Anda di halaman 1dari 29

SGDU3023

KREATIVITI DAN INOVASI


DALAM PENDIDIKAN

TEORI TRANSAKSI :
PENDEKATAN PERLAKUAN MANUSIA DAN
PANDANGAN JUNG

1
TEORI TRANSAKSI :
PENDEKATAN PERLAKUAN MANUSIA DAN
PANDANGAN JUNG

Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen


(201400)
Kamalaselvi A/P Nadarajan
(201391)
Ganthiahmah A/P Ragavan
(201389)
Sangga A/L Sinnayah
(201405)
PENDAHULUAN
Tingkah laku manusia ialah sekumpulan
tingkah laku yang ditonjolkan oleh
manusia dan dipengaruhi oleh budaya,
sikap, emosi, nilai, etika, autoriti,
hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan,
dan/atau genetik. Ia merupakan salah
satu faktor yang penting dalam
masyarakat manusia. Menurut sudut
pandangan humanisme, setiap manusia
mempunyai tingkah laku yang berbeza.
Tingkah laku manusia dikaji dalam
disiplin akademik seperti psikologi,
kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan
antropologi.
Tingkah laku manusia (dan organisma
yang lain, malahan mekanisme) jatuh
pada satu julat, dengan sesetengah
tingkah laku lebih biasa berlaku
berbanding dengan yang lain dan
sesetengahnya luar biasa, serta juga
sesetengah yang dapat diterima dan yang
lain di luar had boleh terima.
Tingkah laku harus tidak dikelirukan
dengan tingkah laku sosial yang
merupakan tindakan yang lebih maju
kerana ia merupakan tingkah laku yang
ditujukan khusus kepada orang lain.
Kebolehterimaan tingkah laku dinilai
berdasarkan norma sosial dan dikawal
oleh berbagai-bagai kawalan sosial.
Walaubagaimanapun, tingkah laku
manusia boleh dibentuk dan dilatih
dengan teknik dan cara yang tertentu.
TEORI TRANSAKSIONAL
Kepimpinan Transaksional adalah
proses perhubungan antara pemimpin
dgn anggota dalam organisasi dan
bersama-sama menaikkan tahap moral
dan motivasi mereka.Menggalakkan
usaha melalui ganjaran
Menurut teori ini, hubungan antara
manusia (interpersonal) itu
berlangsung mengikuti kaedah
transaksional, iaitu apakah masing-
masing merasa memperoleh
keuntungan dalam transaksinya atau
malah merugikan.
Jika merasa memperoleh keuntungan
maka hubungan itu pasti
baik , tetapi jika merasa rugi maka
hubungan itu akan terganggu ,
putus, atau bahkan berubah menjadi
permusuhan.
Dalam teori ini hubungan antara
pemimpin dan para pengikutnya
merupakan hubungan transaksi yang
sering didahului dengan proses tawar
menawar. Jika para pengikut
memberikan sesuatu atau melakukan
sesuatu untuk pemimpinnya, pemimpin
juga akan memberikan sesuatu kepada
para pengikutnya.
PEMIMPIN TRANSAKSIONAL(BURN,1978):
Memotivasi orang bawahan melalui
pemberian imbalan atas apa yang telah
mereka lakukan
KARAKTERISTIK:
1. Mengetahui keinginan bawahan
2. Memberikan imbalan atau janji
3. Responsif terhadap kepentingan orang
bawahan
Pemimpin berunding dengan pengikut untuk
dapat persetujuan.
Pemimpin menggunakan kemahiran
hubungan untuk mendorong, menunjuk
arah, mengawal, mengajar dan
mempengaruhi pengikut
Fokus kepada matlamat jangka pendek,
bukan visi jangkapanjang
Sesuai apabila keadaan stabil
Sesuai bagi orang birokratik serta tradisional
TEORI HUMAN BEHAVIOUR
Aliran Behaviorisme Muncul di Amerika
Utara. Diasaskan oleh J.B. Watson(1878-
1958) yang popular dengan Teori Pelaziman
Klasik. Dalam “Psychology as the Behaviorist
Views It” Watson(1913) mengatakan
psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku
yang nyata(overt behaviour). Tokoh lain
seperti Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dan
lain-lain.
Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai
Associationism iaitu mengkaji kaitan mental
antara dua peristiwa atau idea yang
membawa kepada terjadinya pembelajaran.
Menjalankan kajian ke atas haiwan. Prinsip
pembelajaran atau tingkah laku hasil
daripada kajian akan diaplikasikan kepada
manusia. Mengfokus kajian kepada tingkah
laku manusia dan menolak aspek
kerohanian.
Aliran behaviorisme dipengaruhi oleh aliran
falsafah logik positif(logical positivism) yang
berpendapat bahawa semua ilmu atau
pengetahuan perlu disahkan melalui cara
yang empirikil atau pemerhatian yang
sistematik. Mengemukakan konsep saintifik
definisi operasional(operational definition)
yang merujuk kepada proses pengukuran
kepada sesuatu yang dikaji. Behavioris
menegaskan bahawa tujuan ilmu psikologi
ialah untuk menghurai, menerang, meramal
dan mengawal tingkah laku.
Pendekatan Behaviorisme Ahli psikologi
tidak perlu memberi perhatian kepada
peristiwa yang berlaku dalam mental (sedar
dan tidak sedar), sebaliknya memberi
tumpuan kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.
Watson mengatakan bahawa aspek yang
berkaitan tingkah laku seseorang
dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari
unsur-unsur dalaman. Idea Watson ialah
tingkah laku dan proses mental adalah hasil
daripada pembelajaran (Bernstein et
al.,1994).
Menurut pendekatan behaviorisme tingkah
laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku
dengan wujudnya ransangan. Pendekatan ini
juga dikenali sebagai psikologi ransangan
gerak balas atau R-G Ahli psikologi
behaviorisme seperti Watson, Ivan Pavlov,
B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.
Pavlov(1849-1936), dikaitkan dengan konsep
pelaziman klasik. Eksperimen ke atas anjing
bagi menunjukkan perkaitan antara
ransangan(makanan) dgn gerak balas(air
liur)
Thorndike(1874-1949) memperkenalkan
Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of Trial
And Error Conditioning). Prinsip asas
pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan
denda. Organisme akan membuat sesuatu
yang membawa keseronokan dan
mengelakkan melakukan sesuatu yang
membawa kesakitan atau membahayakan
diri.
Menurut Thorndike, ganjaran mendorong
organisme mengulangi sesuatu gerak balas.
denda boleh menyekat organisme daripada
melakukan sesuatu gerak balas. Organisme
mengaitkan gerak balas tertentu dengan
ransangan tertentu. Jenis pembelajaran ini
dilabel sebagai “pembelajaran instrumental
atau operan”.
Skinner(1904-1990) memperluaskan Teori
Thorndike. Terkenal dgn pelaziman operan
yang mengukur pengaruh ganjaran dan
dendaan. Eksperimen ke atas tikus dan
burung merpati. Dapat mengukur proses
pembelajaran dengan cara menukar
frekuensi ganjaran dan dendaan.
Pendekatan Humanistik berpandangan
bahawa manusia adalah individu yang bebas
dan baik, berpotensi untuk berkembang dan
ada sasaran untuk dicapai. Menyatakan
bahawa manusia terdorong bertindak kerana
mempunyai kemahuan atau keperluan.
Berpendapat yang manusia sentiasa aktif.
Carl Jung, seorang Pakar Psikologi lebih
menumpukan pada gerak naluri kreatif yang
memotivasikan setiap individu. Beliau juga
mengenalkan konsep “collective
unconsciousness” yang didefinisikanya
sebagai simpanan pengalaman seluruh
bangsa manusia yang sering digambarkan
secara mithos sebagai roh baik dan jahat,
naga dan sebagainya.
RUMUSAN
Pendekatan ganjaran untuk tugas yang
dijalankan, Pendekatan kondisioning yang
melatih sesuatu tindakbalas kepada
ransangan tertentu dan Pendekatan
Humanistik yang mengatakan manusia
sebagai berpotensi berkembang dan manusia
terdorong bertindak kerana mempunyai
kemahuan atau keperluan.
Apa pun pendekatan yang digunakan,
kreativiti adalah satu kebolehan yang
mampu dipupuk dalam setiap individu.
SERIBU PENGHARGAAN
En. Abdul Razak Hashim
Sekian, Semua kawan-kawan
Terima
Kasih