Anda di halaman 1dari 2

Huraikan empat (4) kesan penjajahan ekonomi dan empat (4) kepentingan hubungan e

tnik dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia.


Pendahuluan
Penjajahan negeri-negeri Melayu menjelang abad ke-19 oleh kuasa-kuasa besar buka
n sahaja meninggalkan impak yang maksimum kepada politik negara pada zaman lalu,
malah ia juga turut melibatkan bidang lain, terutamanya bidang ekonomi. Penjaja
han ekonomi pada zaman itu telah meninggalkan beberapa kesan, baik dari aspek ne
gatif mahupun positif.
Isi Pertama
1) Penemuan beberapa sumber galian
Kekayaan Tanah Melayu dengan sumber bahan mentah seperti biji timah dan
arang batu telah menarik minat kuasa Barat, khususnya pihak British, untuk melua
skan pengaruh mereka di Tanah Melayu akibat daripada tercetusnya Revolusi Perind
ustrian di Eropah yang memerlukan lebih banyak bahan mentah. Apabila pihak Briti
sh akhirnya berjaya menakluk Tanah Melayu, pembukaan lombong biji timah dan lada
ng getah semakin meluas, lebih-lebih lagi dengan kemasukan tenaga buruh daripada
Cina dan India secara besar-besaran untuk memanfaatkan kekayaan sumber bahan me
ntah di Tanah Melayu yang secara tidak langsung membawa kepada penemuan beberapa
sumber galian yang penting selain daripada biji timah dan arang batu iaitu sepe
rti emas, bauksit dan juga bijih besi.

2) Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan


Kemajuan ekonomi yang berkembang dengan pesat juga secara tidak langsung
menyumbang ke arah pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan pada zaman t
ersebut seperti jalan raya dan kereta api. Pembangunan sistem pengangkutan dan p
erhubungan ini adalah penting untuk menghubungkan ladang getah dan lombong biji
timah dengan kawasan-kawasan pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangku
t keluar bagi tujuan eksport.
3) Identifikasi kaum mengikut petempatan dan pekerjaan
Penjajahan ekonomi pada zaman dulu juga turut memberikan kesan negatif y
ang ketara sehingga ke hari ini. Misalnya, dasar â pecah dan perintahâ yang diamalkan ol
h British telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara tiga kaum ut
ama di Tanah Melayu. Orang-orang Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ditempat
kan di kawasan bandar untuk bekerja sebagai pelombong dan peniaga. Tenaga buruh
dari India pula ditempatkan di ladang getah sebagai penoreh getah, manakala oran
g Melayu ditempatkan di luar bandar sebagai petani dan nelayan. Dasar British ya
ng memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu ini telah melahirkan satu masyarakat
majmuk dengan kepelbagaian budaya selaras dengan ideologi British yang ingin men
gekalkan identiti setiap kaum masing-masing.
4) Ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah
Pihak British lebih menumpukan pembangunan ekonomi di kawasan atau wilay
ah yang kaya dengan sumber bahan mentah, terutama di pantai barat Tanah Melayu.
Wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi maju manakala wilayah yang
tidak mempunyai sumber bahan mentah menjadi mundur. Akibatnya, negara kita pada
zaman sekarang telah mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwiekonomi di mana
ekonomi yang bersifat moden lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala ekonomi y
ang bersifat tradisional dan sara diri berpusat di kawasan luar bandar.
Isi Kedua
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan etnik amat memainkan perana
n yang penting dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia. Antara
kepentingan hubungan etnik dalam usaha membangunkan ekonomi di Malaysia ialah;
1) Kestabilan hubungan etnik dapat menjana pendapatan negara
Hubungan etnik yang harmonis adalah merupakan satu faktor utama yang mem
pengaruhi kadar kemasukan pelancong asing ke negara kita. Sungguhpun negara kita
mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik, namun sekiranya terdapat konflik a
ntara kaum, pelancong-pelancong asing dari luar negara tidak akan berkunjung ke
negara kita disebabkan faktor keselamatan. Oleh hal yang demikian, kestabilan hu
bungan etnik memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara.
2) Toleransi hubungan etnik dapat menjayakan pembangunan negara
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh negara kita untuk mencapai pemban
gunan dari segala aspek semenjak mencapai kemerdekaan pada 50 tahun yang lalu. S
ecara tidak langsung, toleransi antara etnik amat penting dalam menjayakan ranca
ngan yang telah dirancang untuk memajukan negara. Contohnya, pengenalan Dasar Pe
rtanian Negara yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian tidak akan ber
jaya sekiranya segenap lapisan masyarakat tidak memberikan kerjasama yang jitu u
ntuk menjayakan usaha kerajaan untuk menjana pembangunan ekonomi.
4) Keseimbangan hubungan etnik dapat menjamin kerjasama serantau
Keseimbangan hubungan etnik antara kaum menjamin kestabilan politik yang
harmonis. Kestabilan politik sesebuah negara akan menjana kerjasama serantau de
ngan negara-negara jiran. Contohnya, kestabilan masyarakat majmuk di negara kita
amat dikagumi oleh negara-negara Islam yang lain, seperti Arab Saudi dan Sudan.
Hal ini telah menjadi faktor utama kepada pemilihan negara kita sebagai penganj
ur persidangan OIC di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, faktor keseimbangan hubung
an etnik di negara kita juga turut menjadi sebab kepada persetujuan penubuhan pa
katan ASEAN yang dianggotai oleh negara-negara di asia tenggara seperti Indonesi
a.
4) Keharmonian hubungan etnik dapat menaikkan nama negara di mata dunia
Keharmonian hubungan etnik juga mencerminkan pentadbiran negara kita. Pe
rpaduan etnik di kalangan masyarakat majmuk di negara kita akan menjana ekonomi
negara kita, terutamanya dalam sektor pelancongan. Kestabilan masyarakat dan eko
nomi negara juga akan menggalakkan kerjasama serantau. Hal ini akan dapat menaik
kan nama negara di mata dunia. Contohnya, negara kita telah diiktiraf oleh keban
yak negara-negara Islam sebagai idola negara Islam yang mencapai kemajuan sunggu
hpun mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Dengan naiknya nama negara di mat
a dunia, maka lebih banyak pelabur asing yang akan melaburkan modal kepada ekono
mi negara dan hal ini seterusnya menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang pes
at.
Penutup
Sungguhpun penjajahan ekonomi pada zaman dahulu mencerminkan struktur ek
onomi negara kita pada zaman kini, kita seharusnya berasa bangga kerana segala e
lemen-elemen negatif yang wujud daripada penjajahan ekonomi pada zaman dahulu te
lah berjaya diatasi secara berperingkat. Pada masa yang sama, hubungan etnik jug
a memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin pembangunan ekonomi negara
yang seimbang. Sekiranya hubungan di antara etnik sentiasa disulami dengan konfl
ik yang tidak berkesudahan, pembangunan negara tidak akan dapat dilaksanakan den
gan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai