Anda di halaman 1dari 3

Imageri adalah penggunaan semua deria untuk merakam atau merakam semula

pengalaman dalam minda ia adalah teknik mental yang memprogramkan minda


manusia kepada respon seperti yang telah diprogramkan.

Kepentingan Imageri Kepada Atlet

1. Dapat membantu untuk mencipta prestasi puncak dan status prestasi


ideal. Melalui imageri, atlet dapat melihat kejayaan diri mereka sendiri dalam
situasi atau keadaan biasa, di mana kemahiran dapat dilaksanakan pada
tahap yang tinggi dan matlamat serta hasil dicapai seperti yang diharapkan.

2. Membolehkan atlet untuk menempatkan diri ke dalam setiap situasi


dibayangkan. Keadaan ini dapat membantu atlet membentuk strategi pra-
kejohanan dan semasa kejohanan yang mebolehkan atlet berhadapan
dengan situasi baru sebelum berhadapan dengannya.

3. Membantu mengekalkan ketrampilan sementara tercedera atau


mengalami kemunduran dan kesakitan. Kajian lampau telah membuktikan
bahawa seseorang individu yang terlibat secara mendalam dalam sesuatu
imageri, otak mereka akan menginterpretasi imej yang seiras dengan situasi
luaran yang sebenar. Kekuatan teknik imageri membolehkan atlet melatih
kemahiran sukan dan strategi tanpa penglibatan fizikal dengan persekitaran.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi, imej kendiri, kepercayaan diri,


dan tahap motivasi atlet. Sebelum atau semasa sesi latihan, bayangan atau
imej pencapaian matlamat semasa atau dalam pertandingan yang akan
datang boleh bertindak sebagai motivasi diri, di mana imageri dapat
mengingatkan atlet kepada matlamat yang hendak dicapai lantas mereka
meningkatkan intensiti latihan.

5. Membantu dalam penciptaan strategi fungsional dan rutin prestasi.


Membiasakan diri atlet dengan pelbagai perkara seperti situasi pertandingan,
corak permainan yang kompleks, perancangan pertandingan atau strategi
yang hendak diikuti.
6. Dapat membantu menyelesaikan masalah atau mengatasi stres atau
kebimbangan. Melalui penglibatan emosi dalam imageri, atlet dapat
mengawal keresahan, kesakitan dan kemarahan.

7. Membantu atlet dengan pembetulan kesalahan dan meningkatkan


prestasi. Melalui imageri atlet dapat membina semula pengalaman baru
berdasarkan memori dan pengalaman lalu selepas pertandingan untuk
membuat penilaian ke atas prestasi dan mengenal pasti kelemahan serta
kekuatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian.

8. Boleh membantu anda berlatih untuk acara masa depan dan


mempersiapkan diri untuk menjadi pemain lengkap. Mental imageri
berkesan untuk memudahkan pembelajaran dan pengukuhan kemahiran
serta urutan kemahiran, di mana atlet dapat lihat dan rasa melaksanakan
kemahiran dengan sempurna, program, rutin atau bermain dalam keadaan
biasa.

9. Boleh membantu anda dengan menghalang setiap emosi negatif yang


cenderung mencacatkan prestasi atlet. Imageri boleh digunakan sebagai
media yang digunakan untuk atlet membentuk satu tahap mental yang positif
dan baik bagi penghasilan prestasi tinggi, disamping menghalang pemikiran
yang negatif mengganggu tumpuan dalam sesuatu kejohanan.

10. Membantu dalam penilaian prestasi yang tepat dan membantu untuk
mengenal pasti bahagian kemahiran yang perlu diperbaiki.

Rujukan

1. Mohd Sofian. (2004). Aspek-aspek Psikologi Dalam Membina Motivasi dan Estim
Kendiri Atlet. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

2. Hogg, J. M. (2003). The Application of Psychological Skills to Sport and Physical


Activity. Alberta: Sport Excel Publishing Inc.