Anda di halaman 1dari 5

Golongan Kata

Istilah golongan perkataan adalah sama maknanya dengan istilah jenis


perkataan dalam Pelita Bahasa Melayu I yang dikarang oleh Zainal ‘Abidin Bin
Ahamd (Z’aba) pada tahun 1947. Inilah istilah yang digunakan di sekolah – sekolah
dalam mengajarkan bahasa Melayu sehingga tahun 1980 – an.

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan


tertentu berdasarkan beberapa kriteria, seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi,
kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Kriteria morfologi atau struktur morfem melihat ciri – ciri bentuk perkataan
dalam membuat penggolongannya. Ciri – ciri morfologi dapat membantu
memperjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis.
Perkataan yang digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik
didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang
menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis
bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai
ayat atau sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan
dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi
unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa
mengandung dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa
subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa,
iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama
(FS). Frasa – frasa ini disebut frasa utama.

Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik yang setiap
satunya boleh mengandung satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya.
Contohnya, frasa nama mempunyai kata nama (KN) sebagai unsur intinya.
Sebaliknya, frasa sendi nama ialah bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik
kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya.
Malahan, frasa sendi nama mengandung dua unsur wajib, iaitu kata sendi
nama dan
frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja ialah kata kerja (KK)
dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA).

Selain unsur – unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif,
terdapat juga unsur pilihan, iaitu unsur – unsur bukan inti yang mendahului atau
mengikuti unsur – unsur inti itu.

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif dikenali sebagai golongan kata utama
kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa
adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan –
perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana – mana frasa utama. Bahkan
perkataan – perkataan yang lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa dan ayat
melalui perhubungannya dengan perkataan – perkataan dalam tiga golongan ini
atau berhubung dengan frasa binaan frasa dan klausa secara langsung. Justeru,
perkataan – perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke
dalam satu golongan kata secara kolektif, dikenali sebagai kata tugas, yang bersifat
heterogen.

Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada


empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Kata Adjektif
Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang
menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada
hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif
dan unsur – unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata
adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat,
sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam ayat berfungsi menerangkan
keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara,


namun berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan kepada
sekurang – kurangnya sembilan jenis seperti kata adjektif sifatan atau keadaan, kata
adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata
adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif
pancaindera.

Kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contoh – contoh
kata adjektif sifatan atau keadaan ialah, sihat, malas, senang, pucat, sejuk, kering,
panas dan kejang.

Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian


warna sebagai unsur keterangan.

Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan. Contoh – contoh kata adjektif ukuran ialah, sepanjang,
besar, kecil – kecil, besar – besar dan berat.

68
Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa pengertian rupa
bentuk sebagai unsur keterangan. Contoh – contoh kata adjektif bentuk ialah, kurus,
kembang dan kempis.

Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan. Contoh – contoh kata adjektif waktu ialah, lama,
terakhirnya, sehari dan seminggu.

Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep
ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contoh –
contoh kata adjektif jarak ialah, jauh, dekat dan jauh – jauh.

Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Contoh – contoh kata adjektif
cara ialah, laju, jelas, terketar – ketar, deras, sekuat dan sepantas.

Kata adjektif perasaan terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian


konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh – contoh kata adjektif perasaan ialah, gembira, suka, sedih, pilu, bahagia,
sayu, kasih dan sayang.

Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang membawa


pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima – lima
indera sebagai penerang kata nama. Contoh kata adjektif deria rasa ialah, lemak.
Contoh kata adjektif deria pandang ialah buruk dan muda. Contoh kata adjektif deria
dengar ialah keroncong. Contoh kata adjektif deria sentuh ialah licin.
Kesimpulannya, penjenisan golongan kata adjektif dapat digambarkan seperti
yang berikut:

KATA
ADJEKTIF
SIFATAN
ATAU
KEADAAN KATA
KATA
ADJEKTIF ADJEKTIF
PANCAINDERA WARNA

KATA KATA
ADJEKTIF ADJEKTIF
PERASAAN UKURAN
KATA
ADJEKTIF

KATA KATA
ADJEKTIF ADJEKTIF
CARA BENTUK

KATA KATA
ADJEKTIF ADJEKTIF
JARAK WAKTU

Anda mungkin juga menyukai