Anda di halaman 1dari 9

Konsep Perguruan

Apa itu guru? Sebenarnya


mengikut Kamus Dewan terbitan 1989,
guru kalau dilihat di bawah konteks
pendidikan dapatlah diertikan sebagai
pengajaran. Manakala perkataan
keguruan pula boleh dinyatakan
sebagai perkara yang berkaitan
dengan guru, iaitu yang berkaitan
dengan peranan, tugas dan kelayakan
seseorang guru.
Akauntabiliti Guru
Akauntabiliti guru bermaksud
bertanggungjawab kepada seseorang
atau bertanggung jawab terhadap
sesuatu. Jadi jika dilihat dari sudut
konteks keguruan, akauntabuliti guru
boleh dirumuskan sebagai
bertanggung jawab terhadap
profesionalisma keguruan.
Pendahuluan

Antara persoalan yang timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi
sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah faktor-
faktor yang menyebabakan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan
yang wujud itu disebabakan nasib semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan
perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kerana tidak wujudnya misi, visi,
komitmen atau contoh ikutan, sama ada dari aspek diri individu atau pihak
pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju yang jelas, betul
dan tepat.

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya
digelar sebagai “Triangl of Success” yang mrangkumi:

Ilmu Pengetahuan

Kemahiran

Sikap

Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati dan terlalu
yakin sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan
dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap pelajar, guru, kaki tangan bukan guru dan juga pentadbiran dan
pengurusan kurikulum sesebuah sekolah. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah
guru-guru sendiri, malah mereka perlulah mempunyai ciri-ciri guru yang cemerlang.
`
Ciri-ciri Guru

Seseorang guru yang ingin menjadi seorang Guru Cemerlang mestilah memiliki
ciri-ciri berikut:

Pedagogi

Penguasaan Bahasa Inggeris

Emosi Stabil

Jasmani Berkualiti

Berdaya Tahan

Minat Membaca

Aktif

Mahir ICT

Cekap

Berpengetahuan
Definisi Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan


kepakaran yang tinggi dalam matapelajaran khususnya dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran.

Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam


melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan cemerlang serta berterusan.

Ciri-ciri Guru Cemerlang Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

1 Peribadi
Seseorang guru Pendidikan Sivik mestilah mempunyai sahsiah yang
terpuji dan berketerampilan kerana mereka adalah contoh yang akan menjadi
ikutan murid yang mereka ajar.
Sentiasa berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam. Ini akan menjadaikan mereka lebih peka dan perihatin
terhadap keperluan pelajar.

2 Mempunyai Pengetahuan dan Berkemahiran


Guru Pendidikan Sivik yang cemerlang mestilah telah menguasai dan
menghayati kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dengan
khusus dan mempunyai kepakaran terhadapnya. Perkara ini akan
memudahkan mereka menjadi pakar rujuk apabila terdapat apa-apa masalah
dalam PP.
Selain itu, mereka seharusnya bijak menguruskan masa, bahan sumber
dan alatan semasa proses PP dijalankan. Malah berkemampuan mengenal
pasti keperluan dan masalah pembelajaran murid dan menyediakan program
susulan.

3 Hasil Kerja
Mempunyai hasil kerja yang berkualiti serta berupaya meningkatkan
hasil pembelajaran (learning outcome) ke arah membangunkan potensi
pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4 Komunikasi

Ciri yang seterusnya, seseorang guru Pendidikan Sivik yang cemerlang


mestilah memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi. Mereka berkemampuan
menyampaikan idea dan masej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Sama ada
antara guru dan murid, antara guru dan rakan sebaya, malahan antara guru dan ibu
bapa juga.

5 Potensi

Potensi juga merupakan salah satu daripada ciri guru Pendidikan Sivik
yang cemerlang. Mereka sangat berpotensi dan mempunyai wawasan yang tinggi
dalam memperkembangkan Pendidikan Sivik di peringkat global. Selain itu, seorang
yang proaktif, beriniasiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan
tugas sebagai pendidik.

Kesimpulan

Menjadi guru yang cemerlang bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru
sendiri mengubah paradigma, stail berfikir dan bertindak secara profesional dan
paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

Guru mestilah sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-


laku dengan keluhuran etika kerja serta memberikan komitmen yang tinggi kepada
penyempurnaan tugasnya di sekolah setiap masa dan waktu. Mempunyai sikap
optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
Seterusnya tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan
keadaan semata-mata. Akhirnya yang cemerlang sentiasa berkeinginan berjaya dan
meningkat maju, sama ada dari aspek diri, peribadi mahu pun aspek organisasi.
Bibliografi

Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and
Schuster, New York.

Fok, John (1998) Back to the Future – Management of Change. Anne Fox &
Associates, Australia.

Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

_______________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan


Pendidikan (Edisi Kedua), Satu Penilaian Dan Cadangan Pembaharuan. Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang.

Anda mungkin juga menyukai