Anda di halaman 1dari 1

Perbezaan antara bentuk geometrik dan bentuk organik

Bentuk mempunyai sifat-sifatnya tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan


dan jisim serta lebih daripada satu permukaan. Ini bermakna bentuk itu pejal, mempunyai isi
padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi.

Bentuk Geometrik

Bentuk geometrik direka dengan sengaja dan tidak akan timbul secara tidak sengaja. Bentuk
geometrik juga terdapat dalam alam semula jadi seperti rupa karang, siput, kacang-kacang,
hablur-hablur dan garam mineral.

Bentuk Organik

Bentuk bebas tanpa sudut dinamakan sebagai bentuk organik. Bentuk organik dapat
berubah secara bebas. Bentuknya tidak direka cipta dengan sengaja. Obor-obor adalah
contoh yang baik bagi bentuk organik. Bentuk badannya tidak mempunyai tepian serta keluk
yang tertentu. Bentuk organik seakan-akan mempunyai nyawa dan akan menukar bentuknya
pada bila-bila masa. Bentuk organik dari alam tumbuh-tumbuhan telah lama digunakan
dalam karya tempatan. Corak-corak pada pertukangan logam menggunakan elemen-elemen
dari alam tumbuh-tumbuhan. Bentuk organik ini diubah dan disusun berlingkar-lingkardan
memberi rentak serta harmoni yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai