Anda di halaman 1dari 2

Cultivation of Aloe Vera ( Penanaman Lidah Buaya )

Pada asalnya, lidah buaya di tanam di kawasan yg beriklim hangat dan kering
seperti di Afrika. Lidah buaya mudah beradaptasi dan penggunaan lidah buaya yang
memberi faedah kepada kesihatan telah menyebabkan pengeluaran lidah buaya senang
dijalankan.

Jurnal ini menceritakan penanaman lidah buaya yang melibatkan iklim kering,
tanah berpasir, persediaan tapak penanaman, masa lidah buaya ditanam, variasi batang,
panjang batang yg sesuai untuk di tanam, jarak antara tanaman, pembajaan, sistem
pengaliran air, serangga penyakit, penuaian hasil, proses melibatkan mengestrak bahan
kimia dan penjualan lidah buaya.

Penggunaan lidah buaya pada zaman sekarang amat diperlukan, kepentingan lidah
buaya adalah untuk meningkatkan lagi tahap perubatan yang dijalankan di peringkat
antarabangsa. Selain itu, pengguanaan lidah buaya yang pelbagai seperti tanaman
perubatan, sayuran, acar telah menyebabkan pengeluaran lidah buaya bertambah
komersial.

Tambahan pula, kajian ini dilakukan kerana lidah buaya tidak mendapat perhatian
daripada pihak perubatan barat tentang kelebihan yang dapat mengubati berbagai jenis
penyakit, contohnya anti-diabetes, anti cancer, anti-gastrik dan lain-lain. Walaupun
begitu, banyak ubat-ubatan dari barat yang mengandungi kandungan lidah buaya.

Bagaimana caranya menggunakan lidah buaya? Daun yang baru tumbuh bermula
dari tengah – tengah tanaman, cantas daun yang lebih tua yang berada di tepi. Daun lidah
buaya terdiri dari kulit yang mengandungi getah, lapisan lateks yang mengandungi sari
pahit, dan lapisan gel yang merupakan sumber yang kaya lebih dari 200 zat semulajadi.

Potong kulit lidah buaya sambil mencuci lidah buaya sampai gel yang terdapat di
tengah –tengah kelihatan jelas dan lutsinar. Bahagian lutsinar inilah yang akan digunakan
untuk campuran perubatan, pelbagai campuran makanan dan lain-lain.

( gel lutsinar) ( di campur strawberi)

Anda mungkin juga menyukai