Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT

PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
BIL. 1/ 2011

Tarikh : 4 JANUARI 2011


Masa : 8.30 PAGI
Tempat : BILIK ORKID, IPGIK

KEHADIRAN :

1. NORLINA BINTI SHABBIR AHMED - AHLI


(Pengerusi )

2. SYAREEMEY BIN ABDUL RAHMAN - AHLI


(Naib Pengerusi)

3. NADZIRAH BINTI JAMALUDIN - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Bendahari)

4. MOHD KHALID BIN MAZUKI - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Bendahari)

5. ATIKH BINTI CHE AGOH @ SHUKERI - AHLI


(Setiausaha)

6. SITI NORFADHILAH BINTI MIOR PENDAWA - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Surat)

1
ACHS
7. WOO XUEMI - AHLI
(Ahli Jawatankuasa Pengangkutan)

8. VIJAYAMALAR A/P GUNUSHAKRAN - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Pengangkutan)

9. MARSILAWATI BINTI ABDUL LATIF - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Kebersihan)

10. KATERINA KELIMAH ANAK BONIFACE INTANG - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Kebersihan)

11. JAMIE LAI PEI WEN - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Keselamatan)

12. FRANCESCA ANAK WELLINGTON - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Makanan)

13. FADHIRUL BIN ANUAR - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Makanan)

14. SHIMA JUNN ANAK WILLIE - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Cenderahati)

15. SAM SZE NI - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Cenderahati)

16. OZAL BIN MOKHTAR - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Cenderahati)

2
ACHS
17. ELSIE ELFIRA PAKA - AHLI
(Ahli Jawatakuasa Dokumentasi)

18. CONNIE HII CHENG LING - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Dokumentasi)

19. AHMAD FAIZ BIN MOHAMAD FAUZI - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Dokumentsi)

20. MUHAMMAD AFIF BIN NOOR AZMAN - AHLI


(Ahli Jawatankuasa Dokumentsi)

3
ACHS
1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memberi salam dan mengucapkan salam sejahtera. Beliau


mengucapkan terima kasih kepada semua ahli majlis kerana dapat hadir ke
mesyuarat Pengelolaan Permainan Tradisional.
1.2 Pengesahan jawatan yang telah ditetapkan.

2.0 SENARAI ALATAN PERMAINAN


2.1 Naib Pengerusi meminta kesemua kumpulan untuk memberikan senarai
nama alatan permainan yang diperlukan untuk melaksanakan permainan
tradisional. Surat pinjaman peralatan akan dikeluarkan untuk mendapatkan
kelulusan dari pihak stor IPG Kampus Ilmu khas.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa.

3.0 PEMILIHAN SEKOLAH DAN AKTIVITI


3.1 Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu (1) dan
Sekolah Kebangsaan Sri Tasik. Wakil ahli jawatankuasa akan meminta
kebenaran dari pihak sekolah yang dipilih untuk menjalankan aktiviti permainan.
Tindakan : pengerusi dan naib pengerusi.

3.2 Masa perlaksanaan aktiviti akan ditentukan oleh pihak sekolah supaya tidak
menganggu waktu pembelajaran murid-murid.

3.3 Aktiviti yang akan dijalankan adalah berdasarkan permainan mengikut


kategori Model Bunker & Thorpe iaitu :
- Sasaran
- Pemukul dan penghadang
- Jaring
- Serangan dan Kawasan

4
ACHS
3.4 Kertas kerja tentang aktiviti permainan akan dibuat untuk mendapat
kelulusan dari pihak IPG Kampus Ilmu Khas dan pihak sekolah.

4.0 PERBELANJAAN
4.1 Sejumlah wang akan dikutip untuk menyediakan minuman, makanan, dan
hadiah untuk murid-murid sekolah.
Tindakan : Bendahari.

5.0 MAKANAN
5.1 Ahli jawatankuasa makanan mencadangkan makanan dan minuman
disediakan untuk murid-murid sekolah. Antara cadangan tersebut ialah :-
a) Nasi lemak
b) Mihun goreng
c) Makanan ringan
d) Air mineral
Tindakan : Ahli jawatankuasa makanan.

6.0 PENYEDIAAN CENDERAHATI


6.1 Pengerusi mencadangkan supaya ahli jawatankuasa cenderahati
menyediakan hadiah kepada 30 murid-murid dan juga kepada pihak sekolah.
Tindakan : Ahli jawatankuasa cenderahati.

7.0 PENGANGKUTAN
7.1 Naib pengerusi menjelaskan bahawa pengangkutan perlu ditempah
seminggu sebelum tarikh menjalankan aktiviti. Tarikh yang dinyatakan untuk
menjalankan aktiviti tersebut adalah pada 25 Januari 2011 atau 8 Februari 2011.
Tindakan : Ahli jawatankuasa pengangkutan.

5
ACHS
8.0 KEBERSIHAN
8.1 Ahli jawatankuasa diminta supaya menyediakan beg plastik sampah supaya
kebersihan sekolah tidak terjejas.
Tindakan : Ahli jawatakuasa kebersihan.

9.0 KESELAMATAN
9.1 Pengerusi menegaskan ahli jawatankuasa keselamatan perlu memastikan
bahawa murid-murid bebas dari perkara yang membahayakan. Kawasan untuk
menjalankan aktiviti juga perlu bebas dari sebarang benda-benda bahaya dan
peralatan permainan adalah selamat digunakan. Disamping itu, kit kecemasan
juga perlu disediakan untuk kemungkinan berlaku sebarang kecederaan.
Tindakan : Ahli jawatankuasa keselamatan.

10.0 DOKUMENTASI
10.1 Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua untuk melakukan
dokumentasi semasa pelaksanaan aktiviti untuk diberi penilaian.
Tindakan : Ahli jawatankuasa dokumentasi.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN


11.1 Mesyuarat MPPP Bil. 1/ 2011 ditangguhkan pada jam 1.30 petang dengan
ucapan terima kasih daripada Pengerusi.

Minit disediakan oleh, Minit disemak oleh,

Setiausaha Pertandingan Cik Eleanor Ann Tan Lye Neo


Permainan Tradisional Pensyarah PISMP G 5.7
3 Januari 2011 IPG Kampus Ilmu Khas

6
ACHS

Anda mungkin juga menyukai