Anda di halaman 1dari 10

Matlamat

 Mengenalpasti masalah obesiti dari segi pemakanan di kalangan pelajar sekolah


menengah agama.

Objektif

 Mengkaji corak pemakanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama


yang menyebabkan obesiti.
 Mendedahkan cara pemakanan yang seimbang kepada para pelajar sekolah
menengah agama.

Definisi obesiti:

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu
lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka
hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Risiko kesihatan:
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh
berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolestrol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan:


Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya
tidak berlaku masalah kesihatan:
• Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
• Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
• Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
• Berjalan-jalan, berkebun.
• Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Herarki pemakanan

Makanan seimbang.
Memperbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan salad, karbohidrat kompleks yang
terdapat dalam pasta dan ubi kentang.
Punca obesiti
1. GENETIK 

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di


dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang
gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya
faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam
tubuh. 

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel
lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan
diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi
yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar. 

2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK 

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak
yang disebut ‘hipotalamus’ sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan
dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’
mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga
lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu


‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan);
‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan
(pemberhentian atau pusat kenyang). 

Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau
hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali
apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan
terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’ maka seseorang akan menjadi rakus
atau gelojoh dan kegemukan. 

3. POLA MAKAN BERLEBIHAN

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya
normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu
makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan
makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka
sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan
motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan. 

4. KURANG GERAK SUKAN 

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh.
Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

1) Tingkat aktiviti dan sukan secara umum; 


2) Angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk
mempertahankan fungsi minimum tubuh. 

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga


daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi
satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang
yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.
Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak
kalori yang hilang. 

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk
bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan
aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti
sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara
tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. 

Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat
membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya
metabolis normal. 

5. PENGARUH EMOSIONAL

Sebuah pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah


emosional yang tidak dapat diatasi. Orang yang gemuk dahaga akan cinta kasih,
seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang
ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang
tidak tercapai dalam kehidupannya. 

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang
yang kelebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan
dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meski banyak pendapat yang
mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya
ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada
kegemukannya. 

Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan
dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan
penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang
berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa
mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan ketegang atau
cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya. 

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan, orang
dengan berat badan yang normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (McKenna,
1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang
dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang
berkurangan, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton
empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens,
ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek
setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton
filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan,
selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem
yang membosankan. 

6. PERSEKITARAN 

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk


menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap
gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan
cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh
faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah
psikologi berkaitan dengan kegemukan. 

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum
berjaya mengurangi berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan
mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan
menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut. 

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah sejauh tubuh anda tidak mengidap
apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh yang besar (gemuk).
Perkara lain yang juga tidak kalah penting adalah cubalah untuk bersukan secara
teratur dan menjaga agar emosi anda tetap terkawal.

Cara mengatasi obesiti.


Mengurangkan gula, garam, alkohol dan makanan berlemak, makanan segera.
Mengelakkan produk tenusu lemak penuh, snek bergula dan berlemak seperti kek,
biskut dan kacang.

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk
menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian
seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung Indeks Jisim Badan
komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak Status BMI
yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang Kurus Kurang 20.6
individu itu. Normal 20.7 - 26.4
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu Gemuk 26.5 - 30.9
menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda Obesiti 31.0 - 45.2
boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut: Bahaya Lebih 45.3
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

berat(kg)
BMI   =    ------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi
menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

1. Permasalahan dari segi komuniti persekitaran persekolahan.


 Masyarakat sekeliling tidak peka dengan cara pemakanan yang sihat dalam
kalangan pelajar sekolah agama.
 Kewujudan banyak gerai makanan ringan dan tidak sihat di persekitaran
kawasan persekolahan contohnya aiskrim,makanan jeruk dan sebagainya.
 Kurangnya penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dan pihak berwajib
untuk memberikan pendedahan tentang cara pemakanan yang betul kepada
pelajar sekolah menengah agama ini.
 Masyarakat kurang memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk
memberikan contoh pemakanan yang baik dalam kalangan pelajar sekolah.

Cara untuk mengatasi permasalahan.

 Kerajaan haruslah mengadakan kempen tentang permakanan yang sihat


merangkumi semua kawasan termasuk komuniti persekitaran sekolah.
 Membasmi kewujudan gerai yang menjual makanan yang tidak sihat dan
memperbanyakan kedai yang menjual makanan yang seimbang seperti kedai
buah-buahan.
 Pihak sekolah haruslah memperbanyakan aktiviti yang melibatkan masyarakat
sekeliling terutamanya dalam program tentang permakanan yang betul dan
seimbang.
 Penglibatan dari bdana bukan kerajaan (NGO) dan badan berwajib untuk
mengadakan kempen dan member sumbangan supaya makanan yang
seimbang dapat disediakan disekolah untuk keperluan pelajar yang miskin serta
tidak mampu.

2. Permasalah pemakanan di kalangan pelajar sekolah agama.


 Kebanyakan pelajar sekolah agama ini tidak mengambil makanan atau
sarapan pagi.
 Kebanyakan pelajar sekolah agama suka mngambil makanan ringan.
 Kebanyakan pelajar sekolah agama tidak makan mengikut waktu.
 Kebanyakan pelajar sekolah agama kurang mengambil makanan yang
berkhasiat.

Cara mengatasi permasalahan .

 Pastikan mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi penting untuk


membekalkan tenaga untuk memulakan aktiviti harian.
 Para pelajar perlulah mengubah cara pemakanan dengan mengambil makanan
berkhasiat, berkualiti dalam komposisi betul dan jumlah yang memadai.
 Para pelajar perlu mengetahui tentang piramid makanan yang betul bagi
membolehkan mereka tahu makanan yang mereka ambil itu mengikut piramaid
makanan yang betul.

3. Permasalahan dari segi tempat kediaman pelajar.

• Pelajar kurang tahu tentang amalan pemakanan yang baik.

• Pengusaha kantin asrama tidak mengambil kira kandungan nutrien dalam


makanan yang disediakan untuk pelajar.
• Sikap pelajar yang suka mengambil makan segera seperti maggie atau makanan
ringan yang kurang berkhasiat.

• Sikap ibu bapa yang tidak memetingkan pemakan yang baik untuk anak-anak
mereka di rumah.

• Tekanan dan emosi pelajar yang terganggu dengan pelajaran menyebabkan


pelajar sering mengambil makanan yang kurang sihat dan mengambil dalam
jumlah yang banyak.

• Ibu bapa yang kurang pengetahuan tentang penyediaan makanan, perhatian


serta penjagaan untuk anak-anak mereka.

• Kebanyakan pelajar asrama tidak mengambil sarapan pagi.

• Suka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

• Kurang aktiviti fizikal

Cara mengatasi permasalahan dari segi kediaman pelajar.

• Bersukan-dapat membakar kalori dan dapat membantu mengatur fungsi


metabolisma secar normal.

• Amalan pemakanan yang seimbang.

• Peranan ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak


mereka.

• Minum air dengan cukup-membantu mempercepatkan proses penguraian


makanan.

• Rehat yang cukup

• Memberikan pendidikan tentang pemakanan dan kesihatan kepada pelajar dan


ibu bapa.

• Mengadakan kempen tentang pentingnya amalan pemakanan yang sihat.

Masalah pemakanan di sekolah


 Dewan makan menyediakan pemakanan yang tidak seimbang. Contohnya lebih

kepada pemakanan yang berlemak, berminyak dan kurang makanan yang

bersayur.

 Pihak sekolah tidak membuat pemantauan terhadap pengusaha makanan.

Pihak sekolah memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak pengusaha

makanan tanpa membuat pemantauan yang rapi.

 Pihak pengusaha makanan kurang kesedaran tentang bahaya obesiti. Pihak

pengusaha lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan

pemakanan tersebut kepada pelajar.

 Pelajar sendiri memilih makanan yang lebih murah dan makanan segera dan

keropok yang sangat pelbagai. Pelajar memilih makanan yang lebih murah

kerana mereka beranggapan boleh menjimatkan duit. Segelintir pelajar memilih

makanan segera kerana mereka lebih suka kepada makanan segera kerana

boleh memberi mereka kepuasan.

 Pihak dewan makan lebih memilih makanan seperti ayam dan daging untuk di

berikan kepada pelajar. Ini kerana,seperti yang kita tahu sekolah agama menitik

beratkan tentang pemilihan makanan dan dari segi makanan juga boleh

menyebabkan pelajaran mereka akan terjejas. Contoh yang paling jelas adalah

dari segi menghafal.

Anda mungkin juga menyukai