Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Menulis karangan merupakan satu proses yang amat sukar bagi pelajar-pelajar
menguasainya. Ini dapat diukur melalui perbandingan dengan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain seperti kemahiran mendengar, bertutur atau
membaca. Ini kerana, kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang
paling tinggi di dalam hirarki pengajaran bahasa. Jadi, proses menulis itu sendiri
memerlukan aktiviti pemikiran yang melalui tiga peringkat utama iaitu pemikiran
sebelum, semasa dan selepas menulis karangan. Bagi mengatasi kesukaran-
kesukaran ini, pelbagai kaedah diperkenalkan sebagai usaha membantu guru dan
para pelajar ke arah lebih mahir dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu
penulisan yang menarik dan berjaya. Kaedah pengajaran tatabahasa di dalam
kemahiran menulis sendiri bermaksud langkah atau cara seseorang guru
menyampaikan isi pengajaran mengikut kehendak serta cita rasa pelajar kea rah
mencapai objektif pengajaran. Menurut …………….
Penulisan atau wacana bermaksud
Karangan terbahagi kepada dua iaitu

Jenis-Jenis Karangan :
. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
B. Karangan Tidak Berformat
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa
2.0 KARANGAN YANG BAIK

Sesebuah karangan yang baik haruslah menepati rumus yang telah ditetapkan
untuk penilaian sesebuah karangan sebagai satu ukuran. Karangan boleh dibahagikan
kepada yang berformat atau tidak berformat. Sama ada ia berformat atau tidak, ia masih
mempunyai struktur tertentu. Rumus yang paling umum untuk mencirikan karangan
ialah, ia mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Setiap bahagian itu mempunyai
perenggan untuk menyatakan tiap-tiap unit pemikiran. Berikut penjelasan terhadap
pembahagian struktur-struktur yang menjadi asas di dalam penulisan sesebuah karangan
berformat umum ;

2.1 PENGENALAN
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu
atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam
pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih

daripada kesalahan tatabahasa atau ejaanPengenalan di dalam sesebuah karangan


merupakan
2.2 ISI

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi.
Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah
disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam
perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan
kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama
panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang
dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan
hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan
banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari
pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi
dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip
Antara kaedah mencari isi
Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?

2.3 PENUTUP

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.
Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan
3.0 KESIMPULAN

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata


malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya
Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran
menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf,
perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca
(Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu
menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan
dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi
pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk
perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu
mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku
sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan
penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam
penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan
dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan
mesej dalam bentuk tulisan.

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan
kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat
dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah
perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja
sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran
yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001). Proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin
kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan,
pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran
agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya murid dapat
menggunakan BM secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran
bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam
kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.

& TUJUAN ANDA MENGARANG


1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
& PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Perhatikan soalan di bawah ini.


Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata
kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar
daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan
anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat
yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan

Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang.
Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN


· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang
lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya
cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
& KELEMAHAN KARANGAN
A] Kesalahan memilih tajuk
· Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.
Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap
sahaja.
B] Kekurangan isi
· Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau
meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini

berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

C] Pembahagian perenggan

· Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi
tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk
satu karangan !
D] Tidak merangka karangan
· Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak
merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
· Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan
isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
E] Kesalahan tatabahasa
· Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan
mendapat ‘A’.
· Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada

E] Kesalahan tatabahasa
· Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan
mendapat ‘A’.
· Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada
calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada",
"bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan
betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
F] Kesuntukan masa
· Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting.
Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada
masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
· Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan
mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya
mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
G] Kesalahan lain
· Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
· Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
· Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa
Kelantan )

2.4 STRUKTUR DALAM KARANGAN BERFORMAT

Struktur karangan 1-6-1

Sebagai sebuah wacana, karangan terdiri daripada tiga


bahagian iaitu pendahuluan tubuh karangan, dan
penutup. Berasaskan panjang karangan yang
dikehendaki oleh sukatan pelajaran, iaitu antara 650
hingga 700 patah perkataan, karangan anda sesuai
menggunakan struktur 1-6-1, iaitu satu perenggan
untuk pendahuluan, enam perenggan untuk tubuh
karangan, dan satu perenggan penutup.
 
Teknik yang
berkesan
untuk
menulis
karangan di
peringkat
tingkatan
enam ialah
menggunaka
n pendekatan
penulisan
akhbar, iaitu
prinsip
Piramid
terbalik, atau
Piramid
songsang.

Teknik yang berkesan untuk menulis karangan di peringkat tingkatan enam ialah
menggunakan pendekatan penulisan akhbar, iaitu prinsip Piramid terbalik, atau Piramid
songsang.
 Kaedah Pengajaran Karangan/penulisan

Terdapat beberapa kaedah dalam pengajaran karangan. Modul ms 155


a. Kaedah ICT
b. Kaedah komunikatif
c. Kaedah Koperatif
d. Kaedah Pertanyaan
e. Kaedah peta minda

2.4.1 PENGENALAN
2.4.2 ISI /TUBUH
2.4.3 PENUTUP

3.0 RUMUSAN

Kebaikan
Kepentingan
Cadangan

BIBLIOGRAFI
http://shukor.tripod.com/kajian.html

http://zuliana09.blogspot.com/2009/09/proses-penulisan-karangan.html

http://pakanasksah.blogspot.com/2009/05/pendahuluan-karangan-spm-dan-stpm.html

http://www.scribd.com/doc/4429999/PENGENALAN-KARANGAN

http://www.tutor.com.my/stpm/karangan.htm

http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-kaedah-koperatif-dalam.html

http://khirkassim.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan-stpm-dan-spm.html

http://www.scribd.com/doc/4429838/Penanda-wacana
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai