Anda di halaman 1dari 26

PERKARA MARKAH MARKAH

PENUH
PENGENALAN / 1
PENDAHULUAN
ISI / FAKTA 4
HURAIAN 4
CADANAGAN / 3
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI / 3
RUJUKAN
JUMLAH 15

CTU 261

ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

KONSEP ALAM SEKITAR BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-QURAN

KUMPULAN BN3B

NAMA NO PELAJAR
NUR FARHANA BINTI MHD MOKHTAR 2009150617
ROSMIRA BINTI ROSMEE 2009169803
RUHAIZA BINTI MOHD RAZALI 2009961163
SHABELLA BINTI SHAHURI 2009289828
NABILAH BINTI IDRIS 2009640696

DISEMAK OLEH :

EN. MOHD ZAHIRWAN HALIM BIN ZAINAL ABIDIN

SEMESTER 3 2010-2011
ISI KANDUNGAN

BI TAJUK MUKA SURAT

L
1.1 PENGHARGAAN 1
1.2 PENGENALAN 2
1.3 ISI PERBINCANGAN, FAKTA DAN HURAIAN 3
1.4 KESIMPULAN 23
1.5 RUJUKAN 24

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah
wassalatu was-salam ‘ala Rasulillah wa ’ala’ alihi wa sahbihi ajma ‘in.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah memberi masa kepada
kami menyiapkan laporan ini yang bertajuk Konsep Alam Sekitar Berlandaskan Perspektif Al-
Quran.

Walaupun kelihatan penulisannya ringkas, namun ianya sedikit sebanyak mampu


menjelaskan persoalan yang terkandung di sebalik tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam isi
kandungannya kerana kami telah mencuba untuk mendapatkan fakta-fakta yang jelas dan mudah
difahami. Disamping mengkaji selidik buku-buku yang terdapat di perpustakaan dan milik
persendirian,juga melayari laman-laman web yang berkaitan dengannya.

Pada kesempatan ini kami ingin mengambil peluang untuk merakam penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Mohd Zahirwan Halim Bin Zainal Abidin yang merupakan pensyarah
bagi mata pelajaran CTU261 sedikit sebanyak telah memberi sokongan dan panduan kepada
kami bagi menyempurnakan laporan ini dengan jayanya.

Untuk itu ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang
mengambil inisiatif menyempurnakan laporan ini atas usaha, sokongan dan kerjasama yang
diberikan amat berharga dan perlu dirakamkan sebagai penghargaan ini. Mudah-mudahan
laporan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan Konsep Alam
Sekitar Berdasarkan Perspektif Al-Quran dan kepentingannya dalam usaha mencapai agenda
negara menuju wawasan 2020.

-1-

PENGENALAN
Terdapat dua perkataan dalam tajuk ini yang perlu diberikan fokus, iaitu ratqa dan fataq.
Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal
dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.

Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip
open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka,
terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini
melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka
berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat in.”

Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun
dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas
fi al-Tafsir, “Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan
mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.”

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku suatu
letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan
dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang
seumpamanya.

Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya, menguatkan
lagi teori Big Bang. Pada hari ini teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan
pakar-pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden
(standard cosmology) pada hari ini.

-2-

Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di
Jabatan Geologi di Institute of Geoscience, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany.
Berhubung dengan ayat ini beliau berkata, “Melihat asal usul Muhammad, saya hampir mustahil
untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama.

PENCIPTAAN ALAM DARIPADA ASAP.

Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya
bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah
menyatakan yang bermaksud, “Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu
berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk
atau terpaksa.

Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi
beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit
dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini
memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah
mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di
peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu bata kepada
kelahiran bintang, galaksi, bumi dan yang seumpamanya.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan berkaitan dengan pertanyaan Allah
kepada langit dan bumi sama ada kedua-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa.
Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep
kemungkinan, kebetulan ataupun rambang. Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan
perencanaan, iaitu sistem dan perencanaan Allah.

-3-
Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara
tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat menunjukkan memang wujud di
sana maha perancang, iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam superforce (1984) berkata, “Memang susah
hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan
kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan
satu ledakan yang terancang.”

1) Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap.

Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal
dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud adalah asap. Daripada asap ini
lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi.
Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir , As-Syeikh Said Hawa berkata,
“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang,
keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat
diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam al-
Quran.”

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap adalah dukhan.
Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini
memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan
suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

-4-
Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas
(terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para
saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral
hydrogen and helium dan hot mass of gas. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian
langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti, “awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-
awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi” dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek
daripada asap. Oleh sebab bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga
merupakan objek-objek seperti bintang dan galaksi. Kesemua objek ini lahir daripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti
keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam
berlaku dalam keadaan suhu tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit
proses penyejukan pula berlaku.

Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-
duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiaannya bercantum dengan elektron dan dengan
itu lahirlah atom hidrogen dan helium.

Selepas 30000 tahun berlalu (selepas Big Bang) gas-gas hidrogen dan helium bercantum
kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa.
Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-
bintang, galaksi, planet dan bumi.

Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants of The Big Bang di San
Francisco Examiner bertarikh 14 januari 2000, Keay Davidson melaporkan para saintis menemui
gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang
300 batu sejam.

-5-
Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting
dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini. Di samping itu
sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan
menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa.

Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, “Pakar-pakar dalam
bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan
ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan
raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah
bintang.”

ALAM SEMESTA MENGEMBANG


Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah mnjelaskan,
“Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar
meluaskannya. Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan muusi’uun. Dalam bahasa Arab
perkataan muusi’uun berasal daripada perkataan wasa-‘a. Hans Wehr A Dictionary of Modern
Written Arabic oleh J Million Cowan menterjemahkan perkataan wasa-‘a sebagai to be wide,
roomy, spacious, extensive yang bermaksud ‘menjadi besar, luas.’

“ Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat
berhubung kejadian alam. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan
Quran kerana sombong dengan sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya
sebelum terlambat. Satu di antara versi Big Bang yang diterima umum oleh pakar-pakar sains
hari ini adalah konsep pengembangan alam. Meng ikut teori ini, di peringkat awal selepas
berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiz nya yang asal dan
selepas itu proses pengembangan ini menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya.

-6-
Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi, semakin laju proses
pengembangannya. Dua kumpulan pakar sains mengesahakan alam ini sememangnya sedang
mengembang. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan The Hubble Space Telescope
Key Project Team, dianggotai oleh 20 orang pakar astronomi. Kumpulan ini mendapati alam ini
mengembang dengan kelajuan 80 kn sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). Kumpulan kedua pula
mendapati pengembangannya berlaku dengan kelajuan 57 km/sec/Mpc.

Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuan-penemuan semasa
semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Mereka mendapati pada peringkat
awal kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per
setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Satelit ini dikenali sebagai
Wilkilson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP.

PENCIPTAAN ALAM DALAM ENAM HARI.


Dalam surah Hud ayat 7, Allah berkata, “Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa
enam hari dan adalah Arasynya di atas air…” Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara.
Pertama, ia menjelaskan kejadian langit dan bumi melalui pelbagai peringkat. Kedua, proses
kejadian langit dan bumi melahirkan air dan Arasy Allah berada di atas air.

Semasa mnjelaskan mengenai masa yang diambil bagi proses kejadian langit dan bumi (iaitu
enam hari), Allah menggunakan perkataan ayyaam. Ayyaam bermaksud ‘age, era, time’ iaitu
‘umur, era, masa’. ‘Enam hari’ bermaksud ‘enam masa ataupun enam peringkat masa’.
Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia. Sebagai
contoh, dalam surah al-Ma’arij, ayat 4 Allah menyatakan, “Malaikat-malaikat dan jibrail naik
(menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.”

-7-
Justeru, hari mengikut kiraan manusia di bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang
berbeza pada dimensi yang berbeza. Konsep ini adalah selari dengan sains berdasarkan konsep
Pengembangan Masa atau Time Dilation yang dikaitkan dengan Teori Relativiti Albert Einstein.
Justeru, Syed Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran berkata, “Tidak syak lagi yang dimaksudkan
dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah, dia sahaja yang tahu kadar
masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia di bumi ini.”

Hamka di dalam Tafsir al- Azhar pula berkata, “Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah,
Tuhan sekalian alam. Ia adalah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira
menurut peredaran bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Berjuta-juta
bintang di langit mempunyai hari-harinya sendiri, mengikut edarannya mengelilingi matahari.
Ada antaranya yang lebih panjang daripada hari di bumi dan ada juga yang lebih pendek.

1) Enam Atau Lapan Hari.


Dalam surah Fussilat ayat 9 hingga 12, Allah menjelaskan, “Ssungguhnya patutkah kamu
kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam masa dua hari dan kamu adakan sekutu-kutu
baginya. Yang (bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam. Dan ia menjadikan di bumi itu
gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan dia menentukan bahan-bahan
keperluan hidup penghuninya dalam masa empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi
orang-orang yang bertanya. Kemudian dia menuju ke arah langit sedangkan langit masih
merupakan asap. Lalu ia menjelaskan kepadanya dan kepada bumi, “Datanglah kamu keduanya
menurut perintahku sama ada dengan suka hati ataupun dengan terpaksa.” Keduanya menjawab,
“Kami berdua datang dengan suka hati.” Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari
dan dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan
bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta kami memelihara langit dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan Allah yang maha perkasa, lagi maha mengetahui.”

-8-
Ayat ini menceritakan tentang ia seolah-olah menunjukkan proses kejadian langit dan
bumi melalui lapan masa (dan bukannya enam), iaitu, “Dan menciptakan bumi dalam masa dua
hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi
dalam masa empat hari.Dia menjadikan tujuh langit dalam dua hari, “Musuh-musuh Islam suka
menjadikan ayat ini sebagai bukti Quran tidak autentik. Mereka sebenarnya yang tersilap dan
bukannya Quran.

Sebenarnya bahagian satu dan dua iaitu, “Dia menciptakan bumi dalam masa dua hari.
Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam
masa empat hari,” adalah episod-episod bertindih yang berkaitan dengan proses yang sama iaitu
proses kejadian bumi.

Berbalik kepada ayat-ayat dalam surah Fussilat ini, penciptaan bumi sebenarnya tidak
dapat dipisahkan daripada kejadian gunung-ganang serta bahan-bahan keperluan hidup kerana
semuanya berlaku serentak. Hal ini disebabkan gunung-ganang adalah sebahagian daripada
muka bumi. Justeru, hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian satu bertindih dengan hari-
hari yang Allah sebutkan dalam bahagian dua.

Imam an-Nasafi pula berkata, “Berhubung dengan penciptaan bumi, (Allah menetapkan)
dua hari bagi penciptaan bumi dan dua hari lagi bagi penciptaan gunung-ganang dan penetapan
keperluan hidup. Kesemuanya memakan masa empat hari.”

Seterusnya Said Hawa sendiri di dalam kitab beliau al-Asas fi al-Tafsir berkata,
“Berpandukan dalil-dalil daripada Quran, kenyataan langit dan bumi dicipta dalam enam
peringkat dapat dianggap sebagai satu pandangan yang putus tanpa perbezaan pendapat (qat’ii)
dikalangan ulama Islam.

2) Bible Dan Enam Hari.


Riwayat Bible menyebutkan secara tegas, penciptaan alam memakan masa enam hari dan
diakhiri dengan hari istirahat, iaitu, hari Sabtu. Justeru orang-orang Yahudi menjadikan hari
Sabtu sebagai hari cuti selepas enam hari bekerja seperti yang Tuhan lakukan.

-9-
Di dalam AlKitab terbitan The Bible Society of Malaysia, disebutkan, “1 Pada mulanya,
ketika Allah mula menciptakan alam semesta, 2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau.
Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat,
tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. 3 Allah menjelaskan, “Hendaklah ada
cahaya,” lalu cahaya pun ada. 4 Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian dia mengasingkan
cahaya daripada kegelapan. 5 Dia menamakan cahaya itu ‘Siang’ dan kegelapan itu ‘Malam’.
Selepas malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama. (Kejadian 2:1-5)

Seterusnya Bible mengatakan pada hari kedua Tuhan mencipta langit, pada hari ketiga laut,
darat dan tumbuh-tumhuhan dicipta, pada hari keempat Tuhan menjadikan matahari, bulan dan
bintang –bintang, pada hari kelima binatang-binatang laut dan burung-burung dicipta, manusia
dan binatang darat dicipta pada hari keenam dan pada hari ketujuh Tuhan berehat.

Kenyataan-kenyataan ini juga boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, adalah tidak saintifik
tumbuh-tumbuhan dicipta terlebih dahulu daripada matahari. Penemuan semasa menunjukkan
matahari dan bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi sedangkan Bible berkata sebaliknya.
Dalam aspek ini, Quran adalah jauh lebih siantifik daripada Bible.

ARASY DI ATAS AIR ?


Syed Qutub berkata, “Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi
(dalam enam masa), Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Tuhan berada
di atas air. Apa yang dapat dimanfaatkan kepada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses
kejadian langit dan bumi, iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma keluar dalam bentuknya
yangditetapkan, pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. “Hal ini
disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran.

-10-
Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud di
peringkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan lain. Kenyataan ini
memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih
kurang 14 bilion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu ystem
(80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga
melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup
(exploded) sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan ystem dan dengan itu
lahir molekul yang stabil yang bernama air.

Penemuan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui sistem yang dikenali
sebagai Submillimeter-Wave Astronomy Satellite (SWAS) yang dilancarkan ke angkasa lepas
pada 5 Disember 1998.. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellarclouds.

Apabila di ambil kira penemuan-penemuan ini dan dikaitkan dengan surah Hud, ayat 7
yang bermaksud, “Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah
Arasynya di atas air,” ia mungkin bermaksud Arasy Allah, walaupun merupakan makhluk seperti
langit dan bumi, namun ia terpisah daripada proses kejadian langit dan bumi. Perkataan air dalam
ayat ini dapat dikaitkan dengan angkasa raya yang luas yang dipenuhi air.

Justeru, kenyataan Allah bermaksud, “Arasy allah berada di kawasan yang lebih tinggi
iaitu di atas angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya.” Kedua-duanya adalah terpisah
daripada satu sama lain. ystem dan hidupan yang terdapat dalamnya memerlukan air, tetapi
Arasy agak berbeza kerana ia berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada
di alam ghaib.

-11-
APA YANG DICIPTA DAHULU, LANGIT ATAUPUN
BUMI ?
Sebagai contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit
dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, “Kamukah yang sulit penciptaannya
ataukah langit? Dia menjadikan malamnya gelap-gelita serta menjadikan siangnya terang-
benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya).”Tetapi
dalam surah al-Baqarah, ayat 29 mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Allah
berkata, “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia
berkehendak menuju sistem langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala
sesuatu.”

Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang
menarik berhubung dengan isu ini. Semasa ystem komen mengenai surah al-Baqarah, ayat 22
hingga 29 beliau berkata, “Dalam ayat-ayat ini perkataan langit (iaitu samaa’ dalam bahasa
Arab) disebutkan sebanyak empat kali, iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan. Dia
menurunkan hujan daripada langit, Dia menuju ke langit dan Dia menjadikan tujuh langit. Langit
dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit. Langit dalam ayat kedua berkaitan
bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya. Langit dalam
ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama. Walaupun ayat keempat
yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus.

Apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-
galaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya), berumur lebih kurang 10 bilion tahun
dan bumi serta matahari berumur lebih kurang 4.5 bilion tahun. Sebenarnya Quran mengatakan
bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang
khusus.

-12-
Suhu bumi pada masa itu berada pada tahap yang tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni
oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan
terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit
atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai
tujuh lapis.

KRONOLOGI KEJADIAN ALAM.


Fasa pertama (Ledakan dan Pengembangan). Peringkat ini bermula daripada saat ledakan
Big Bang sehingga berlalu masa 0.000000000000000000000000000000001 saat. Kosmos pada
masa itu melalui proses pengembangan yang laju. Ia berkembang daripada ukuran sebesar atom
kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang begitu singkat iaitu kurang daripada satu per
sebilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius. Dalam masa yang
singkat angkasa dipenuhi sistem dan quarks.

Fasa kedua (Penyejukan dan Kelahiran Nukleus). Pada peringkat ini masa berlalu lebih
kurang tiga minit. Suhu yang diperingkat sebelumnya berada di tahap yang tinggi, melalui proses
penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini memungkinkan quarks
bercantum sistem sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan
neutron melahirkan hidrogen dan proses kelahiran hidrogen ini menjadi asas kepada kelahiran
atom hidrogen dan helium.

Fasa ketiga (Kelahiran Atom). Fasa ini memakan masa lebih kurang 300000 tahun. Di
peringkat ini sistem bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahir atom-atom ini
menjadi titk permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Suhu pada masa itu mencecah lebih
kurang 10000 darjah Celsius.

-13-
Fasa keempat (Asap Dan Kelahiran Galaksi Serta Bintang). Fasa ini bermula 300000
tahun sehingga lebih kurang 1 bilion tahun selepas Big Bang. Pada pringkat ini tarikan ystem
menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-gumpalan
asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini lahirlah galaksi.

Fasa kelima (Percantuman Galaksi, Kelahiran Big Hole, Supernovae dan Matahari). Fasa
ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang.
Proses cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan
sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil
terhumban ke suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang terlalu padat
(very dense) tanpa mempunyai isipadu (with no volume).Lubang ini mempunyai tarikan sistem
yang terlalu kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole. Gas-gas yang disedut oleh
lubang hitam ini berada di tahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang
benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars. Pada peringkat ini proses kehancuran
bintang-bintang berlaku dengan pesatnya. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan dahsyat
yang dikenali sebagai supernovae. Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas,
perak, uranium dan plumbum (lead). Di penghujung fasa ini (lebih kurang 5 bilion tahun dahulu)
lahirlah matahari dan ystem solar.

Fasa keenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan). Fasa ini bermula
lebih kurang 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang, iaitu 4.5 bilion tahun dahulu. Di peringkat
ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 1 bilion tahun selepas
itu (lebih kurang 3.5 bilion tahun yang lepas) lahir hidupanyang pertama di atas bumi.

-14-
KOSMOS GELAP ATAUPUN CERAH.
Pemisahan ini berlaku dengan Big Bang dan dalam masa yang singkat angkasa mengembang
dipenuhi elektron dan quarks. Dalam surah an-Naziat ayat 28 hingga 30, Allah berkata, “Dia
meninggikan bangunan (langit) lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap-
gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi
kemudahan penduduknya).”

Semasa menceritakan mengenai kegelapan di kosmos di saat langit sedang dibangunkan,


Allah menggunakan perkataan ‘lail’. Ia dapat diterjemahkan sebagai ‘malam’ seumpama malam
di bumi yang gelap-gelita tanpa matahari. Apabila menceritakan keadaan malam, Allah
menggunakan ungkapan ‘Agh-thosya lailaha’. Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan ‘Agh-
thosya lailaha’ sebagai menggelapkan malam.Di dalam A Dictionary Of Modern Written Arabic,
perkataan asal agh-thosya (root word) diterjemahkan sebagai ‘to be become dark (night)’ yang
bermaksud menjadi gelap (malam).

Berhubung dengan perkataan siang, kebiasaannya apabila Allah menceritakan berkenaan


proses siang di bumi, perkataan yang digunakan adalah ‘nahaar’. Nahaar di dalam A Dictionary
Of Modern Written Arabic diterjemahkan sebagai ‘day time, day (from dawn to dusk)’ yang
bermaksud siang hari, hari (daripada waktu terbit matahari kepada waktu senja). Oleh kerana
perkataan nahaar tidak digunakan dalam ayat ini, ia mengisyaratkan ‘siang’ yang dimaksudkan
bukannya siang yang berkaitan dengan terbit dan terbenamnya matahari. Sebaliknya perkataan
yang digunakan adalah ‘dhuha’.

Di dalam A Dictionary Of Modern Written Arabic, dinyatakan perkataan asal kepada


perkataan dhuha adalah dhaha. Ia bermaksud ‘to become visible, appear’ iaitu dapat dilihat,
menzahirkan diri. Justeru perkataan dhuha dalam ayat ini menjelaskan mengenai suasana terang
benderang yang membolehkan kita melihat sesuatu.

-15-
1) Antara Masuk Dan Keluar.
Perkara yang perlu disebutkan adalah mengenai penggunaan perkataan ‘akh-raja’ semasa
Allah menceritakan mengenai cahaya ‘siang’ di langit di peringkat awal dahulu. Akh-raja
bermaksud ‘dikeluarkan’.

Kebiasaannya apabila Allah menceritakan mengenai perubahan ataupun silih bergantinya


malam dan siang perkataan Arab yang digunakan berasal daripada perkataan walaja. Perkataan
ini digunakan lebih daripada 10 kali di dalam Quran.

Sebagai contoh dalam surah Luqman ayat 29, Allah menjelaskan, “Apakah kamu tidak
memerhatikan bahawa Allah memasukkan (yuuliju) malam kepada siang dan memasukkan siang
kepada malam.” Perkataan yuuliju dalam ayat ini berasal daripada perkataan walaja.

Kadangkala perkataan ikhtilaf (iaitu perubahan) digunakan bagi menceritakan berkenaan


‘perubahan malam dan siang’. Perkataan ini digunakan lebih kurang 5 kali di dalam Quran. Ia
menunjukkan cahaya di langit dikeluarkan daripada kegelapannya. Ia seolah-olahnya
menampakkan yang fenomena ini berlaku di luar persekitaran bumi. Sekiranya di bumi ‘siang
dimasukkan kepada malam’ tetapi kali ini ‘siang dikelurkan daripada malam.’

Penemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas Big
Bang reda, alam berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya
objek yang bercahaya ini.”

BINTANG YANG MENEMBUS.


Kejadian bintang-bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis
bintang yang wujud adalah bintang yang cahayanya menembus. Dalam surah at-Thariq ayat 1
hingga 3 Allah berkata, “Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah
yang datang pada malam hari, iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaqif).”

-16-
Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi.
Imam Nafasi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai yang bercahaya. Justeru an-najmu at-
thaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang yang bercahaya menembusi langit. Ia dikaitkan
dengan malam hari bagi menampakkan kegemilangan cahayanya persis cahay terang yang
menembusi kegelapan di malam hari.

BINTANG-BINTANG DAN NEBULA ROS.


Bagi bintang yang beratnya berganda-ganda berbanding matahari, kehancurannya berlaku
melalui satu ledakan besar yang dikenali sebagai supernova. Ledakan seumpama ini akhirnya
melahirkan lubang hitam atau black holes seperti yang disebutkan sebelum ini. Namun bagi
kebanyakan bintang, terutama yang beratnya tidak mlebihi dua kali ganda berat matahari,
hayatnya berakhir dengan ia bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang dikenali
sebagai planetary nebula.

Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan
hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam bintang (core). Selepas berbilion tahun
berlalu, proses reaksi nuklear ini akhirnya terhenti disebabkan bintang kehabisan hidrogen..

Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam bintang menguncup (contracts) dan menghasilkan
suhu yang tinggi. Suhunya mungkin meningkat daripada 15 ribu juta Celsius kepada 100 ribu
juta Celsius dan pada masa itu helium bercantum bagi menghasilkan karbon dan oksigen.
Akhirnya, bahagian luar bintang bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus
berpisah daripada bahagian dalamnya. Apabila asap ini berinteraksi dengan foton ultr ungu
(photons) ia mula bersinar dan pada masa itu lahir apa yang diistilahkan sebagai planetary nebula
ini adalah pelbagai dan salah satu daripadanya adalah bentuk bunga ros yang bersinar.

-17-
1) Nebula Ros.

Dalam surah ar-Rahman ayat 37, Allah berkata, “Maka apabila langit terbelah dan menjadi
merah seperti mawar (ros) yang di (lumuri) minyak.” Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang
disebutkan oleh Said Hawa al-Asas fi al-Tafsir.

Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada
masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang bersinar. Seperti yang disebutkan
sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek
dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga Allah bersumpah paling kurang dua
kali mengenainya di dalam al-Quran.

Ayat Quran ini diturunkan bukan bertujuan menceritakan kelahiran nebula ros ini. Apatah
lagi hampir kesemua ulama semasa mentafsirkan ayat ini mengaitkannya dengan kejadian Hari
Kiamat. Namun, sekiranya difikirkan secara mendalam, terdapat satu aspek yang sama antara
insiden kelahiran nebula ros ini dengan kejadian Hari Kiamat iaitu kedua-duanya berkait rapat
dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang.

Bagi umat Islam apa yang penting adalah apabila ayat ini diturunkan tidak ada sesiapa pun
yang mengetahui sesama bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dua dan
bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini pula boleh menjelma dalam bentuk
bunga ros yang bersinar. Ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Kiamat semasa
kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu kita
kecuali Allah.

-18-
MATAHARI DAN AKHIR HAYATNYA.
Matahari juga adalah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 bilion
tahun selepas Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Matahari adalah 109 kali lebih
besar daripada bumi. Ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku
selepas meledaknya sebuah bintang raksasa.

Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang
dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2
peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmos.

Matahari yang mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 peratus helium, berada di


tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga
(third generation star). Bumi, planet-planet, asteroid dan meteoroid mengelilingi matahari
mengikut masa yang Allah tetapkan.

Jarak antara matahari dan bumi adalah 93,026,724 batu bersamaan dengan 149,680,000
kilometer. Setiap tahun, bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari lebih kurang pada
tanggal 2 Januari dengan jarak 91.4 juta kilometer, dan berada pada jarak yang paling jauh
daripada matahar, iaitu 94.8 juta batu atau 152.6 juta kilometer, lebih kurang pada tanggal 2 Julai
setiap tahun.

Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight).
Cahaya ini diibaratkan sepeti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di
bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.Dalam surah at-
Takwir ayat 1 Allah menyatakan, “Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat).” Perkataan
yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah ‘kuwwirat’. Rata-ratanya ulama
mentafsirkannya sebagai ‘digulung’. Namum sahabat Abdullah bi Abbas mentafsirkannya
sebagai ‘zahabat’ yang bermaksud ‘pergi atau menghilang’, dan Imam an-Nafasi
mentafsirkannya sebagai ‘hilang cahayanya’. Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat alam
ini seolah-olahnya digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung
hayatnya akan kehilangan cahayanya.

-19-
Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi
helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya
terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil.

Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari (core) menguncup (contracts)


dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari
menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nafasi
berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya
bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah
daripada bahgian dalamnya. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah
planetary nebula. Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali
sebagai white dwarfs atau ‘si kenit putih’ dan tamatlah riwayat hidup matahari.

MATAHARI PELITA DAN BULAN CAHAYA.


Dalam Quran matahari disebut sebagai objek yang mengeluarkan cahaya dan bulan
bersinar kesan daripada cahaya matahari itu. Dalam surah al-Furqan ayat 61 Allah menjelaskan,
“Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya
siraaj dan bulan yang muniir.” Hal yang sama ditekankan dalam surah an-Nabak ayat 13 yang
bermaksud, “Dan kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari).”

Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, “Tidakkah kamu perhatikan
bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-
langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj.”

Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud cahaya menyilau.
Muniir diertikan sebagai luminious, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Ayat-
ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dengan bulan dalam konteks cahaya
yang dikeluarkan kedua-duanya.

-20-
Mengikut Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan
bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu
dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya.
Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah
bintang sedangkan bulan adalah satelit.

Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar
daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya. Tenaga ini terhasil melalui
proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi
helium di bahagian dalamnya. Manakala bulan pula, sebagai satelit, tidak mengeluarkan cahaya
sendiri.

ORBIT-ORBIT BUMI DAN OBJEK DI LANGIT.


Pertamanya teori geosentrik dan keduanya teori heliosentrik. Teori geosentrik dalam
bidang ilmu kosmos diperkenalkan oleh seorang tokoh astronomi Yunani bernama Claudius
Ptolemaeus (Ptolemy). Berpandukan buku beliau Almagest (150 Masihi), beliau mengatakan
bumi berada di tengah-tengah angkasa dalam keadaan pegun (motionless) dan matahari, bintang-
bintang dan objek-objek lain berpusing mengelilinginya. Teori ini menguasai barat hinggalah ke
abad 16 Masihi.

Kemudian datanglah Nicolaus Copernicus, seorang pakar astronomi daripada Poland.


Beliau mengutarakan teori baru yang dikenali sebagai teori heliosentrik. Melalui buku beliau
yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On The
Revolutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun
di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya.

-21-
Sebagai contoh, dalam surah A-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, “Dan dialah yang
menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam
falaknya.”Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. Perkataan berenang pada asalnya berkaitan
dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya.

Kiasannya dengan matahari dan bulan ialah kedua-duanya bergerak sendiri ke angkasa.
Falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam
bulatan.Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan
sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan ‘malam dan siang, matahari dan bulan beredar
dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang.’

Rahat ialah suatu alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang.
Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat
matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri. Oleh kerana matahari dan
bulan berputar di atas paksinya dalam bentuk bulatan, justeru kedua-duanya adalah objek bulat
yang berpusing-pusing.

Yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah
lebih daripada dua. Dalam ayat ini jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua iaitu matahari
dan bulan. Malam dan siang bukannya objek sebaliknya merupakan fenomena yang berlaku di
atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi maka objek ketiga yang
dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan
malam dan siang berputar (yasbahuun), ia menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada
putaran bumi di atas paksinya lahir fenomena malam dan siang.

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 33 menunjukkan ia berputar atas paksinya sekali gus
mengisyaratkan bintang-bintang yang lain (seperti matahari) juga berputar atas paksinya.
Penemuan semasa mengesahkan ia berputar atas paksinya dan mengambil masa 27.32166 hari
(sidereal month) bagi menyempurnakan satu pusingan, (sekiranya ukuran ini dibuat tanpa
mengambil kira pusingan bumi mengelilingi matahari), atau lebih kurang 29 hari sekiranya
putaran ini diukur daripada bumi (synodic month).

-22-
KESIMPULAN.
Kesimpulan yang boleh diolah daripada kajian terhadap kejadian bintang dan teori
bigbang ialah mengamati keindahan penciptaan yang maha esa yang tiada nilainya. Kejadian
yang teramat menakjubkan sehingga kajian dilakukan namun masih ada kekurang. Hal ini
menyebabkan meningkatnya intelek pemikiran golongan sekarang untuk meneroka dan
mempelajari ilmu-ilmu falak.
Selain itu, kita dapat mengetahui kejadian-kejadian angkasa raya yang luas dimana
sebelum ini kita tidak ketahui dengan mendalam. Pengetahuan-pengetahuan seperti ini amat
berguna dan mampu membuka pemikiran ke lebih meminati terhadap ilmu pengetahuan
terutamanya terhadap ilmu bidang kosmologi.
Bintang-bintang yang berkedipan di ruang angkasa amat menusuk hati melihat
keindahannya. Namun disebalik yang indah terdapat pelbagai perkara yang banyak kita tidak
ketahui. Antaranya ialah bagaimana terjadinya bintang, jenis-jenis bintang dan yang paling
penting orbit-orbitnya.

-23-
RUJUKAN.
1) Buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin
PENGANTAR : Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani B. Haji Zakaria
(Mufti Kerajaan Negeri Perak)
Dr. Mohd Asri B. Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

2) Internet : http://www.quransaintifik.com.my

-24-

Anda mungkin juga menyukai