Anda di halaman 1dari 2

Syawal semakin menjauh, bagaimana dengan puasa 6 kalian?

diharapkan semua
tidak mensia-siakan peluang keemasan yang sedia terpampang. Seperti yang
sedia maklum kelebihan puasa 6 banyak sekali.

Berbalik kepada tajuk, L.A.P.A.R. Apa yang terlintas di fikiran anda? Hanya satu,
dan satu sahaja - makanan. Sudah menjadi satu kemestian bahawa kelaparan
dikaitkan dengan makanan. Namun masyarakat kita zaman sekarang terlalu
mementingkan makanan untuk perut @ fizikal badan. Saya tidak menafikan
makanan untuk fizikal badan adalah penting, namun apa yang ingin di-highlight
kan di sini adalah keghairahan kita menyuapkan mengisi perut dengan makanan
dan jiwa yang hampir mati kelaparan dibiarkan begitu sahaja.

Secara kasarnya badan boleh dibahagikan kepada 3 : minda, jasmani & rohani.
Maka, makanan untuk ketiga-tiga bahagian haruslah seimbang supaya badan
dapat berfungsi dan memberikan hasil yang optimum.

Makanan minda - Minda adalah akal fikiran. Untuk menjana akal fikiran,
perlukan ilmu. Maka makanan untuk minda adalah ilmu pengetahuan. Maka
apakah ilmu fadhu ain ( yang wajib dipelajari ) untuk kita? Pertama sekali,
sebagai seorang muslim sudah tentu ilmu agama wajib dipelajari. Kedua nya?
[ eh, ada lagi ke ilmu fardhu ain selain ilmu agama? ] Kenapa tidak, sebarang
bidang yang anda ceburi, itu lah ilmu yang wajib anda pelajari.

Lihat sahaja anak2 muda yang sering membazir masa dengan perkara sia2,
hanya tahu bersuka ria bagai dunia dia yang punya. Tidakkah mereka sedar
yang mereka itu WAJIB menuntut dan mempelajari ilmu bidang masing2. [ eh,
kenapa pulak wajib? ] Hadis Nabi s.a.w ada menyatakan : " menuntut ilmu itu
wajib ke atas setiap muslim ".

Jika hendak mengikut logik akal pon, sudah tentu lah wajib bagi kita menuntut
ilmu. Seseorang individu tidak mampu untuk menguasai semua bidang ilmu
kerana kudrat kita sebagai manusia ada had dan batasnya. Maka, atas konsep
kerjasama dan saling melengkapi wajiblah bagi kita untuk menuntut ilmu bagi
bidang yang kita ceburi. tak gitu??

Makanan rohani - Rohani pula sinonim dengan perkara2 batin @ spiritual.


Makanannya adalah amal ibadat kita dengan Sang Pencipta. Kerana kepuasan
rohani adalah apabila dapat mencapai ketenangan jiwa. Ketahui lah bahawa
ketenangan hati bukan terletak pada kekayaan dan pangkat tetapi dengan
mengingati-Nya. Berapa ramai daripada jutawan dunia yang memiliki harta
segunung tingginya, mampu membeli apa saja yang diingini tapi hati masih
terasa kosong, gelisah dan tidak tentu arah. ya, sekaya-kaya mereka tidak
mampu untuk membeli ketenangan jiwa kerana ia adalah anugerah daripada-
Nya kepada hamba2 yang sentiasa menyebut dan mengingatinya. Bertepatan
dengan firman-Nya : (( ُ‫ [ ))أَاَل ِب ِذ ْك ِر هَّللا ِ َت ْط َمئِنُّ ْالقُلُوب‬Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia. Ar-rad : ayat 28 ]

Maka apakah akibatnya jika kita tidak memberi makan secara seimbang kepada
ketiga-tiga bahagian tersebut? Wujud masyarakat yang tidak seimbang seperti
yang ada sekarang. Manusia yang kaya dengan ilmu ( minda ) tapi miskin
rohaninya, akan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kejahatan @
kepentingan diri sendiri. Contohnya : menceroboh akaun bank orang lain,
memasang kamera litar di bilik persalinan pakaian dan lain2. Semuanya gara2
ketandusan makanan rohani. Namun kaya dengan rohani tapi tanpa ilmu juga
tidak kena. Sampai bila hendak lihat Islam terkebelakang?? Tidakkah kalian
sayang pada agama sendiri??

Ingin saya memetik sebuah pepatah : " A journey of a thousand miles begins
with a single step " - Lao-tzu. Maka, mulakan langkah pertama ANDA dengan
mengamalkan makanan minda dan rohani secukupnya. Tapi jangan hanya
langkah setapak sahaja, langkah dan terus melangkah. Dunia akan menyaksikan
kami, pemuda2 Islam bangkit dan mara ke hadapan!!

Anda mungkin juga menyukai