Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR

C 2007 / UNIT 1 / 1

PENGENALAN

OBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memahami jenis-jenis daya dan jenis


penyokong beserta tindakbalas.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

 Mentakrifkan Mekanik Struktur.


 Mentakrifkan jenis-jenis daya luaran dan dalaman.
 Membezakan bebanan graviti, tekanan dan tindakbalas.
 Mentakrifkan struktur kejuruteraan awam.
 Membezakan jenis penyokong, tindakbalas dan arah.
 Mengenalpasti jumlah anu pada titik hubung dan tupang.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 2

INPUT 1

1.0 PENGENALAN

Tubuh manusia terdiri dari beberapa anggota badan dan setiap anggota badan ini
mempunyai peranan masing-masing. Setiap satu dari anggota badan ini
dihubungkan dengan tulang. Bolehkah anda bayangkan keadaan tubuh badan
manusia tanpa sokongan tulang. Lemah? Longlai? Mungkin juga tidak mampu
untuk berdiri dengan tegak. Lihat rajah 1.0 (a) & 1.0(b).

Rajah 1.0 (a) : Rajah 1.0 (b):


Tubuh manusia dengan sokongan tulang Tubuh manusia tanpa sokongan
tulang

Begitu juga halnya jika dikaitkan dengan binaan dalam bidang Kejuruteraan
Awam (e/g: bangunan dan jambatan). Sesebuah bangunan tidak dapat berdiri
dengan kukuh tanpa sokongan daripada anggota struktur (e/g: rasuk, tiang dan
papak). Malah sesebuah binaan juga perlu mempunyai struktur yang kuat bagi
menampung bebanan yang diterimanya. Oleh yang demikian, analisis perlu
dibuat untuk mendapatkan saiz, bentuk dan bahan sesuatu struktur yang paling
optimum; mencakupi aspek keselamatan dan ekonomi.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 3

1.1 MEKANIK STRUKTUR

Takrifan ‘mekanik’ :-- kajian tentang gerakan benda ( daya yang menyebabkan
gerakan).
Takrifan ‘struktur’ :- sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian hingga
menjadi bentuk tertentu.

Dari segi istilah, ‘Mekanik Struktur’ dikaitkan dengan kajian/analisis terhadap


terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila ia dikenakan beban atau daya.
Secara rasionalnya, apabila sesuatu jasad/objek dibebankan, ia akan mengalami
ubahbentuk bergantung kepada magnitud dan arah beban tersebut. (lihat rajah 1.1)

Beban bertindak
dari atas ke bawah

Papan melendut ke bawah

Rajah 1.1 : Ubahbentuk struktur lantai

Dengan itu, sebelum sesuatu anggota struktur boleh digunakan, mesti dipastikan
ianya kukuh dan selamat supaya dapat menanggung beban seriwayat hidupnya.

Mekanik struktur sangat sinonim dengan perkataan beban/daya. Seterusnya kita akan
melihat dengan lebih lanjut mengenai daya. Alih ke mukasurat yang selanjutnya
sekiranya anda telah faham konsep yang diterangkan sebelum ini.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 4

1.2 DAYA-DAYA LUARAN DAN DALAMAN

Apakah itu daya?


Bagaimana daya bertindak?
Apakah kesan daya terhadap struktur?
Semua persoalan di atas akan terjawab,, sila ikuti penerangan selanjutnya.

Daya adalah faktor yang penting di dalam bidang sains kejuruteraan. Ia


didefinisikan sebagai suatu agen yang menghasilkan atau cenderung
menghasilkan; memusnahkan atau cenderung memusnahkan pergerakan.

1.2.1 Daya Luaran

Daya luaran dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia


meliputi berat struktur itu sendiri dan beban luaran yang dikenakan ke atas
struktur. Tindakan daya luaran ini menghasilkan tindakbalas untuk
memberi keseimbangan kepada struktur. Merujuk kepada rajah 1.2 (a),
sebatang rod AB dikenakan daya luaran dengan magnitud P Newton
(seolah-olah ditarik arah ke luar di kedua-dua hujung).
A B

P P
Rajah 1.2 (a): Daya Luaran

1.2.2 Daya Dalaman

Daya dalaman adalah daya yang terdapat pada bahan struktur untuk
menanggung beban yang dikenakan. Daya dalaman bertindak berlawanan
arah dengan daya luaran. Merujuk kepada rajah 1.2(b), suatu struktur
kerangka mempunyai 3 anggota; iaitu AB, BC dan AC yang dikenakan
daya luaran dengan magnitud W Newton pada titik B. Apabila daya
luaran dikenakan, anggota struktur AB, BC dan AC mempunyai daya
dalaman yang menentang daya luaran, W.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 5

Sambungan.....

Daya dalaman bertindak berlawanan dengan arah daya luaran. Oleh


demikian, daya luaran dan daya dalaman merupakan tindakan pasangan
daya dan masing-masing boleh terbentuk samada sebagai daya mampatan
atau daya tegangan.(lihat rajah 1.2 (c))

Daya tegangan

Daya mampatan
A C

Rajah 1.2 (b) : Daya Dalaman Rajah 1.2 (c) : Arah tindakan daya

1.2.3 Jenis-jenis Daya Luaran dan Dalaman


Amnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

(i) Daya paksi


(ii) Daya ricih
(iii) Daya lentur
(iv) Daya putiran

1.2.3.1 Daya Paksi

Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas


keratan jasad.

P P

Rajah 1.3 (a) : Daya Paksi


PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 6

Sambungan ......

Daya ini bertindak samada arah ke dalam (mampatan) atau


bertindak arah ke luar (tegangan) dan masing-masing;
- mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (e/g: tiang
yang menanggung beban)
- mengakibatkan ubahbentuk pemanjangan (e/g: beban
yang digantung pada dawai spring)

1.2.3.2 Daya Ricih


Daya yang bertindak berserenjang/selari dengan luas permukaan
keratan.

P
Rajah 1.3 (b) : Daya Ricih

Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (e/g: sambungan bolt dan


rivet yang menanggung beban)

1.2.3.3 Daya Lentur


Dua momen yang senilai dan berlawanan arah pada kedua-dua
hujung .

M M

Rajah 1.3 (c) : Daya Lentur

Ia mengakibatkan ubahbentuk lenturan (e/g:- rasuk yang membawa


beban)
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 7

1.2.3.4 Daya Putiran/Kilasan


Daya yang mengandungi dua momen yang sama nilai yang
bertindak pada arah yang berlawanan di kedua-dua
hujungnya.

Rajah 1.3 (d): Daya Putiran

Ia mengakibatkan putaran (e/g:rod berpusing terhadap paksi


memanjang)

Kata Kunci:

 Tindakan sepasang daya dalaman dan daya luaran menghasilkan


keseimbangan supaya sesuatu struktur stabil dan tidak mudah gagal.

 Sekiranya daya dalaman tidak dapat menanggung/menahan daya luaran,


struktur tersebut akan mengalami ubahbentuk dan seterusnya gagal.

 Lazimnya daya luaran bersifat sahih manakala daya dalaman bersifat


maya.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 8

1.3 BEBANAN GRAVITI, TEKANAN DAN TINDAKBALAS

Beban graviti, tekanan dan tindakbalas merupakan suatu bentuk tindakan daya.
Ketiga-tiganya mempunyai hubungkait dalam menghasilkan keseimbangan dalam
tindakan daya.

1.3.1 Bebanan Graviti


Rajah 1.4 menunjukkan sebuah kotak yang diletakkan di atas satu satah
mendatar. Sekiranya kotak itu mempunyai jisim, m dan tarikan graviti,g ;
maka berat daya kotak tersebut adalah hasil darab antara jisim dan tarikan
graviti.

Daya = Jisim x Tarikan Graviti R

Atau

F=mxg
F = mg
-2
Unit daya ialah kgms @ Newton, N Rajah 1.4: Daya dan Tindakbalas

Tarikan Graviti = 9.81 ms-2

1.3.2 Tekanan
Sekiranya luas permukaan sentuhan antara kotak dengan satah (rujuk rajah
1.4) adalah A, maka tekanan, p yang di alami oleh permukaan dalam
sentuhan ialah daya per unit luas;

Tekanan = Daya / Luas


Atau
Unit tekanan Nm-2
p=F/A
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 9

1.3.3 Tindakbalas
Apabila jasad/kotak mengenakan daya sebanyak mg ke atas pemukaan
satah yang disentuhnya, maka terdapat daya tindakbalas, R yang sama
nilainya bertindak ke atas jasad itu. Tindakan daya tindakbalas ini
berlawanan arah dengan daya yang dikenakan ke atas jasad. (rujuk rajah
1.4)

Berat atau daya = jisim x graviti


1 N/m2 = 1 Pascal (Pa)
Tekanan = daya / luas
1 kN/m2 = 1 kPa

Pastikan anda hafal formula dan unit di atas

1.4 STRUKTUR
Definisi : Struktur merupakan satu sistem sambungan anggota-anggota struktur
yang direkabentuk untuk menanggung beban bagi mengekalkan bentuk
dan kestabilan.

Contoh : Bangunan – gabungan beberapa anggota struktur seperti tiang,


rasuk, papak dan kerangka. (lihat rajah 1.5)

Kerangka
bumbung

Tiang

Rasuk

Rajah 1.5 : Struktur Bangunan


PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 10

1.5 JENIS-JENIS PENYOKONG, TINDAKBALAS DAN ARAH TINDAKAN

Terdapat 3 jenis penyokong iaitu (rujuk rajah 1.6):

a. Rola/penggelek
• Ia mempunyai daya tindakbalas yang bertindak bersudut tepat
dengan satah penyokong. Lazimnya dalam arah pugak.

Σ Fy = 0

b. Pin
• Ia juga dikenali sebagai sendi dan engsel.
• Terdapat 2 daya tindak balas yang bertindak iaitu daya pugak dan
ufuk.
Σ Fx = 0
Σ Fy = 0

c. Hujung terjempit.

• Ia juga dikenali sebagai ikatan bina dalam


• Terdapat 3 daya tindak balas iaitu daya pugak, daya ufuk dan
momen

Σ Fx = 0
Σ Fy = 0
Σ M=0

Rola Pin Hujung terjempit


PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 11

Rajah 1.6 : Jenis-jenis Penyokong

1.6 JUMLAH ANU PADA TITIK HUBUNG


Bilangan anu iaitu merujuk kepada bilangan nilai yang perlu dikira atau
diketahui. Rajah 1.7 menunjukkan daya tindakbalas dan arahnya sebagaimana
yang diterangkan dalam bahagian 1.5.

Rola Pin Hujung terjempit

M
fx fx
fy
fy
fy

Satu nilai anu Dua nilai anu Tiga nilai anu

Rajah 1.7: Daya tindakbalas dan arahnya

Pastikan anda hafal daya


tindakbalas dan arahnya ia
banyak membantu dalam
pembelajaran yang seterusnya….
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 12

AKTIVITI 1

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

1.1 Berikan definisi ‘Mekanik Struktur’.

1.2 Berikan definisi daya dalaman dan daya luaran.

1.3 Nyatakan perbezaan di antara bebanan, tekanan dan tindakbalas.

1.4 Nyatakan takrifan ‘struktur’ dalam Kejuruteraan Awam.

1.5 Lakarkan 3 jenis penyokong.


PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 13

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1

1.1 Mekanik Struktur adalah kajian terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila
ia dikenakan beban atau daya

1.2 Daya luaran adalah beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia meliputi berat
sendiri struktur dan beban luaran yang dikenakan ke atas struktur.
Daya dalaman adalah daya tindakbalas anggota struktur untuk menentang daya
luaran.

1.3 Bebanan adalah daya yang dikenakan pada suatu struktur.


Tindakbalas adalah daya dalaman yang bertindak menentang arah tindakan daya
luaran.
Tekanan ialah daya per unit luas permukaan.

1.4 Definisi : Struktur merupakan satu sistem sambungan anggota-anggota struktur


yang direkabentuk untuk menanggung beban bagi mengekalkan bentuk dan
kestabilan

1.5 Jenis-jenis penyokong ialah pin, rola dan hujung terjempit .Rujuk rajah 1.8

Rola Pin Hujung terjempit


PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 14

Rajah 1.8

PENILAIAN KENDIRI

 SEKIRANYA ANDA YAKIN TELAH MEMAHAMI UNIT 1, SILA UJI


KEFAHAMAN ANDA DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
 SILA HUBUNGI PENSYARAH, SEKIRANYA ADA SEBARANG
KEMUSYKILAN.
 RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Terangkan dengan bantuan gambarajah, daya dalaman dan daya luaran.

2. Huraikan daya paksi dan daya ricih dengan bantuan gambarajah.

3. Bezakan daya graviti, daya tindakbalas dan tekanan, sekiranya perlu sertakan lakaran
bagi membantu penerangan.

4. Dengan bantuan gambarajah, lakarkan jenis-jenis penyokong , arah daya tindakbalas


dan bilangan anu.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 15

- SELAMAT MENCUBA -

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1

1. Daya dalaman adalah daya tindakbalas anggota struktur untuk menentang daya
luaran manakala daya luaran dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas
struktur.

W Arah tindakan daya dalaman anggota


struktur

Daya tegangan

B
Daya mampatan

A C

Rajah 1.9

Rajah 1.9 menunjukkan suatu struktur kerangka berbentuk segitiga. Struktur ini
mempunyai 3 anggota, iaitu AB, BC dan AC yang dikenakan daya luaran,W pada
titik B.
Apabila daya luaran , W dikenakan anggota struktur AB, BC dan AC mempunyai
daya dalaman yang menentang daya luaran W. Daya dalaman ini terbahagi
kepada dua iaitu daya mampatan dan daya tegangan. Sekiranya daya dalaman
tidak dapat menahan daya luaran, struktur tersebut akan mengalami kegagalan.
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 16

2.

Daya Paksi

Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas permukaan.

P
P

Rajah 1.10

- mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (e/g: tiang yang


menanggung beban)
- mengakibatkan ubahbentuk pemanjangan (e/g: beban yang
digantung pada dawai)

Daya Ricih

Daya yang bertindak berserenjang dengan luas permukaan keratan.

P
Rajah 1.11

Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (e/g: sambungan bolt dan rivet yang


dibeban)
PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR
C 2007 / UNIT 1 / 17

3.
Daya graviti, g :
 bertindak dari atas ke bawah, bernilai 9.81ms-2
Daya tindakbalas, R :
 bertindak sebagai daya dalaman yang menentang arah daya kenaan/luaran bagi
menstabilkan jasad.
Tekanan, p:
 tekanan yang dialami oleh permukaan jasad yang bersentuh dengan permukaan
satah
 daya per unit luas (p = F / A).
R

F = mg

Rajah 1.12

4. Tindakbalas dan arah tindakan. Rujuk 1.13

Jenis
Penyokong Rola Pin Hujung terjempit

M
Gambar fx fx
Rajah fy

fy fy

Bilangan Satu nilai anu Dua nilai anu Tiga nilai anu
Anu
Rajah 1.13
______________________________________________________________________________________
SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN
BETUL, SILA BERALIH KE UNIT 2