Anda di halaman 1dari 2

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang boleh dikatakan berdiri

sama rendah,duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Seperti yang
kita sedia maklum, satu gagasan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
yang ke-6, Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak yang megugunakan slogan ‘Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ iaitu gagasan 1Malaysia. Gagasan ini amat
penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatupadu dan sebuah negara
yang aman dan harmoni. Namun dalam meniti arus teknologi ini amalan rasuah dalam
kalangan rakyat Malaysia semakin menigkat dari semasa ke semasa. Rasuah
merupakan satu amalan yang melibatkan pemberi rasuah dan penerima rasuah yang
menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Oleh
yang demikian, amalan ini perlu dibendung dengan segera agar tidak menjejaskan masa
depan negara serta memastikan masyarakat sentiasa amanah dalam melakukan
sesuatu kerja. Langkah-langkah yang pragmatik perlulah diambil agar keharmonian
negara dapat dikekalkan

Jabatan kastam merupakan salah satu pekerjaan yang memerlukan amanah


yang tinggi kerana mereka bertanggungjawab dalammenjaga keselamatan dan
keamanan negara. Bagi mencegah amalan ini berlaku dalam kalangan pegawai kastam,
pihak pengurusan jabatan kastam perlulah mengambil berat mengenai hal ehwal ahli
jabatan kastam. Mereka perlu menjaga kebajikan staf-staf mereka kerana jika kebajikan
kakitangan kastam itu tidak dijaga, mereka akan melakukan kerja seperti melepaskan
batuk di tangga. Malahan, pihak pengurusan jabatan perlulah bertanggungjawab jika
staf-staf  kastam bergelumang dengan gejala rasuah yang mengakibatkan kehancuran
mereka sendiri. Pihak pengurusan jabatan ini juga wujud untuk menyelaraskan
keperluan ahli-ahli itu sendiri,jika keperluan dipenuhi, maka rasuah pasti tidak akan
menjenguh mereka.

Selain itu, pengamalan rasuah ini juga dapat diatasi dengan mengenakan
tindakan undang-undang yang amat berat terhadap mereka yang didapati bersalah dan
menggunakan rasuah tidak kira kepada pemberi rasuah atau pun penerima rasuah.
Tindakan ini boleh dilakukan dengan memenjarakan mereka yang terlibat selama
setahun atau mengenakan denda sebanyak RM5000 atau kedu-duanya sekali. Tindakan
undang-undang yang berat ini dapat mencegah diri mereka daripada terperangkap
dalam kancah gejala rasuah ini. Undang-undang yang akan dikenakan kepada
pengamal rasuah ini perlulah disebarkan ke seluruh negeri melalui media-media massa
agar rakyat tahu akan penglibatan diri dalam gejala rasuah ini akan mendapat tindakan
yang amat berat. Oleh itu,pihak kerajaan perlulah memberatkan lagi tindakan undang-
undang kepada mereka yang terlibat dalam gejala ini agar negara bebas rasuah pada
masa akan datang.

Seterusnya,rasuah ini juga dapat ditangani walaupun mengambil masa yang


cukup lama iaitu dengan menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri setiap individu
terutamanya para remaja masa kini kerna merekalah yang akan meneraju negara pada
masa akan datang. Nilai-nilai ini perlu diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa persis kata
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setiap agama tidak kira Islam,
Buddha mahupun Hindu melarang penganut-penganutnya aripada terlibat dalam gejala
ini. Dengan adanya nilai-nilai agama dalam diri,merka akan dapat mengelakkan diri
mereka daripada terjerumus dalam amaln ini. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka agar meraka terhindar
daripada melakukan amalan rasuah ini.

Di samping itu,kepelbagaian kempen mengenai rasuah perlu dilaksanakan agar


masyarakat sedar akan keburukan amalan ini. Kempen-kempen ini juga perlu
melibatkan pelajar-pelajar sekolah bagi memberikan pendedahan kepada mereka
tentang bahana rasuah serta contoh-contoh amalan rasuah. Hal ini kerana, kebanyakan
daripada kita tidak menyedari bilakah diri kita terlibat dalam gejala ini kerana rasuah
terdiri daripada pelbagai jenis sehingga kita tidak dapat membezakan samaada perkara
tersebut merupakan rasuah atau pun tidak. Pendedahan melalui kempn-kempen ini
mungkin sedikit sebanyak dapat meyedarkan masyarakat serta member maklumat
kepada masyarakat terntang rasuah-rasuah yang tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.
Oleh yang demikian, kempen-kempen sebegini perlulah dilaksanakan agar masaklah
rasuah dapat ditangani dengan segera.

Kesimpulannya,semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah


rasuah ini kerana bulat air kerana pembentung.bulat manusia kerana muafakat. Kerjasa
yang padu dapat menjayakan usaha negara dalam membentuk sebuah masyarakat
yang sifar rasuah. Amalan rasuah ini juga akan mendatangkan banyak kesan buruk
walaupun mendapat kejayaan pada mulanya. Melalui konsep gagasan 1 Malaysia,
kerajaan menyeru rakyat supaya bekerjasama dalam membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Kerjasama yang ada ini perlulah digunakan bagi mengatasi
masalah rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia ini.

Anda mungkin juga menyukai