Anda di halaman 1dari 7

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam

aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap
tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina
juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan
mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu
bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik
keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya
ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang
lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti
tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah
bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak
mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut
tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan
mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang
sama sekali makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama
apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang
dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat
bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut
dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu
diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang
lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina
mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai
dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan
semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila
bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil
kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang
baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang
masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa
atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat
resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang
dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat
Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik
terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat
Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai
saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana
ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika
merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga
dan asal keturunan.
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

December 30, 2009 By: amaljaya Category: PGSR

Ketidaksamaan Peluang Dalam Pendidikan:

Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti
pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.
Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai
peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas
sosial, kurikulum dan penempatan.
Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensinya.

Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan


negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).
Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem
pendidikan yang berbeza.
Diteruskan lagi pada zaman penjajah.
Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus
ketinggalan.

Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :


i. Meliputi kemudahan mendapat guru
ii. Bahan-bahan rujukan
iii. Peluang kerjaya selepas tamat belajar.

Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial


1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat
2. Kumpulan pertengahan atasan – orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang
jawatan yang baik
3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma.
4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)
5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah melalui
pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik
dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.
Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa semakin tinggi tahap pencapaian
anak-anak mereka.
Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.
Tahap kesihatan
Suasana tempat tinggal
Jumlah keluarga kecil/besar
Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketidaksamaan dalam peluang
pendidikan
Terdapat sekolah kurang murid (SKM).

Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan latihan mencukupi di beri
kepada sekolah-sekolah.
Usaha KPM bantu:
1. RMT
2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
3. bantuan Makanan Asrama
4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
5. Jaket Keselamatan
6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya
7. SPBT
8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan University
10.Asrama Harian.

Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang:


Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
seperti lokasi sekolah, latarbelakang sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik,
kecenderungan semulajadi, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Kelas Sosial:
Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.
Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan sama dari segi
kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.
Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan:
1. Bourgouisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran
2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja
sahaja.

Jantina:
Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat
keperempuanan dan kelakian.
Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan perempuan dinafikan peluang
untuk menerima pendidikan.
Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal
yang jelas.
Peluang pekerjaan mengikut gender.
Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.
Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????
Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

Kumpulan Minoriti:
Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain.
Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb
Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu
bapa. Kini????
Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.
Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok,
lepak, gengsterisme dll.
Mereka adalah murid yang tercicir.
Pihak sekolah perlu beri perhatian
Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada
keagamaan, menghias sekolah dll.
Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil
Mereka juga perlu diberi perhatian.

Murid Berkeperluan Khas:


Dua kategori MBK:
1. kategori masalah
2. kategori masalah khusus

Kecerdasan yang amat rendah.


Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat.
Kanak-kanak pintar cerdas
Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan sebaya.
Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada.
Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.
7 kategori kanak-kanak istimewa memrlukan Program Pendidikan Khas
i. Kerencatan mental
ii. Bermaslah pembelajaran
iii. Kecelaruan tingkah laku
iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
v. cacat penglihatan
vi. Cacat fizikal
vii. Piontar cerdas dan berbakat istimewa.

Isu-isu ketaksamaan peluang:


Orang Asli
- kadar keciciran tinggi
- masih terpinggir
- golongan bijak pandai masih kurang
- latar belakang akademik rendah
- tahap pendidikan isi rumah juga rendah.
Indigenous:
Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya
Di Sabah terdapat 23 suku kaum.
Terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei
di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan, Kelabit.
Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan
masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.
Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.
Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.
Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang
kepada budaya hidup tradisional.

Masyarakat pedalaman:
Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;
Kurang guru pakar,
Pertumbuhan pusat urban yang lembab,
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang memberangsangkan,
Lokasi,
Jurang digital

Anda mungkin juga menyukai