Anda di halaman 1dari 31

Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak

menunjukkan minat untuk menyambung dan mengurus


perniagaannya. Malah, anak-anaknya lebih senang
memilih jalan mereka sendiri. Misalnya, Hasnol lebih
sayang akan kerjanya sebagai Pengawai Tadbir
Diplomatik, Ilham sibuk dengan perjuangan alam sekitar
dan sebagai penyair, Mukhlis bergerak dengan
kumpulan ajaran sesat, Amera tekun dengan kerjaya
sebagai pendidik, dan Dani pula sibuk sebagai artis rock.

Suatu hari, Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila


mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-orang
Penan untuk membuat benteng manusia bagi
menghalang pembalakkan di Sarawak. Lantaran itu,
beliau pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun beliau
ditemani oleh Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura.
Beliau memberitahu Wahi perkara sebenar, iaitu Wahi adalah
anaknya tetapi perkara itu telah sedia diketahui oleh Wahi. Sewaktu
mahu pulang, Wahi memberitahu Dolhi bahawa dia ingin kahwin
dengan gadis jepun. Datuk Dolhi memberikan restunya kepada
Wahi. Setelah kembali ke tanah air, Datuk Dolhi menghadapi
pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti Hasnol didakwa
menerima rasuah, Dani terlibat dengan dadah, dan Ilham telah lari
ke luar negara kerana diburu pihak berkuasa. Mukhlis hidup
merempatdan menjadi gila. Cuma Amera sahaja yang
menggembirakan hati Datuk Dolhi dan berkhawin dengan YB
Wahab.

Masalah yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat


diselesaikannya. Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan menghantar
Dani ke pusat pemulihan. Datuk Dolhi juga mencari Mukhlis dan
akhirnya telah menemui Mukhlis yang terlantar di hospital. Hasnol
juga telah kembali ke tanah air dan dijamin oleh Datuk Dolhi.
Wahi telah kembali ke tanah air dan disambut oleh Datuk Dolhi
sekeluarga. Datin Tominah juga menerima Wahi dan isterinya, iaitu
Yuka. Akhirnya, Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai
penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah
selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan
umrah bersama isterinya.
Bab 1
– Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah risau
apabila memikirkan anak-anaknya mereka yang
tidak berminat untuk mengurus perniagaan mereka.
– Hasnol lebih berminat untuk bekerja sebagai
Pengawai Tadbir Diplomatik.
– Amera memilih untuk menjadi pendidik.
– Ilham pula, menyertai pertubuhan yang
memperjuangankan alam sekitar.
– Mukhlis ke sana ke mari dengan kerja-kerja
dakwahnya.
– Dani dengan impiannya menjadi pemuzik rock.
– Albert Lee, rakan niaga Datuk Dolhi mahu melamar
Amera untuk anak lelakinya, Robert Lee, tetapi
Amera tidak berkenan.
Bab 2
 Datuk Dolhi dan Abert Lee pergi berjoging di Bukit Serakah sambil
membincangkan soal perniagaan dan anak-anak mereka.
 Datin Tominah pula sibuk menelefon rakan-rakannya yang
berpangkat “Datin”. Mereka bercadang mahu menubuhkan kelab
untuk datin-datin.

Bab 3
 Di pejabatnya, Datuk Dolhi menerima panggilan daripada Wahi
yang berada di Jepun.
 Wahi menceritakan percutiannya di Jepun dan bertanyakan
perkembangan perniagaan mereka.
 Datuk Dolhi mengingatkan Wahi agar menimba pengalaman dan
mempelajari selok-belok perniagaan di negara Jepun.
 Pagi itu, Datuk Dolhi ada mesyuarat dengan Raj Hussein daripada
Ramaco Consultant untuk membincangkan nama vila yang akan
dibina oleh syarikat Datuk Dolhi.
 Raj Hussein mencadangkan supaya vila yang bakal dibina itu
diberikan nama yang mempunyai unsur kemelayuan
 Petang pula,Datuk Dolhi akan memberikan ceramah kepada para
usahawan muda di Institut Perdangan Kebangsaan.
 Tengah hari itu, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk menikmati
juadah tengah hari yang disediakan oleh pembantu rumahnya yang
baru.

Bab 4
 Petang itu, Datuk Dolhi memberikan ceramah keusahawanan
kepada sekumpulan pelajar perdagangan.
 Malamnya, Datuk Dolhi menemani isterinya ke pertunjukan fesyen
busana Islam.
 Beliau berasa bosan di situ.
 Pulang dari pertunjukan fesyen itu, Datuk Tominah menyatakan
hasratnya untuk membuka butik busana Islam tetapi Datuk Dolhi
meminta memikirkan rancangan itu semasak-masaknya dahulu.
 Dalam masa yang sama, anak-anak Datuk Dolhi ada di
rumah. Di halaman rumah, Dani sedang memetik gitar,
manakala Ilham mencatat sesuatu di meja batu.
 Di ruang tamu, Amera sedang menyemak buku anak-
anak muridnya. Mukhlis pula beratib kuat di tingkat atas.

Bab 5
 Ilham berbual-bual dengan Dani. Dia mencadangkan
Dani mencipta lirik lagu yang dapat membuat para
pendengar berfikir.
 Amera mencelah perbualan mereka, lebih bertujuan
menegur sikap Ilaham yang masih tidak
bekerja,sebaliknya hanya mengikuti perjuangan untuk
memelihara alam sekitar.
Bab 6
 Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi untuk meminjam wang
sebanyak RM10 ribu daripada Datuk Dolhi, tetapi tidak diberikan
oleh Datuk Dolhi atas alasan beliau tidak boleh selalu
mengeluarkan duit.
 Lantaran jawapan bapanya itu, Hasnol segera berlalu.
 Datuk Dolhi bermenung. Dia memikirkan siapa antara anaknya yang
akan mengambil alih syarikatnya, Dolhi-Albert Holding.
 Dia turut memikirkan keinginan Albert Lee mahu berbesan
dengannya tentu bersebab.

Bab 7
 Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan Wahi yang difaks dari Tokyo.
 Wahi mencadangkan Dolhi-Albert Holding melaksanakan Kawalan
Mutu Menyeluruh (TQC) seperti yang dilakukan syarikat-syarikat
Jepun
 Kemudian, Datuk Dolhi termenung. Beliau memikirkan Rozie,
sekretarinya yang muda tetapi berpengetahuan dan berpandangan
jauh, serta cekap menjalankan tugas.
 Beliau turut memikirkan Wahi yang sarat dengan idea dan rahsia
penting tentang Wahi.
 Datuk Dolhi teringat pada anaknya Mukhlis yang berlegar ke sana
ke sini atas nam dakwah, tetapi tidak bekerja.
 Pintu biliknya terbuka dan muncul Rozie yang memaklumkan
kedatngan Mukhlis.
 Mukhlis menyatakan maksud kedatangan, iaitu mahu meminjam
wang untuk berdakwah ke India tetapi Datuk Dolhi enggan
memberi.

Bab 8
 Datuk Dolhi pulang ke rumah dengan disambut oleh Amera.
 Amera memberitahu bapanya dia terpilih sebagai Pendidik Terbaik
peringkat negeri dan meminta Datuk Dolhi hadir pada majlis
penyampaian anugerah itu.
 Mukhis dan rakan-rakannya datang ke rumah Datuk Dolhi.
 Mereka berhujah dengan Datuk Dolhi tentang tafsiran dakwah.
 Mukhis menjadi ragu-ragu dengan yang disertainya.
 Datuk Dolhi dan Datin Tominah pergi ke Dewan Jubli Intan bagi
menyaksikan majlis Anugerah Pendidik Terbaik peringkat negeri.

Bab 9
 Amera memikirkan siapa peminat misteri yang mengirim bunga dan
menelefonnya.
 Inem memohon bberhenti kerja secara tiba-tiba.
 Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem
yang menjelaskan sebab dia berhenti kerja, iaitu Ilham yang telah
menceroboh biliknya beberapa kali.
 Petang itu, Hasnol menelefon emaknya untuk meminjam wang lagi.
 Datin Tominah menjelaskan bahawa dia tidak ada wang untuk
dipinjamkan pada Hasnol.
 Datin tominah menasihati Hasnol supaya menyertai bisnes untuk
memperoleh pendapatan yang lumayan.
 Hasnol enggan dan terus menghempaskan gagang telefon.

Bab 10
 Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu oleh rakan Mukhlis bahawa
Mukhlis mengahwini janda tuk gurunya.
 Datuk Dolhi bertambah marah apabila diberitahu oleh Datin
Tominah tentang perbuatan Ilham yang menceroboh bilik Inem.
 Datuk Dolhi makin berang apabila mendapat tahu bahawa Ilham
berada di Sarawak kerana terlibat dengan gerakan menentang
pembalakan.
 Albert Lee menelefon Datuk Dolhi untuk memberitahunya tentang
perbuatan Ilham bersama-sama dengan kaum Penan membina
benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
 Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang berada di Tokyo dan rahsia
antaranya dengan Wahi.
Bab 11
 Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk berehat di Jepun selama
seminggu dan meminta Rozie mengurus penerbangannya ke
sana.
 Keputusan itu mengejutkan Datin Tominah.
 Dalam penerbangan ke Jepun, Datuk Dolhi terkenang akan kisah
silamnya ke Jepun buat kali pertama kali dan kemudian terkenang
pula akan kisahnya dengan Mastura.
 Mukhlis termenung memikirkan tindakannya berkhawin dengan
Hanisah, iaitu janda tuk gurunya yang mempunyai tiga orang
anak.
 Dia pulang bersendirian ke rumah ibu bapanya serta mengadu
kepada ibunya dan menyatakan rasa kesalnya atas tindakannya.
 Hasnol pula memujuk Linda agar meminjam wang daripada
bapanya tetapi isterinya enggan kerana mereka pernah
meminjam sebelum ini dan belum berbayar.
Bab 12
 Amera mengambil keputusan untuk memenuhi undangan peminat
misterinya ke Kelab Mawar.
 Rupa-rupanya lelaki itu ialah YB Wahab, Timbalan Menteri. Masing-
masing menaruh harapan untuk mengikat hubungan yang lebih
serius.
 Dani mengingatkan Amera supaya datang ke majlis pelancaran
album sulungnya kelak.
 Amera menasihati Dani agar menjadi penyanyi yang berjaya, kaya,
dan dihormati serta menjaga imej dan dispin diri.
 Amera memikirkan hubungan dengan YB Wahab.
Bab 13
 Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh
Wahi serta seorang rakannya yang berbangsa Jepun.
 Mereka ke Hotel Tokyo Metropolitan dan sepanjang perjalanan,
Datuk Dolhi teringat kisah silamnya semasa tinggal di Jepun dan
menyanyikan lagu-lagu Jepun yang diingatinya.
 Datuk Dolhi memberitahu Wahi satu rahsia, iaitu Wahi adalah
anaknya. Namun, Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui
rahsia itu daripada neneknya.
 Beliau berasa lega kerana telah meluahkan perkara itu kepada
Wahi.
 Paginya, Datuk Dolhi bersiar-siar bersama Wahi dan melawat
tempat-tempat menarik di sekitar Shibuya.
 Datuk Dolhi meminta wahi memanggilnya “bapak”.
 Datuk Dolhi meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-
anaknya yang lain kepada Wahi
 Beliau akan memberitahu isterinya tentang hubungannya dengan
Wahi.
Bab 14
 Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir di Teratai Inn.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol mempengaruhi jabatan tender
supaya meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan Kota
yang bernilai RM80 juta.
 Sebagai imbuhannya, Hasnol akan diberi sebanyak RM300 ribu.
 Tengku Munir juga mengugut akam menjadikan hidup Hasnol susah
sekirannya Hasnol tidak menuruti kehendaknya.
 Hasnol pulang ke rumah selepas bertemu Tengku Munir dan
disambut oleh Linda yang bertanyakan hasrat ke Eropah.
 Hasnol telah menyuruh Linda membuat rancangan ke Eropah.
 Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat yang
menghasut masyarakat peribumi supaya membuat benteng
manusia bagi menghalang pembalakan.
 Hasnol datang mencari Datin Tominah di rumah dengan wajah
berseri-seri dan memulangkan wang sejumlah RM10 ribu yang
dipinjam dahulu.
Bab 15
 Albert Lee sekeluarga berkumpul dan berbincang
tentang keluarga dan perniagaan mereka.
 Dia agak kecewa kerana rancangannya untuk
menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk
Dolhi tidak berjaya.
 Robert juga kecewa kerana tidak berjaya memikat
Amera.
 Albert melahirkan pendapatnya tentang anak-anak Datuk
Dolhi yang telah merosakkan bapanya sendiri.
 Lantaran itu, dia berharap agar mereka dua beranak
dapat menguasai Dolhi-Albert Holding suatu hari nanti.
 Albert menyatakan bahawa Datuk Dolhi mempunyai
waris lain selain anak-anaknya itu.
 Malamnya, Robert menelefon Amera untuk mengajaknya
keluar makan tetapi Amera menolak dengan
mengatakan bahawa dia ada latihan walaupun esoknya
adalah hari Ahad.
Bab 16
 Datuk Dolhi dan Wahi berada di Lapangan Terbang Narita.
 Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia kini berasa lapang
setelah perkara yang terpendam di dalam dadanya telah diluahkan
serta menyatakan hasratnya untuk bersara lantaran kesihatannya
yang mula terganggu.
 Wahi mencadangkan agar Datuk Dolhi mengurangkan penglibatan
di syarikat, namun beliau kurang percaya untuk melepaskan
pengurusan syarikat sepenuhnya kepada Albert Lee.
 Beliau amat berharap agar Wahi dapat menerajui Dolhi-Albert
Holding.
 Wahi menyatakan hasrat untuk berkhawin dengan gadis Jepun,
iaitu Yuka dan menjelaskan bahawa Yuka telah memeluk Islam.
 Semasa di dalam kapal terbang, Datuk Dolhi mengimbau kisah
silamnya dengan Mastura, 28 tahun yang lampau.
Bab 17
 Datin Tominah menceritakan kisah Ilham yang melarikan diri ke
Perancis dan meminta Datuk Dolhi agar mencari Ilham di sana
tetapi Datuk Dolhi enggan.
 Datin Tominah juga menyatakan bahawa Hasnol telah
memulangkanwang sebanyak RM10 ribu yang dipinjamnya.
Datuk Dolhi terkejut .
 Dia juga bercadang mahu memberikan sedikit wang kepada
Mukhlis kerana Mukhlis telah pulang dan menyatakan
kesusahannya, namun Datuk Dolhi enggan membantu.
 Dani masuk ke ruang tamu dengan rambut yang panjang dan
seluar bertampal-tampal.
 Datuk Dolhi menegur cara berpakaian Dani yang selekeh dan
mengikatkan Dani agar tidak terlibat dengan dadah.
 Malamnya, Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah
anak kandungnya daripada isteri kedua.
 Amera membantah sikap ibunya itu dan meminta ibunya bberbaik-
baik dengan bapanya semula.

Bab 18
 Wakil Timbalan Menteri datang ke rumah Datuk Dolhi untuk merisik
Amera.
 Majlis perkhawinan Amera dengan YB Wahab disegerakan untuk
mengelakan fitnah.
 Semasa majlis pernikahan Amera, Datuk Dolhi bertemu kembali
dengan Ustaz Hashim, sahabat lamanya semasa belajar dulu.
 Ustaz Hashim menceritakan keadaan Mukhlis yang amat daif di
sebuah perkampungan.
 Perkhabaran itu menyebabkan mereka berdua ke Kampung Sungai
Bakau untuk mencari Mukhlis tetapi Mukhlis gagal ditemui.
 Menurut penduduk di situ, Mukhlis dikatakan tidak siuman.
Bab 19
 Seminggu lagi Hasnol dan keluarganya akan bercuti di Eropah.
 Pagi itu, dia di panggil oleh Tengku Munir ke pejabatnya.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol meluluskan kesemua 12 tender
yang dimohonnya, bukannya empat sahaja.
 Hasnol menjelaskan kesukaran yang dihadapi untuk meluluskan 12
tender daripada syarikat yang sama.
 Tengku Munir tetap berkeras. Imbuhan telah diberikan kepada
Hasnol.
 Hasnol berlepas juga ke London bersama dengan keluarganya.
Namun, fikiran Hasnol kusut memikirkan permintaan Tengku Munir
yang pastinya tidak dapat ditunaikan.
 Apabila permintaannya tidak ditunaikan, Tengku Munir melaporkan
kepada Menteri Besar bahawa Hasnol telah meminta rasuah
sebanyak RM1 juta bagi meluluskan 12 tender yang dimohonnya.
 Laporan itu telah disiarkan di akhbar.
 Sebagai akibatnya, rumah Datuk Dolhi diserbu pegawai-pegawai
Badan Pencegah Rasuah (BPR). Datuk Dolhi disoal siasat. Imejnya
sebagai jutawan terjejas.
 Hasnol menelefon ibbunya dari London dan menyatakan
kekesalannya. Ibunya mahu agar dia pulang dan menyelesaikan
masalah tersebut.
Bab 20
 Dani dan kumpulannya, Young Rock Band akan mengadakan
persembahan di Ekspo Perdagangan Pemuda.
 Dani tidak dapat naik ke atas pentas kerana ketagihan dadah.
 Dia telah ditangkap polis ketika sedang mencari bekalan dadah di
pekan.
 Berita Dani ditangkap telah terpampang di akhbar dan sekali lagi,
Datuk Dolhi menjadi tumpuan wartawan.
 Malam itu, Datin Tominah ke lapangan terbang menjemput Hasnol.
 Ketika mahu beredar, Hasnol telah ditahan beberapa orang lelaki
yang memperkenalkan diri mereka sebagai pihak berkuasa.
 Hasnol sedia bertanggungjawab dan ingin menebus dosa-dosanya.
Bab 21
 Ilham telah mendalangi tunjuk perasaan semasa lawatan
Menteri Kanan ke London.
 Hasil wawancara stesen TV antarabangsa dengan Ilham
yang mengutuk pembalakan di Malaysia, Datuk Dolhi
dan YB Wahab disiasat.
 Albert Lee berasa amat marah dengan kenyataan Ilham
dalam temu ramah itu keran bimbang kontrak balak
mereka di Sarawak dibatalkan.
 Dia mahu merampas tampuk kekuasaan syarikat
lantaran Datuk Dolhi sudah ditimpa bermacam-macam
masalah keluarga.
 Usahanya terhalang kerana Datuk Dohli masih
mempunyai seorang lagi waris, iaitu Wahi.
Bab 22
 Datuk Dolhi lega kerana Wahi akan pulang bersama
isterinya.
 Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan pasport
antarabangsanya dirampas.
 Dani juga dijamin dan Datuk Dolhi berusaha
memasukkannya ke pusat serenti.
 Di rumah, Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera,
dan Dani menunggu kepulangan Wahi dan isterinya.
 Datin Tominah menerima kedatangan Wahi dengan
dada terbuka.
 Datuk Dolhi menerima panggilan telefon yang
mengatakan bahawa Mukhlis dimasukkan ke hospital
kerana dilanggar motorsikal ketika merayau-rayau di
pekan tidak jauh dari Kampung Sungai Bakau.
Bab 23
 Mukhlis beransur pulih dan Datuk Dolhi akur dengan
nasihat doktor supaya menghantar Mukhlis ke pusat
rawatan mental.
 Datuk Dolhi memutuskan menghantar Dani ke pusat
pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah.
 Pagi itu, Dolhi-Albert Holding dijadualkan mengadakan
mesyuarat lembaga pengarah.
 Pada akhir mesyuarat itu, Datuk Dolhi mengumumkan
Wahi sebagai penggantinya.
 Kenyataan Datuk Dolhi itu disambut dengan tepukan
sebaliknya Albert Lee terus meninggalkan bilik
mesyuarat.
 Albert Lee memberitahu anaknya, Robert bahawa
mereka akan menarik diri daripada Dolhi-Albert Holding.
Bab 24
 Datuk Dolhi dan isterinya berehat-rehat di anjung banglo mereka.
 Datuk Dolhi bertanyakan projek yang ingin dijalankan oleh Datin
Tominah suatu ketika dulu namun Datin Tominah sudah melupakan
tentang projek butik busana Islam itu.
 Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah agar mereka ke
tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah.
Tema dalam novel Renyah ialah ketabahan dalam
menghadapi tekan tekanan hidup.
1. Harapan seorang ayah
 Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut
jejaknya sebagai ahli perniagaan
 Datuk Dolhi meletakkan harapan yang tinggi kepda Wahi, iaitu
anak isteri keduanya untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu,
beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan
pengalaman dalam bidang perniagaan.

2. Minat dan cenderung seseorang tidak dapat


diubah.
 Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk menceburi bidang
perniagaan walaupun Datuk Dolhi seorang usahawan yang
berjaya.
 Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat masing-masing, Hasnol
menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, Amera sebagai pendidik,
Ilham memperjuangkan alam sekitar, Mukhlis dengan dunia
dakwahnya, dan Dani meminati bidang muzik.

3. Kefahaman yang betul mengenai agama.


 Mukhlis yang cetek pengetahuan agamanya terikut-ikut dengan
ajaran songsang kumpulan dakwahnya tanpa menyelidiki
kebenaran ajaran kumpulan itu.
 Sebagai akibatnya, dia mengalami tekanan daripada kesusahan
hidup yang dihadapi hingga menjadi kurang siuman.

4. Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan


 Datuk Dolhi lebih gemar menggunakan Limosin Saga keluaran
tempatan apabila menghadiri majlis rasmi.
 Datuk Dolhi juga memakai baju batik Kelantan ketika menghadiri
pertunjukan busana.

5. Sikap tamak dan ingin hidup mewah hingga sanggup


melibatkan diri dengan rasuah.
 Tengku Munir yang tamak sanggup member rasuah kepada
Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang dimohonnya.
 Hasnol pula yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah
sehingga didakwa oleh pihak berkuasa.

6. Kepentingan ilmu pengetahuan


 Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk dijadikan
sebagai bahan dalam ceramahnya.
 Kebolehan Wahi dalam menulis teks ucapan dan ceramah untuk
Datuk Dolhi adalah kerana minatnya yang tinggi terhadap
pembacaan

Anda mungkin juga menyukai