Anda di halaman 1dari 9

Talak

Talak secara etimologi adalah melepas ikatan, sedangkan secara terminologi adalah melepas
ikatan perkawinan dengan lafad talak atau yang semakna, atau menghilangkan ikatan perkawinan
dengan seketika atau rentang waktu jarak tertentu dengan menggunakan lafad tertentu . Ikatan
perkawinan dapat lepas seketika bilamana sang suami mentalak istrinya dengan talak ba’in, dan
ikatan perkawinan dapat hilang setelah masa ‘iddah berlalu manakala suami mentalak istrinya
dengan talak raj’i.
Dalil disyari’atkan talak adalah al-Qur’an, al-Hadist serta Ijma’ Ulama’. 
Di dalam al-Qur’an secara tegas dan jelas dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 229.
ِ ‫ُوف أَوْ تَس‬
ٍ ‫ْري ٌح بِإِحْ َس‬
‫ان‬ ٍ ‫ك بِ َم ْعر‬ ٌ ‫ق َم َّرتَا ِن فَإ ِ ْم َسا‬ ُ َ‫الطَّال‬.
“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau
menceraikan dengan cara yang baik.” 
Dan juga dalam surah at-Talak ayat 1.
َ‫طلَّ ْقتُ ُم النِّ َساء فَطَلِّقُوه َُّن لِ ِع َّدتِ ِه َّن َوأَحْ صُوا ال ِع َّدة‬
ْ َ ‫يا أَيُّهَا النَّبِ ُّي إِ َذا‬
“Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada
waktu mereka dapat (menghadapi) idahnya (yang wajar)(^) dan hitunglah waktu ‘iddah itu.” 

Sedangkan di dalam beberapa Hadist diterangkan mengenai problematika talak dan hukumnya,
diantaranya hadist riwayat Ibnu ‘Umar.
‫ال أَ ْبغَضُ ْال َحاَل ِل إِلَى ِ تَ َعالى الطاَل ق‬
َّ َ ‫هَّللا‬ َ َ‫صلَّى اللَّهم َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق‬
َ ‫ع َِن ا ْب ِن ُع َم َر َع ِن النَّبِ ِّي‬
“Perkara halal yang paling dibenci dalam pandangan Allah adalah talak” 
Para Ulama’ sepakat akan kebolehan talak. Bila saja keadaan rumah tangga mengalami
keretakan dan kesenjangan yang terus berkelanjutan, tanpa mengenal kata henti, keduanya sama-
sama memilih gaya hidup sendiri-sendiri, tidak ada lagi kekompakan, keselarasan kemauan dan
keinginan, sehingga rumah tangga mereka mendekati kondisi yang amat memprihatinkan maka
pada saat seperti ini pintu talak dibuka untuk keluar dari kesesakan, ketidak seimbangan
kehidupan dan menghilangkan berbagai hal negatif

Lebih lanjut tentang: Pengertian TALAK 


PERMASALAHAN
Soalan?

SAYA menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh
berpantang selepas melahirkan anak seperti berikut: “Selepas habis pantang, maka jatuh talak
satu ke atas engkau!” Ketika kejadian, saya boleh dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat
tidur secara berlebihan. Soalan saya, adakah sah talak dihantar melalui SMS ketika saya tidak
normal?
SUAMI MENYESAL,
Kuala Lumpur.

Jawapan
ISU yang perlu dijelaskan dalam permasalahan ini ialah sama ada jatuh talak melalui SMS dan
sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa itu dikatakan tidak normal kerana mengambil
ubat tidur berlebihan. Bagi menjawab isu ini, rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah
rukun talak.
Menurut pendapat Shafie, rukun talak ada lima iaitu pentalak, sighah (lafaz), mahal (isteri iaitu
perempuan ditalak), wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ). Kami percaya isu sama ada
jatuh talak atau tidak melalui SMS sudah banyak diperbincangkan dan majoriti pendapat jatuh
talak melalui SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami
seperti, “aku ceraikan kau”, “aku talak kau” atau “maka tertalaklah engkau”.

Persoalan saudara lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika suami
tidak normal, dalam kes saudara kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Disyaratkan
bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak
dipaksa.

Dalam kes ini, diandaikan suami itu seorang yang baligh dan tidak dipaksa oleh mana-mana
pihak ketika SMS itu ditulis. Isu di sini ialah sama ada sah perlakuan suami itu dengan alasan
beliau dalam keadaan tidak normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Adakah
maksud suami tidak normal dalam kes ini boleh dikira sebagai mabuk iaitu tidak sedar apa
dilakukannya menjadikannya tidak waras?

Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu, bagi talak oleh
pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada peringkat percakapan
merepek dan tidak menentu, bercampur-campur dan tidak sedar apa diperkatakan ketika mabuk,
maka fuqaha’ sepakat berpendapat tidak jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak
diharamkan. Maksud mabuk yang tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat,
terpaksa, kerana dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan
kerana sesuatu keperluan.
Oleh itu, orang berkenaan diberikan keuzuran kerana dia dalam keadaan tidak sedar dan tidak
tahu apa yang dilakukan, maka dia seperti orang tidur. Bagaimanapun, dalam keadaan biasa,
perkara seperti disebutkan jarang berlaku dalam kehidupan. Keadaan biasa berlaku pada masa
kini adalah mabuk dengan cara haram seperti meminum arak dan dia bukan dipaksa.

Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha’, jika seseorang mengambil atau menggunakan
bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau darurat, maka jatuh talak yang dilafazkan
olehnya dalam keadaan mabuk sebagai hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan
perbuatan maksiat. Lagipun, dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri
tanpa ada paksaan dan tanpa darurat.

Mengguna pakai hukum dan pendapat jumhur fuqaha’ berkaitan mabuk dengan cara yang haram
kepada permasalahan saudara ini, adakah saudara mengambil ubat tidur atas sesuatu keperluan
atau darurat dengan nasihat dan aturan yang ditetapkan doktor? Saudara menyatakan mengambil
ubat tidur secara berlebihan dan menyebabkan saudara boleh dikatakan tidak normal.

Isunya di sini ialah, keadaan tidak normal itu jika dikiaskan dengan pendapat jumhur ialah
keadaan mabuk. Sedangkan dalam kes saudara, mengambil ubat tidur secara berlebihan bukan
dipaksa. Jika saudara menjadikan alasan darurat untuk mengambil ubat tidur secara berlebihan,
setiap ubat yang perlu diambil dari segi perubatan mesti dengan nasihat dan aturan ditetapkan
doktor atau ahli perubatan.

Jika seseorang mengambil sesuatu ubat tanpa nasihat dan panduan ahli perubatan, seseorang
harus bertanggungjawab dengan kesan dan akibat tindakannya itu. Tindakan mengambil ubat
tidur secara berlebihan tanpa nasihat dan panduan ahli perubatan jelas menunjukkan saudara
mengambil secara pilihan sendiri dan alasan menjadi tidak normal akibat daripadanya adalah
kerana tindakan pilihan saudara sendiri.

Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya), juga kerana ijma’ sahabat Nabi
SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti menuduh perempuan suci
berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan. Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha’, talak yang
dijatuhkan melalui penghantaran SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal
kerana tindakan sengaja mengambil ubat tidur secara berlebihan, boleh dikira sah kerana
mencukupi rukun pentalak itu sendiri.

Bagaimanapun, hanya hakim syarie yang mempunyai bidang kuasa menentukan pengesahan
sesuatu lafaz talak berdasarkan keterangan lanjut daripada saudara mengenai sebab mengambil
ubat tidur berlebihan. Saudara perlu mendaftarkan kes pengesahan perceraian di mahkamah
syariah di tempat saudara bermastautin dengan kadar segera. Jika mahkamah mensabitkan talak
itu sah, saudara perlu mengetahui sama ada tempoh edah isteri masih wujud atau tidak bagi
membolehkan saudara rujuk dengan isteri.
PUNCA PUNCA TALAK
Dan cara mengatasi

PUNCA PERCERAIAN
FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
 Isteri bekerja
 Suami membuat
 Terlalu ego
perusahaan dengan
 Kelemahan nafsu batin pembantu perempuan
 Kemandulan  Poligami
 Tiada kesabaran  Campur tangan
 Daya fikiran tidak keluarga
seimbang  Ada orang ketiga
 Tekanan jiwa  Membeli benda yang
 Nafkah tidak cukup tidak wajib
 Serang menyerang  Isteri bergiat di luar
 Pernikahan muallaf rumah
 Berlaku penganiayaan  Rumahtangga
 Pernikahan lari dibentuk dengan
material sema-mata
 Tidak beramal dengan
Huku Islam
 Bergaul bebas di luar
 Terkena guna-guna
sihir

CARA MENGATASI
Dengan kembali Dapatkan nasihat Jangan
Selalu memohon
kepada Agama keluarga yang ada bertindak
pertolongan Allah
Islam kepakaran tanpa berfikir

 
Kesan Perceraian Kepada Anak-Anak

* Kajian psikologi menunjukkan, perceraian boleh menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-
kanak untuk memulakan hubungan baru.

* Kajian yang pernah dibuat mendapati, perceraian adalah penyebab tekanan kedua paling tinggi,
selepas kematian pasangan hidup.

* Umumnya, suami dan isteri yang bercerai akan lebih bersedia menghadapi perceraian itu jika
dibandingkan dengan anak kerana sebelum bercerai, biasanya pasangan terbabit akan berfikir
semasak-masaknya dan mempertimbangkan baik buruk jika perceraian itu berlaku.

* Mahu tidak mahu, anak lazimnya mesti menerima keputusan yang sudah dibuat oleh orang tua.
Jarang sekali ibu atau bapa ingin mengambil atau menerima pandangan anak, apatah lagi jika mereka
masih kecil.

* Perceraian meninggalkan kesan negatif. Anak khususnya, akan menghadapi kejutan kesan
perpisahan yang tidak mereka relakan.

* Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh
menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.

* Kanak-kanak ini juga sedikit sebanyak terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa
apabila dewasa nanti, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik.
KESAN-KESAN PERCERAIAN
....................................................
Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan
yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila
berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah :

Kesan emosi terhadap pasangan Kewangan

Dua tanggungan Sosial

Kesan terhadap Anak Undang-undang

   Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan


tekanan-tekanan perasaan berikut :

 Jiwa terganggu
 Marah
 Sedih
 Tidak bermaya
 Rasa bersalah
 Terpencil
 Rendah diri
 Runsing
 Putus asa/kecewa
 Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik
sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu
emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan
yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

   Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab
dan peranan yang bertambah;

 sebagai ibu/bapa tunggal


 terpaksa mencari nafkah
   Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka.
Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka.
Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

 Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa


 Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
 Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
 Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
 Perasaan terganggu dan bingung
 Hilang tumpuan pada pelajaran
 Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Klik disini untuk video

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-anak ,
maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka.
Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap
kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus
prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan
suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara
ibu dan bapa.
2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala
perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.
3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya
perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan banyak perhatian,
sokongan dan bantuan.
4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang
wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.

   Masalah Kewangan
Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap
menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka
hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan.

 Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang
tunggal.
 Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya
bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami.
 Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin
akan turut menjejas pretasi mereka.
 Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga.
 Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian.
 Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah
anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke
atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi.

   Sosial
Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai
permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan
mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh:

 Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki
(janda/duda).
 Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.
 Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan
masing-masing.
 Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-
mara dalam hal penjagaan anak-anak.
 Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama
lain dalam hal-hal seharian.
 Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan
tertentu.

   Undang - undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi
undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah
beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh
orang orang yang sudah bercerai;

 Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak memperolehi
rumah HDB.
 Bayaran cukai pendapatan akan meningkat.
 Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.
 Perbelanjaan guaman.
 Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian.
 Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari
tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang


akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah.
Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu
ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan
kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun,
bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.
 

Anda mungkin juga menyukai