Anda di halaman 1dari 5

Kanak-kanak Awal.

Kanak-kanak awal bermula dari usia 2 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini perkembangan fizikal
dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi. Pada peringkat ini kanak-
kanak ini berfikir secara tidak logic tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej
mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Mereka juga
berfikir bahawa benda-benda mati sebagai hidup. Contohnya percaya yang bulan itu hidup kerana di
mana mereka berada bulan itu mengikuti mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat
imaginasi secara aktif. Pertumbuhan yang paling impresif ialah dari segi bahasa di mana pada umur dua
tahun mereka sudah mampu menguasai 250 perkataan dan pada umur enam tahun sudah mampu
menguasai 14,000 perkataan. Dari perkembangan emosi dan social di dapati ia berkembang dengan
pesat. Perubahan yang jelas ialah dalam perhubungan dengan rakan sebaya.Pada umur 2 tahun kanak-
kanak cenderung untuk bermain sendirian walaupun ada orang lain yang hadir di sisi mereka. Pada umur
4 hingga 7 tahun mereka sudah mula terlibat dengan tingkah laku langsang. Pada usia ini kanak-kanak
sudah peka dan menyedari jantina masing-masing dan mula bermain dengan permainan yang
bersesuaian dengan jantina mereka.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL.

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi.
Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan
dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segir bentuk badan
dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan
kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak yang tebal dalam badan
bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi (babyish appearance) semakin berkurangan
selepas usia bayi memasuki tahun kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50%
daripada lemak yang ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti,
taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan oto yang pesat. Perubahan ini
juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih
kecil daripada bahu dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama
dengan dada dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu lemak
dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-bahagian lain. Selain
pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan
dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada
keseluruhan ketinggiannya, manakala panjang kepala kanak-kanak yang berusia antara 2 hinggan 6
tahun berubah daripada satu perlima kepada satu perlapan keseluruhan saiz badannya (Lefrancois,
2001). Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih
menyerupai orang dewasa jika dibandingkan mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi.
Kajian jiga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% dariapada berat otak
orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang
dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh:
otak dan mata) berkembang lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu).
Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua peringkat
perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanak-kanak prasekolah (3-6 tahun)
dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau 14 tahun).

a. Perkembangan fizikal.
Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½ inchi dan 5 hingga 7lb
setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak
lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun
ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang
sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi dan berat antara 27 hingga 38 lb.
Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh.
Kanak-kanak baik lelaki maupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra
sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan.
Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak
menurun, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai
lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu
oto. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza
mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran
seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang
yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan
penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan
psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan.

b. Perkembangan motor.
Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh
melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan
sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran
motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang
baik antara oto dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh
melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan
motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:

Umur
(Tahun)
Aktiviti motor kasar
Aktiviti Motor Halus

2-3
melompat dan berlari ulang alik
menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi

Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek

3-5

memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil

Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak, membuka
tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan
melukis garisan lurus

4–5

melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah kaki
menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan elakukan aksi jimnastik yang mudah

Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.

5 ke atas

lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan.
Boleh melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki.
Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan
berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola.

Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin
bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak simetri.

c. Perkembangan Sosial.
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta
budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-
kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga
mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya,
mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan
pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.
Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang
lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi
pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali
dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia
sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi
kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan peringkat ini kanak-kanak berada
pada tahap Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah, iaitu:

i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang
tanggungjawab atas tindakan sendiri.
ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tindak tetapi
masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan
menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.

Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberi
sokongan terutama dalam identifikasi

d. Perkembangan Kognitif.
Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja
mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi
kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal kanak-kanak dan pertengahan
kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.
Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif,
contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan (scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini
juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri
mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan
menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses
asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea
atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna.Tambah Piaget lagi, perkembangan kognitif
kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini
menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi.
Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang
dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat
perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-
kanak awal ini di beri konsep sebagai pemikiran praolahan:

i. Sejadi :
Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari segi tingkah laku,
dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang lebih sofistikated. Belum lagi boleh
berfikir dari segi olahan.

ii. Sub peringkat fungsi simbolik:

Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan menggambarkan sifat pemikiran
simbolik, egosentrik dan animisme

iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:

Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak kelihatan amat yakin dengan
pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka mengetahuinya. Menyoal tidak
berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi ketekalan

Anda mungkin juga menyukai