrakat dunia umumnya?

Jawapan

- Dengan Islam terhapusnya nilai dan unsur-unsur Jahiliah.


- Islam memperkenalkan ad-Din, satu cara hidup yang menyeluruh yang merangkumi soal ibadat
dan kehidupan harian.
- Islam membentuk tamadun manusia ke arah lebih maju dan cemerlang.
- Islam membawa pembaharuan seperti pendidikan dan keadilan sosial.

39
BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Latihan dalam buku teks, muka surat 119.

1. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dengan kandungan


Perjanjian Aqabah Kedua.

Jawapan

a. Kandungan Perjanjian Aqabah pertama mengandungi perkara berikut:

- Suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul.


- Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak
melakukan amalan jahiliah seperti mencuri dan meminum arak.

c. Isi Perjanjian Aqabah kedua pula mengandungi jemputan terhadap Nabi Muhammad
s.a.w. dan orang-orang Islam Makkah ke Madinah. Mereka juga bersedia menyediakan
tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan bagi orang-orang Islam Makkah.

2. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimetrai oleh
Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Madinah?

Jawapan

- Islam tersebar ke Madinah.


- Berlakunya penghijrahan orang-orang Islam Makkah ke Madinah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 124.

1. Apakah maksud Hijrah dalam konteks Islam?

Jawapan

- Perpindahan oramg Islam dari kota Makkah ke Madinah.


- Merupakan usha untuk memperkukuhkan Islam dan startegi baru menyebarkan Islam.
- Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan
keburukan atau kejahatan. Hijrah boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dalam
pelbagai keadaan.

2. Mengapakah hijrah berlaku dari kota Makkah ke Madinah?

Jawapan

- Perintah Allah melalui wahyu.


- Penentangan hebat yang dilakukan orang-orang Quraisy terhadap Islam.
- Merupakan satu strategi untuk mengembangkan Islam.
- Pelawaan dan jemputan orang Islam Madinah terhadap orang Islam Makkah.

40
3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa konsep “hijrah” boleh diamalkan
dalam kehidupan pelajar.

Jawapan

 Berusaha untuk mencapai kejayaan yang cenerlang jika kejayaan yang dicapai masih pada
tahap sederhana.
 Berusaha untuk mengubah tingkah laku yang buruk kepada yang lebih baik.

4. “Tahun 622 M. bersamaan 1 H.”. berasaskan pengetahuan anda dalam matematik, tukarkan
tahun Masihi berikut kepada tahun Hijrah.

Jawapan

(a) 2000 M. = 1421 H.


(b) 2005 M. = 1426 H.
(c) 3000 M. = 1521 H.

Latihan dalam buku teks, muka surat 129.

1. Apakah piagam Madinah?

Jawapan

 Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan panduan
wahyu Allah.
 Piagam Madinah menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah.

2. Bina peta minda untuk menggambarkan kandungan Piagam Madinah.

Jawapan

1. Politik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin

2. Agama Masyarakat bebas memilih agama

3. Sosial Hidup sebagai satu ummah

4. Perunding Undang-undang Islam diguna pakai


an

5. Ekonomi Penipuan dan riba dihapuskan dan kerjasama ekonomi


diperlukan
6. Pertahana Semua masyarakat mempertahanakan agama
n

7. Keselamatan bukan Islam terjamin selagi mereka petuh


Kedudukan kepada pemerintah Madinah
Yahudi

Peta minda menggambarkan kandungan Piagam Madinah

41
Latihan dalam buku teks, muka surat 134.

1. Apakah tujuan utama rombongan Islam ke Makkah pada tahun 628 M.?

Jawapan

- Orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah.


- Orang Islam rindu akan kampung halaman mereka (Makkah) kerana Makkah merupakan
tempat tumpah darah mereka dan tempat turunnya wahyu pertama.
- Orang Islam ingin menunaikan umrah.

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke
Makkah?

Jawapan

- Ingin menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah, iaitu ingin
mengerjakan umrah.

3. Apakah sebabnya Perjanjian Hudaibiah dimetrai?

Jawapan

- Untuk menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh orang Quraisy Makkah yang tidak
membenarkan kemasukan orang Islam ke Makkah pada tahun 628 M..
- Bagi pihak Islam, Nabi Muhammad s.a.w. inginkan perdamaian sentiasa wujud antara orang
Islam dengan orang bukan Islam.
- Bagi pihak Quraisy pula, mereka gentar dengan ikrar dan sumpah setia (baiah al-Ridwan)
orang Islam untuk membela kematian Uthman bin Affan.

4. Nyatakan Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.

Jawapan

 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629 M.).
 Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat
di Kaabah pada bila-bila masa.
 Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh
Semenanjung Tanah Arab secara aman.
 Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimetrai, bilangan penganut Islam bertambah.
 Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy yang lain.
 Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi.
 Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

5. Lukis sebuah carta kronologi yang sesuai dan susun peristiwa yang tersenarai di bawah ini
mengikut urutan masa yang betul. Carta kronologi yang dibina mestilah ada ruangan tarikh dan
ruangan peristiwa.

42
Jawapan

 Pertama : Perang Badar.


 Kedua : Perang Uhud.
 Ketiga : Perang Khandak
 Keempat : Perjanjian Hudaibiyah.
 Kelima : Pembukaan semula kota Makkah.

Latihan dan aktiviti dalam buku teks, muka surat 137.

1. Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula kota Makkah pada
tahun 630 M.?

Jawapan

 Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan
yang telah dipersetujui.
 Membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
 Sebagai strategi jangka panjang bagi penyebaran agama Islam;
– Sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam di Madinah akan bertambah
mantap.

2. Mengapakah kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

Jawapan

 Bilangan tentera Islam begitu ramai (10 000 orang).


 Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan.
 Tenetra Islam masuk ke Makkah mengikut empat arah untuk membuat kepungan.

3. Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.

Jawapan

 Pertambahan penganut agama Islam.


 Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
 Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam.
 Kerajaan Islam di Madinah semakin mantap.
 Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 140.

43
1. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan ke arah berlakunya hijrah dari Makkah ke Madinah dan
perkembangan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab”. Adakah anda bersetuju dengan
pernyataan ini? Berikan alasan-alasan anda.

Jawapan

- Setuju.
- Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar pendakwh
bebas, Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam.
- Dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. ke
Madinah.
- Jemputan dan jaminan keselamatan dari orang Madinah terhadap orang Islam,
menggalakkan penghijrahan ke Madinah.
- Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Ilslam telah menjadi pendorong utama
berlakunya penghijrahan dan tersebarnya Islam ke seluruh dunia.

Perkara yang penting dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


2. setelah berhijrah ke Madinah ialah penubuhan sebuah
kerajaan Islam yang pertama di dunia

Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w.
sehingga
terbentuknya masyarakat Islam yang sempurna.

Jawapan

 Nabi Muhammad s.a.w. telah membina sebuah masjid – Masjid al-Nabawi.


 Masjid dijadikan tempat beribadat dan belajar/berbincang tentang masalah yang dihadapi
oleh orang Islam.
 Pembentukan Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia.
 Piagam Madinah menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.
 Dari segi politik dan pentadbiran, Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai kerajaan Madinah
yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama, dan budaya.
 Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
 Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong-
menolong, dan bekerjasama.
 Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan.

2. Peristiwa “Hijrah” sangat penting dalam sajarah perkembangan agama Islam.

a. Apakah yang anda faham tentang konsep Hijrah?

Jawapan

 Hijrah – pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.


 Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah.
 Memperkukuhkan kedudukan Islam serta strategi baru untuk menyebarkan Islam.
 Semangat ingin berubah.

b. Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam
sejarah perkembangan Islam?

44
Jawapan

 Dakwah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.


 Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa – Aus dan Khazraj.
 Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan
agama.
 Membina Masjid al-Nabawi sebagai tempat beribadat, belajar dan bebrbincang.
 Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.
 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah.
 Hijrah membuktikan sikap tolong-menolong dalam sebuah negara perlu diamalkan.
 Hijrah membuktikan wanita juga memainkan peranan penting dalam kemajuan
sesebuah negara.
c. Apakah teladan yang anda peroleh daripada peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah?

Jawapan

 Sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah kebaikan.


 Islam mengkehendaki umatnya sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan
bersungguh-sungguh.
 Islam mengajar penganutnya agar sanggup berkorban demi melaksanakan perintah
Allah.
 Persaudaraan dan hubungan baik sesama manusia sangat digalakkan oleh Islam.

4. “Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islamiah bukan kerana peperangan:. Berikan
alasan-alasan anda.

Jawapan

 Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk agama Islam.


 Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
 Dalam Islam, peprangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan diri, agama dan
bangsa.
 Peperangan hanya boleh dilakukan dengan izin Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh
Allah.
 Islam ialah agama yang menganjurkan perdamaian, oleh itu orang Islam harus memilih
perdamaian.
 Sejarah membuktikan Islam berkembang secara sukarela dan toleransi, misalnya dalm Perang
Badar, walaupun Islam beroleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengamalkan dasar
pengampunan kepada tawanan Arab Quraisy.
 Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati.
 Kandungan Perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman.

BAB 6: PEMBENTUKKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

45
LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 149.

1. Apakah maksud khalifah.

Jawapan

- Khalifah ialah pemerintah yang dilantik selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632 M.).
- Khalifah (khulafa) bererti pengganti, iaitu pengganti yang melaksanakan tanggungjawab
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad
s.a.w..

2. Bagaimanakah Saidina Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah?

Jawapan

- Beliau dilantk hasil cadangan yang dikemukakan oleh Saidina Umar walaupun pada mulanya
orang Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah.
- Atas pemuafakatan dan persetujuan kaum Ansar dan atas pertimbangan kepentingan Islam
dan perpaduan.

3. Nyatakan maksud syura.

Jawapan

- Syura bermaksud bermusyawarah, iaitu sesuatu keputusan yang dibuat berasaskan


perundingan dan perbincangan.
- Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin pendekatan ini dilakukan dalam hal memilih pemimpin,
mengatasi masalah-masalah masyarakat dan juga negara.

4. Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin al-khatab dalam
pentadbiran dan ketenteraan.

Ketenteraan Pentadbiran
1. Menyusun sistem ketenteraan dengan 1. Membaiki dan meningkatkan
membentuk tentera tetap dan tentera kecekapan sistem pentadbiran.
sukarela.
2. Membina markas tentera di bandar- 2. Perlantikan pegawai pengurusan dan
bandar utama. pentadbiran.
3. Mendirikan kubu pertahanan di
sempadan 3. Menubuhkan majlis syura yang
– Menghadapi negara musuh seperti dianggotai wakil golongan mujahirin
di Madinah, Kufah, Fustat dan dan ansar.
Basrah.
4. Meningkatkan semangat perjuangan 4. Membahagikan jajahan takluk Islam
dan memberikan latihan strategi kepada beberapa wilayah dan
perang kepada tentera Islam melantik gabenor atau wakil sebagai
(membina kekuatan psikolgi tentera/ ketua yang bertindak sebagai
perang). pentadbir awam dan panglima
tentera.

5. Apakah sumbangan Saidina Uthman bin Affan dalam memelihara al-Quran?

46
Jawapan
- Membaiki dan menyeragamkan bacaan al-Quran.
- Mengiktiraf sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.
- Menjadikan al-Quran asas panduan menegakkan negara Islam.
- Mengadakan kelas pembelajaran al-Quran.
- Mendokumentasikan dan menyusun semula juzuk-juzuk/ayat al-Quran yang dijadikan kitab
al-Quran.
- Menyebarkan Islam bersama al-Quran ke negara-negara yang ditakluki.
- Al-Quran sebagai asas mengukuhkan lagi aqidah umat Islam.
- Mengkaji dan mendalami kandungan ayat al-Quran.
- Memberi insentif kepada guru atau pengajar al-Quran.
- Memuliakan golongan ulama yang menghafal dan pakar dalam mentafsir ayat al-Quran.

6. Secara berkumpulan, buat rujukan tentang biodata Khalifah Ali bin Abu Talib. Maklumat yang
telah dikumpulkan boleh dipaparkan pada papan penyataan di kelas anda.

Jawapan
 Lahir pada tahun 602 M..
 Berketurunan bani Hashim.
 Sepupu Nabi Muhammad s.a.w..
 Terkenal dengan keberanian dan kepahlawanan.
 Tegas, berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam.
 Pakar dalam bidang hukum-hakam.
 Dilantik sebagai Khalifah al-Rasyidin keempat selepas Uthman bin Affan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 154.

1. Apakah maksud sistem warisan dalam kerajaan bani Umaiyah?

Jawapan

- Pemerintahan yang diwarisi dan dikuasai oleh golongan Bani Umaiyah.

2. Senaraikan sumbangan Khalifah Muawiyah dalam bidang pemerintahan dan ilmu


pengetahuan.

Jawapan

- Mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.


- Menerima penyerahan kuasa daripada Hassan bin Ali.
- Mendapatkan sokongan ramai dengan memberikan jawapan kepada mereka yang tidak
menyokongnya.
- Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dan mengiktiraf kepakaran para intelektual.

3. Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan kerajaan bani Umaiyah?

47
Jawapan

- Baitulmal merupakan badan kewangan yang mengumpulkan sumber pendapatan seperti


cukai, sumbangan, dan lain-lain bentuk bayaran yang dikenakan atau yang diperoleh.
- Peranan baitulmal dalam pelbagai bidang mendorong pertumbuhan ekonomi, menyedialkan
pinjaman dan pelbagai bentuk bantuan serta merancang pelaburan sosial dan ekonomi bagi
menangani masalah sosial.
- Sumber pendapatan baitulmal yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan telah memberikan
kesan yang positif kepada perkembangan ekonomi umat Islam dan mengukuhkan kedudukan
politik pemerintahan Islam di bawah Bani Umaiyah.
- Konsep “perkongsian kemakmuran” telah diasaskan melalui peranan baitulmal sepertimana
yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
- Ini bermakna peranan orang berada dan orang-orang kaya tidak kira golongan peniaga,
pedagang atau pengusaha membayar cukai dan menyumbang kepada baitulmal adalah
dengan matlamat membantu negara dan umat Islam dalam bidang-bidang lain.

4. Apakah sumbangan penting kerajaan Banii Umaiyah dalam bidang keilmuan?

Jawapan

- Pada zaman ini, peranan Islam dalam penyebaran ilmu pengetahuan semakin maju dan amat
disegani oleh masyarakat Eropah.
- Kota Basrah telah muncul sebagai kota/pusat pengajaran dan penyebaran ilmu dlalam
pelbagai bidang.
- Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh ilmuan yang terkemuka seperti Khalil ibn Ahmad (pakar
bahasa dan fisiologi Arab), Sibawayhi (ahli nahu Arab), serta sasterawan seperti al-Farazdaq,
Jarir, Umar ibn Rabia’h dan Jamil al-Uzri.
- Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncak bahasa ilmu dan bahasa rasni negara.
- Ilmu agama mengalami perkembangan yang pesat pada era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
- Bidang-bidang tertentu seperti hadis dikaitkan dengan tokoh Urwajh bin al-Zubair dan Ibn
Zihat al-Zuhri. Manakala tokoh-tokoh lain seperti Ibn Jari (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri
dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

Latihan dalam buku teks, muka surat 158.

1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan?

Jawapan

 Kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau revolusi
Abasiyah yang berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
 Gerakan menumbangkan pemerintahan Bani Umaiyah ditaja oleh Ali bin Abdulllah yang
bergerak secara sulit dan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, telah bergerak sevara
terbuka.
 Kempen-kempen bagi menjatuhkan Bani Umaiyah dilakukan atas nama Ahlut Bait
(keluarga Nabi Muhammad s.a.w.).

2. Apakah peranan baitulhiknah dalam perkembangan ilmu pengetahuan?

48
Jawapan

 Baitulhikmah merupakan institusi keilmuan yang ditubuhkan pada zaman Khalifah Harun
al-Rasyid.
 Institut ini berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun.
 Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains dari Yunani.
 Banyak hasil pengetahuan diterjemahkan dan menjadikan Islam maju dan terkenal.
 Penyebaran ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang berlaku dengan pesat.
 Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan yang terkemuka.
 Baitulhikamh juga merupakan pusat pemgajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam
pelbagai bidang.

3. Senaraikan ilmu pengetahuan yang muncul pada Zaman Abbasiyah.

Jawapan

 Falsafah dan Sains


 Sejarah
 Bahasa
 Ilmu hadis dan al-Quran
 Fikah

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 163.

1. Bagaimanakah kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

Jawapan

 Kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan sekitar awal abad ke-14 dan berakhir awal abad ke-20.
 Kerajaan Uthmaniyah bermula dengan sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat
Anatolia (Turki hari ini) dan kemudiannya berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk
kerajaan Uthmaniyah.
 Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, Anatolia bebas daripada Kerajaan Saljuk.
 Pengasas kerajaan ini ialah Uthman bi Ertughrul bin Sulaiman Shah. Beliau memainkan
peranan penting menunpaskan tentera Byzantine.
 Dengan kejayaan ini, Uthman bin Urtughrul berjaya membentuk kerajaan Uthmaniyah dan
seterusnya meluaskan wilayahnya.

2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyeberkan


ajaran Islam.

Jawapan

 Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
 Semangat ghazi (semangat kepahlawanan) yang tinggi dikalangan tentera Uthmaniyah.
 Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang sistematik. Peralatan perang yang moden dan
dapat menangkis serangan musuh.
 Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai kumpulan Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatuh
dalam selok-belok peperanan).
 Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut yang kuat dan dapat mengawal keselamatan di
kawasan Laut Mediterranean.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?

49
Jawapan

 Kumpulan tentera infantri elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.
 Tentera ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang diambil menerusi sistem devshirme dan
sebahagian daripada mereka akan diserapkan dalam bidang pentadbiran.
 Kanak-kanak ini telah diberi latihan fizikal dan ketenteraan serta selok-belok peperangan sejak
awal.

4. Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

Jawapan
 Kerajaan Turki Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
(warisan), pemerintah-pemerintahnya adalah dari keturunan yang sama.
 Ketua negara ialah sultan yang berfungsi sebagai ketua kerajaan, ketua tentera darat dan
laut, ketua agama dan hakim tertinggi. Sebarang perintah dianggap sebagai undang-
undang yang wajib dipatuhi.
 Dibawah sultan terdapat jawatan Wazir Agung (Perdana Menteri). Wazir
bertanggungjawab kepada Dewan Kebangsaan Turki yang dianggotai oleh menteri-
menteri.
 Dewan Kebangsaan Turki beryamggungjawab menggubal undang-undang negara.
 Perkara berkaitan akidah dan ibadat adalah di bawah tanggungan Pengarah Urusan
Agama.
 Jawtan Kadi dan Mufti diadakan bagi menjalankan penghakiman dan menyelesaikan
masalah fatwa.
 Di peringkat daerah/kawasan, terdapat komander tentera, gabenor.
 Di peringkat pusat terdapat Wazir Agung (Perdana Menteri) diikuti dengan menteri-menteri
dan jabatan tertentu.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 169.

1. Nyatakan cara-cara tamadun Islam berkembang.

Hubungan Penjajahan
Dakwah
Diplomatik

Kemajuan Islam
(pengetahuan) Cara Tamdun
Perdagangan
Islam
Berkembang

Kerasionalan agama Surat/warkah


Islam dengan fitrah
manusia Tarikan ajaran
Islam

50
Grafik: Cara Tamadun Islam Berkembang

2. Bagaimanakah tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyah bertembung dengan
tamadun lain di dunia melalui perniagaan?

Jawapan

 Menerusi perniagaan jarak jauh, orang-orang Islam telah bertemu dengan pelbagai
masyarakat dan agama.
 Menerusi aktiviti berniaga tersebut mereka berinteraksi. Secara tidak langsung berlaku
pertukaran budaya, bahasa dan kemahiran/kepakaran.

3. Apakah kesan kemasukan Islam ke Sepanyol?

Jawapan

 Menerusi agama Islam, sistem kehidupan masyarakat turut berubah. Mereka berpegang
pada kepercayaan kepada Allah dan nilai-nilai Islam.
 Orang Islam dapat menguasai perdagangan di Eropah.
 Orang Sepanyol dapat bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian sperti orang Islam.
 Wujud golongan Mudejar, iaitu orang Islam tempatan yang tinggal di kawasan
pemerintahan orang Kristian.
 Wujud para pemikir dan intelektual Islam yang setanding dengan orang Barat.
 Pengaruh Islam dalam seni bina dan ukir, contohnya Masjid Cordova.

4. Nyatakan sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains.

Jawapan

 Pelbagai buku rujukan dalam bidang sains telah dikarang.


 Ibn al-Nafis mengarang buku al-Shamil fi Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion
Kedoktoran).
 Penulisan ensiklopedia sains oleh Mohamed al-Fanari dan Molla Lutfi.

5. Apakah sumbangan Ibn Sina.

Jawapan

 Mengarang buku Qanun fil al Tib (Peraturan Perubatan).


 Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang sains tetapi juga dalam bidang falsafah dan
agama (usuludin)
dan mempunyai pemikiran kritis.

51
A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 172.

1. Corak pemerintahan antara kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Bani Umaiyah
adalah berbeza.

Buktikan kebenaran pernyataan ini.

Khalifah Al-Rasyidin Khalifah Bani Umaiyah

1. Pemilihan berdasarkan 1. Pemilihan berdasarkan


syura dan sistem warisan.
Baiah.
Sistem pemilihan (4 cara);
– Percalonan
– Perundingan’
– Wasiat
– Kelompok kecil

2. Daripada orang Quraisy 2. Daripada Bani Umaiyah.


(terutama Bani Hashim).
3. Jizyah (cukai kepala)
3. Jizyah (cukai kepala) dikenakan juga kepada
dikenakan kepada orang orang Islam
bukan Islam. berketurunan Arab.

4. Pusat pemerintahan di 4. Pusat pemerintahan di


5. Madinah. Damsyik (Syria).

2a. Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu matematik pada zaman Abbasiyah dan
Umaiyah.

Jawapan

 Pada zaman pemrintahan Abbasiyah dan Umaiyah, ilmu matematik telah berkembang
dengan pesat.
 Pengetahuan matematik bukan sahaja diperkenalkan dalam negara tetapi meluas
sehingga ke negara Barat. Al-Khawarizmi misalnya, telah mengarang buku matematik
dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan dan panduan
masyarakat Barat.
 Buku-buku al-Khawarizmi telah ditempatkan di uneversiti-universiti di eropah bagi
rujukan pakar dai Barat.
 Seorang ahli matematik barat telah terpengaruh dengan teori-teori matematik al-
Khawarizmi.
 Umar Khayyam pula telah mencipta takwim yamg lebih tepat berbanding takwim
Gregorian. Beliau juga telah mewujudkan ilmu algebra.

52
2b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi dalam bidang ilmu pengetahuan.

IBN SINA AL KHAWARIZMI

1. Menyumbang dalam bidang perubatan 1. Menyumbang dalam bidang


dan falsafah matematik.
2. Menghasilkan buku falsafah yang terkenal 2. Mengasaskan ilmu algebra dan
al-Shifa. memberi perhatian dalam bidang
3. Menghasilkan buku al-Qanun fi al-Tib. persamaan kuadratik.
4. Merupakan pakar perubatan yang menjadi 3. Menulis tentang teori geometri dan
rujukan doktor-doktor Barat. teori asal usul angka

3. Pertumbungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia telah berlaku sejak
zaman awal Islam lagi.

(a) Jelaskan bentuk pertembungan itu.

Jawapan

 Menerusi perdagangan dan perniagaan.


 Hubungan diplomatik.
 Penaklukan dan ketenteraan.
 Kebudayaan.
 Intelektual.

(b) Apakah implikasi terhadap tamadun Islam dalam pertembungan tersebut?

Jawapan

 Tamadun Islam tersebar meluas ke serata dunia.


 Berlaku asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
 Tamadun Islam semakin kukuh dengan agama Islam sebagai asasnya.
 Ilmu pengetahuan Islam telah dipelajari oleh negara Barat dan mereka telah
mengembangkannya. Misalnya, ilmu perubatan Sains dan Matematik.

4. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dab Timur.

(a) Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang keilmuan.

Jawapan

 Wujud pusat penterjemahan.


 Terbina perpustakaan seperti baitulhikmah pada zaman Harun al-Rasyid di
Baghdad. Dengan ilmu banyak buku disimpan dan dikaji.
 Zakaria al-Razi telah menghasilkan 20 karya dalam bidang perubatan termasuk al-
Hadi.
 Al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi menghasilkan buku undang-undang,
pemikiran dan politik.
 Pakar dalam bidang falsafah, seperti Ibn Sina, Fakhral-Din, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd
dan Imam Ghazali.

53
(b) Bagaimanakah ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam?

Jawapan

 Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu bukan berasaskan


keturunan.
 Tidak ada perbezaan taraf antara seseorang individu dengan individu yang lain
kecuali taqwa.
 Setiap perlakuannmanusia perlu mengikut landasan Islam yang ditetapkan.
 Setiap individu termasuk suami, isteri, ibu bapa, rakyat dan pemimpin mempunyai
tanggungjawab masing-masing.
 Sifat berdisiplin sangat penting diamalkan bagi mengawal diri dan perasaan.

54
BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 178.

1. Senaraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Jawapan

- Tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggra, iaitu Teori Islam berkembang ke Asia Tenggara
dari Arab, dari China dan dari India.

2. Senaraikan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Jawapan

- John Crawford berpendapat bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti
perdagangan.
- Bukti yang digunakan untuk menyokong pendapatnya adalah berdasarkan bukti catatan
China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di
Canton.
- Mereka seterusnya berdagang di Lautan Hindi dan terdapat di kalangan mereka yang
berdagang ke Asia Tenggara seperti di Selat Melaka.
- Selain itu, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan bukti wujudnya
persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang
terdapat di Arab.
- Beliau juga menggunakan alasan bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan
pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 185.

1. Senaraikan cara Islam berkembang di Asia Tenggara.

Jawapan

- Perdagangan
- Perkahwinan
- Pengislaman raja dan golongan bangsawan
- Kelahiran kerajaan Islam
- Peranan pusat kebudayaan
- Peranan mubaligh
- Keistimewaan Islam

2. Berdasarkan peta pada halaman 182, senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Jawapan

- Samudera – Pasai
- Perlak
- Acheh
- Melaka
- Patani
- Brunei
55
3. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam.

Jawapan

 Pedagang berdakwah semasa menjalankan aktiviti perdagangan.


 Pedagang menunjukkan sikap dan akhlak yang baik semasa berdakwah.
 Hubungan baik dengan pemerintah tempatan diamalkan oleh pedagang.
 Berkahwin dengan gadis (penduduk) tempatan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 191.

1. Nyatakan peranan surau dan madrasah untuk memberikan pendidkan awal kepada
masyarakat Islam Asia Tenggara.

Jawapan

 Surau telah dijadikan sebagai tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal.
 Madrasah pula dijadikan sebagai pusat pendidikan secara tidak formal.

2. Secara berkumpulan, bincangkan pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam aspek


pemerintahan dan pentadbiran, bahasa dan kesusasteraan, budaya dan cara hidup serta
ekonomi. Hasil perbincangan anda hendaklah dirumuskan dalam bentuk grafik klasifikasi.
Anda boleh mencipta grafik berdasarkan kreativiti ahli kumpulan anda.

Pemerintahan dan pentadbiran Bahasa dan Kesusasteraan

 Institusi Kesultanan  Kewujudan tulisan jawi


 Sultan Ketua Negara  Tulisan rasmi dalam pentadbiran
 Mufti dilantik sebagai penasihat kerajaan Islam
sultan  Istilah bahasa Arab digunakan
 Pegawai seperti kadi, pemungut dalam bahasa Melayu seperti
zakat “sultan”
 Islam agama rasmi  Bahasa Melayu menjadi bahasa
 Nama negara seperti Acheh Darul lingua-franca
Salam  Hasil kesusasteraan dipengaruhi
 Undang-Undang Syariah Islam
 Semangat jihad

Pengaruh
Budaya dan cara hidup Islam di Ekonomi
Asia
 Cara hidup Islam diasimilasikan  Zakat
Tenggaara
dalm budaya seperti bertudung  Baitulmal
kepala  Rajin bekerja
 Islam sebagai Addin  Mencari rezeki halal, mlerang
 Konsep persaudaraan Islam perbuatan mengemis
 Nilai akhlak Islam  Unsur-unsur halal semasa
 Gotong-royong berurusniaga
 Semangat bekerjasama  Riba dan penipuan dilarang
 Berjimat cermat

56
Grafik: Pengaruh Islam di Asia Tneggara

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 194.

3. Pada pandangan anda, mengapakah agama Islam dapat disebarkan dengan meluas di
Asia Tenggara pada abad ke- 13 hingga ke-16?

Jawapan

 Kemurnian ajaran Islam yang menerapkan konsep persamaan taraf sesama manusia.
 Agama Islam juga menekankan moral dan akhlak yang baik seperti bekerjasama, tolong-
menolong dan bertoleransi.
 Agama Islam juga merupakan satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi soal ibadat dan
peraturan hidup dalam politik, ekonomi dan sosial.
 Islam merupakan agama yang tidak statik yang menganjurkan manusia berfikir secara
rasional.
 Dalam agama Islam, Tuhan yang disembah ialah Allah yang Maha Esa dan hal ini agak
bebrbeza datipada agama-agama yang terdapat di Aisa Tenggara sebelum kedatangan
agama Islam yang mempunyai banyak Tuhan.

4. Dengan memberikan contoh tertentu, bincangkan pengaruh yang dibawa oleh Islam
kepada masyarakat Asia Tenggara.

Jawapan

 Pengaruh Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat dalam pegangan
agama dan cara hidup yang diamalkan.
 Dari segi agama dan kepercayaan, mereka telah memeluk agama Ilslam dan
meninggalakan kepercayaan tradisi seperti memuja semangat.
 Cara hidup yang berorientasikan Islam ke rantau ini juga telah mengubah sistem sosial
masyarakat kepada kehidupan tanpa kelas.
 Nilai-nilai akhlak dalam Islam seperti tolong-menolong, bersatu padu dan bekerjasama
telah menjadi budaya masyarakat.

57
BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 200.

1. Senaraikan nama pelabuhan di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pedagang Islam dari
abad ke-13 hingga abad ke- 14?

Jawapan

- Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Patani, Brunei, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang
dan Johor.

2. Nyatakan pengaruh Islam dalam institusi kesultanan di negara kita.

Jawapan

- Kebesaran dan kemulian.


- Kedaulatan.
- Kuasa da pengaruh.
- Nama dan gelaran.
- Naungan rakyat.
- Kekebalan raja.
- Kuasa turun-temurun.
- Istiadat pertabalan.
- Penganugerahan kebesaran.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan daulat?

Jawapan

- Kedudukan yant tinggi, berkuasa, dimuliakan, disanjung tinggi dan dimartabatkan. Daulat
juga bermaksud konsep ikatan antara rakyat dengan raja/pemimpin yang berkuasa yang
menjadi penaung kepada rakyat.

58
4. Nyatakan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Jawapan

Adat Perpatih Adat Temenggung

1. Mementingkan perempuan dari segi status, 1. Meletakkan taraf lelaki lebih tinggi
warisan harta dan sebagainya. walaupun memberi persamaan kepada
2. Pengaruh adat Minangkabau. wanita.
3. Undang-undang adat yang mencorakkan 2. Pengaruh sistem/adat Temenggung.
masyarakat di Negeri Sembilan – Naning. 3. Undang-undang adat yang mencorakkan
4. Bersifat matrilineal, iaitu nasib keturunan kehidupan masyarakat di Negeri-negeri
adalah melalui ibu. Melayu.
5. Falsafahnya melindungi kaum wanita dan 4. Jurai keturunan bapa lebih dipentingkan.
peranan wanita dalam urusan keluarga. 5. Falsafahnya meletakkan tanggungjawab
keluarga kepada lelaki.

- Kedua-dua adat mempunyai kecenderungan memihak kepada sesuatu pembahagian gender


(lelaki atau perempuan).

Latihan dalam buku teks, muka surat 208.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional?

Jawapan

 Pendidikan formal berkaitan dengan keagamaan yang diterima secara langsung dan malaui
perantaraan institusi tertentu.
 Corak pendidikan ini telah lama berkembang sebelum kedatangan Islam dan berasaskan
tradisi Hindu dan Buddha.
 Bidang pendidikan terbatas dan didominasi oleh golongan atasan dan golongan istana. Istana
menjadi pusat pengajian yang penting.
 Pendidikan biasanya diberikan oleh golongan ulama atau Tok Guru yang ditugaskan khas
untuk bakal pemerintah dan pembesar kerajaan.
 Kedatangan Islam menyemarakkan pendidikan formal – pendidikan dijalankan di sitana,
masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.

2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat, seni persembahan dan seni bina.

Jawapan

(A) Seni khat

 Satu kesenian yang menonjolkan penulisan jawi dalam bentuk ukiran, pahatan dan
reka cipta sesuatu hasil seni. Tulisan khat pengaruh Arab dan Parsi mencorakkan

59
perkembangan kesenian yang penting di bangunan yang berunsurkan Islam dan di
masjid-masjid ternama dan terkemuka.
 Ukiran epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan masih lagi dominan sehingga ke
hari ini. Batu Bersurat di Terengganu ialah hasil seni tulisan yang tinggi kemahiran
kebudayaannya.
 Seni tulisan khat dikenali juga sebagai kaligrafi.
 Ayat-ayat yang digunakan untuk tulisan khat di masjid, madrasah, dan surau ialah
petikan ayat al-Quran seperti surah Yasin, surah al-Fatihah dan lain-lain.

(B) Seni Persembahan

 Tarian,drama, muzik, nyanyian dan wayang kulit.


 Muzik, nyanyian, dan tarian disepadukan dalam sesuatu persembahan.
 Seni Persembahan telah berkembang sejak sebelum kedatangan Islam dan diteruskan serta
disesuaikan dengan pengaruh Islam.
 Pengaruh Islam dan Arab menyebabkan seni persembahan diwarnai oleh pengaruh Arab
seperti tarian dabus yang mengandungi unsur keagamaan dan kepahlawanan. Begitu juga
dengan alat-alat muzik yang digunakan seperti rebana.
 Kesenian persembahan seperti ghazal (di Johor) tarian mak inang di istana Melaka, dan
nazam adalah pengaruh Islam.
 Di Terengganu, persembahan tarian dilakukan oleh wanita dan dinyanyikan dalam majlis
perkahwinan, berkhatan dan dalam upacara lain yang bersifat keagamaan.

(C) Seni bina

Jawapan

- Tulisan khat (kaligrafi) dan tulisan epigrafi yang terdapat dengan meluas pada binaan
masjid, istana dan bangunan-bangunan berunsur Islam mencerminkan pengaruh Arab-
Parsi dan pengaruh Islam.
- Bentuk-bentuk seni bina Islam juga agak unik. Ada pengaruh Minangkabau, pengaruh
Jawa dan pengaruh masyarakat Thai. Perkembangan seni bina dan ukiran berkembang
pesat di Terengganu, Kelantan dan Johor.
- Mesjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar dan bumbung khusus.

3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Jawapan

- Setelah kedatangan Islam di Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yamg
dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.
- Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi
Muhammad, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, dan Hikayat Nabi-nabi seperti
Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
- Cerita-cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah
menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.

4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

60
Jawapan

- Sebagai institusi pendidikan formal, pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat serta
tempat yang paling ideal untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
- Kandungan pengajiannya merangkumi ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya.

Latihan dalam buku teks, muka surat 211.

1. Bagaimanakah pengaruh Islam dalam aspek perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Jawapan

 Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
 Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta, kutipan zakat akan
disimpan oleh baitulmal.

2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor pada abad ke- 16?

Jawapan

 Mempunyai tulisan jawi/Arab seperti Malik atau Sulan al-Adil.

3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang yang berdagang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jawapan

 Para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai tehadap barang dagangan
mereka sebelum urusan perniagaan dapat dijalankan.
 Terdapat beberapa jenis cukai, iaitu, cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan
oleh pemerintah.

– Pedagang dari India, tanah Arab, Siam, dan Pegu – enam peratus.
– Jepun dan China – lima peratus.
– Orang asing dari Kepulauan Melayu – cukai diraja sebanyak tiga peratus.
– Orang asing lain – cukai diraja enam peratus.

 Terdapat barang tertentu seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.

61
A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 213.

Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Melaka

Undang-undang Laut
Melaka

1. Dua jenis undang-undang yang telah diamalkan oleh Kesultanan Melayu Mlelaka ialah Hukum
Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka.

(a) Mengapakah undang-undang di atas digubal oleh pemerintah Melaka?

Jawapan

 Kedua-duanya ialah undang-undang bertulis yang merupakan peraturan dan hukum


bagi menjaga keamanan dan keadilan.
 Hukum Kanun Melaka berkaitan dengan peraturan dan hukuman (jenis hukuman)
yang dijatuhkan kepada mereka yang melakukan jenayah dan lain-lain bentuk
kesalahan yang bersabit.
 Undang-undang Laut Melaka berkaitan dengan hal dan tanggungjawab pengurus,
pekerja mualim atau anak kapal sebagai makmum dan nakhoda sebagai kapten atau
imam bagi mengekalkan keselamatan, keamanan, dan juga pembayaran cukai
pelabuhan.

(b) Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam.

Jawapan

 Terdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskhah
salinan yang disebut dengan pelbagai nama.
 Hukum Kanun Melaka menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
(pemerintah),pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap
kesalahan jenayah, undang-undang keuarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis
hukuman terhadap kesalahan tertentu.

62
2. Bincangkan pengaruh Islam dlam bidang bahasa dan kesusasteraan di Tanah Melayu pada
abad ke- 15 dan abad ke- 16.

Jawapan

 Pengaruh Islam paling ketara dalam penggunaan tulisan jawi. Sebelum ini, tulisan lain seperti
Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak dan Rencong digunakan.
 Huruf Arab diperkenalkan dan disesuaikan dengan tulisan Melayu.
 Tulisan jawi amat berpengaruh dalam mencorakkan perkembangan literasi bahasa dari segi
bacaan dan penulisan.
 Tulisan jawi juga mencorakkan bahasa intelektual dalam pemgetahuan agama Islam dan
pelbagai pengetahuan lain seperti falsafah, undang-undang, fiqah, tauhid, sejarah,
pengetahuan astronomi dan sebagainya.
 Tulisan jawi menjadi tulisan komunikasi dan tulisan rasmi kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
 Banyak istlah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu.
 Kesusasteraan Islam berkembang pesat dan menjadi bahan bacaan dan pengetahuan yang
penting kepada masyarakat Melayu. Kesusasteraan ini berkembang bersama agama Islam di
Nusantara dan di Asia.
 Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan dan kebanyakkannya ialah
cerita asal usul yang merakamkan kepercayaan tentang alam, nama tempat, tumbuh-
tumbuhan dan binatang.
 Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yang
dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.
 Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad,
Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi
Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
 Cerita-cerit tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah
menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.
 Sastera berbentuk puisi antaranya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan
Mariam di Terengganu.
 Banyak hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan
Damsyik menjadi bahan bacaan popular dalam masyarakat Melayu.

63
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 217.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah?

Jawapan

- Zaman Gelap merupakan zaman selepas kejatuhan tamdun Rom di Eropah dan merupakan
peringkat awal Zaman Pertemgahan.

2. Nyatakan ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Rropah.

Jawapan

- Kemerostan dalam bidang ilmu pengetahuan, pedagangan, dan kehidupan di bandar.


- Tidak terdapat pentadbiran pusat yang kukuh dan berkesan.
- Ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot.
- Kehidupan penuh dengan kacau-bilau dan peperangan sehingga petani mencari
perlindungan daripada tuan-tuan tanah.
- Institusi gereja memiliki harta yang banyak, tetapi mengongkong kehidupan masyarakat
Eropah.
- Kemunculan sistem feudal di Eropah.

3. Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan masyarakat Melayu


tradisional.

Jawapan

Sistem Feudal di Eropah.

- Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan golongan yang diperintah (rakyat).
- Raja memberikan perlindungan kepada tuan-tuan tanah.
- Tuan-tuan tanha memberikan perlindungan kepada petani.
- Raja mengurniakan tanah kepada tuan-tuan tanah untuk diusahakan, sebagai balasannya,
mereka dikehendaki memberika khidmat kepada raja seperti menyertai pasukan tentera dan
membayar cukai.
- Tuan-tuan tanah boleh mengerahkan petani untuk memberikan khidmat semasa berlakunya
peperangan.
- Terdapat golongan hamba yang memberikan khidmat tenaga kepada golongan tuan tanah.

Sistem Feudal masyarakat Melayu Tradisional.


64
- Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan golongan yang diperintah (rakyat).
- Pembesar-pembesar dearah akan memberikan khidmat tenaga serta cukai kepada raja
sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberi oleh raja.
- Sultan atau raja akan mengurniakan sesebuah kawasan kepada pembesar Melayu untuk
ditadbir.
- Terdapat golongan hamba yang memberikan khidmat tenaga kepada golongan pembesar.
- Khidmat tenaga boleh diakukan melalui sistem kerah dan cukai pula melalui sistem serah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 220.

1. Apakah maksud Renaissance?

Jawapan

- Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud “kelahiran
semula”. Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh
cindekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Rom dan Yunani.
- Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaman gelap dan kegemilangan itulah
yang telah muncul dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance.

2. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya
Renaissance di situ?

Jawapan

 Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediteranean.


 Kemunculan bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, dan Milan
sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
 Berlakunya pertembungan budaya, bahasa, dan agama yang menjadikan Itali pusat
perkembangan idea-idea baru.
 Bandar-bandar pelabuhan terkenal seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi
perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah.

3. Huraikan maksud Monarki Baru.

Jawapan

 Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan yang kuat dan kukuh melalui amalan
pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
 Kuasa raja semakin kukuh menyebabkan setiap raja di Eropah ingin menaikkan imej/status
negara sehingga kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki
baru terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.

4. Nyatakan kesan Renaissance.

Jawapan

 Kemunculan monarki baru.


 Kegiatan ekonomi sara diri semakin merosot.
 Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dengan meluas.
 Berlakunya kegiatan penjelajahn dan penerokaan hasil daripada kemajuan dalam bidang
matematikk, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi.
65
 Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia kerana manusia Renaissance bersedia
menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
 Melahirkan masyarakat yang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan
menyuburkan persaan keyakinan diri.
 Masyarakat yang memikirkan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah
dan metafizik.
 Merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi,
fizik, kimia dan perubatan.
 Mempunyai sifat inkuiri dan berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai
kejayaan dalam semua bidang.

Latihan dalam buku teks, muka surat 223.

1. Apakah maksud Reformation?

Jawapan

 Reformatiom berasal daripada perkataan reform yang bermaksud “melaksanakan perubahan


atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau
membentuk sesuatu yang baru.”
 Reformation merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat dalam tempoh antara
tahun 1500 – 1600 M. dan mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

2. Apakah idea-idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther?

Jawapan
- Menentang amalan institusi Gereja Katolik yang menjual Sijil Indulgences, iaitu surat
pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.
- Menentang amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Katolik.
- Menentang cara dan gaya hidup penguasa Gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang
terdapat dalam kitab Biblle.
- Menentang gaya hidup penguasa Gereja yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan
golongan bangsawan dan tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.

3. Jelaskan kesan-kesan terpenting Zaman Reformation tehadap Eropah.

Jawapan

- Agama Kristian telah berpecah kepada dua mazhab utama, iaitu Katolik dan Protestan.
- Negara Eropah telah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing, contohnya
perang keagamaan yang berlaku di Peranchis antara tahun 1562 – 1598 dan Perang 30 tahun
(1618 – 1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.
- Peperangan yang berlaku antara negara mengikut mazhab masing-masing telah
mengakibatkan banyak kemusnahan.
- Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab saja.
- Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian dari
segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
- Kuasa institusi gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka.
- Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang kerana monari baru ingin
membebaskan diri daripada penguasaan Paus di rom.
- Raja England, Raja Henry VIII telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan
mengistiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

66
Latihan dalam buku teks, muka surat 226.

1. Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada zaman penjelajahan dan penerokaan.

Jawapan

 Sepanyol, Portugal, Belanda dan Inggeris.

2. Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke


Timur.

Jawapan

 Faktor Ekonomi

– Orang-orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah
dari Timur yang mendatangkan keuntungan besar kepada pedagang Eropah dan raja
mereka. Ini juga nerupakan pendorong penting kuasa-kuasa Eropah menjelajah ke
Timur.

 Faktor Agama

– Keinginan untuk menyebarkan agama Kristian ke Timur.


– Perang Salib yang berlaku antara orang Islam dengan orang Kristian mencetuskan hasrat
orang Kristian untuk menyebarkan agama mereka ke Timur.

 Faktor Politik

– Kemunculan monarki baru di Eropah seperti England, Perancis dan Belanda turut
menggalakkan penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Secara tidak langsung hal ini
dapat menaikkan imej negara bangsa.
– Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah dapat dikaitkan dengan kata-kata
gold, gospel dan glory.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 229.

1. Apakah sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian?

Jawapan

 Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.


 Penggunaan kaedah dan teknik saintifik dalam bidang pertanian.
 Kaedah dan penciptaan baru dalam bidang pertanian seperti tanaman bergilir, penggunaan
alatan pertanian moden serta alat menggali dan menugal.
 Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan efisien.

2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di
eropah.

Jawapan

67
Kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di Eropah
ialah:

 Terdapatnya kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-
besaran (ladang).
 Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan
mereka telah kehilangan punca rezeki.
 Golongan petani kecil-kecilan menjadi buruh di ladang dan terdapat juga mereka yang
berhijrah ke bandar dan menjadi buruh di kilang.

3. Renungan dan perbandingan.

a. Bandingkan fenomena yang terdapat semasa Revolusi Pertanian di Britain dengan


kejadian semasa yan terdapat di negara kita.

Jawapan

 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pertanian Negara bagi menggalakkan


pengeluaran tanaman makanan yang mencukupi untuk keperluan negara dengan
memperkenalkan perubahan dalam penggunaan tanah.
 Tanah-tanah yang tidak ekonomik disatukan agar satu sistem penanaman yang lebih
ekonomik dapat dilaksanakan dengan pengurusan ladang yang lebih cekap.
 Tanah yang disatukan dapat diusahakan secara intensif agar produk pertanian dapat
dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi pertanian moden seperti traktor,
jentera-jentera pembajak, sistem tanaman bergilir, penggunaan kerja organik yang
dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.
 Kerajaan menerusi agensi-agensi yang berkaitan seperti Bank Pertanian, Kementerian
Pertanian, MARDI, dan RISDA, memainkan peranan penting dalam meningkatkan
taraf hidup petani seperti penanaman benih padi baru – PUTERI yang dijangka dapat
menampung keperluan beras negara dan dengan itu kerajaan tidak perlu lagi
mengimport beras dari luar negara.
 Kaedah pemasaran yang lebih efisien seperti aspek pembungkusan dan pelabelan
dapat mempertingkatkan pemasaran hasil pertanian ke seluruh negara dan untuk
dieksport. Agensi seperti FAMA memainkan peranan penting untuk membantu
golongan petani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.
 Antara langkah yang dibuat termasuklah menyatukan tanah dan memulihkan tanah
terbiar. Seterusnya ditanam dengan tanaman pertanian berbenuk mini estet.
Contohnya, mini estet/tanaman berkelompok padi yang dilaksanakan oleh Lembaga
Persatuan Peladang di Asam Jawa, Kedah, dan oleh syarikat-syarikat kerjasama.
Perkara ini sama seperti yang berlaku dalam Revolusi Pertanian di Briratin yang
melaksanakan Akta Pemagaran Tanah untuk mengusahakan tanaman pertanian
dalam bentuk skala besar bagi mendapatkan pulangan yang lumayan.
 Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti di atas hampir
sama denagn fenomena yang terdapat semasa Revolusi Pertanian di Britain seperti
perubahan dalam sistem pemggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau
teknik saintifik dalam pertanian, [enggunaan alatan baru, penggunaan baja serta
kaedah pemasaran produk pertanian secara berkesan. Di Tanjung Karang, Selangor,
terdapat sawah padi yang telah disatukan bagi membolehkan jentera pembajak tanah
dan penuaian digunakan. Dengan cara ini, kegiatan pertanian dapat dipercepat dan
penghasilan dipertingkatkan. Kegiatan ini juga telah menyebabkan pekerjaan
berkurangan di kawasan berkenaan kerana laedah penanaman dan penuaian padi ini
tidak memerlukan terlalu ramai buruh seperti dahuku. Ini membolehkan anak-anak
68
muda di kawasan tersebut berhijrah untuk bekerja di kilang-kilang di Shah Alam dan
Petaling Jaya.

b. Kenal pasti kejadian yang serupa atau hampir serupa yang berlaku di tempat lain di
Malaysia.

Jawapan

 Berdasarkan petikan di atas, kejadian yang sama turut berlaku di daerah Rembau,
Negeri Sembilan, kerana kebanyakkan penduduk mempunyai tanah-tanah adat yang
agak kecil keluasannya dan tidak diusahakan secara giat kerana tidak ekonomik.
 Pihak kerajaan atau swasta dengan persetujuan tuan-tuan tanah berusaha
menyatukan tanah-tanah yang kecil untuk menjalankan Projek Tanaman Kelompok
supaya kawasan itu dapat diusahakan dengan lebih intensif seperti penggunaan
jentera-jentera pembajak, sistem saliran yang baik dan kaedah penyiraman moden.
 Ini meyebabkan tenaga manusia tidak banyak digunakan dalam proses penanaman,
pemungutan hasil, pemasaran dan sebagaimya.
 Ini meyebabkan buruh dalam sektor pertanian terpaksa berhijrah ke bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Seremban untuk mendapatkan pekerjaan.

c. Bincangkan persamaan dan perbezaan fenomena di Tanjung Karang dengan apa yang
berlaku di Britain semasa Revolusi Pertanian.

Jawapan

Persamaan
 Penggunaan teknologi moden – mesin pembajak dan mesin menuai dicipta bagi menggantikan
tenaga menusia dan binatang.
 Penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi – dapat mengeluarkan hasil dengan cepat, tahan
ancaman penyakit.
 Sikap petani yang dapat menerima perubahan – pertanian memberikan pulangan yang
lumayan dan menjalin masa depan mereka.
 Bidang pertanian telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dan hal ini dapat menghalang
penghijrahan penduduk ke bandar.

Perbezaan
 Dari segi pemodenan
– Britain – agak menyeluruh, mampu menghasilkan hasil pertanian yang mencukupi
untuk seluruh penduduk Britain dan untuk eksport.
– Tanjung Karang – pengeluaran masih belum mencukupi untuk menampung
keperluan negara.

 Keluasan kawasan pertanian


– Britain – pelbagai tanaman dapat ditanam secara berskala besar seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran.
– Tanjung Karang – hanya padi yang diusahakan secara intensif.
69
Latihan dalam buku teks, muka surat 233.

1. Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain?

Jawapan

- Penyedian modal dan dana oleh peladang kaya hasil daripada revolusi pertanian dengan melabur
dalam bidang perindustrian.
- Kesedian mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.
- Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan kaedah dan ciptaan baru dalam bidang
perindustrian serta perubahan kepada teknik pengeluaran dalam skala yang lebih besar.
- Semangat dan kegiatan keusahawanan.
- Pengkhususan pekerjaan membolehkan kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan.
Produk dapat dipasarkan secara meluas bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.
- Penggunaan teknologi baru seperti enjin berkuasa wap dapat menggantikan tenaga manusia dan
binatang, mengakibatkan kerja dapat dikendalikan secara berterusan.
- Kesediaan mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.

2. Nyatakan peralatan yang telah dicipta dalam usaha pemintalan benang dan penenunan kain.

Jawapan

 Spinning Jenny – mesin pemintal benang ciptaan John Hargreaves (1770) dapat memintal
lapan jurai benang dalam satu masa.
 Water Frame – alat pemintal benang ciptaan Richard Arkwright (1769) – digerakkan dengan
menggunakan kuasa wap serta dapat memintal benang dengan lebih banyak.

3. Apakah persamaan yang tedapat dalam proses Revolusi Pertanian dan Perindustrian?

Jawapan

 Kedua-dua revolusi saling berkaitan kerana Revolusi Pertanian telah memberikan sumbangan
kepada pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian dari segi penyediaan modal.
Petani yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan
keuntungan mereka dalam bidang perindustrian yang belum menjanjikan pulangan yang
lumayan.
 Revolusi Pertanian dapat menyediakan bahan makanan yang mencukupi dan tidak perlu
mengimport makanan. Dana dan wang dapat diselamatkan dan dilabur bagi membantu
menjana perkembangan industri dalam negara. Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian
menyediakan asas kepada pencetusan Revolusi Perindustrian.
 Dalam Revolusi Perindustrian, pengeluaran dapar dihasilkan dalam skala yang besar dan
cepat.

70
 Keadaan ini sama seperti Revolusi Pertanian apabila terdapat kaedah/teknik pertanian baru
dan moden, pengeluaran hasil pertanian meningkat dengan mendadak. Lebihan pemgeluaran
dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat diperdagangkan atau dikomersialkan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 236.

1. Mengapakah Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke- 18
dan ke- 19?

Jawapan

 Negara tersebut merupakan negara penjajah utama dan kuasa maritim yang ulung.

2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa berlakunya Revolusi Perindustrian.

Jawapan

 Dapat mengangkut barang lebih pantas dan kereta api menjadi kenderaan penganngkutan
bagi pekerja kilang.

3. Mengapakah akta tertentu diperlenalkan dalam bidang perindustrian khususnya tentang


penggunaan buruh?

Jawapan

 Untuk memastikan kesejahteraan pekerja terbela.


 Menghalang eksploitasi buruh kanak-kanak di kilang.
 Mendapatkangaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 240.

1. Apakah maksud imperialisme?

Jawapan

 Imperialisme merupakan penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap lain yang
lebih lemah.
 Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara.

Jawapan

 Ingin mendapatkan bahan mentah, dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan untuk
keperluan perindustrian mereka.
71
 Memasar hasil keluaran industri masing-masing ke Asia Tenggara.
 Penciptaan kapal wap memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.
 Britain mencari pasaran baru di Asia Tenggara memandangkan barangan keluaran Britain
tidak dapat dieksport ke Amerika dan Eropah kerana tarif diperkenalkan bagi melindungi
industri mereka.

3. Apakah kesan imperialisme dari segi pendidikan?

Jawapan

- Pendidikan Barat diperkenalkan, tetapi tidak disebarkan dengan meluas dan berkesan.
- Terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas bagi melatih golongan pentadbir
rendahan bagi memenuhi keperluan pentadbiran British.
- Kepincangan sistem pendidikan, terpaksa dibaiki oleh pemerintah peribumi yang berkuasa
selepas merdeka.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 242.

1. Bincangkan peranan golongan seni pada Zaman Renaissance.

Jawapan

 Golongan seni dinaungi oleh pedagang-pedagang kaya dan memainkan peranan


penting untuk mencantikkan dan menghiasi bandar dan gereja dengan ukiran dan
lukisan yang cantik.
 Mereka melahirkan perasaan dan emosi melalui karya berbentuk tulisan, seni bina,
seni ukir, seni muzik.
 Berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang dapat menyuburkan perasaan
keyakinan diri.

2. Bincangkan sebab-sebab utama berlakunya Revolusi pertanian.

Jawapan

 Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.


 Penggunaan kaedah dan teknik saintifik dalam bidang pertanian.
 Teknik penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru, serta penggunaan
baja.
 Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

72
3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada Revolusi Pertanian dan
Revolusi Perindustrian.

Jawapan

 Semangat keusahawanan, kegigihan serta kesanggupan mengambil risiko merupakan


asas kepada kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.
 Bidang sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan dalam menerokai dan menceburi
bidang pertanian dan perindustrian.
 Sesuatu perubahan yang cuba dilakukan sudah tentu akan mendapat tentangan dan
segala tentangan tersebut akan dapat diatasi, sekiranya ditangani dengan fikiran yang
bijak dan waras.
 Sesuatu perubahan yang dilakukan sudah tentu membrikan kesan kepada bidang lain.
Perubahan tersebut perlu ditangani dengan bijak supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah.
 Bidang pertanian dan perindustrian hendaklah dijalankan secara besar-besaran
supaya mendapat keuntungan.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah kemajuan bidang pengangkutan dapat meningkatkan


perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.

Jawapan

 Sistem jalan raya yang baik memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke
tempat lain.
 Pengenalan kereta api dapat menghubungkan kawasan bandar dan desa dan
merupakan alat pengangkutan yang berkesan dan murah kerana dapat mengangkut
barang dalam kuantiti yang banyak.
 Rekaan enjin yang berkuasa wap dapat membantu pergerakan kereta api dengan laju.
 Sistem pengangkutan laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap dapat
mengangkut dan memasarkan barangan dengan lebih banyak, cepat dan dengan kos
yang murah pada peringkat antarabangsa.

73
BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

LATIHAN DAN AKTIITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 246.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

Jawapan

- Ekonomi yang mempunyai hasil pengeluaran dalam skala yang kecil, menggunakan teknologi
yang mudah, modal yang kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.
- Meliputi kegiatan ekonomi seperti melombong,, bercucuk tanam, memungut hasil hutan,
menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan untuk keperluan sara diri.
- Sekiranya ada lebihan pengeluaran, biasanya, digunakan semula oleh keluarga atau
kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barang, kenduri-kendara, pembayaran zakat,
sedekah atau hadiah.
- Lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu terutama aktiviti ekonomi yang
bermusim seperti penanaman padi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan.

2. Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisioanal menjalankan aktiviti pertanian?

Jawapan

- Berbentuk sara diri untuk keperluan sendiri dan keluarga secara kecil-kecilan.
- Tanaman yang diusahakan adalah seperti ubi, pisang, kelapa, sayur-sayuran.
- Menggunakan teknologi yang mudah seperti tajak, cangkul, tugal, serta tenggala yang
menggunakan tenaga kerbau.
- Menggunakan sistem pengairan yang mudah dan ringkas berasaskan sumber air dari sungai
atau hujan.
- Aktiviti pertanian dijalankan secara bersama oleh sesebuah keluarga sahaja, tidak wujud
pengkhususan pekerjaan yang jelas.
- Teknologi pertanian lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia, bukannya
mesin.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks muka surat 258.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?

Jawapan

74
- Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pegeluaran untuk tujuan
pemasaran.
- Pengeluaran dalam skala yang besar, penggunaan tenaga buruh yang ramai, modal yang
besar, teknologi yang lebih tinggi, pemasaran yang lebih luas, pengurusan ladang dan
lombong yang cekap.

2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelum
kedatangan British?

Jawapan

- Menjadi pemilik lombong bijih timah yang diusahakan oleh buruh tempatan, seperti Long
Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat di Selangor, Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar,Datuk
Muda Linggi di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
- Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perlombongan bijih
timah.
- Memberikan kebenaran/persetujuan kepada pengusaha China untuk mengusahakan
kawasan perlombongan yang berada di bawah kawalan dan penguasaan pembesar Melayu.
- Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong.
- Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah kepada
pembesar Melayu.

3. Senaraikan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di tanah


Melayu.

Jawapan

- Ubi kayu
- Tebu
- Lada hitam
- Gambir
- Tembakau
- Kopi

4. Nyatakan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah


Melayu.

Jawapan

 Berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan
mengagihkan benih getah secara percuma.
 Memperkenalkan cara menoreh getah mengikut sistem torehan ibidem atau seperti bentuk
tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok.

Latihan dalam buku teks, muka surat 262.

1. Apakah kesan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu?

75
Jawapan

 Memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah yang mendapat pasaran
baik di peringkat antarabangsa.
 Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
 Tanaman komersial diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari China
dan India.
 Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan bagi melindungi tanah milik
orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing.

2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu?

Jawapan

 Individu atau syarikat yang hendak mengusahakan sesuatu kawasan tidak lagi perlu mendapat
kebenaran daripada pembesar Melayu, tetapi mesti membuat pemohonan di Pejabat Tanah.
 Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip
sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
 Residen di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan jumlah
kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
 Membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu.
 Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan
dibayar dengan wang.

3. Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British?

Jawapan

 Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.


 Menyelamatkan tanah di sesuatu kawasan dari dijual, dipajakgadaikan atau ditukar milik
kepada orang bukan Melayu.
 Melindungi kepentingan ekonomi British kerana Tanah Simpanan Melayu tidak dibenarkan
sama sekali ditanam dengan tanaman komersial.

4. Apakah tujuan British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917?

Jawapan

 Melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.


 Mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil Melayu dalam sektor perusahaan getah.
 Premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 270.

1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru.

Jawapan

- Perkembangan pesat ekonomi yang berasaskan perlombongan bijih timah.


- Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan serta berfungsi sebagai pusat pentadbiran,
perbankan, perniagaan dan sebagainya.
- Perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian komersial.

76
2. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu?

Jawapan

- Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing bagi memenuhi
keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu.
- Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat
imigran dari China dan India datang keTanah Melayu.

3. Apakah maksud sistem pendidiakan vernakular di Tanah Melayu?

Jawapan

- Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa
pengantar.

4. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sistem pengangkutan dan perhubungan


berkembang.

Jawapan

 Perkembangan pesat dalam kegiatan perlombongan dan pertanian.


 Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
 Pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 272.

1. Jelaskan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah


Melayu.

Jawapan

 Aktiviti pertanian komersial bermaksud perdagangan atau jualan sama ada untuk
permintaan dalam negara atau untuk tujuan pasaran ke luar negara.
 Mencerminkan kemajuan dari segi peningkatan pengeluaran, jenis pertanian yang
diusahakan, keluasan tanah yang digunakan, pengurusan ladang, penggunaan
teknologi pertanian yang lebih cekap (sistem saliran, pembajaan, benih-benih yang
baik), penggunaan tenaga buruh yang ramai dan lain-lain.
 Melibatkan pemodal Eropah dan China. Orang Melayu tersisih daripada kegiatan
ekonomi pertanian komersial. Oleh sebab itu tidak lahir usahawan di kalangan orang
Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
 Penjajahan British terhadap Tanah Melayu menjadikan Tanah Melayu negara
pertanian untuk kepentingan British di Tanah Melayu dari segi mendapatkan modal
dan bekalan bahan mentah, serta membangunkan tanah dan kawasan yang
berpotensi menjadi kawasan pertanian komersial.
 Hasil pertanian komersial yang digalakkan pada abad ke-19 ialah ubi kayu, tebu, lada
hitam, gambir, tembakau dan kopi. Tanaman ini diusahakan di Sabah, Sarawak dan
Johor.
 Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan dalam skala besar dan melibatkan Sistem
Kangcu, iaitu buruh-buruh China sehingga tahun 1860-an, Johor dianggarkan
mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

77
 Kejayaan yang dicapai oleh pemodal-pemodal Eropah dan China dalam ekonomi
pertanian komersial adalah disebabkan oleh modal, teknologi, konsesi tanah yang luas
dan tempoh pajakan yang lama.
 Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri dan terpinggir
daripada perubahan ekonomi pertanian komersial. Ini menyebabkan wujudnya dwi
ekonomi dengan ekonomi komersial yang memberikan keuntungan dan kekayaan
kepada golongan China dan pengusaha Eropah, sementara ekonomi tradisional yang
ketinggalan melibatkan petani-petani Melayu yang dibelenggu oleh kemiskinan.
 Pada abad ke- 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

2. Bincangkan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di


Tanah Melayu.

Jawapan

 Bertanggungjawab memajukan dan memodenkan sektor penanaman getah di Tanah


Melayu.
 Dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888.
 Memperkenalkan sistem penorehan getah ibidem atau sistem torehan tulang ikan,
benih getah yang dapat mengeluarkan susu getah yang tinggi, pokok-pokok getah
yang tahan lama dan yang mengeluarkan hasil dala iklim tropika.

3. Bincangkan tindakan kerajaan British dalam menghadapi kemerosotan harga getah


sebelum perang Dunia Kedua.

Jawapan

 Memperkenalkan rancangan Sekatan Stevenson 1922 yang menghadkan pengeluaran


getah oleh negara pengeluar.
 Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 di mana pekebun
kecil getah diberi kuota yang lebih rendah dalam pengeluaran getah. Ini kerana
mereka dilihat sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.

4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke- 19
hingga awal abad ke- 20.

Jawapan

(a) Kemasukan buruh China

 Berlaku dengan pelbagai cara seperti sistem kredit, sistem pengambilan


kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Sistem tiket kredit

 Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung-kampung oleh


kheh-thau (ketua). Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China
yang dibawa. Bakal-bakal imigran ini dikenali sebagai Sin kheh.
 Sin kheh tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu,
diletakkan di bawah pengawasan agensi buruh yang telah menerima bayaran
daripada bakal majikan imigran berkenaan.

78
 Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan
hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu
tempoh tertentu.
 Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka
tujui serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
 Apabila sampai ke pelabuhan,mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang
bertindak sebagai orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka
dengan bayaran tertentu.

Sistem pengambilan kakitangan

 Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke negara China


untuk mendapatkan buruh.
 Segala tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.
 Pegawai berkenaan bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga
sampai di tempat majikan.

Sistem pengambilan rumah kongsi

 Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi.
 Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga
sampai di rumah kongsi di Tanah Malayu.
 Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh
dibayar dengan kadar tertentu seperti yang dipersetujui.

(b) Kemasukan buruh India

 Kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dibuat melalui bebrapa cara seperti
sistem Buruh Bebas, Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.

Sistem Buruh Bebas

 Buruh India memasuki Tanah Melayu atas pembiayaan masing-masing.


 Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan
ekonomi.
 Apabila tiba di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang
dikehendaki.

Sistem Kontrak

 Majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai balasan, buruh
akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu (satu hingga tiga tahun)
dengan bayaran minimum antara sembilan hingga tiga belas sen sehari.

Sistem Kangani

 Seorang kangani (ketua/mandur/tandil) duberikan kepercayaan oleh majikan dan


dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.

79
 Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh
sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
 Kangani merupakan pengurus agensi yang membawa masuk buruh-buruh India ke
Tanah Melayu.

5. Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di


Tanah Melayu dari tahun 1859-1948.

Jawapan

 Berperanan menyediakan kemudahan pinjaman ke[ada pelabur dan ini memesatkan


lagi perkembangan industri getah dan bijih timah.
 Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan
memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.
 Penubuhan dapat menjana perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu kerana dana
dari luar negara dapat disalur terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
 Bank dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport
yang membolehkan urusan perdagangan antarabangsa berjalan dengan lebih licin dan
teratur.
 Peranan institusi insurans amat penting akibat daripada perkembangan ekonomi
antarabangsa. Antara perkhidmatan insurans yang penting ialah insurans maritim,
insurans kebakaran, insurans harta, insurans perniagaan dan kemalangan serta
insurans nyawa.
 Keperluan untuk melindungi kapal-kapal dagang daripada kebakaran.
 Institusi kewangan dan insurans memainkan peranan yang sangat besar dalam
perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dengan menyediakan pinjaman, kemudahan
urusan pedagangan import-eksport, menyalurkan dana, melindungi kepetingan
pedagang-pedagang antarabangsa dalam urusan perniagaan.

80