Anda di halaman 1dari 6

LARI JARAK SEDERHANA

Biasanya terdapat dua acara yang digolongkan sebagai acara jarak


sederhana, iaitu 800 meter dan 1500 meter. Kedua-dua acara ini disertai oleh lelaki
dan wanita.

1.0 800 meter


Lapan ratus meter adalah sejenis acara larian yang dijalankan di atas trek
sama ada berturap atau di atas rumput.

1.1 Peraturan-peraturan
1.1.1 Permulaan
Setiap peserta akan ditentukan lorong masing-masing mengikut undian. Pelari
yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat
melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan
kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong.
Apabila mereka melepasi 100 meter pertama, mereka akan memotong masuk
ke lorong pertama. Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu memotong
masuk mengikut satu garisan lurus.

1.1.2 Pakaian
Dalam acara 800 meter, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut
(spikes) atau tidak memakai kasut. Namun begitu berlari dengan memakai kasut
adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek.
Selain dari itu baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air
supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Peralatan lain yang diperlukan ialah
pistol untuk melepaskan pelari dan alat perakam waktu untuk mencatat masa.
Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari dilepaskan dalam keadaan berdiri.
Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila
pakaian peserta basah. Jika pakaian tidak senonoh maka pelari itu boleh dibatalkan
penyertaannya. Ini kerana dia akan mengganggu konsentrasi peserta lain. Pada
setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluarnya supaya mereka
senang dikenal pasti oleh pengadil.
Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi antarabangsa yang telah
ditentukan. Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan sejumlah enam paku
dengan panjangnya tidak melebihi 25 mm (1 inci) dengan diameter paku tidak
boleh melebihi 4 mm (0.16 inci). Ini penting untuk mengelakkan diri semasa
peserta menggunakan kasut untuk tujuan lain.

1.1.3 Arahan dari Pelepas dan Tolak-menolak Ditegah


Semua peserta akan dimulakan dengan arahan ‘ke garisan’ (bersedia)
kemudian pistol akan ditembak. Dalam acara 800meter, cara permulaan dengan
cara berdiri amat sesuai sekali. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari
dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear
force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana dengan
adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak.
Pelari juga dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika ada di
antara peserta menolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan. Selain dari itu
mereka juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari
lain. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar maka
dengan automatik larian mereka dibatalkan walaupun mendapat kedudukan
pertama.

1.1.4 Cara Membuat Larian


Bagi pelari dalam acara jarak sederhana atau pertengahan (800 meter) selalu
mengguna cara berdiri semasa permulaan. Ia digunakan kerana kaki dapat diletak
paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak
dengan pergerakan kaki.

1.1.5 Ke Garisan Penamat


Setiap peserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400
meter.Untuk menghabiskan dua pusingan itu, jika mereka menerima bantuan luar
atau tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka tiba
dahulu.
Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi
badan dan kaki mereka. Dengan kata lain bahagian dada menjadi ukuran penting.
Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke garisan penamat
(dada menyentuh benang).

1.2 Aplikasi
Dalam larian 800 meter, teknik permulaan amat penting supaya dapat mencari
kedudukan yang baik sebaik sahaja peserta-peserta dilepaskan. Bagi 200 meter
pertama, pelari mesti berelari agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar.
Dengan berada di hadapan maka seseorang itu dapat berlari di lorong paling dalam
terutama larian di lengkung trek yang dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga.
Selain dari itu pelari juga harus berhati-hati dengan pelari lain, dan supaya mereka
tidak memotongnya maka dia perlu berlari tidak terlalu ke dalam. Pelari yang
mendahului pelari-pelari lain juga ada kelemahan di mana tidak dapat melihat apa
yang nerlaku di belakang dan terpaksa mengikuti rentak larian sendiri.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian apabial seseorang pelari itu
sedang mengatasi pelari lain, ialah cuba menjarakkan diri daripada pelari lain setelah
mendahului dalam larian itu. Ini sebagai satu kaedah untuk mengelakkan saingan
peserta lain serta memberi satu kesan psikologi kepada mereka. Selain dari
mengetahui kebolehan diri sendiri, seorang pelari jarak pertengahan perlu juga tahu
akan kebolehan dan kelemahan pelari lain, dan ini merupakan taktik yang baik.
Dengan adanya sedikit pengetahuan tentang pelari lain, sedikit sebanyak dapat
membantu pelari mengatur strategi serta mengurangkan variebel dalam satu-satu
larian.

1.3 Kesimpulan
Pada keseluruhannya acara 800 meter sangat digemari oleh peserta
walaupun kadang-kadang sangat meletihkan mereka kerana pelari 800 meter dapat
membaca taktik saingannya sebelum membuat keputusan. Namun untuk berjaya
dalam acara ini seorang pelari itu mesti bersedia dari segi mental dan fizikal supaya
dapat mengatasi segala halangan.
2.0 1500 meter
Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting
untuk mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari
cara progresif, iaitu dari senang kepada yang susah bertambah penting untuk
mencapai kejayaan.

Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang
diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai
peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan
yang lama dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan
supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat.
Peralatan uang diperlukan boleh dikatakan hamper sama dengan peralatan untuk
acara 800 meter seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang
bersesuian. Tetapi uang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh
daripada larian 800 meter kasut yang dipakai bibenarkan tanpa paku. Ada beberapa
peralatan penting yang perlu digunakan seperti loceng penamat pusingan, benang di
garis penamat.

2.1 Peraturan-peraturan

2.1.1 Permulaan
Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka
diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Di sini pelari yang diundi untuk
lorong pertama paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari
akan cuba memasuki lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa larian
dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari yang berada di lorong luar sekali perlu berlari
dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum menuju ke lorong pertama.

Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah berdiri,


sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh
pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu ‘bersedia’ dan ‘mula berlari’
sebaik sahaja pistol ditembak.
2.1.2 Larian batal
Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap
batal dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan
dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja berlari
di luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang
menolak akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah.

2.1.3 Jenis Trek


Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan
kecuali trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari
tidak boleh digunakan.

2.1.4 Tamat Larian


Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara masa
diambil.

2.2 Aplikasi
Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hamper semua pelari jarak 1500
meter cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di lorong
terdalam. Ia ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa serta dapat
mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu taktik yang perlu
digunakan ketika perlumbaan bermula, pelari mesti berlari dengan pantas pada 100-
150 meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan biasa.

Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu


membaiki masa ciptaannya, dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Jadi
untuk mencapai kedua-dua hasrat di atas, seorang atlit mesti tahu akan kebolehan
serta siapa lawan mereka. Selain dari itu dia juga mesti ada strategi yang tersendiri.
Adalah dicadangkan jika boleh seorang pelari harus berlari dalam kelajuan yang
sama bagi menamatkan larian dan pada pusingan ketiga iaitu 220-400 meter
terakhir, pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan yang mengekorinya. Ini
bukan sahaja memberi semangat kepada diri sendiri malah memberi satu kesan
psikologi kepada pesaingnya.
Apabila mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat
dengan strategi (larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian ketika
berlari untuk menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus
dipelbagaikan dalam satu larian 1500 meter seperti menambahakan kelajuan untuk
mencapai satu rentak yang dikehendaki, meninggikan kelajuan untuk mengejar pelari
lain atau meninggalkan peserta lain dari awal hingga akhir perlumbaan.

Daripada perbincangan di atas dapatlah dikatakan bahawa bukanlah mudah


untuk mempraktikkan segala strategi di atas tanpa latihan yang mencukupi. Ini
kerana jika seorang peserta itu tidak mempunyai kecergasan yang diperlukan, maka
ia akan ketinggalan atau menarik diri atau berlumba separuh jalan. Jadi seorang
pelari yang ingin berjaya patut berlatih secara konsisten serta ,eliputi berbagai jenis
latihan seperti memecut, larian jauh, jogging dan sebagainya. Ini perlu untuk
membina satu daya tahan, kelajuan, teknik dan semangat apabila berlari dalam satu-
satu pertandingan.

2.3 Kesimpulan
Ternyata bahawa acara jarak pertengahan atau sederhana tidak jauh bezanya
dengan acara larian jarak jauh apabila ditinjau dari aspek latihan. Yang menjadi
penekanan ketika berlatih ialah daya tahan dan penggunaan teknik yang berkesan
semasa berlumba. Oleh itu, dicadangkan agar untuk menjadi seorang pelari jarak
sederhana, semangat dan kehendak memainkan peranan terpenting untuk berjaya.
Ini adalah kerana jika seorang pelari itu tidak bersemangatsebagaimana minatnya
untuk mencapai kecergasan yang tinggi dengan latihan yang keras

Anda mungkin juga menyukai