Anda di halaman 1dari 4

Tatabahasa : Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama

Nota

1. Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
2. Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang,
benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum.
3. Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang,
benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus.
 

 
4. Kata ganti nama terbahagi kepada dan kata ganti nama diri dan kata ganti
nama tunjuk.
5. Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri tanya dan
kata ganti nama diri orang.
6. Perhatikan rajah yang berikut:

 
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan kata nama khas,
kata ganti nama tunjuk  dan kata ganti nama diri orang daripada petikan.

            
              Perkampungan nelayan Beserah terletak kira-kira 10 kilometer
dari pusat bandar Kuantan. Perkampungan ini merupakan sebuah
perkampungan nelayan tradisional di negeri Pahang. Kebanyakan nelayan
di perkampungan ini masih menggunakan bot dan perahu kecil  untuk
menangkap ikan. Mereka menangkap ikan sejauh kira-kira 15 batu nautika
dari persisiran pantai.

Setiap hari mereka membawa pulang hasil tangkapan ikan ke


pantai antara jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Kemudian, hasil
tangkapan itu diangkut ke darat dengan menggunakan kereta kerbau.

              Jika anda berkunjung ke perkampungan ini, anda pasti dapat


membeli pelbagai hasil laut. Di samping itu, perkampungan nelayan
Beserah terkenal juga dengan buah-buahan tempatan, terutamanya
durian. Bagi pengunjung yang ingin membeli cenderamata untuk dibawa
pulang, mereka boleh membeli kain batik dari kilang batik di kampung ini.
Selain itu, barangan kraf tangan juga boleh dibeli di bengkel kraf tangan
yang diusahakan oleh penduduk di sini.

Padankan kata ganti nama diri orang yang berikut pada kumpulannya yang
betul.

 
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
 
                 

PAMERAN KEGEMILANGAN SAINS


DALAM TAMADUN ISLAM
(Peringkat Sekolah)

Jadual dan waktu pameran

Tarikh : 15 Februari 2007

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Tempat : Dewan Sekolah Menengah


Sri Purnama Kuala Lumpur

Saksikan keunikan ciptaan tokoh-tokoh


ilmuan Islam dalam bidang sains dan
kenali tokoh-tokoh tersebut dengan
lebih dekat.

Pameran ini terbuka kepada semua


pengunjung. Hadiah-hadiah menarik
menanti pengunjung yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang


menyaksikan pameran yang julung-
julung kali diadakan ini.

1
Di manakah Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam diadakan?
  Dewan sekolah
A
  Dewan pameran
B
  Padang sekolah
C
  Kantin sekolah
D
 
2 Maksud perkataan ‘julung-julung kali’ dalam petikan ialah
  Acap kali
A
  pertama kali
B
  selalu
C
  kerap kali
D
 
3
Berapa lamakah pameran itu diadakan?
  5 jam
A
  10 jam
B
  8 jam
C
  seharian
D
 
4 Yang berikut merupakan bahan-bahan yang terdapat dalam pameran
tersebut kecuali
  gambar-gambar tokoh ilmuan Islam.
A
  biodata tokoh-tokoh ilmuan Islam.
B
  hasil ciptaan sains semua tokoh di dunia.
C
  gambar-gambar hasil ciptaan tokoh ilmuan Islam.
D
 
5 Siapakah yang akan mendapat hadiah bertuah sempena pameran tersebut?
  ibu bapa yang menghantar anak
A
  pengunjung yang bertuah
B
  murid-murid sekolah tersebut
C
 
D
guru-guru sekolah tersebut

Anda mungkin juga menyukai