Anda di halaman 1dari 52

1.

Dari segi geografi, Asia Tenggara dibahagikan kepada


2:
a) Tanah Besar Asia Tenggara
Contoh :
- Angkor - Chenla - Ayuthia
- Funan - Sukhotai

b) Kepulauan Asia Tenggara


Dibahagikan kepada 2
- Tanah Melayu - Kepulauan Indonesia
Contohnya : Contohnya :
- Kedah Tua - Sirivijaya
- Gangga Negara - Majapahit
- Langkasuka - Singhasari
- Mataram
Sudut Maklumat
Bukti kewujudan tamadun awal di Asia
Tenggara
Sumber China

• KangTai dan Chu Ying - sebagai Utusan China

• Dihantar ke Funan pada tahun 245-250.

• Raja Funan – Houen-Tien atau Kaundinya

• G. Coedes – Kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara


ialah
* Funan – Abad pertama masihi
- Kerajaan Melayu ke-2 tertua ialah
* Champa – Akhir abad ke-2 (137 M.)
* Dikenali sebagai Lin-Yin
c) Sumber Bertulis dan Artifak Arkeologi tentang
kewujudan tamadun awal Asia Tenggara

• Sumber China – Kewujudan kerajaan Funan pada


pertengahan abad ke-3.
• Data Arkeologi – Kewujudan Funan bermula sejak abad
ke-3 Masihi

Buktinya : Jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha


dengan langgam Amaravati.

* Merupakan lokasi seni pahatan arca yang


berkembang di India.
* Terletak di tepi Sungai Kistna.
* Amaravati berkembang sebagai pusat pahatan yang
lebih tertumpu kpd arca agama Buddha.
* Arca yang mempunyai ciri kesamaan pada Amaravati
dikaitkan dengan Pengaruh Amaravati
d) Hubungan Diplomatik

• Tamadun di Asia Tenggara menjalin


- Hubungan diplomatik dengan China.
- Hubungan kebudayaan dengan India.
• Hubungan antara kawasan petempatan wujud sejak
Zaman Logam.

Buktinya : Penemuan artifak gendang gangsa Dongson.


Dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara.
Turut ditemui di Batu Buruk, Besut (terengganu),
Sungai Tembeling (pahang), Sungai. Kelang
(selangor),
Thailand, Indonesia dan Myanmar.
• Hubungan Perdagangan dengan Rom.

Buktinya : Persamaan artifak manik yang dijumpai di


Kuala Selinsing (perak), Kota tinggi dan Muar (johor),
pantai barat selatan Thailand.
d) Petempatan awal di Asia Tenggara berperanan sebagai
:
- Pembekal bahan mentah seperti bijih timah
*Bijih Timah diproses menjadikan gendang di Dongson.
- Pelabuhan Pembekal

Petempatan awal tersebut belum diiktiraf sebagai


kerajaan kerana pemerintahnya belum bergelar raja.

e) Perkembangan Perdagangan Maritim

- Berkembang selaras dengan kemahiran


membuat kapal layar dan perahu.
- Tanpanya, perdagangan maritim mungkin
sukar untuk wujud.
- Perdagangan maritim mungkin
kurang berperanan.
f) Bukti Arkeologi

- Jumpaan manik dan tembikar menunjukkan


perkembangan maritim di Asia Tenggara telah
berkembang sejak abad ke-5 sebelum Masihi.
- Sementara, tamadun awal berlaku pada abad
ke-2 atau ke-3 Masihi.
- Proses pembentukan kerajaan mengambil masa
lebih kurang 600 – 700 tahun.

Manik
- Merupakan artifak perdagangan.
- Mendapat sambutan kerana peranannya.
- Peranannya ialah sebagai hiasan, status, lambang,
tujuan keagamaan dan tujuan sosial.
- Ada yang diperbuat daripada batu, tulang ikan,kaca,
dan bahan lain.
- Terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Kerajaan Awal Asia Kerangka Masa
Tenggara
Funan
Champa Abad ke-2 – ke-5 Sebelum Masihi
Langkasuaka
Tan Tan
Chien-cha (Kedah Tua)
Molo-yu (Jambi Sumatera) Abad ke-6 Sebelum Masihi
Kutei (Borneo)
Po-ni (Kalimantan)
Kantoli (Selatan Sumatera)
Tun Sun (Selatan Thailand)
Chih-Tu (Kelantan)
Sirivijaya (Palembang Sumatera) Abad ke-7 Sebelum Masihi
Dvaravati (Selatan Thailand)
Sailendra (Jawa Tengah)
Gangga Negara
Fo-lo-an (Kuala Berang) Selepas Abad ke-7 Sebelum
Peng-keng (Pahang) Masihi
Teng-ya-nung (Terengganu) (Berdasarken tulisan Paul
2. Bentuk-Bentuk Kerajaan
Awal
• Dibahagikan kepada 2 :
- Kerajaan Agraria
- Kerajaan Maritim

• Pembahagian ini adalah


berasaskan aspek kedudukan
geografi dan sosioekonomi.
Kerajaan Agraria
Ciri-ciri • Menjalankan ekonomi berasaskan
pertanian, penternakan dan pemungutan
hasil hutan dan sungai
• kawasan pertanian yg subur (lembah
sungai)
• Kerajaan Dvaravati di Sg. Menam
(Thailand)
Lokasi • Sg. Irrawaddy (Myanmar),
• Kerajaan Sg. Merah (Vietnam)
• Kerajaan Sg. Mekong (Kemboja, Laos&
Vietnam)
• Kawasan Pedalaman : kawasan berbukit
dan di lereng tanah berapi.
• Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng
(Indonesia)
Kerajaan • Sailendra (Jawa Tengah)
Agraria Terawal • Angkor (Kemboja)
yg • Sukhotai (Thailand)
Kerajaan Maritim
• Menjalankan ekonomi berasaskan
Ciri-ciri perdagangan dan kelautan.

Fungsinya • Sebagai pelabuhan.

• persisiran pantai
• lembah sungai
• kepulauan.
Lokasi • Kerajaan Sirivijaya di Sg. Musai,
• Kerajaan Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg.
Muda,
• Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang)
a) Kerajaan Agraria

• Wujud di lembah sungai, tanaman utama


diusahakan ialah padi.
• Kawasan itu mendapat bekalan air yang
mencukupi.
• Padi Huma ditanam di kawasan tanah
tinggi atau bukit yang kurang
mendapat bekalan air dengan dibuat
teres dan relung.
• Tanaman sampingan diusahakan oleh
masyarakat agraria.
• Contohnya : Jagung, keledek, Pisang dan Sayur-
sayuran.
• Menghasilkan pelbagai jenis rempah & mengumpul
hasil hutan.
• Contohnya : cengkih, lada hitam, kayu gaharu, kapur
barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana
& buah- buahan.

Lada Hitam tanduk buah-buahan


• Sarang Burung dari gua diambil untuk tujuan
perdagangan.

• Terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di


sawah, paya dan sungai.

• Ada juga berusaha mendapatkan kulit kura-kura.


Sudut Maklumat
Petempatan awal dan peranan sungai sebelum kemunculan
kerajaan awal Asia tenggara.

• Bukti wujudnya di sungai-sungai utama Asia Tenggara.


• Wujud semenjak Zaman Logam adalah :
- Beikhtha-no di Lembah Sungai Irrawaddy (Myanmar)
- Chasen di Lembah Sungai Chao Praya (Thailand)
- Dongson di Lembah Sungai Merah (Vietnam)
- Lembah Bernam (Perak)

Bukti penanaman padi di Asia Tenggara

• Padi diusahakan semenjak Zaman Logam di Asia Tenggara.


• Buktinya berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di
beberapa tapak arkeologi.
• Contohnya : Ban Kao dan Spirit Cave (Thailand)
Lembah Tembeling (Pahang)
Gua Sirih (Sabah)
Gua Cha (Kelantan
• Kegiatan menternak binatang diusahakan.
• Contohnya : Lembu, Kerbau, Kambing, dan Ayam.

• Pada tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri


sahaja.

• Apabila terdapat lebihan hasil ternakan dan tanaman,


lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan.

• Tujuannya untuk memenuhi keperluan penduduk yang


tidak terlibat dalam pertanian. (masyarakat bandar atau
kerajaan maritim)
• Perkembangan pertanian dipengaruhi oleh pembinaan
sistem pengairan yang baik.
• Contohnya, perkembangan pertanian di Funan dan Angkor.
• Sebabnya : Terdapat sistem pengairan yang bersumber
dari Sungai Mekong dan Tasik
Tonle Sap.
• Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana
raja sendiri terlibat dalam pembinaannya.
• Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem
pengairan.
• Contohnya : Zaman pemerintahan Indravarman I (877M).
• Beliau membina sistem pengairan dan baray
• Tujuan : mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.

• Kesannya : hasil padi kawasan tersebut dapat


menampung keperluan beras kerajaan Angkor.
Kerajaan Angkor

Ciri-ciri • Kerajaan Agraria yang kuat dan agung.

Lokasi • Lembah Sungai Mekong.

Faktor • Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle


kekuatan Sap.
• Air Tasik Tonle Sap datang dari Sungai
Mekong.
• Tanah yang subur.
• Iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Bergantung • Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap.


pada • Tasik Tonle Sap untuk bekalan minuman dan
punca air yang mengairi sawah padi.
Sudut Maklumat
Baray
• Tempat takungan air buatan manusia.
• Merupai tasik yang luas.
• Pada musim hujan, air ditakung
• Tujuannya : * Supaya dapat disalirkan pada musim kemarau.
* Mengairi sawah padi dan dijadikan air minuman.
Kepentingan Tonle Sap
1. Bekalan sumber air minuman.
2. Pada musim banjir, limpahan air dari Sg. Mekong mengalir
ke Tasik Tonle Sap.
3. Pada musim hujan, keluasan tasik menjadi 300.78 km
persegi.
4. Pada musim kemarau, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap
akan menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang
subur.
5. Membekalkan sumber protein seperti ikan kpd penduduk.
6. Air dapat disalirkan ke kawasan penanaman padi dengan
menggunakan terusan dan sistem pengairan
7. Menampung keperluan penanaman padi untuk bekalan
beras dan mengambang peranan kerajaan Angkor.
b) Kerajaan Maritim

• Terletak di lembah sungai, persisiran pantai dan


kepulauan.
• Contoh kerajaan Maritim utama :

* Langkasuka (Sungai Yarang)


* Kataha/ Cheh-cha/ Kedah Tua (Sungai Merbok dan
Sungai Muda)
* Chih-tu (Sungai Kelantan)
* Sirivijaya (Sungai Musi), Mo-Lo-Yu (Sungai batang
Hari)
* Kalah (Sungai Takuapa)
* Fo-lo-an (Sungai Terengganu)
* Peng-keng (Sungai Pekan, Pahang)
* Tiumah (Pulau Tioman)
• Pada peringkat awal, masyarakatnya menjalankan
kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.

• Kemudian berkembang menjadi perkampungan


nelayan.

• Ada antara petempatan merupakan kawasan pengeluar


bijih logam seperti emas dan timah.

• Hasil lebihan diperdagangkan di kalangan petempatan.

• Petempatan tersebut berkembang dengan peranannya


sebagai tempat berdagang.

• Seterusnya, kawasan tersebut menjadi pelabuhan


pembekal.
Pelabuhan Pembekal.

• Logam
Pembekal • Emas dan Timah
hasil tempatan • Hasil hutan
• contoh : kayu gaharu, rotan, damar,
• Hasil Laut dan makanan.

Ciri-ciri • Pelabuhan disinggahi oleh para pedagang

Peranan • Mendapatkan bekalan hasil tempatan

• Jenderam Hilir & Klang (Selangor)


Lokasi • Kuala Berang (Kuala Terengganu)
• Kuala Selinsing (Perak)

Sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan
kerajaan.
Pelabuhan Kerajaan
Peranan • Sebagai pelabuhan pembekal.
• Tempat Berdagang
• Champa
Contoh lokasi • Kedah Tua
pelabuhan • Langkasuka
• Sirivijaya
Menjadi tarikan Persisiran pantai
pedagang dari • Teluk Siam, kemboja dan Vietnam.
• China Selatan, India dan Barat.
Sebabnya • Pelabuhan seperti Kedah Tua dan
Sirivijaya terletak di Selat Melaka & Selat
Sunda menjadi kawasan perdagangan amat
strategik.
• Kedudukan di laluan perdagangan di
antara China dan India.
• Kedudukan di laluan perdagangan di antara China dan
India menyumbang kepada menjadi pelabuhan entrepot.
Pelabuhan Entrepot
• Logam
Memperdagang • Hasil Laut dan Hutan
kan hasil bumi • Hasil daripada kerajaan lain yang
seperti dibekalkan kepadanya.
• Logam emas dan timah telah menarik
pedagang asing.
Hasilnya
menyebabkan • Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera
dikenali sebagai Suvarnadvipa
(Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi
(Bumi Emas).

• Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy, terdapat nama


Golden Khersonese yang memberi nama Semenanjung
Emas.

Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan


Yunani telah mengatahui bahawa Semenanjung Tanah
Melayu merupakan kawasan kaya dengan emas sejak
awal abad Masihi.
Ciri lain kerajaan maritim :

• Penduduknya terdiri daripada orang tempatan, orang laut


dan pedagang luar.
• Menggunakan lebih daripada 1 bahasa.
• Bahasa perhubungan atau lingua franca ialah Bahasa
Melayu di Asia Tenggara.
• Sebab : pada zaman kerajaan awal, orang Melayu
merupakan pelaut, pedagang dan peneroka
yang terulung di Asia Tenggara.

• Orang Melayu Mempunyai pelabuhan yang


- lengkap dengan pelbagai kemudahan
- kedudukan yang strategik
- petempatan mereka muncul sebagai kuasa politik seperti
Champa & Sirivijaya.
Sudut Maklumat
Pelabuhan Pembekal
• Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan.
• Peranannya : Membekalkan bahan logam tempatan seperti
- timah dan emas
- bekalan makanan kepada pedagang yang singgah
untuk mendapatkannya.
Pelabuhan Kerajaan
• Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal.
• Menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut
berkembang menjadi sebuah nageri.
Pelabuhan Entrepot
• Berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan
takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di
pelabuhannya.

• Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan


mengedarkan kepada pedagang yang datang drpd pelabuhan
sekitarnys & kawasan takluknya.
Lingua Franca

• Bahasa yang dituturkan secara meluas.


• Digunakan dalam pelbagai urusan.
• Pada tahap awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu
dituturkan dalam urusan perdagangan
• Perkembangannya juga dapat dilihat pada batu
bersurat di Sirivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13
Masihi menggunakan bahasa melayu
• Perkembangan kerajaan maritim didorong oleh
semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang
dengan masyarakat di luar kawasannya.
• Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan
yang jauh.
• Sebabnya : mempunyai kemahiran membuat perahu &
kapal layar.

• Perahu dibina untuk perdagangan jarak dekat


• Kapal Layar dibina untuk perdagangan jarak jauh.

• Mereka juga tahu kaedah untuk menuju ke sesuatu


tempat berpandukan bintang di langit.
Kerajaan Sirivijaya
• Dari abad ke-7 hingga ke-13 Masihi,
Srivijaya merupakan kerajaan maritim
terulung di Asi Tenggara.
• Memiliki bala tentera laut yang besar
• Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
termasuk orang laut.
Ciri-ciri • Tentera laut : mengawal perdagangan di
selat melaka.
mengawal keselamatan
kerajaan.
• Pelabuhan yang baik.
• Kedudukan yang strategik di selat melaka.
• Menjadi tempat persinggahan kapal yang
berdagang di antara India dan China.
Peranannya • Terdapat hasil dan barangan untuk
perdagangan antarabangsa yang dibekalkan
oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah
Menurut catatan I Tsing pada tahun 671M., pelabuhan
takluknya.
Sirivijaya dikenal kerana mampu menghasilkan kapal
• Kuasa maritim utama si Asia Tenggara.
besar.
Kedah Tua (Chieh-cha / Kataha)

• Terletak di Lembah Bujang.


• Berkembang antara abad ke-5 hingga ke-13 Masihi.
• Kemunculannya berkaitan dengan kerajaan Sirivijaya.
• Sirivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara
bersamaan dengan name Shih-li-fo-shi / Kataha pada
zaman kebangkitan Kedah Tua.
• Kerajaan ini menjadi pelabuhan entrepot sejak abad
ke-5 Masihi lagi.
• Kerajaan Sirivijaya yang muncul pada abad ke-7 Masihi
turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga
abad ke-13 Masihi.
• Kerajaan Kedah Tua terletak si Sungai Mas dari abad
ke-5 hingga ke-11 Masihi
• Sebelum beralih ke lembah bujang dari abad ke-11
hingga ke-13 Masihi
• Pada abad ke-5 hingga ke-10 Masihi, penduduknya menganut
agama Buddha.
• Selepas abad ke-11 masihi, mereka menganuti agama Hindu
• Buktinya : Tinggalan candi berunser Buddha dan Hindu serta
arca Hindu-Buddha.
• Di utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang
terletak di Sungai Takuapa.
• Merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu.

• Buktinya :
- Berperanan sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka.
- Jumpaan tembikar China Zaman Dinasti Tang (abad ke-7
Masihi)
- Zaman Dinasti Song (abad ke-10 masihi)
- Zaman Dinasti Yuan (abad ke-10 hingga abad ke-13 masihi)
- Jumpaan pelita tembaga & tembikar dari Timur Tengah (abad
ke-9 &
ke-10 Masihi.
- Pelbagai jenis manik serupa barang dagangan dari beberapa
tempat seperti Insia, Sri Langka dan Burma.
Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti :

• Gunung jerai menjadi panduan kapal pedagang yang


keluar masuk terutama pada waktu malam melalui
nyalaan api.

• Kedudukan yang strategik si laluan Selat Melaka

• Terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya &


timur laut.

• Adanya kemudahna menyimpan barangan dagangan


dan kekayaan hasil hutan & sumber bumi.
Kebergantungan Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim

• Kedua-dua kerajaan ini saling bergantungan.


• Contohnya :

- Kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah


mempunyai penduduk yang ramai.
- membekalkan tenaga kerja yang mencukupi
- mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga
dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu
beras.
- dapat membekalkan beras kepada kerajaan maritim
yang lain.
• Beras menjadi barangan dagangan utama.
• Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim
untuk mendapatkan barangan mewah dari luar seperti
China dan India.
• Sebagai tukarannya, kerajaan agraria telah
membekalkan keperluan makanan & hasil hutan
kepada kerajaan maritim.
Pengaruh Agama Hindu
dan Buddha dalam
kerajaan awal
• Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha,
masyarakat Asia Tenggara mengamalkan
kepercayaan animisme
• Mulai abad ke 3, wujud hubungan antara India
dan Asia Tenggara
• Akibatnya menerima dan mengamalkan
kebudayaan India spt sistem kepercayaan dan
agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian
dan kesusasteraan yang berkekalan sehingga
kini
• Cthnya agama Buddha masih diamalkan di
Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam
Cara-cara Kedatangan
Pengaruh Hindu dan Buddha
• Golongan Ksyatria
• Golongan tentera atau Ksyatria yang menyebarkan agama Hindu
semasa membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.

• Golongan Vaisya
• Golongan pedagang atau Vaisya membawa agama Hindu semasa
datang berdagang di Asia Tenggara.

• Golongan Brahmin
• Golongan pendeta atau Brahmin datang ke Asia Tenggara dan
mengajar agama Hindu di kalangan penduduk Asia Tenggara.

• Perdagangan
• Perdagangan dua hala wujud apabila pedagang India datang ke Asia
Tenggara untuk dapatkan bekalan emas apabila Maharaja Vespian
dari Rom hentikan penjualan emas kepada India kerana kekurangan
bekalan.
SUDUT MAKLUMAT
• Bukti kemasukan pengaruh kebudayaan dari India
• Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juga dapat
dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di
Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha, candi di
Srivijaya yang menunjukkan ciri Buddha, candi di Angkor yang
menunjukkan ciri Hindu dan Buddha. Perkembangan agama Buddha di
Srivijaya juga didukung dengan data catatan I-Tsing pada tahun 671
M. yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000 bhiksu yang
mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka
melanjutkan pelajaran ke Nalanda. Bahkan Atisa, guru agama Buddha
dari Tibet, pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun.

• Percampuran unsur tempatan dengan unsur daripada India


• Jika dilihat hasil daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia
Tenggara jelas menunjukkan terdapat campuran antara ciri luar
dengan ciri tempatan atau merupakan adunan ciri tempatan dengan
pengaruh India. Antara contohnya termasuklah Candi Borobudur dan
Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Wat di Kemboja, candi
di Lembah Bujang, Kedah dan candi Padang Lawas dan Muara Takas
di Sumatera.
SUDUT MAKLUMAT
• Maharaja Vespian (ROM)
• Maharaja Vespian merupakan maharaja Rom dan
juga pengasas kepada Dinasti Flavian.
Pemerintahan zaman Vespian bermula dari tahun
69 – 79 M.. Selepas kematiannya, beliau diganti
oleh dua orang anaknya, iaitu Titus dan Domitian.

• Derhaka
• Derhaka ialah konsep yang digunakan dalam
menjelaskan hubungan antara raja dengan
rakyat, iaitu rakyat mesti taat dan tidak boleh
menentang raja.
Pengaruh Hindu dan
Buddha dalam Sistem
Pemerintahan
• Dewa-raja
• Raja dianggap sebagai bayangan tuhan di bumi yang turut memiliki
kuasa sakti.

• Gelaran
• Gelaran raja mula digunakan selepas kedatangan pengaruh agama
Hindu-Buddha.

• Kedudukan Raja
• Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan.

• Kuasa Mutlak
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pentadbiran,
hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara.

• Undang-Undang
• Semua perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.
• Derhaka
• Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja kerana
percaya raja adalah bayangan tuhan di bumi.

• Pertabalan
• Upacara pertabalan diadakan mengikut adat agama
Hindu oleh golongan Brahmin untuk membezakan raja
dengan golongan yang diperintah.

• Orde Kosmos
• Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta dengan
mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam
semesta.
SUDUT MAKLUMAT

• Orde kosmos
• Negara dianggap sebagai suatu alam semesta.
Sehubungan itu raja dan ibu kotanya ialah pusat alam
dan pusat pemerintahan. Raja bertanggungjawab untuk
mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras
dengan Dharma.

• Mengangkat Sumpah di Srivijaya


• Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air
yang disiram pada batu bersurat itu. Air dikumpulkan di
bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat
diminum. Tujuannya adalah untuk menetapkan
pembesar agar memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada raja. Upacara ini diketuai oleh
Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan
bencana kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati
persetujuan atau sumpah tersebut.
Sistem Pentadbiran di
Angkor
• Dalam kerajaan Angkor, raja dianggap sbg
dewa raja
• Berada di puncak sistem pemerintahan
• Di bantu oleh golongan pembesar
• Cthnya di setiap daerah ada pembesar
daerah atau gabenor
• Golongan Brahmin penting dalam upacara
keagamaan
• Raja dibantu juga oleh pegawai tentera
dan hakim
Sistem Pentadbiran di
Srivijaya
• Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra.

• Seorang daripada 3 orang anak raja boleh menjadi raja kecuali


raja putra kerana dia merupakan anak gundik.

• Di bawah anak raja terdapat senapati, ketua pentadbiran pusat.

• Daerah ditadbir oleh golongan datu yang dilantik oleh raja iaitu
parvanda (keturunan raja) & bhupati (orang kaya).

• Wujud amalan berhubung dengan taat setia dan setiap orang


yang dilantik menjadi datu hendaklah mengikut upacara angkat
sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama
Telaga Batu di Palembang.
SUDUT MAKLUMAT
• Telaga Batu
• Telaga Batu adalah antara tempat suci di Palembang.
Di situ terdapat sebuah perigi tua. Pada tahun 1979,
dijumpai di situ, arca agama Buddha daripada tanah
liat dan inskripsi.

• Inskripsi Srivijaya
• Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya
kesemuanya berjumlah tujuh buah, antaranya :
1. Batu Bersurat Kedukan Bukit 604 Saka (682 M.)
2. Batu Bersurat Talang Tuwo 606 Saka (684 M.)
3. Batu Bersurat Kota Kapur 608 Saka (686 M.)
4. Batu Bersurat Telaga Batu
5. Batu Bersurat Karang Berahi
6. Batu Bersurat Palas Pasemah
7. Batu Bersurat Bawang
Pengaruh Hindu dan Buddha
dalam Kesenian dan
Kesusasteraan
• Monumen
• Binaan atau bangunan buatan
batu untuk memperingati orang
ternama atau perisitwa penting
• Berupa candi, kuil, wat, stupa,
acra dan patung
Pengaruh Hindu dan Buddha
dalam Kesenian dan
Kesusasteraan
KEPENTINGAN CANDI

• Ibadat
• Menjadi rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha.

• Memperingati
• Untuk memperingati orang ternama seperti raja dan peristiwa penting.

• Abu Jenazah Raja


• Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.

• Patung Utama
• Tempat menyimpan patung dewa utama.

• Lambang Keagungan
• Menjadi lambang keagungan seseorang raja berdasarkan kehebatan seni
bina seperti Angkor Wat oleh Raja Suryavarnam II.
• Angkor Wat di Kemboja
• Terletak enam km ke utara Siem Reap
• Tingginya 213 meter dan keluasannya 208
hektar
• Tempat pemujaan pada bahagian tengah
setinggi 39 meter dengan teres bertingkat
empat.
• Setiap sudut ada menara
• Bahagian luarnya ada tembok yang dibina
daripada batu laterit dan batu pasir.
• Dindingnya ada ukiran epik Ramayana dan
Mahabharata.
• Candi Borobudur
• Dibina di Jawa Tengah untuk agama
Buddha Mahayana.
• Ia terbahagi kepada 3 tingkat yang
melambangkan 3 peringkat kehidupan
iaitu sila, samadhi dan panna.
• Di tingkat pertama ada ukiran
mengenai kehidupan Gautama Buddha.
• Dibina dalam masa 75 tahun
• Candi di Lembah Bujang
• Dijumpai James Low 1840an
• Semua candinya bersaiz kecil dan
dijumpai tapaknya sahaja.
• Candi Hindu terbahagi kepada 2 iaitu
vimana, bahagian suci yang
diletakkan patung utama dan
mandapa, bahagian luar.
SUDUT MAKLUMAT
• Monumen dan Akta di Malaysia
• Monumen di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak
di bawah Akta Benda Purba 1979. Mana-mana monumen yang didaftar
di bawah Akta Benda Purba tidak boleh diganggu tanpa kebenarnya
daripada pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan yang
bertanggungjawab terhadap benda purba, iaitu ketua Pengarah
Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.

• Pembuatan monumen keagamaan dan seni arca keagamaan India


adalah berasaskan kitab Silpasastera sebagai rujukan dan peraturan
untuk membuatnya.

• Gaya Patung
• Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambangkan
salah satu pengaruh, sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, dan Cola
merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama di India.
Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara.
SUDUT MAKLUMAT
• Lembah Bujang
• Keluasannya sekitar 400 kilometer persegi. Kawasannya
meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit
Choras, dan Bukit Batu Pahat. Lembah Bujang kaya dengan
hasil pertanian dan bijih timah. Nama Lembah Bujang berasal
daripada Bhujangga yang bermaksud ular atau cobra dan
perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai. Lembah
ini diairi oleh dua sungai utama, iaitu Sungai Merbok dan
Sungai Muda.

• Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan


seperti tembikar tanahm tembikar China, barangan kaca,
manik, patung agama Hindu dan Buddha, serta pelbagai jenis
bahan binaan dan struktur binaan, Jabatan Muzium dan
Antikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di
Bukit Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai Muzium
Arkeologi Lembah Bujang. Muzium tersebut telah dibuka
pada tahun 1980.
SUDUT MAKLUMAT
• Candi di Lembah Bujang
• Candi di Lembah Bujang dinamai berdasarkan sistem
penomboran dan juga nama tempat candi itu ditemui.

• Ini dapat dilihat pada contoh sembilan buah candi di


Lembah Bujang yang telah dapat dibina kembali struktur
lantainya.
1. Estet Sungai Batu :
− Candi Tapak 11/3 dan tapak 5
2. Bukit Batu Pahat :
− Candi Tapak 8
3. Kampung Pendiat :
− Candi Tapak 16
4. Bukit Pendiat :
− Candi Tapak 17
5. Permatang Pasir :
− Candi Tapak 31
6. Pangkalan Bujang :
− Candi Tapak 19, 21 dan 22
Pengaruh Bahasa
Sanskrit
• Keturunan Raja
• Batu Bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.

• Amaran Raja
• Inskripsi di Palembang pula berkaitan dengan amaran raja
kepada rakyat supaya tidak menderhaka.

• Bidang Intelek
• Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat kerana batu-
batu bersurat mempunyai maklumat tentang undang-undang
dan pemerintahan raja.

• Kemahiran
• Membuktikan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran
yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat.
• Dalam Bahasa Melayu
• Ia mengalami perubahan dalam bahasa Melayu seperti dukkha –
duka ; manusia – manusia ; dan dorhaka – derhaka.

• Ilmu & Komunikasi


• Ia juga berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi
kerajaan awal di Asia Tenggara.

• Kesusasteraan
• Kesusasteraan India seperti Ramayana dan Mahabharata serta
Puranas menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan
klasik Asia Tenggara. Cthnya dalam puisi dan prosa Jawa spt
Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna

• Hikayat
• Mahabharata diadun dengan unsur tempatan menjadi Hikayat
Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba
manakala Ramayana menjadi Hikayat Seri Rama.

Anda mungkin juga menyukai