Anda di halaman 1dari 32

Pengenalan

Melalui dapatan yang diperolehi daripada lawatan ke Sekolah Menengah kebangsaan


Bukit Baru dan perbincangan dengan guru pakar dalam Bahasa Melayu Encik Mustafa bin Md
Nor, merujuk modul dan pelbagai sumber seperti buku, iaitu penulisan adalah satu kemahiran
yang penting dalam penguasaan bahasa. Sesuatu penulisan atau wacana tatabahasa terdiri
daripada pelbagai ciri bahasa yang meliputi perkataan, rangkai kata , frasa dan ayat. Oleh itu,
dalam pengajaran penulisan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana kebolehan pelajar
mengaplikasi dan menggunakan kemahiran-kemahiran bahasa yang telah dipelajari mengikut
tahap pencapaian pelajar. Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi
pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Dalam
pengajaran penulisan di sekolah-sekolah, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah,
pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas
tentang segala perkara, sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian serta
pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan.

1.  Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah


   Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280-281)
mempunyai beberapa tujuan iaitu:

i. Membolehkan pelajar

 Bercerita; dan

 Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi
perbincangan.

ii. Membolehkan pelajar menulis

 Pengalaman sendiri;

 Cerita;

 Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;

 Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkara


yang sesuai; dan

 Surat kiriman formal dan tidak formal.


2.  Jenis-jenis Penulisan
Menurut Zainol Ismail (2003:7), berdasarkan bentuk, penulisan dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu berformat dan bebas. Bagi Salleh Mohd. Akib (dalam Kamarudin Hj. Husin,
1988: 198) pula, penulisan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan
  
terkawal. Walau bagaimanapun, saya berpendapat penulisan boleh dibahagikan kepada
dua jenis: secara yang lebih mudah difahami, iaitu penulisan lisan dan bertulis yang
dihuraikan secara ringkas dalam topik ini.
3.  Penulisan Lisan
Penulisan lisan adalah satu aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan menggunakan
bahasa yang diajarkan, lalu mempraktikkannya di dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin
Hj. Husin (2001: 281), antara aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik pengajaran yang dapat
dijalan dan digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran penulisan jenis ini:

i. Bersoal jawab mengenai perkara-perkara yang telah dialami oleh pelajar dalam
kehidupan sehari-hari;

ii. Menceritakan semula cerita yang didengar daripada ibu bapa, guru, individu lain
atau buku dan majalah yang pernah dibaca;
  
iii. Penulisan bergambar, iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran
yang disediakan oleh guru; dan

iv. Ucapan-ucapan yang disediakan oleh pelajar berkaitan dengan pengalaman.

v. Berdasarkan aktiviti-aktiviti di atas, dapatlah dikatakan bahawa penulisan lisan


merupakan satu cara untuk memperkukuh tabiat bercakap dan berfikir dalam
bahasa yang diajar, di samping melatih pelajar menyebut lambang-lambang dan
bunyi-bunyi bahasa secara betul.
d.  Penulisan Biasa
   Kategori bertulis adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg. Damit,
1997). Lazimnya penulisan jenis ini dilakukan selepas pelajar menjalani latihan-latihan
praktikal dalam bahasa lisan yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
i. Penulisan Terkawal; dan

ii. Penulisan Bebas.


i.  Penulisan Terkawal
Menurut Salleh Mohd. Akib (dalam Kamarudin Hj. Husin, 2001: 283), penulisan
terkawal adalah penulisan yang segala isi dan bahasanya dikawal oleh guru. Susunan
yang terdapat dalam penulisan ini sentiasa dikawal ketat, diawasi dan pelajar
dipimpin secara berhati-hati ke arah penulisan bebas. Tujuan pengajaran penulisan
terkawal adalah untuk mengurangkan kesilapan.Jenis penulisan ini dibahagikan
kepada tiga bahagian, iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir
terkawal.

 Sepenuhnya Terkawal (~100%)


Dalam penulisan jenis ini, pelajar dibimbing dan dikawal seratus peratus atau
secara menyeluruh untuk menulis supaya tidak melakukan kesilapan. Ini
dapat dikatakan penulisan tahap pertama dan sebagai asas penulisan yang
biasanya dipraktikkan di peringkat bawahan. Biasanya pelajar hanya

   menyalin apa-apa yang ditulis oleh guru di papan tulis.

 Separuh Terkawal (~75%)


Pada tahap ini, pelajar masih berada dalam kawalan guru, tetapi tidak seketat
tahap pertama. Pelajar diberikan peluang untuk menggunakan daya
pemikiran mereka dalam memilih perkataan yang sesuai berdasarkan
pengajaran guru atau topik yang diberikan.

 Hampir Terkawal (~50%)


Pada tahap ini, guru mengurangkan kawalan kepada tahap yang minima,
tetapi masih memandu pelajar menulis sebagaimana yang diarahkan. Guru
dapat mengenal pasti kelemahan pelajar berdasarkan kesalahan-kesalahan
yang dilakukan. Walaupun ramai pelajar yang akan melakukan kesalahan,
tetapi melalui latihan yang kerap dilakukan pelajar atas bantuan guru,
mereka akan dapat memperbaiki penulisan masing-masing.
ii.  Penulisan Bebas
Penulisan bebas bermaksud guru memberikan tajuk yang umum. Pelajar akan
menumpukan perhatian mereka kepada apa-apa bahan yang akan ditulis dan bukan
lagi menumpukan kepada tatacara penulisan.Pengajaran penulisan jenis ini hanya
dapat dilakukan apabila pelajar sudah boleh menguasai bahasa dengan baik. Oleh
itu, guru lebih banyak bertindak selaku pembimbing, sambil menumpukan
perhatiannya kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
Contohnya adalah menerusi penulisan yang bertajuk 'Lawatan Ke Tasik Chini’.
Dalam mengajar penulisan yang berbentuk bebas, guru perlu memastikan bahawa
pelajar mampu menguasai pengetahuan asas seperti jenis ayat, golongan kata dan
tandabaca dengan sebaik dan sebanya kmungkin.Dalam hal ini, guru perlu
membimbing dan membantu pelajar, di samping menekankan aspek penggunaan
Alat Bantu Mengajar (ABM) dan aktiviti-aktiviti pengajaran yang berkesan. Ini
termasuk faktor kekayaan perbendaharaan kata yang dimiliki pelajar, keupayaan
mengatur dan memilih perkataan atau perbendaharaan kata yang betul dan
   pengekalan struktur ayat yang gramatis supaya penulisan pelajar mengandungi
kesalahan yang minima dan mampu menghasilkan penulisan wacana tatabahasa
yang berkualiti.Pada peringkat sekolah menengah, skop penulisan diperluas kepada
beberapa jenis bentuk penulisan yang lain, antaranya:

 Penulisan yang berbentuk deskriptif, iaitu penulisan yang meliputi gambaran


suasana, peristiwa, majlis dan benda.

 Penulisan yang berbentuk naratif, iaitu penulisan yang merangkumi jenis-


jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan / komentar.

 Penulisan yang berbentuk imaginatif, iaitu penulisan yang berkait rapat


dengan pengalaman dan khayalan, termasuklah penulisan yang mempunyai
ciri-ciri kreatif seperti cerpen dan sajak.

 Penulisan yang berbentuk argumentatif, iaitu penulisan tentang


perbincangan, kritikan dan perbahasan.

 
  Pendekatan, Kaedah dan Teknik Penulisan

a. Dalam pengajaran aspek-aspek bahasa, termasuk pengajaran penulisan wacana


sememangnya terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat diaplikasi.
Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam
bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang
hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah
pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah
bertindak selaku pemudah cara.

  

  

  
c.
 
  
d.  Pendekatan Pola - Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat
melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan
dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar
mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.
  
Antara latihan yang dapat diaplikasikan, seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan
yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas,
pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu
perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

Kaedah dan Teknik Pengajaran Penulisan

Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru
menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping
mencapaiobjektifpengajaran.
Terdapat banyak kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran penulisan, tetapi perbincangan ini
hanya akan membincangkan beberapa jenis kaedah sahaja, iaitu kaedah komunikatif dan kaedah
bergambar dan carta.Sementara itu, teknik ialah cara yang lebih khusus yang dilakukan untuk
membantu mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Terdapat pelbagai
teknik pengajaran dalam pengajaran penulisan. Namun yang biasa digunakan ialah
penggabungjalinan teknik-teknik pengajaran.

Antara teknik yang diperkatakan secara tidak langsung ialah teknik bercerita, perbincangan, soal
jawab, sumbang saran dan teknik menggunakan gambar.

  
a.  Kaedah Komunikatif
Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan dengan pelbagai
cara, antaranya:

 Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran pembelajaran penulisan


yang dijalankan;

    Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau bersoal jawab untuk


memastikan pelajar mengikuti dan memahami isi-isi penulisan; dan

 Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan,


simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unsur-unsur
komunikasi dalam kalangan pelajar.
  
b.  Kaedah Bergambar dan Carta
   Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berdasarkan
gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan
sebagai ABM dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan
penulisan. Namun demikian, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik
penyampaian yang menggunakan slaid.
Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan,
ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan
slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun teknik slaid memerlukan
peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya
ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti
dalam menyampaikan pengajaran, iaitu:

 Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai ABM dan tahap peringkat pelajar,
di samping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;

 Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan


perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;

 Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan
berdasarkan gambar yang dilihat;

 Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang


menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru
menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang
diutarakan;

 Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan
dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

 Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah
carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk. Teknik
carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan
dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa
yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang
dipaparkan dalam carta.
Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan
penanda 'anak panah' atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang
memperlihatkan proses membuat produk makanan.

 Aplikasi Kemahiran Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah

a. Surat Kiriman Rasmi

b. Surat Kiriman Tidak Rasmi

c. Laporan

d. Berita

e. Perbahasan

f. Syarahan

g. Ucapan

h. Rencana

i. Peribahasa

  
a.  Surat Kiriman Rasmi
i. Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus yang mesti dipatuhi,
terutamanya dalam peperiksaan. Formatnya adalah seperti berikut:

 Jawatan dan alamat pengirim ditulis di sebelah kiri surat.

 Terdapat satu garis panjang yang memisahkan alamat pengirim


   dengan alamat penerima.

 Alamat penuh penerima juga ditulis di sebelah kiri surat.

 Perkataan terakhir (negeri / bandar) pada alamat penerima digaris


dan ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya.
 Tarikh pengiriman surat ditulis di sebelah kanan, bersetentang
dengan perkataan terakhir pada alamat penerima. Gunakan huruf
besar apabila menulis nama bulan. Tarikh yang lengkap ditulis
mestilah disudahi dengan tanda noktah.

 Panggilan hormat yang bersesuaian dengan kedudukan atau


pangkat penerima seperti Tuan, Puan, Datuk, Cikgu dan
sebagainya ditulis selepas baris terakhir alamat penerima.

 Perkara yang menjadi inti atau tujuan surat rasmi dihantar /


dikirim perlu disertakan selepas panggilan hormat. Huruf pertama
setiap perkataan ditulis dengan menggunakan huruf besar, kecuali
kata sendi atau kata hubung.

 Bahagian isi mengandungi tiga bahagian, iaitu perenggan


pendahuluan, perenggan kedua dan seterusnya serta perenggan
penutup. Perenggan

 pendahuluan dimulai dari tepi kiri surat dan tidak bernombor.


Perenggan kedua dan seterusnya perlu dinomborkan. Perenggan
penutup sama seperti perenggan permulaan.

 Pengakuan pengirim, seperti Yang benar, Yang menjalankan


tugas, Salam hormat dan lain-lain ditulis di sebelah kiri surat.
Huruf pertama pada perkataan pertama ditulis dengan huruf
besar. Letakkan tanda koma pada hujung rangkai kata tersebut.

 Tandatangan pengirim dibuat di bawah pengakuan pengirim.


Nama penuh dan jawatan pengirim perlu disertakan selepas
tandatangan. Nama ditulis dengan menggunakan huruf besar
keseluruhannya serta ditulis dalam kurungan.

ii. Gunakan bahasa yang mudah, tidak perlu ungkapan dan bunga bahasa.
Nyatakan tujuan anda menulis surat, pesanan dan isi-isi ringkas.
iii. Karangan jenis ini banyak menggunakan tanda-tanda bacaan, huruf besar
dan nombor-nombor. Gunakan pada tempat yang sesuai.

Contoh Format Surat Kiriman Rasmi


Sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=PMR&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOTA
   i. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan tidak formal. Biasanya
ditulis kepada sahabat handai, saudara-mara, kaum keluarga, ibu bapa
dan sebagainya. Tujuan pengirimannya juga berbagai-bagai, iaitu untuk
bertanya khabar, salam persahabatan, mengucapkan tahniah atau takziah
dan sebagainya.

ii. Surat kiriman tidak rasmi mempunyai format khusus yang perlu dipatuhi,
terutama apabila menjawab soalan pada peringkat PMR. Formatnya
adalah seperti berikut:

 Alamat lengkap pengirim – Ditulis di sudut atas sebelah kanan


surat.

 Tarikh surat ditulis – ditulis selang sebaris selepas alamat. Di


hujungnya hendaklah dibubuh tanda noktah.

 Kata penghadapan/pembuka kata – Ditulis ke dalam sedikit


dan mestilah bersesuaian dengan penerima surat. Penulisannya
hendaklah dibuat setelah melangkau satu atau dua baris selepas
menulis tarikh.

 Kata sapaan/kata panggilan – Ditulis di bahagian tepi kiri surat,


iaitu selepas melangkau satu baris daripada kata-kata
penghadapan. Lihat senarai berikut (rujuk Jadual 10.1) sebagai
panduan menulis kata sapaan / kata panggilan yang betul.

Jadual 10.1: Senarai Kata Sapaan / Kata Panggilan

Sapaan / Panggilan Sapaan / Panggilan


Pengirim
Pengirim Penerima

Bapa / Bapa
Ayahanda Anakanda
saudara

Ibu / Ibu saudara Bonda Anakanda


Datuk Nenda Cucunda / Cunda

Nenek Nenda Cucunda / Cunda

Anak / Anak
Anakanda Ayahanda / Bonda
saudara

Cucu Cucunda / Cunda Nenda

Kakak / Abang Kakanda / Kanda Adinda / Dinda

Adik Adinda Kakanda / Kanda

Sahabat lelaki Saya Saudara

Sahabat
Saya Saudari
perempuan

Murid Saya Cikgu

Guru Saya Awak / Kami

 Isi – Merupakan bahagian terpenting. Dalam bahagian inilah


segala tujuan pengiriman surat ditulis (sebagaimana diarahkan
oleh soalan). Permulaan setiap perenggan mestilah ditulis ke
dalam sedikit tanpa nombor.

 Penutup – Ditulis ke dalam sedikit tanpa perlu dilangkau


daripada perenggan-perenggan ini.

 Pengakuan pengirim – Ditulis di sebelah kanan surat, sejajar


dengan alamat pengirim dan sebaik-baiknya dilangkau satu atau
dua baris daripada bahagian penutup. Huruf pertama hendaklah
ditulis dengan huruf besar dan disudahi dengan tanda koma.
Antara pengakuan pengirim yang biasa digunakan ialah Yang
ikhlas, Sahabatmu, Anakanda yang jauh dan berbagai-bagai lagi.

 Tandatangan – Ditulis di bawah pengakuan pengirim. Tidak perlu


menulis nama pengirim selepas tandatangan.

iii. Gunakan bahasa baku yang betul ejaan dan tanda bacanya. Penggunaan
peribahasa atau unsur-unsur kiasan dibenarkan untuk mengindahkan
bahasa surat berkenaan.

iv. Anda boleh menggunakan bahasa kreatif untuk lebih menghidupkan isi
surat.

Contoh Format Surat Kiriman Rasmi

Contoh Surat Kiriman Tak Rasmi yang Lengkap

c.  Laporan
i. Penulisan jenis ini meminta anda melaporkan maklumat-maklumat
tentang aktiviti persatuan seperti lawatan, pertandingan, mesyuarat dan
berbagai-bagai lagi.

ii. Penulisan jenis ini terbahagi dua, iaitu laporan aktiviti persatuan dan
minit mesyuarat.

iii. Kedua-duanya mempunyai format khusus yang perlu dipatuhi,


khususnya dalam peperiksaan. Format laporan aktiviti adalah seperti
berikut:
  
 Tajuk laporan – Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap
awal perkataan. Keseluruhan tajuk tersebut mestilah digarisi.

Contohnya:

Laporan Lawatan Persatuan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Perempuan


Kuen Cheng, Kuala Lumpur Ke Taman Negara Bako, Sarawak
 Isi – Dimulai dengan pendahuluan, isi-isi penting laporan dan
penutup.
 Pengakuan pelapor – Ditulis di sebelah kiri laporan, sejajar dengan
bahagian isi. Perkataan awal pada pengakuan pengirim hendaklah
dimulai dengan huruf besar dan disudahi dengan tanda koma.

Contohnya:

Laporan disediakan oleh, atau


Dilaporkan oleh, atau
Yang membuat laporan, dan sebagainya
 Tarikh laporan – Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang
dengan pengakuan pengirim. Tarikh ditulis selengkapnya dan
disudahi dengan tanda noktah. Contohnya : 28 Jun 2009.

 Tandatangan pelapor – Ditulis betul-betul di bawah pengakuan


pelajar.

 Nama penuh pelapor – Ditulis di dalam kurungan dengan


menggunakan huruf besar keseluruhannya. Contohnya: (SITI
BINTI ALI).

 Jawatan pelapor – Ditulis di bawah nama. Huruf awal setiap


perkataan dimulai dengan menggunakan huruf besar.

Contohnya:

Setiausaha,
Persatuan Sains dan Teknologi,
Kuala Lumpur.
iv. Format laporan minit mesyuarat pula adalah seperti berikut:

 Tajuk laporan – Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada


setiap awal perkataan serta digarisi.

 Tarikh hari, masa dan tempat perlu dicatatkan sebaik sahaja


menulis tajuk. Gunakan titik dua bertindih apabila menulis perkara
tersebut. Selepas itu, isikan dengan butir-butir yang berkaitan
dengannya.

Misalnya:

Tarikh:    30 Ogos 2009


Hari:        Sabtu
Masa:      10.00 pagi
Tempat:  Bilik Mesyuarat Pengawas
 Selepas menulis ketiga-tiga butir tersebut, tuliskan pula maklumat
kehadiran, yang hadir diikuti dengan nama ahli jawatankuasa
yang hadir; dan yang tidak hadir dengan diikuti nama-nama ahli
jawatankuasa yang tidak hadir.

 Isi – Ditulis dalam tiga ruang berbentuk jadual. Tajuk setiap


ruang ialah Agenda, Perkara / Butiran dan Tindakan. Setiap
agenda mestilah dinombor dan diasingkan dengan satu garisan
melintang.

Misalnya:

Agenda Perkara Tindakan

1.0 Perlantikan Ahli Saudara Daim Semua AJK


Jawatankuasa Kecil mencadangkan… menyokong…
 Penutup laporan – Ditulis selepas tiga ruang tersebut, dan
dimulai dari tepi. Perkara yang dituliskan ialah waktu mesyuarat
tersebut ditangguhkan.

 Pengakuan pelapor – Ditulis di sebelah kiri. Perkataan pertama


dimulakan dengan huruf besar dan disudahi dengan tanda koma.

 Tandatangan – Ditulis selepas pengakuan pelapor.

 Nama penuh pelapor – Ditulis selepas tandatangan. Gunakan


huruf besar keseluruhannya dan buat dalam kurungan.

 Jawatan pelapor – Ditulis selepas nama penuh pelapor.

v. Jika menulis kedua-dua jenis laporan, murid tidak perlu menggunakan


ayat yang panjang atau kiasan.

vi. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan formal. Ejaan mesti betul.

vii. Sebagai penulis laporan, anda mestilah benar-benar mengetahui segala


aktiviti persatuan atau perjalanan mesyuarat.

d.  Berita
   i. Penulisan jenis berita ditulis berdasarkan peristiwa yang benar-benar
berlaku. Antara berita yang biasa ditulis ialah berita jenayah,
kemalangan, sukan, hal-hal semasa dan berbagai-bagai lagi.

ii. Penulisan ini ada formatnya sendiri dan mesti dipatuhi dalam penulisan:

 Tempat peristiwa itu berlaku – Bermula betul-betul di sebelah


kiri dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Bubuh tanda
koma pada hujungnya.

 Tarikh / Hari – Ditulis betul-betul selepas tanda koma dan


diikuti dengan tanda sempang. Sekiranya menggunakan tarikh,
hanya hari bulan dan nama bulan yang perlu ditulis; tahun tidak
perlu.

 Isi – Merangkumi lima perkara, iaitu apa yang terjadi, bila terjadi,
di mana terjadi, siapa yang terlibat dan sebab terjadi.

iii. Isi yang penting hendaklah didahulukan, manakala isi yang kurang
penting dikemudiankan.

iv. Berita yang ditulis bergantung pada masa kejadian, sama ada yang telah
lepas ataupun sedang berlaku. Umpamanya, berita kemalangan yang
berlaku semalam atau kejadian banjir yang sedang berlaku.

v. Sebelum menulis penulisan jenis ini, fahami dahulu kehendak soalan,


jenis berita yang perlu anda tulis, masa kejadian dan tempat kejadian.
Jika anda diberi pilihan untuk menulis berita tanpa diberi tajuk, carilah
berita yang benar-benar pernah anda lihat dan berlaku.

vi. Berita hanya ditulis dalam beberapa perenggan. Setiap perenggan tidak
perlu panjang, memadai dengan satu atau dua ayat.

vii. Anda boleh mencipta berita sendiri tetapi, biarlah logik dan boleh
diterima akal.

viii. Bahasa yang digunakan biarlah mudah difahami, tidak perlu ungkapan atau
kiasan.

f.  Syarahan
   i. Penulisan jenis syarahan atau dikenal juga sebagai pidato merupakan
penulisan berformat.

ii. Berikut adalah format yang perlu diikuti apabila menulis penulisan jenis
ini.

 Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah


mengikut pangkat, seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang
Berbahagia dan Yang Dihormati.
 Kata-kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua
perenggan. Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan
ialah, Hadirin yang dihormati, Hadirin dan hadirat kalian, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan dan Saudara-Saudari. Penulisannya
hendaklah dimulakan betul-betul di sebelah kiri dan selepas
dilangkau satu baris daripada isi sebelumnya.

iii. Kandungan syarahan terbahagi kepada tiga, iaitu:

 Pendahuluan – Berisi kata alu-aluan.

 Isi – Memuatkan perkara-perkara penting yang hendak


disampaikan (berdasarkan tajuk yang diberikan). Berikan definisi
tajuk dan setiap fakta mestilah dihuraikan dan ada contoh yang
sesuai. Isi perlu diselang-seli dengan kata-kata penghadapan
seperti Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Hadirin yang dihormati
sekalian dan sebagainya. 

 Penutup – Memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima


kasih.

iv. Dalam peperiksaan, penulisan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam


bentuk pertandingan. Oleh yang demikian, murid perlu memberikan
kata-kata pujian kepada hakim yang mengadilinya, seperti Tuan Hakim
yang arif lagi bijaksana atau yang sama maksud dengannya.

v. Untuk menulis syarahan yang bermutu, anda mestilah mengemukakan isi


yang bernas, tepat dan jelas.

vi. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda boleh juga
menyelitkan jenaka yang sopan atau kata-kata kiasan untuk
menghindarkan perasaan jemu para pendengar.
   Rangka Penulisan
   i. Pendahuluan

 Kata alu-aluan kepada semua yang hadir dan menyampaikan


tajuk syarahan

ii. Isi-isi

 Internet membolehkan kita berhubung tanpa batas di seluruh


dunia (rujuk Rajah 10.1).

 Pengguna juga dapat memperoleh maklumat dengan cepat dan


tepat.

 Internet dapat mengeratkan hubungan penduduk di seluruh dunia


melalui ‘Internet Relay Chat’ – pengguna dapat berbual.

 Penggunaan internet dapat memberi kebaikan tetapi ada juga


pengguna yang menyalahgunakannya.

 Remaja sering terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat


kerana terlalu mudah memperolehi bahan-bahan negatif melalui
internet.

 Penggunaan yang terlalu lama dapat mengakibatkan kerosakan


kepada mata.

Penutup

 Namun internet tidak harus dipersalahkan

 Semuanya bergantung kepada kita untuk memperoleh kebaikan


daripada kemudahan internet.

Contoh Penulisan Lengkap:

                Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, panel-panel hakim yang adil
lagi bijaksana, tuan pengetua, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian.  
         
                Pada hari yang berbahagia ini, saya berasa sungguh bangga kerana
diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Internet
Terhadap Pengguna.”

Para hadirin yang dihormati,

                Internet merupakan suatu sistem jaringan rangkaian komputer seluruh


dunia. Internet telah membolehkan kita berhubung tanpa batas di seluruh dunia.
Dengan hanya menekan beberapa butang, pengguna internet dapat memperoleh
maklumat dengan tepat dan cepat. Sebagai contoh, melalui “World Wide Web”
(www) segala maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh.
                Internet juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk-penduduk
di seluruh dunia. Menerusi ‘Internet Relay Chat’ (IRC), pengguna dapat berbual
dengan pengguna lain yang mereka mahu, tidak kira di mana mereka berada
sama ada dari Afrika, Jepun, Rusia, dan sebagainya.

Hadirin sekalian.

                Memang kita akui penggunaan internet dapat memberi banyak


kebaikan. Namun disebabkan penggunaannya yang tanpa batas dan agak sukar
dikawal, ada pengguna yang menyalahgunakan internet. Seperti yang kita tahu,
terdapat juga maklumat-maklumat negatif dalam internet. Bahan-bahan lucah,
cerita dan sebagainya yang tidak seharusnya menjadi santapan mata, cukup
mudah diperoleh. Akibat daripada kesan negatif ini, pengguna teruatamanya
remaja sering terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.

                Akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan penyebaran-penyebaran


khabar angin melalui internet. Penyebaran seperti ini dapat mengakibatkan
berlakunya huru-hara dan mengancam kestabilan sesebuah negara.
                Cahaya yang dipancarkan keluar melalui komputer dapat
mengakibatkan masalah kesihatan terutamanya mata. Selain itu, sekiranya
internet sering digunakan dalam masa yang panjang, peningkatan bil telefon dan
elektrik akan berlaku. Peningkatan bil menyebabkan berlakunya pembaziran.

                Walau bagaimanapun, penggunaan internet tidak harus dipersalahkan.


Apa yang perlu ada dalam diri kita ialah bersedia untuk menangani masalah ini
sendiri. Baik dan buruk penggunaan internet itu bergantung kepada kita.

Sekian, terima kasih.

Contoh Penulisan Mantap:

Sempena Minggu Patriotisme di sekolah anda, sebagai guru Sejarah, anda


dikehendaki menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Ke Arah Melahirkan
Patriotisme dalam Kalangan Remaja.’ Tuliskan syarahan anda selengkapnya.

Rangka Penulisan

1. Pendahuluan

a. Kata alu-aluan

2. Isi-Isi

a. Perlu disemai sejak di bangku sekolah

b. Kempen-kempen kesedaran oleh media massa

c. Pertandingan kuiz dan sebagainya

d. Peranan sekolah – pengajaran subjek Sejarah

3. Penutup
a. Mengakhiri syarahan

Contoh Penulisan Lengkap:

                Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang


Berbahagia Puan Khairusiah Jaafar, pegawai daripada Jabatan Sejarah,
Kementerian Pelajaran, Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Alam
Sri, Puan Najman Salleh, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.

                Saya berasa sungguh bersyukur kerana dapat bersama-sama para


hadirin meraikan Minggu Patriotisme Sekolah Menengah Alam Sri pada pagi
yang permai ini.

Para hadiri yang dihormati,

                Semangat patriotisme amat penting disemai dan dipupuk di kalangan


pelajar-pelajar sejak dari bangku sekolah lagi bak kata pepatah, ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. Jika semangat patriotisme disemai pada diri remaja
sejak di bangku sekolah lagi, pastinya nanti anak-anak ini apabila meningkat
dewasa mereka akan cinta dan sayang akan negara mereka. Dengan itu, tidak
mudahlah anasir-anasir jahat mempengaruhi jiwa remaja ini.Para hadirin yang
dimuliakan,

                Antara langkah yang dapat diambil bagi melahirkan semangat


patriotisme di kalangan remaja adalah seperti mengadakan kempen-kempen
anjuran pihak media massa yang bertemakan sayangi negara ini. Remaja akan
diberi kesedaran tentang kepentingan mencintai dan memelihara keamanan
negara.

                Program-program seperti Rakan Muda, Latihan Khidmat Negara dan


sebagainya juga merupakan satu cabang yang dapat membantu ke arah usaha
melahirkan semangat patriotisme di kalangan remaja yang melibatkan pelbagai
kaum yang terdapat di negara kita. Aktiviti yang dijalankan seperti mengadakan
pertandingan kuiz, melukis, perkhemahan motivasi dan sebagainya.

                Sekolah turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk


semangat patriotisme ini. Pemilihan mata pelajaran Sejarah sebagai mata
pelajaran teras, membolehkan para remaja memahami dengan lebih mendalam
sejarah tanah air dan hubung kaitnya dengan negara luar. Selain itu, para
pelajar juga dapat mengenali pejuang-pejuang ataupun nasionalis-nasionalis
tanah air yang telah memainkan peranan ke arah memastikan kemerdekaan
negara dicapai.

                Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya untuk terus memperkatakan
tentang tajuk ini, saya mengundur diri dengan menyusun sepuluh jari memohon
maaf jika terdapat sebarang tutur kata yang menyinggung perasaan.

Sekian, terima kasih.

g.  Ucapan
   i. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis-majlis tertentu seperti
perhimpunan sekolah, hari ucapan dan penyampaian hadiah, majlis
perasmian, majlis perpisahan dan sebagainya.

ii. Terdapat beberapa jenis ucapan seperti ucapan alu-aluan, ucapan terima
kasih, ucapan perpisahan, ucapan perasmian dan sebagainya.

iii. Karangan jenis ucapan mempunyai formatnya sendiri dan mesti dipatuhi.
Formatnya adalah seperti berikut:

 Pendahuluan – Mengandungi kata alu-aluan sebagai pembuka


kata yang berupa ucap selamat kepada tetamu yang hadir
mengikut tingkah kedudukan tetamu. Umpamanya, ‘Salam
sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Yang dihormati
Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengarah
Pendidikan, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu
bapa, dan murid-murid sekalian’.

 Isi – Kandungan yang bersesuaian dengan majlis atau tajuk


soalan. Mesti diselang-seli dengan kata-kata penghadapan, seperti
Hadirin sekalian, Hadirin dan hadirat yang saya muliakan dan
lain-lain.

 Penutup – Kata-kata penghargaan, penegasan, kesimpulan,


ucapan terima kasih dan sebagainya.

iv. Gunakan bahasa dan ayat yang sopan, ringkas, padat dan berkesan
dengan memasukkan ungkapan, simpulan bahasa, peribahasa, puisi,
seperti pantun dan sebagainya supaya pembaca tidak berasa bosan.

v. Isi yang disampaikan hendaklah mengikut urutan, mudah difahami dan


tidak meleret-leret yang boleh membuat pembaca berasa bosan.
   Rangka Penulisan
   1. Pendahuluan

a. Kata alu-aluan kepada tuan pengetua, guru dan rakan

2. Isi-isi

a. Tujuan majlis diadakan

b. Sedih dengan pemergian – namun berasa bangga dan gembira


atas kejayaan

c. Sumbangan – pelbagai kejayaan – juara kelas terbersih,


pertandingan perbahasan dan sebagainya

d. Menjamin kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan


kokurikulum

e. Dapat mengubah tingkah laku pelajar daripada nakal kepada


cemerlang

f. Seorang yang tabah dalam menghadapi kerenah pelajar

g. Memohon maaf atas kesalahan

3. Penutup

a. Mendoakan kejayaan guru

b. Ucapan terima kasih

Contoh Penulisan Lengkap:

                Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengetua Encik Rahman,
Cikgu Afifah dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mewakili pelajar-pelajar
kelas ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua dan Cikgu
Afifah kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis yang tidak
seberapa ini.

                Seperti yang kita ketahui, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
mengucapkan selamat jalan kepada Cikgu Afifah yang akan melanjutkan
pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun berasa sedih atas
pemergian beliau, namun kami pelajar kelas ini tetap berasa bangga dan gembira
atas kejayaan beliau.

                Sejak Cikgu Afifah menjadi guru kelas kami, berbagai-bagai kejayaan
telah dikecapi oleh pelajar kelas ini. Antaranya ialah menjuarai pertandingan
kebersihan kelas, pertandingan perbahasan, pantun dan berbagai-bagai lagi.
Malahan, secara keseluruhan, cikgu dapat membentuk kami menjadi pelajar yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Daripada dorongan dan
pertolongan cikgulah kelas yang dahulunya terkenal dengan pelajar-pelajar yang
nakal berubah menjadi kelas yang cemerlang di sekolah ini.
                Kami percaya, ketika cikgu mula-mula memegang kelas ini berbagai-
bagai masalah yang telah kami timbulkan. Namun begitu, cikgu tabah dan
sentiasa menasihati kami sehinggalah berjaya menyedarkan kami tentang
tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebelum ini, ramai guru yang telah
menjadi guru kelas kami, namun semuanya berasa tertekan dengan masalah yang
kami timbulkan. Oleh sebab itu, kami memohon ampun dan maaf atas apa jua
kesalahan yang telah kami lakukan.

                Walaupun hati kami berasa berat untuk membenarkan pemergian


cikgu, namun apalah daya kami. Kami di sini hanya mampu mendoakan kejayaan
cikgu di menara gading nanti. Segala kata-kata nasihat daripada cikgu dahulu
akan tetap menjadi panduan kami.
Sekian, terima kasih.

h.  Rencana
   i. Penulisan jenis ini menghendaki pelajar menulis tentang perkara yang
logik, mengemukakan fakta yang benar dan tepat.

ii. Soalan-soalan yang dikemukakan biasanya menghendaki pelajar


memberikan fakta-fakta tentang sesuatu isi, tema, peranan sesuatu
pertubuhan dan sebagainya.

iii. Pelajar perlu mempunyai fakta yang cukup tentang topik / isi yang
dikemukakan.

iv. Setiap fakta mestilah disertai dengan huraian serta contohnya sekali.

v. Pelajar perlu menghubungkaitkan setiap perenggan supaya ada


kesinambungan isi. Masukkan sekurang-kurangnya empat atau lima isi
dalam sebuah penulisan dan setiap perenggan satu isi.

vi. Penulisan fakta / rencana yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

 Pendahuluan
 Isi yang membincangkan fakta, bukan rekaan atau khayalan

 Penutup yang memerlukan anda memberi pendapat tentang tajuk

vii. Gunakan bahasa yang mudah difahami, ringkas dan tepat. Tidak perlu
bunga-bunga bahasa, ungkapan atau kiasan.

viii. Pelajar boleh menjadikan bahan bacaan sebagai sumber pengetahuan.

ix. Sebelum menulis, pelajar perlu memahami tajuk dan kehendak soalan terlebih
dahulu. Buat rangka penulisan, kemudian susun mengikut turutan yang sesuai
berserta keterangan yang jelas dalam perenggan.

Contoh Penulisan Mantap:

Sebagai pemberita sukan, anda dikehendaki menulis rencana yang bertajuk


‘Pembinaan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan Kepentingannya.’
   Rangka Penulisan
   1. Pendahuluan

a. Latar belakang tentang lokasi Kompleks Sukan Negara, Bukit


Jalil

2. Isi-Isi

a. Kemudahan-kemudahan dan tempat-tempat rekreasi yang


terdapat di situ

b. Fungsi utama penubuhan kompleks

c. Menarik pelancong asing

Merupakan taman rekreasi

3. Penutup

a. Pembinaan kompleks ini amat penting


   [ Atas ]
i.  Peribahasa
i. Jika memilih penulisan jenis ini sewaktu menjawab dalam peperiksaan,
anda perlu memahami dahulu maksud peribahasa.

ii. Teknik penulisan jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu teknik huraian
pernyataan dan teknik cerita.

iii. Teknik huraian pernyataan:

 Teknik ini memerlukan pelajar menjelaskan maksud peribahasa,


sejarah kewujudannya dan kaitannya dengan masyarakat.

 Boleh dikaitkan peribahasa tersebut dengan peribahasa lain yang


sama maksudnya.

 Akhir sekali, huraikan pengajaran dan unsur nasihat yang


  
diperoleh daripada peribahasa tersebut.

iv. Teknik cerita:

 Cerita yang ditulis mestilah menjelaskan maksud peribahasa dan


boleh menggambarkan pandangan terhadap peribahasa tersebut.

 Cerita perlu ada pendahuluan, kemuncak dan kesimpulan.

 Teknik penulisannya sama seperti menulis cereka atau cerita.

 Cerita boleh dikaitkan dengan pengalaman atau rekaan.

v. Gunakan bahasa yang mudah, ringkas dan padat. Elakkan pengulangan


isi dan bahasa yang berbunga-bunga.
   Rangka Penulisan
   1. Pendahuluan

a. Maksud peribahasa

2. Isi-Isi
a. Perlambangan bagi istilah ‘gajah’ dan ‘kuman’

b. Kepentingan peribahasa ini

c. Kisah masyarakat yang mementingkan diri

d. Masyarakat perlu mengamalkan sikap berdasarkan peribahasa

3. Penutup

a. Peribahasa yang sama maksudnya

Contoh Penulisan Lengkap:

Patrick berasa bangga apabila menerima pujian daripada gurunya kerana


memperolehi markah tertinggi dalam ujian Matematik tempoh hari. Dia
berpendapat kawan-kawannya tentu berasa cemburu pada dirinya. Tetapi,
pendapat Patrick sebenarnya meleset. Kawan-kawan Patrick tahu, Patrick tidak
jujur dalam ujian Matematik yang lalu. Patrick telah meniru buku rujukan
sewaktu ujian itu dijalankan.

Sebagai sahabat baik Patrick, Zaidi menasihati Patrick supaya mengubah


sikapnya. Dia menasihati Patrick supaya berusaha untuk beroleh kejayaan.
Perbuatan Patrick itu seolah-olah menipu dirinya sendiri. Walau bagaimanapun,
teguran Zaidi itu menimbulkan kemarahan Patrick. Dia meminta Zaidi supaya
jangan mengambil tahu urusannya. Sikap Patrick semakin menjadi-jadi. Setiap
kali ada ujian dia pasti meniru. Oleh sebab itulah, dia sentiasa memperoleh
markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran. Nama Patrick kini dikenali
dalam kalangan guru-guru kerana bagi mereka Patrick merupakan seorang
pelajar yang paling cemerlang.

Melihat sikap Patrick yang menjadi-jadi dan tidak berusaha mengubahnya, Zaidi
akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru
kelasnya. Dia tidak mahu Patrick, sahabat baiknya itu menyesal di kemudian
hari.

Guru kelas Zaidi iaitu Puan Normah berasa terkejut apabila mendengar apa yang
disampaikan oleh Zaidi. Puan Normah berjanji akan menyiasat perkara itu.

‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’ Patrick


ditangkap ketika sedang meniru buku kerja dalam ujian Kemahiran Hidup.
Patrick berasa sungguh malu. Setelah dinasihati oleh gurunya, barulah Patrick
menyesal. Dia berjanji akan mengubah sikapnya dan belajar bersungguh-
sungguh.

Contoh Penulisan Mantap:

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk peribahasa berikut. ‘Hati gajah


sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah’.
   Rangka Penulisan
   1. Pendahuluan

a. Maksud peribahasa

2. Isi-Isi

a. Perlambangan bagi istilah ‘gajah’ dan ‘kuman’

b. Kepentingan peribahasa ini

c. Kisah masyarakat yang mementingkan diri

d. Masyarakat perlu mengamalkan sikap berdasarkan peribahasa

3. Penutup

a. Peribahasa yang sama maksudnya

Contoh Penulisan Lengkap:


1. Huraikan konsep penulisan tatabahasa wacana sekolah menengah.

 
2. Jelaskan langkah-langkah penulisan tatabahasa wacana sekolah 
menengah.
 

( Nama Penulis )............ 


( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
              Tarikh :

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat)   ..........................


......................................................................................................................
....................................................................................................................................
............
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi
disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
....................................................................................................................................
............
....................................................................................................................................
............ .......................................................................................................................
.........................
....................................................................................................................................
............
....................................................................................................................................
............

Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )

Anda mungkin juga menyukai