Anda di halaman 1dari 7

SMK BUYONG ADIL, JALAN KELAB 35000 TAPAH PERAK

UJIAN 1 TAHUN 2011

MASA : 1 JAM EKONOMI ASAS TINGKATAN 4


Arahan: Jawab semua soalan.

1. Kewujudan ilmu ekonomi adalah berdasarkan kepada …


A usaha manusia untuk menyesuaikan pelbagai keinginan dengan sumber ekonomi
yang terhad.
B usaha manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak untuk mencapai kepuasan.
C usaha manusia dalam menggunakan sumber ekonomi yang ada.
D usaha manusia untuk meningkatkan taraf hidup.

Kekurangan Pilihan Kos Lepas

Rajah 1
2. Antara berikut, yang manakah dapat menerangkan Rajah 1 diatas?
A Masalah ekonomi
B Masalah asas ekonomi
C Masalah kos kilang
D Masalah kekurangan pasaran

3. Masalah-masalah ekonomi adalah disebabkan oleh …


A sumber ekonomi tidak terhad, tetapi kehendak manusia terhad.
B sumber ekonomi terhad, tetapi kehendak manusia tidak terhad.
C sumber ekonomi dan kehendak manusia tidak terhad.
D sumber ekonomi dan kehendak manusia terhad.

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang tanah dalam ilmu ekonomi?
I Galian di permukaan bumi.
II Pendidikan dan kelengkapan latihan.
III Hutan, sungai, dan kekayaan laut.
IV Ternakan ikan dan rusa.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

5. Antara berikut, yang manakah menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain untuk
menghasilkan output?
A Buruh.
B Tanah.
C Modal.
D Usahawan.

1
6. Manakah pasangan-pasangan berikut yang tidak benar?
A Tanah – Sewa.
B Modal – Bayaran pindahan.
C Usahawan – Keuntungan.
D Buruh – Upah.

7. Kos lepas didefinisikan sebagai …


A kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
B barang yang terpaksa dikorbankan untuk mendapat barang lain.
C kos yang terpaksa ditanggung oleh para pengguna semasa membeli barang.
D pilihan yang ketiga terbaik.

8. Kilang Suria menghadapi sumber yang terhad untuk mengeluarkan minyak masak dan majerin
serentak dalam suatu jangka masa tertentu.

Kombinasi output Minyak masak (botol) Marjerin (tin)


E 0 100
F 20 80
G 60 55
H 80 0

Jika kombinasi output berubah daripada E kepada G, kos lepas untuk mengeluarkan 60 botol
minyak masak adalah …
A 20 tin marjerin. C 45 tin marjerin.
B 30 tin marjerin. D 55 tin marjerin.

9. Firma mempunyai RM25 juta yang sama ada ingin melabur dalam pembinaan kilang baru di
Putrajaya atau meningkatkan mutu mesin-mesin di kilang lama. Jika lembaga pengarah firma
tersebut telah memilih untuk meningkatkan mutu mesin-mesin, apakah kos lepas firma tersebut?
A Kilang baru di Putrajaya.
B Mesin-mesin di kilang lama.
C Mesin-mesin di Shah Alam.
D Modal untuk meningkatkan mutu.

10. Apakah masalah kekurangan yang dihadapi oleh isi rumah?


A Pendapatan negara.
B Faktor pengeluaran.
C Pendapatan.
D Barang dan perkhidmatan.

Isi rumah membuat pilihan terhadap sesuatu barang di pasaran

2
11. Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan isi rumah berbuat demikian?
A Memaksimunkan kepuasan.
B Mengurangkan pembaziran sumber.
C Memastikan penggunaan faktor pengeluaran dengan cekap.
D Menambahkan tabungan.

12. Walaupun kerajaan berusaha membina rumah kos rendah bagi golongan miskin, tetapi masih
wujud kekurangan rumah. Mengikut teori ekonomi, mengapakah keadaan ini berlaku?
A Kerajaan kekurangan hasil untuk memenuhi kehendak masyarakat..
B Pertambahan penduduk terlalu cepat.
C Rumah kos rendah dibeli oleh orang kaya.
D Orang miskin lebih suka tinggal di kawasan setinggan..

Barang ini tidak mempunyai kos lepas

13. Antara berikut, yang manakah dapat menerangkan jenis barang di atas?
A Air suling.
B Air paip.
C Air mineral.
D Air hujan.

14. Antara pasangan barang berikut, yang manakah adalah tidak benar?
A Jalan raya – barang awam.
B Makanan – barang ekonomi.
C Udara – barang percuma.
D Bunga – barang awam.

15. Pasangan manakah yang benar tentang barang ekonomi dan barang awam?

Barang ekonomi Barang awam


A Penawaran terhad Penawaran tidak terhad

B Mempunyai kos lepas Tidak ada pengecualian


penggunaan
C Dikeluarkan oleh kerajaan Anugerah alam
dan pihak swasta
D Radio, komputer, dan jam Udara, air laut, dan air
tangan hujan.

16. Antara berikut yang manakah merupakan barang ekonomi?


I Kulit kerang di tepi pantai.
3
II Ikan jerung di laut.
III Air bateri.
IV Ketam di pasar tani.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

17. Syarikat Wani bercadang untuk mengeluarkan kek aiskrim yang istimewa dengan jumlah
pengeluaran sebanyak 100 000 keping kek sehari dan dijual kepada golongan atasan. Apakah
faktor yang belum diambil kira oleh Syarikat Wani?
A Apa yang hendak dikeluarkan.
B Berapa yang hendak dikeluarkan.
C Bagaimana hendak dikeluarkan.
D Untuk siapa dikeluarkan.

18. Berikut merupakan masalah asas ekonomi, kecuali…


A menentukan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan.
B menentukan isi rumah yang akan menikmati barang yang akan dikeluarkan.
C menentukan harga barang supaya berdaya saing.
D menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan.

19. Apakah penentu utama bagi menyelesaikan masalah bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk
siapa dikeluarkan?
A Harga relatif faktor dan agihan pendapatan.
B Permintaan masyarakat dan harga relatif faktor.
C Agihan pendapatan dan permintaan masyarakat.
D Agihan pendapatan.

20. “Proton telah menetapkan harga sebuah Proton Inspira pada RM90 000 dan menawarkan 8 000
unit bagi memenuhi permintaan pasaran.” Berdasarkan maklumat tersebut, apakah masalah-
masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?
I Apa yang hendak dikeluarkan.
II Berapa yang hendak dikeluarkan.
III Bagaimana hendak dikeluarkan.
IV Untuk siapa dikeluarkan.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, II, dan III

21. Mekanisme harga ialah …


A harga yang ditetapkan oleh para pengguna.
4
B harga yang adil kepada para pengguna dan para pengeluar.
C harga yang ditentukan oleh kerajaan.
D harga yang ditentukan oleh interaksi permintaan dan penawaran pasaran.

22. “Keagungan pengguna wujud dalam sistem ekonomi kapitalis”. Dari segi ekonomi, apakah yang
dimaksudkan dengan keagungan pengguna itu?
A Harga di pasaran ditentukan oleh para pengguna.
B Semua kehendak pengguna mesti dipuaskan.
C Pengeluar mengeluarkan jenis barang berdasarkan keputusan pengguna.
D Pengguna membeli barang pada harga minimum.

23. Antara berikut, yang manakah kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat?
I Kebajikan diabaikan.
II Tiada kebebasan rakyat memiliki harta persendirian.
III Tiada persaingan antara firma.
IV Agihan pendapatan yang setara.
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

24. Antara pasangan berikut, yang manakah benar?

Sistem ekonomi Ciri-ciri


A Kapitalis Terdapat campur tangan
kerajaan
B Perancangan pusat Menggunakan mekanisme
pasaran
C Campuran Wujudnya sektor swasta
dan awam
D Islam Tidak ada campur tangan
kerajaan

25. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang sistem ekonomi campuran?
A Gabungan ciri- ciri antara sistem ekonomi kapitalis dan perancangan pusat .
B Harga barang swasta ditentukan melalui mekanisme harga.
C Pengeluaran barang awam bertujuan memaksimunkan keuntungan.
D Tiada persaingan dalam pengeluaran barang awam.

Agihan pendapatan lebih setara


Mekanisme harga tidak berfungsi dalam sistem ini
Semua keputusan dibuat oleh perancang pusat 5
26. Pernyataan di atas merujuk kepada sistem ekonomi yang diamalkan nleh negara…
A Korea Utara.
B Malaysia.
C Singapura.
D Amerika Syarikat.

27. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang sistem ekonomi Islam?
I Individu dan pengeluar bebas mencari kekayaan.
II Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam segala keputusan ekonomi.
III Mekanisme harga diamalkan dalam agihan barang.
IV Kepentingan individu tidak menjejaskan kepentingan masyarakat.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

28. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?


A Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara.
B Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kebanyakan tanah dan modal dimiliki oleh
kerajaan.
C Rumah api ialah contoh barang ekonomi.
D Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, firma mengeluarkan barang yang
mendatangkan keuntungan.

Menentukan kuantiti dan harga


Mekanisme barang halal yang dikeluarkan untuk
harga tujuan keuntungan

Mengeluarkan barang yang mungkin


mendatangkan kerugian atau
Perusahaan
memerlukan tingkat teknologi yang
Awam
tinggi atau modal yan besar

Rajah 2
29. Sistem ekonomi yang diterangkan dalam Rajah 2 di atas adalah sistem ekonomi …
A kapitalis.
B perancangan pusat.
C campuran.
D Islam.

Masalah asas ekonomi Cara penyelesaian


Apa yang hendak dikeluarkan Kuasa keagungan pengguna
Berapa yang hendak dikeluarkan Mekanisme harga
Bagaimana hendak dikeluarkan Kuasa pasaran faktor 6
Untuk siapa dikeluarkan Corak agihan pendapatan
30. Berdasarkan pernyataan di atas, sistem ekonomi yang dirujuk ialah sistem ekonomi…
A perancangan pusat.
B pasaran bebas.
C campuran.
D Islam.

… KERTAS SOALAN TAMAT…

…………………………………………………………………………………………………...

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------------------- -----------------------------------------
(Ahmad Zaki Bin Shamsuddin)
Guru Ekonomi Asas Tingkatan 4