Anda di halaman 1dari 32

Pengenalan

Tugas utama seorang yang bergelar pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, para pengajar atau guru bukan
sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis,
tetapi mereka juga haruslah dapat menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan para pelajar.

Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan dan kemahiran mereka. Hal yang sedemikian ini
memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan
teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi
yang dipilih itu, selain berpotensi meransang para pelajar untuk belajar secara aktif, ia
juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati
pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Oleh itu, perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, maka
aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi
untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan seharusnya
jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara
berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu


mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kandungan, kemahiran dan
objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu
memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap
intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan

1
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

 Kaedah sumbang saran


 Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
 Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
 Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
 Kaedah oudioligual
 Kaedah kodkognetif
 Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu


pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat
secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Untuk
melakukan hal yang sedemikian, bukan semua orang berupaya melakukannya. Ini kerana
semua insan di dunia ini telah dikurniakan dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran
yang berbeza-beza. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan
teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap
kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak
mengalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan
berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan
pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan.

Oleh itu, pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan
dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh
menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik
mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Dalam
hal ini, ada juga pelajar yang kurang menumpukan perhatian, sama ada malu atau takut

2
hanya diri individu itu sendiri yang mengetahuinya. Maka penggunaan contoh-contoh
adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana ia dapat
melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan
idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi
contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih
mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah
dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,
bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Guru juga haruslah bijak
mengesan permasalahan yang sering dihadapi oleh para pelajar dan janganlah seorang
guru itu mudah membuat penghakiman terhadap para pelajar. Ini akan merumitkan lagi
keadaan.

1. Objektif
a) Pendekatan Teori Behaviorisme

Model yang dipilih adalah model pembelajaran kognitif-konstruktivis dan ini


akan menjadi tunggak utama dalam penyelidikan. Pembelajaran membaca dan faham
adalah melibatkan peranan kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi
menerusi deria sama ada dalam bentuk visual atau bukan visual. Pembelajaran membaca
merupakan aktiviti kognitif kerana ia melibatkan pengutipan maklumat daripada teks
yang dibaca. Oleh itu faham makna sesuatu maklumat yang diterima adalah matlamat
akhir dalam pembelajaran membaca dan ini adalah hasil sumbangan daripada
pengalaman belajar yang diperolehi atau pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Sementara
itu persekitaran pembelajaran konstruktivis akan diambilkira dalam menghasilkan
perisian membaca-faham kerana pembelajaran membaca berkomputer dalam persekitaran
pembelajaran konstruktif menyokong pembelajaran secara aktif, menyokong pembinaan
pengetahuan, menyokong perayauan dan menyokong kaedah belajar melalui pengalaman
(Jonassen, 1994).

3
Membaca dan faham boleh dibantu menerusi multimedia kerana bahan
dipersembahkan bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk visual (input
visual) atau audiotori (input verbal) atau kombinasi antara keduanya. Hubungan di antara
teks dan imej sebagai elemen dalam proses membaca yang diketengahkan oleh teori dual
koding (Paivio, 1986) memberi penjelasan bahawa kanak-kanak yang didedahkan dengan
dua mod pembelajaran (melalui visual dan verbal) akan dapat meningkatkan ingatan dan
kefahaman. Kanak-kanak yang diberi peluang membina makna apa yang dibaca menerusi
penghasilan gambaran visual. Namun demikian menurut Weinstein dan Mayer (1986)
dan Carreker (2002) kanak-kanak tidak berupaya secara efektif menghasilkan gamabran
visual jika tidak dibantu oleh guru menerusi galakkan atau pendedahan menggunakan
strategi pembelajaran ini.

Strategi pembelajaran IEPC (Wood, 2001) adalah gabunggan penggunaan imagery


(I), elaborate (E), predict (P) dan confirm (C) untuk memperbaiki kefahaman membaca.
Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan gambaran visual sebelum,
semasa dan selepas membaca sesuatu bahan dapat meningkatkan kefahaman (Douville,
1999; Fillmer & Parkay, 1990; Gambrell & Bales, 1986; Peter & Levin, 1986; Perssley,
1977; Sadoski, Paivio & Paivio, 2001; Williams, Konopak, Wood & Avett, 1992).
Sementara itu elaborate pula dapat membentuk kefahaman apabila kanak-kanak
membuat penghuraian atau pengubahsuaian secara verbal semasa membaca teks. Ianya
merupakan satu latihan bagi membentuk hubungan diantara maklumat lalu dan maklumat
baru menerusi imageri, visualisasi, analogi atau deskripsi (Hartman & Allison, 1996;
Roser & Martinez, 1995). Proses meramal (prediction) merupakan keupayaan meneka
atau menjangka apa yang akan berlaku dalam bahan bacaan yang dipilih, didengar atau
digambarkan. Proses ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan memupuk
pembentukan imaginasi(Cooper, 2000). Confirm atau pengesahan membenarkan kanak-
kanak membandingkan ramalan yang dibuat atau memperbaiki ramalan mereka.

Model sistem reka bentuk pengajaran ADDIE (Gordon dan Zemke, 2000) digunakan
untuk membangun perisian membaca. ADDIE adalah singkatan daripada Analysis
(analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan), Implementation

4
(perlaksanaan) dan Evaluation (terdapat 2 bentuk penilaian iaitu E1: penilaian formatif
dan E2: penilaian sumatif). Model ADDIE merupakan asas kepada model-model reka
bentuk yang lain (ibid). Kebanyakan model-model reka bentuk pengajaran yang ada
adalah mengambil elemen yang terdapat dalam model reka bentuk pengajaran ADDIE
contohnya model Dick and Carey.

Walaupun pada hakikatnya semua bermula di sekolah rendah tetapi asas


utamanya ialah prasekolah. Sekiranya ketika itu murid-murid di prasekolah semuanya
Sudah memahami asas membaca, menulis dan mengira maka Sudah pasti tidak ada
masalah sekiranya berada di sekolah rendah. Ini amat memudahkan guru-guru sekolah
rendah untuk menyambung pengajaran dan pembelajaran murid-murid ketika di
prasekolah. Semua model reka bentuk pengajaran yang diberikan adalah sesuai dengan
tahap murid-murid yang baru masuk ke alam sekolah rendah. Oleh itu, amatlah penting
peranan guru-guru di prasekolah agar murid-murid yang masuk ke alam sekolah rendah
dapat meneruskan pembelajaran tanpa sebarang masalah.

Dalam teori ini, para tenaga pengajar atau guru akan menyerapkan kaedah yang
memulakan pengajaran dengan unsur-unsur yang bermakna. Selain itu, unsur-unsur yang
lebih kecil dari morfem diperkenalkan kemudiannya setelah dipaparkan unsur-unsur yang
bermakna. Sebagai contoh, pengajaran yang asas iaitu membaca permulaan mengikut
pendekatan ini adalah bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-
unsur yang lebih kecil. Oleh itu, pengajaran akan bermula dengan unsur-unsur yang
bermakna seperti ayat, frasa, atau perkataan selain dari memperkenalkan suku kata dan
abjad. Maka dengan itu, guru haruslah memperkenalkan kepada murid tentang kalimat
atau ayat pendek dan bermakna. Setelah itu, guru perlulah mengajar murid-murid menulis
dan membaca sesuatu ayat beberapa kali. Murid-murid pula haruslah mengulangi ayat
tersebut dan perlulah disisipkan perkataan-perkataan dalam ayat-ayat yang baharu. Asas
utamanya ialah memperkenalkan unsur-unsur suku kata dan huruf dalam setiap
perkataan-perkataan yang diperkenalkan. Sebagai contoh, guru haruslah membacakan
ayat terlebih dahulu seperti “ Dia rakan baik saya.” Ayat mudah ini besar maknanya

5
kerana ia mengisahkan rakan baik dan ini dapat menarik perhatian murid-murid untuk
mengenal suku kata yang membina setiap perkataan.

Kerangka teori hasil daripada gabungan kesemua teori dan model yang akan
diterapkan ke dalam pembangunan perisian dapat dilihat menerusi visual berikut:

Kenal pasti masalah membaca:


1. Penguasaan awal membaca
2. Ciri-ciri atau elemen kognitif yang ada dalam
A pelajar yang boleh membaca-faham
3. Kaedah pengajaran membaca sedia guna

Kognitif-Konstruktivisme + Model membaca Interaktif (Rumelhart,


D
Teori Pengkodan Dedua (Pavio, 1986)

Input Visual Input Verbal


 Teks  Naratif
D  Gambar  Arahan
 Klip video  Cue
 Animasi  Muzik

I Strategi Pembelajaran IEPC (Wood, 2001) + Visual Imageri

E1 Imagine Elaborate Predict Confirm

E2

KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH

Kuasi-Eksperimen & Kajian Kes

Pencapaian kanak- Strategi pembelajaran


kanak membaca- membaca-faham: Pola Interaksi
faham gambaran visual (IEPC)

6
MEMBACA FAHAM
Rajah 1: Kerangka Teori
Strategi pembelajaran akan disusun mengikut strategi pembelajaran IEPC oleh
Woods (2001). Unsur-unsur bagi menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran
pengamatan menerusi visual dan audio, model dedua koding (Pavio, 1986) akan
digunakan. Menurut teori ini input visual, input audio dan kombinasi antara keduanya
akan dapat meningkatkan keupayaan menyimpan, mengingat kembali dan seterusnya
melahirkan kefahaman terhadap bahan yang dibaca.

Semua manusia dianugerahkan keupayaan bertutur kecuali bagi golongan


istimewa seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan bertutur bagi manusia sebenarnya
mengalami proses peringkat denii peringkat, iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak dan
seterusnya hingga menjadi dewasa. Kebolehan seseorang bayi memperoleh bunyi akan
berbeza antara satu sama lain. Interaksi dengan orang di Sekelilingnya akan
mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasanya. Lebih banyak interaksi yang dilakukan
lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi itu.

Salah satu kecenderungan yang menyalahi hokum bahasa ialah apabila ibu bapa
dan orang di sekeliling bayi itu menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda ‘manja’
dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Contdhnya perkataan ‘sayang’ dibunyikan sebagai
‘cayang’, perkataan ‘sedap’ dibunyikan ‘cedap’ dan sebagainya. Tabiat Seumpama mi
akan mempengaruhi penerimaan bayi tersebut dan berakhir dengan penghasilan
perkataan dengan cara pelat. Perlu diingat ibu bapa harus memperkenalkan perkataan
yang tepat bunyinya. Kegagalan bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah
perkara yang normal kerana ini ada kena-mengena dengan sistem tutumya. Sistem tutur
ini akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak menjangkau umur yang lebih dewasa.
Contohnya bunyi Is! lebih sukar dibunyikan berbanding dengan bunyi /m/.
Tetapi lama-kelamaan anak mi akan mampu menuturkannya dengan tepat iaitu:
1. Pemerolehan bunyi bahasa mi boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana
bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yang melatarinya. Ilmu khusus

7
yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa mi dikenali sebagai ilmu
fonetik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut
urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu
pertama dikaji diikuti oleh fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem
kata), sintaksis (system ayat) dan semantik (sistem makna). Fonetik ialah
ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu ini juga
memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings,
farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi
bahasa.

2. Ada tiga bidang kajian ilmu fonetik, iaitu fonetik artikulasi, fonetik
akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi akan membincangkan
bagaimana bunyi Bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman,
fonetik akustik pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi
dibawa ke pendengaran pendengar, dan fonetik auditori menghuraikan
pula bagaimana gelombang bunyi tadi diproses oleh telinga dan seterusnya
dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.

3. Beberapa orang ahli fonetik telah menghuraikan dengan jelas apakah itu
ilmu fonetik. Antaranya termasuklah Bertil Malmberg, J.D. O’Connor dan
Abercrombie.

(b) Prinsip Pedagogi Yang Digunakan

Menurut Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mengajar, pengajaran


dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tiga komponen penting
iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah. Ketiga-tiga komponen tersebut
berhubungan antara satu sama lain melalui kaedah. Pengajaran bahasa merujuk kepada
proses penyampaian isi pelajaran tentang kebahasaan oleh guru kepada pelajar-
pelajarnya. Pembelajaran Bahasa pula merupakan perubahan tingkah laku pelajar tentang
kebahasaan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang

8
berlangsung di bilik darjah. Oleh sebab itu, guru ini telah menggunakan prinsip pedagogi
yang menekankan kepada pendekatan behaviorisme. Ini kerana pendekatan ini lebih
kepada perkembangan kognitif dan ini amat diperlukan oleh kanak-kanak yang tengah
membesar.

Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah untuk


membolehkan pelajar-pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran
dalam Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran yang
dimaksudkan adalah meliputi semua kemahiran bahasa yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca
dan kefahaman, kemahiran menulis dan kemahiran Tatabahasa. Ia juga merangkumi
segala aktiviti dan penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Di antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir di kalangan
pelajar adalah seperti berikut:

(a) Perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir;


(b) Berfikir secara aktif - pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat
pengurusan berfikir;
(c) Berfikir tentang proses berfikir - pelajar disoal tentang proses berfikir yang
telah mereka lakukan;
d) Kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan;
(e) Aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.

(b)i. Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar

Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh dibahagikan kepada
dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks pengajaran guru iaitu bahan asas dan
bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang
dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio,
televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan

9
elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan
maujud. Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai
penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar
boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik.
Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk
memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak
sebagai bahan pengajaran.

(b)ii. Penyoalan

Penyoalan merupakan aspek penting yang membantu guru menguji pemahaman


serta merangsang pemikiran pelajar. Untuk melihat tahap soalan yang dikemukakan oleh
guru, kajian ini mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan
aras kognitif seperti berikut:
(a) Pengetahuan
(b) Kefahaman
(c) Penggunaan
(d) Analisis
(e) Sintesis
(f) Penilaian

Berdasarkan ciri-ciri soalan dalam setiap jenis, kajian ini membahagikan enam
jenis soalan di atas kepada dua kategori soalan iaitu soalan aras rendah dan soalan aras
tinggi. Soalan jenis pengetahuan dan kefahaman di kategorikan sebagai soalan aras
rendah sementara soalan jenis penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dikategorikan
sebagai soalan aras tinggi.

10
(c) Pendekatan Dalam Pembelajaran Bahasa

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan
sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi
yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh
gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat,
kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan
dan ciri-ciri makanan seimbang.

Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa
makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan
seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya
dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah
pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan
profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi
pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip
sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-
kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan
pemerhatian.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk


mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan
wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau ingin

11
memberikan perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai
klasifikasi pengajaran yang mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-
kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran yang lain.

(d) Kaedah Pengajaran dan Tujuan Mencapai Objektif

(d)i. Definisi Kaedah dan Teknik Mengajar

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama
atau berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba
dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang
hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan.
Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai
memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

(d)ii. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar

Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk
menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat
dan sesuai penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang
boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan
pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan.
Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan
kaedah mengajar.

I. Objektif pengajaran yang hendak dicapai.


II. Jangka masa pengajaran.
III. Bahan-bahan pengajaran yang ada.

12
IV. Latar belakang pelajar.
V. Jumlah dan susunan pelajar.

(d)iii. Objektif pengajaran

Apa yang dapat diperhatikan, didapati guru tersebut telah melakukan apa yang
diperlukan sebelum memulakan pengajaran. Guru tersebut telah memikirkan apakah
objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan dan setelah
memastikan objektif-objektif, barulah guru berkenaan menentukan apakah kaedah yang
paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestinyalah
berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran
mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas
yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih
daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.

(e) Strategi Bahasa dan Strategi Teknik Untuk Mencapai Objektif


Pelajaran yang Optimum

(e)i. Kaedah Syarahan

Kaedah ini dikatakan yang paling popular digunakan di sekolah-sekolah.Kaedah


ini sesuai untuk memperkenalkan sesuatu topik atau tajuk baru. Guru boleh terus
menerangkan tentang topik tersebut tanpa membuang masa. Isi atau kandungan yang
sukar dapat dijelaskan. Guru boleh mengulangi penjelasan sekiranya terdapat pelajar
yang kurang faham. Kaedah ini juga dapat melatih pelajar mendengar, sambil mereka
membuat catatan atau mereka diberi masa untuk menyalin nota-nota yang dicatat oleh
guru. Guru dapat mengawal kelas dengan baik kerana guru bersemuka dengan pelajar,
namun guru perlu memastikan bahawa perhatian pelajar tertumpu kepada pelajaran
Dalam kaedah ini, suara guru amat penting. Oleh kerana itu, suara guru seharusnya boleh
didengar dengan jelas oleh semua pelajar. Intonasi suara guru amat penting supaya tidak

13
mendatar kerana suara yang mendatar akan membosankan pelajar. Bagi memastikan
tumpuan pelajar, guru perlu mengemukakan soalan-soalan kepada mereka. Teknik
penyoalan begini adalah perlu agar pelajar tidak bersikap pasif. Antara kelebihan kaedah
ini ialah guru dapat mengawal masa pengajaran. Sekiranya masa lebih daripada
mencukupi, guru boleh menambahkan contoh-contoh atau mengulangi semula isi-isi
penting. Namun jika kesuntukkan masa, guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan
mengurangkan contoh-contoh.

(e)ii. Kaedah perbincangan

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di


dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu
topik yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di
dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secara kelas, kumpulan –kumpulan
kecil, perbahasan, forum dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan pelajar memberi
pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih
mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh
orang lain. Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan
menghormati pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat
sendiri. Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan
pelajar.Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan
tidak formal.

(e)iii. Perbincangan formal

Dijalankan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.


Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut iaitu guru perlu menentukan terlebih
dahulu pelajar yang kan mengambil bahagian. Misalnya, jika guru ingin mengadakan
perbahasan, terlebih dahulu ditentukan pelajar akan mewakili pihak pencadang dan
pelajar yang akan mewakili pihak pembangkang. Begitu juga dengan tugas-tugas lain
seperti pengerusi, penjaga masa dan hakim. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk
mencari bahan-bahan yang akan disampaikan.

14
Bahan-bahan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti daripada majalah,
buku rujukan dan akhbar. Guru perlu memastikan agar ramai pelajar yag terlibat. Dalam
aktivti perbahasan misalnya, pelajar yang menjadi penonton juga perlu diberi peluang
untuk menyampaikan pendapat mereka. Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan
kegiatan lain. Setelah tamat sesuatu perbincangan, guru perlu menambahkan atau
membuat ulasan tentang perkara yang menjadi topik perbincangan. Perbincangan Tidak
Formal ciri perbincangan tidak formal ialah:
i. Guru menjadi pengerusi dan perbincangan dibuka kepada semua pelajar.
Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar unutk
menyampaikan pandangan mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar
yang pasif supaya turut mengambil bahagian. Kawalan kelas adalah
penting untuk mengelakkan pelajar supaya tidak berebut-rebut untuk
bercakap.
ii. Ketegasan guru dapat menjadikan perbincangan lebih sempurna. Pelajar
boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa
yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan.
Kaedah perbincangan ini merupakan satu kaedah yang menarik kerana
pelajar-pelajar diberi peluang untuk berbincang sesame mereka. Mereka
dilatih untuk mendengar pandangan orang lain dan turut sama merancang
sesuatu tugas baru atau mencari sesuatu keputusan.

(e)iv. Kaedah Projek

Merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Ia berbeza dengan
kebanyakan kaedah lain, kaedah projek biasanya memerlukan lebih daripada satu jangka
masa pengajaran. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut.
Walau bagaimanapun, waktu pengajaran sebenar boleh digunakan untuk membincangkan
projek-projek yang akan dibuat, atau digunakan untuk memperlihatkan hasil yang
didapati daripada projek-projek tersebut. Namun begitu, istilah projek itu bukanlah
bermaksud sesuatu aktiviti atau rancangan yang dibuat secara besar-besaran dan
memerlukan perbelanjaan yang besar. Aktiviti secara kecil-kecilan dan yang tidak

15
memerlukan apa-apa perbelanjaan boleh dianggap sebagai satu projek juga. Kaedah
projek boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
1. Projek Pengeluaran
2. Projek Pengguna
3. Projek Latih Tubi

Langkah yang perlu ada dalam penggunaan kaedah projek ini lebih teratur dan
berkesan ialah sesuatu projek perlu mempunyai objektif tertentu. Sekiranya projek itu
digunakan untuk pelajaran bahasa, pastikan apakah kemahiran bahasa yang hendak
ditekankan dan adakah aktiviti yang dibuat oleh pelajar dalam projek tersebut akan
mencapai objektif yang diharapkan? Perancangan adalah penting untuk memastikan
kejayaan sesuatu projek itu. Guru perlu merancang dari segi jumlah masa dan bila aktiviti
itu dapat dijalankan. Penglibatan pelajar adalah penting. Guru perlu memastikan semua
pelajar diberi peluang mengambil bahagian dalam projek yang dijalankan. Sebaik-
baiknya pelajar dibahgikan kepada beberapa kumpulan kecil. Projek yang tekah
dirancangkan perlu dlaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kesemua kaedah
boleh dilakukan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan semua ini boleh dilakukan
mengikut tahap kebolehan dan kemahiran murid-murid tersebut. Tujuannya agar murid-
murid biasa memberikan pendapat tanpa rasa segan dan malu.

2. Instrumen

Dalam setiap kajian yang dilakukan memerlukan instrumen atau yang lebih jelas
lagi ialah alat yang digunakan untuk membuat sebarang kajian. Selain isi pelajaran, alat-
alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajaran itu berbentuk kemahiran
seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih
kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-
kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut
hendaklah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu
mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya,
boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut

16
mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir
pengajaran. Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh
menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-
alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah
yang dipilih. Berikut adalah beberapa bahan yang dibuat untuk tujuan pemerhatian dan
temuduga.

17
18
Melalui pemerhatian yang dilakukan maka didapati perancangan yang
dilaksanakan rapi, sasaran yang menepati kehendak, tempoh yang digunakan jelas,
mempunyai penganalisisan dan juga tindakan susulan. Apabila ditinjau dari segi situasi
dalam bilik darjah. Maka didapti murid-murid sangat minat dan tertarik dengan instrumen
yang disediakan oleh guru. Selain itu, pengaruh persekitaran juga sangat berperanan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru tersebut. Pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut berfungsi sebagai satu motivasi
untuk murid-murid meningkatkan tahap pencapaian mereka. Ini kerana hasil tugasan-
tugasan yang dilakukan oleh guru tersebut. Oleh yang demikian, instrumen yang
digunakan juga lebih kepada analitikal dan strategi yang digunakan juga berterusan dari
peringkat yang mudah ke sukar dan sebaliknya.

Apa yang dapat dikatakan bahawa guru ini memang berwibawa dan mempunyai
kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Komitmen yang dilakukan oleh guru tersebut
sangat bertanggungjawab dengan sikap prihatin terhadap permasalahan murid-murid,
peka dengan perubahan yang berlaku dalam kalangan murid-murid, yakin menjalankan
pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa ragu-ragu. Mempunyai sikap jujur untuk
melaksanakan sebarang aktiviti tanpa ada rasa hipokrit, Sabar menangani permasalahan
yang berlaku dan berjiwa tekal untuk mendidik anak bangsa.

3. Responden
Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden, pengkaji
terlebih dahulu menemu bual responden bagi mendapatkan pandangan awal responden
tentang kajian ini. Selepas mendapat pandangan yang positif dan mendapat kerjasama
daripada responden, pengkaji mengedarkan soal selidik kepada responden. Selain itu,
pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh
responden. Semasa pemerhatian, pengkaji menyediakan nota lapangan iaitu catatan yang
berkaitan dengan aktiviti dan penglibatan murid semasa aktiviti. Pengkaji juga telah
menjalankan temu bual secara formal dan tidak formal dengan responden dan pentadbir

19
sekolah. Data yang diperoleh melalui temu bual ini dikumpul dan dianalisis selaras
dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik.

Guru ini menerangkan tentang Teori Behaviorisme ialah kesediaan belajar antara
seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap
atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun
terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi
fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah
yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan
perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan
kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan

a. kematangan fizikal

b. kematangan intelek

c. kematangan emosi

a. Kematangan fizikal ialah perkembangan pada fizikal manusia pada amnya,


menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka.
Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam
konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan
fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan
berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru
menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan
penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang
normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh
membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini
boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.

b. Kematangan intelek (mental) adalah kebolehan mental ditakrifkan sebagai


kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada
pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami

20
(ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada
pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya.
Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling
mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks
seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam
hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam
keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek
itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun
proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama
dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar
pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang
bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira
perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan
seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi ialah emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan


oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman
yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan
gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan
perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang
mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan
peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh
perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan
fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk
tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on
metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying
metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?

4. Pemerolehan Data

Metakognitif dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat


dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw

21
(1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat
kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan
mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang.
Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh
menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu
masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer
dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition
adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau
(monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak
diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan
berfikir (cognition) itu sendiri.

Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill


used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation
seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”.
Dengan ini ini metakognitif dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam
mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah
fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin
menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang ,
memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan
menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam
penyelasaian masalah tersebut.

Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Metakognitive:

1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus
bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar
dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-
pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau
idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu
cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar

22
aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir
perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk
membuat ulasan perbincangan.

2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986)


mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau
pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi
(reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi
daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui
beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru
hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti
ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses


psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur
secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu,
ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan
boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling
berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara
ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.

5. Gunaan Kualitatif

Data kuantitatif dianalisis untuk mendapatkan frekuensi. Data ini diproses secara
manual kerana jumlah item yang dikemukakan dalam soal selidik tidak begitu banyak.
Sementara itu, data kualitatif dianalisis mengikut tema-tema yang ditetapkan; yang
diselaraskan dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Penyelerasan
ini dilakukan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat
menyokong data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan.

23
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah
dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima
maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika
perlu. Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses
pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan
berkesan.Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan
pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam
pangajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud


seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran
membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini
akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan
lebih mudah.

6. Rumusan
Item Pemerhatian Catatan

a) Pendekatan Teori Pembelajaran membaca dan faham


adalah melibatkan peranan kognitif
dalam memproses maklumat yang
diperolehi menerusi deria sama ada
dalam bentuk visual atau bukan visual.
Sementara itu persekitaran
pembelajaran konstruktivis akan
diambilkira dalam menghasilkan
perisian membaca-faham kerana
pembelajaran membaca berkomputer
dalam persekitaran pembelajaran

24
konstruktif menyokong pembelajaran
secara aktif, menyokong pembinaan
pengetahuan, menyokong perayauan dan
menyokong kaedah belajar melalui
pengalaman (Jonassen, 1994).

b) Prinsip Pedagogi Prinsip Pedagogi adalah strategi


penyatuan isi pengetahuan daripada satu
mata pelajaran dengan bidang-bidang
kemahiran dalam mata-mata pelajaran
lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi
daripada mata pelajaran Sains
diserapkan ke dalam bidang kemahiran
bahasa. Guru mengajar dengan
menggunakan isi daripada Sains dan
menggabungjalinkan kemahiran-
kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan
Muzik.

c) Pendekatan Kaedah Pendekatan biasanya dimaksudkan


dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu. Sebagai
contoh, pendekatan-pendekatan
memasak ikan yang kita boleh gunakan
ialah seperti pendekatan Timur atau
pendekatan Barat. Kaedah dan teknik
mengajar adalah dua istilah yang kerap

25
digunakan bersama atau berganti.
Teknik yang sesuai memudahkan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran.
Pemilihan dibuat untuk menentukan
kemahiran-kemahiran tertentu yang
hendak diajar. Teknik adalah peringkat
pelaksanaan pengajaran di bilik darjah.
Teknik yang sesuai memudahkan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran.
Pemilihan dibuat untuk menentukan
kemahiran-kemahiran tertentu yang
hendak diajar. Teknik adalah peringkat
pelaksanaan pengajaran di bilik darjah.
Teknik yang sesuai memudahkan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

7. Cadangan

26
Pengalaman pembelajaran akan dimaksimumkan sekiranya ia mirip dengan
kekuatan dan kecenderungan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan seseorang
pelajar berkenaan. Pelajar memiliki pelbagai gaya pembelajaran dan kecerdasan pasti
akan berjaya dalam usaha pembelajarannya. Lantaran itu, pemilihan strategi pengajaran
dan pembelajaran dan pengurusan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
amat kritikal sekali. Penyebatian kemahiran berfikir mempunyai beberapa keistimewaan
kearah melayan tuntutan-tuntutan tersebut. Proses kemahiran berfikir, penggunaan
pengurusan grafik, pengurusan lisan menawarkan pembelajaran bestari kerana ia juga
mempunyai jalinan rapat dengan gaya pembelajaran dan ketrampilan pelbagai
kecerdasan.

Model yang dipilih adalah model pembelajaran kognitif-konstruktivis dan ini


akan menjadi tunggak utama dalam penyelidikan. Pembelajaran membaca dan faham
adalah melibatkan peranan kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi
menerusi deria sama ada dalam bentuk visual atau bukan visual. Oleh itu faham makna
sesuatu maklumat yang diterima adalah matlamat akhir dalam pembelajaran membaca
dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman belajar yang diperolehi atau
pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Ini amat memudahkan guru-guru sekolah rendah untuk menyambung pengajaran


dan pembelajaran murid-murid ketika di prasekolah. Semua model reka bentuk
pengajaran yang diberikan adalah sesuai dengan tahap murid-murid yang baru masuk ke
alam sekolah rendah. Dalam teori ini, para tenaga pengajar atau guru akan menyerapkan
kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-unsur yang bermakna. Sebagai
contoh, pengajaran yang asas iaitu membaca permulaan mengikut pendekatan ini adalah
bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.
Oleh itu, pengajaran akan bermula dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat, frasa,
atau perkataan selain dari memperkenalkan suku kata dan abjad. Maka dengan itu, guru
haruslah memperkenalkan kepada murid tentang kalimat atau ayat pendek dan bermakna.
Setelah itu, guru perlulah mengajar murid-murid menulis dan membaca sesuatu ayat
beberapa kali. Murid-murid pula haruslah mengulangi ayat tersebut dan perlulah

27
disisipkan perkataan-perkataan dalam ayat-ayat yang baharu. Asas utamanya ialah
memperkenalkan unsur-unsur suku kata dan huruf dalam setiap perkataan-perkataan yang
diperkenalkan.

Ini kerana pendekatan ini lebih kepada perkembangan kognitif dan ini amat
diperlukan oleh kanak-kanak yang tengah membesar. Dalam kajian ini, pengajaran dan
pembelajaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua kemahiran bahasa yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kemahiran
lisan, kemahiran membaca dan kefahaman, kemahiran menulis dan kemahiran
Tatabahasa. Ia juga merangkumi segala aktiviti dan penggunaan bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar. Terdapat
pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan
pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai
penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan
sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan
diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan

Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas
dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain. Pelajar diberi masa yang
mencukupi untuk mencari bahan-bahan yang akan disampaikan. Guru menjadi pengerusi
dan perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Mereka diberi masa yang mencukupi
untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Kaedah Projek merupakan satu
kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan
projek-projek tersebut. Sekiranya projek itu digunakan untuk pelajaran bahasa, pastikan
apakah kemahiran bahasa yang hendak ditekankan dan adakah aktiviti yang dibuat oleh
pelajar dalam projek tersebut akan mencapai objektif yang diharapkan? Guru perlu
memastikan semua pelajar diberi peluang mengambil bahagian dalam projek yang
dijalankan. Projek yang telah dirancangkan perlu dlaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

28
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan
mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau
pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran yang lain.

8. Kesimpulan atau Penutup

Perkara pertama ialah Keyakinan Guru Untuk Meningkatkan Pengetahuan


Murid .Guru-guru yang mempunyai opsyen pengajian Melayu atau bahasa Melayu lebih
yakin untuk mengajarkan bahasa Melayu berbanding dengan guru yang opsyennya selain
daripada bahasa Melayu. Dengan pengalaman yang lama terutama dalam mengajarkan
bahasa Melayu, guru-guru tidak menghadapi banyak masalah apabila menyampaikan
pengajaran kepada murid.

Oleh itu, Mengajarkan Bahasa Melayu Memerlukan Persediaan Awal. Majoriti


responden bersetuju bahawa mengajarkan bahasa Melayu memerlukan persediaan awal.
Dalam merancang persediaan awal, guru kemungkinan merancang bahan yang akan
digunakan tetapi mereka tidak menetapkan langkah-langkah pengajaran yang tersusun
kerana objektif pengajaran tidak dinyatakan dengan jelas.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu


pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat
secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh
digunakan oleh guru. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa
sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Maka penggunaan
contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana ia
dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki
memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan

29
susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi
yang mudah dan konkrit. Guru juga haruslah bijak mengesan permasalahan yang sering
dihadapi oleh para pelajar dan janganlah seorang guru itu mudah membuat penghakiman
terhadap para pelajar. Ini amat memudahkan guru-guru sekolah rendah untuk
menyambung pengajaran dan pembelajaran murid-murid ketika di prasekolah. Oleh itu,
amatlah penting peranan guru-guru di prasekolah agar murid-murid yang masuk ke alam
sekolah rendah dapat meneruskan pembelajaran tanpa sebarang masalah.

30
Bibliografi

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian
Melayu
I. Petaling Jaya: Longman.

Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1985). Kamus dwibahasa bahasa Inggerisbahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

31
LAMPIRAN

32

Anda mungkin juga menyukai