Anda di halaman 1dari 6

c  c





Usaha awal untuk merangka pertumbuhan wilayah bertunjangkan eksport telah


dijalankan oleh Ohlin (1933). Walau bagaimanapun, North (1955) seterusnya telah
menghuraikan dengan jelas tentang teori asas eksport. Menurut North, sebuah wilayah
membangun apabila sektor eksportnya berkembang dengan pesat sekali. Idea beliau ini
ternyata mencabar teori jujukan bertahap Hoover dan Fisher (1949) yang menyatakan
bahawa sesebuah wilayah membangun mengikut tahap -tahap tertentu, iaitu:

1. Tahap pertama; apabila ekonomi berada dalam keadaan sara diri dengan kegiatan
pelaburan dan perdagangan sangat terhad.
2. Tahap kedua; berlaku perkembangan dalam sistem pengangkutan dan ini
menyebabkan perkembangan dalam kegiatan perdagangan dan seterusnya
pengkhususan.
3. Tahap ketiga; apabila perdagangan antara wilayah meningkat, berlaku perubahan
pola pengeluaran sumber pertanian yang sekarang lebih berorientasikan pasaran.
4. Tahap keempat; berlaku pertambahan penduduk yang pesat yang mengurangkan
lebihan pengelua ran pertanian yang dapat dieksport dan seterusnya mendorong
sesebuah wilayah ke arah perindustrian.
5. Tahap lima; wilayah mula mengkhususkan dalam industri peringkat ketiga untuk
dieksport. Wilayah seperti ini akan mengeksport modal, tenaga buruh mahir dan
perkhidmatan lain ke wilayah yang kurang maju.


   c  


     

North telah mengkritik bahawa tahap pembangunan wilayah ini tidak mencerminkan
pembangunan wilayah yang sebenarnya berlaku di kawasan wilayah Amerika Utara. Tahap
ini juga tidak dapat menunjukkan faktor -faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perubahan, s edangkan setiap teori pembangunan wilayah harus menitikberatkan faktor ini.
North telah meneliti proses pertumbuhan wilayah seperti yang diketengahkan oleh Hoover
dan Fisher dalam konteks sejarah pembangunan ekonomi kawasan Amerika Utara tersebut.
Daripada penelitian ini, jelas terbukti terdapat dua kelemahan utama teori itu. Pertama,
tahap seperti yang dijelaskan oleh Hoover dan Fisher tidak terbukti dalam sejarah
pembangunan kawasan ini dan teori ini gagal untuk menjelaskan punca pertumbuhan dan
perubahan. Kedua, teori ini ternyata tidak sesuai untuk dijadikan panduan bagaimana
sebuah wilayah sepatutnya membangun kerana ia gagal menjelaskan sebab -sebab tidak
adanya pembangunan dan tekanan ke atas ekonomi. Malahan, tumpuan teori ini terhadap
keperluan (dan masalah) perindustrian mungkin mengelirukan. Menurut North,
pertumbuhan ialah satu fungsi permintaan dari luar wilayah dan pengumpulan modal di
dalam wilayah berkenaaan. Dalam keadaan begini, pasaran boleh berjalan atas dasar
faedah bandingan dan pertuka ran di antara wilayah.


c 

Berikut merupakan konsep Teori Asas Eksport mengikut pandangan yang diketengahkan
North:

‡ Memberi suatu penjelasan yang munasabah tentang faktor -faktor permintaan luaran
dalam pertumbuhan wilayah

‡ Merupakan penggunaan mo del berasaskan ekonomi statik perbandingan jangka


pendek untuk keadaan pertumbuhan dinamik jangka panjang

‡ menyatakan bahawa pertumbuhan wilayah ditentukan oleh eksploitasi sumber -


sumber semula jadi dan pertumbuhan asas eksport wilayah yang dipengaruhi pula
oleh aras permintaan luaran dari wilayah dan negeri lain.

‡ Pendapatan daripada penjualan eksport akan mengakibatkan pembangunan aktiviti


penduduk, modal dan pergerakan buruh, pembangunan ekonomi luaran dan
pertumbuhan wilayah seterusnya.

Sebagai alternatif nya, North telah mengemukakan teorinya tentang peranan eksport,
dimana menurut beliau sektor eksport memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan wilayah kerana sektor ini dapat member sumbangan langsung kepada
ekonomi sesebuah wilayah, iaitu:

1. Eksport secara langsung akan meningkatkan pendapatan faktor -faktor pengeluaran


dan seterusnya pendapatan wilayah tersebut.
2. Perkembangan eksport akan mewujudkan permintaan terhadap pengeluaran industri
tempatan, terutamanya pengeluaran untuk pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau telah menyatakan bahawa aliran masuk penduduk dan
modal dengan pesat ke wilayah berkenaan akan menyebabkan pembangunan yang pesat
dan kegiatan ekonomi akan dipelbagaikan dan diluaskan sehingga kepentingan sektor
eksport akan berkurangan.
Oleh itu, dapat dihuraikan disini bahawa kepesatan pembangunan sesebuah wilayah
ditentukan oleh kepesatan perkembangan sektor eksport. Sektor eksport menjadi peranan
semakin penting secara relatifnya dalam ekonomi wilayah tersebut apabila tiada aliran
masuk atau keluar penduduk dan modal secara besar -besaran. Untuk mewujudkan
perkembangan wilayah yang selanjutnya, North menyatakan perlunya proses perindustrian
untuk mengubah struktur eksport biasa ini, terutamanya daripada eksport hasil pengeluaran
pertanian menjadi hasil barang perkilangan. Perkembangan ini akan berlaku dengan
sendirinya akibat daripada keuntungan letakan/penempatan ataupun akibat pertambahan
pendapatan di wilayah ini disebabkan perkembangan eksport.

Antara faktor-faktor yang merosotkan sektor eksport ialah perubahan permintaan di


luar wilayah tersebut, kepupusan sumber asli dan perubahan teknologi yang menyebabkan
wilayah ini ketinggalan. Manakala faktor -faktor yang mengembangkan sektor eksport ialah
perkembangan sistem pengangkutan, peningkatan pendapatan dan permintaan di wilayah
yang lain, pembangunan teknologi dan pembangunan infrastruktur.

Selain itu, eksport juga berperanan membentuk pertumbuhan pusat nod.


Pertumbuhan nod disebabkan oleh kedudukannya yang istimewa yang dapat
mengurangkan kos pengangkutan dan perpindahan bagi barang eksport. Pusat nod menjadi
pusat perdagangan apabila barang dieksport dari wilayah berkenaan, manakala barang
import diagihkan ke seluruh kawasan. Di sini, kemudahan istimewa mengalami pertumbuhan
untuk menghasilkan keluaran dan mengagihkan barang utama. Secara tidak langsung,
dengan kegiatan industri eksport ini, menyebabkan pertumbuhan industri -industri lain yang
berkaitan seperti urusan bank, pemborong, dan perkhidmatan perniagaan lain. Begitu juga
dengan faktor tenaga buruh yang dipengaruhi oleh sektor industri eksport. Hal ini kerana
jenis kemahiran yang diperlukan, pekerjaan yang stabil dan bermusim dan keadaan
pekerjaan akan membentuk sikap kumpulan tenaga buruh ini.

Sesebuah wilayah yang asas eks portnya tertumpu kepada hasil pertanian mungkin
mempunyai peratusan tenaga buruh yang tinggi dalam sektor peringkat pertama dan
peratusan yang rendah dalam sektor peringkat ketiga. Namun begitu, tenaga buruh dapat
juga bergantung pada pertanian bagi pendap atan per kapita yang tinggi. Barang eksport
pertanian utama yang menghasilkan pendapatan membolehkan negara berkenaan
membiayai banyak perkhidmatan.

¢  ! 

c    

Berikut merupakan masalah dan kekurangan mengikut teori asas eksport:


‡ pelbagai batasan teknikal dan tanggapan mengenai konsep berasaskan ekonomi
dalam analisis jangka pendek.

‡ wujudnya masalah lain apabila teori ini digunakan dalam analisis dinamik jangka
panjang

‡ Pemisahan wilayah dengan dunia luar tidak menampakkan hubunga n antara


wilayah, sedangkan perkara ini penting dalam pertumbuhan wilayah

‡ Sifat yang agregat juga menyembunyikan hakikat bahawa pertambahan dalam


setengah-setengah industri berasaskan eksport mempunyai kesan pertumbuhan
wilayah yang lebih besar daripada i ndustri-industri lain dalam sesebuah wilayah
tertentu.

c


c  c    

Terdapat beberapa tentangan terhadap teori asas eksport yang dibuat melalui andaian teori
lain. Antara tentangan terhadap teori tersebut:

‡ Teori Asas Eksport tidak mengambil kira konstren kapasiti serta ciri -ciri penawaran
lain.

‡ Mengandaikan secara tidak langsung wujudnya pengangguran sumber serta lebihan


kapasiti dalam penggunaan jangka pendek.

‡ Andaian ini dibuat berdasarkan kepada Model Tolakan Penawaran yang di sokong
oleh Borts dan Stein (1964) dan Muth (1971) menghujahkan bahawa pembaikan
keadaan penawaran intra -wilayah, terutamanya pertumbuhan sumber eksogen
(buruh, modal, sumber asli), meningkatkan kapasiti pengeluaran wilayah.


c  c    

Berikut merupakan beberapa kritikan terhadap teori asas eksport yang diutarakan oleh
beberapa tokoh & pengkaji:

‡ Teori Asas Eksport dikata telah membahagikan dunia kepada dua sistem wilayah
iaitu kawasan kajian dan µdunia seluruhnya¶

‡ Silvers (1972), beliau menyatakan bahawa penggunaan Teori Asas Eksport tidak
perlu dihentikan ketika eksport diandaikan eksogen atau µdiberi¶.

Walau bagaimanapun, Tiebourt (1956) tidak bersetuju dengan pendapat North.


Menurut Tiebourt, kegagalan mengenal pasti eksport se bagai pembolehubah autonomi yang
menentukan pendapatan telah membawa kepada beberapa kesimpulan tentang pendapatan
dan pertumbuhan wilayah.

Tiebourt mengatakan bahawa dunia tidak menghasilkan sebarang eksport, tetapi


pendapatan per kapita dunia telah meningkat. Sudah tentu kemajuan teknologi adalah
antara sebab yang meningkatkan pendapatan per kapita ini. Mengikut beliau lagi, bagi
sesebuah wilayah tersebut terikat pada tahap perkembangan sektor eksportnya. Namun
begitu, bagi wilayah yang besar, kenyat aan itu agak sederhana.

Mengikut Richardson (1973), teori asas eksport ini agak lemah sebagai satu teori
pertumbuhan wilayah. Namun sedemikian, teori ini memainkan peranan yang penting dalam
sejarah teori pertumbuhan dan kerap muncul sebagai salah satu kom ponen dalam model
yang sofistikated kini.




Sebagai rumusan ringkas mengenai teori ini:

‡ Teori Asas Eksport ini dikait dengan faktor -faktor permintaan luaran dalam
pertumbuhan sesebuah wilayah.

‡ Aras permintaan luaran terhadap hasil industri eksport sesebuah wilayah diambil
sebagai penentu utama pertumbuhan sesebuah wilayah.

Daripada huraian sehingga ini, dapat disimpulkan bahawa pertumbuhan


berpuncakan eksport bergantung sepenuhnya kepada eksport sebagai nadi penggerak
kesan pendarab di da lam ekonomi wilayah. Di samping itu, disarankan juga bahawa proses
pertumbuhan berkecenderungan menjadi kumulatif. Apabila pendorong awal diperkenalkan,
kemasukan buruh atau sumber kewangan telah meningkatkan permintaan bagi hasil
keluaran setempat dan bar angan pengguna yang lain.

Apabila pertumbuhan ini berlanjutan, industri sokongan yang membekalkan


perkhidmatan terkhusus, terutama sekali bagi sektor eksport pun muncul. Perkhidmatan ini
merupakan sebahagian daripada deretan ekonomi perkelompokan dan perle takan. Kesan-
kesan ini berserta dengan ekonomi bidangan dalaman sektor eksport yang lain akan
menjadi pendorong yang seterusnya. Sektor ini juga dapat mengurangkan kos pengeluaran
dan pengedaran (Armstrong dan Taylor, 1986).


±± "

Amir Hussin Baharuddin (1984) ‘  


  , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ghani Salleh (2000)     


       , Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Hasnah Ali (1991) ‘        , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Morshidi Sirat (1993)      


    
         
 !     , Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.