Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN *

Pengenalan

Langkah keselamatan

Mesin dan peralatan yang digunakan

Prosedur kerja

Gambar rajah projek

Kesimpulan
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PENGENALAN
Bengkel mesin adalah tempat di mana para pelajar di dedahkan dengan mesin
larik, mesin pencanai serta peralatan yang berkaitan. Selain itu, pelajar juga akan di
dedahkan mengenai fungsi-fungsi setiap bahagian mesin dan prosedur
mengendalikannya.

Objektif Bengkel Mesin

• Mengenali,mengunakan serta mempraktikan pengetahuan teori dalam proses


pembelajaran

• Menerapkan aspek keselamatan diri pelajar dan peralatan semasa berada di dalam
bengkel mesin

• Menyediakan diri pelajar dan memberi pengalaman kepada pelajar mengenai


teknologi benkel mesin secara teori dan amali

2
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

! Langkah-langkahKeselamatan
KESELAMATAN DIRI :

*Pelajar adalah dilarang bermain semasa berada di dalam bengkel.


*Pelajar adalah di wajibkan mengunakan peralatan keselamatan.
*Pelajar perlulah berhati-hati semasa melakukan kerja.

KSELAMATAN TEMPAT KERJA :

*Tempat kerja yang bersih.


*Pengudaraan yang cukup.
*Pencahayaan yang cukup.

KESELAMATAN PERALATAN :

• Pelajar perlulah memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.

• Pelajar di nasihatkan agar mengunakan gogal semasa melakukan kerja-kerja


melarik bagi melidungi diri daripada terkena serpihan tatal.

3
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

MATA ALAT :

RAJAH 1.1

* Mata alat merupakan mata pemotong yang dipasangkan pada mesin larik elepas
dicanai bagi menjalankan kerja-kerja melarik logam. Rajah 1.1 menunjukan mata alat
yang dicanai.

a)Mata alat sebelum di asah. b)Mata alat setelah diasah.

4
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MESIN CANAI KAKI :

*Mesin canai kaki merupakan mesin yang lazimnya terdapat di dalam bengkel
mekanikal. Mesin ini digunakan untuk membuang bahan logam secara melelas dengan
mengunakan roda canai.

Rajah 1.2 Rajah 1.2

* Rajah 1.2 menunjukan binaan sebuah mesin canai kaki dan cara mencanai mata alat…

5
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MESIN LARIK :

Mesin larik adalah peralatan utama yang digunakan dalam menyiapkan projek
ini. Mesin larik merupakan satu-satunya mesin yang paling versatile dalam bengkel
kejuruteraan. Mesin larik digunakan untuk memesin secara menyerpih lilitan bahan
logam bagi menghasilkan bentuk silinder. Kerja melarik yang dilakukan ini dikenali
dengan melarik selari dan menampang. Selain itu, mesin larik juga digunakan untuk
melakukan kerja mengerat,melurah,membenang,membunga dan menirus.

Rajah 1.3 (Binaan sebuah mesin larik)

a) Kaedah melarik selari b) Kaedah melarik menampang

*Produk yang menghasilkan pelbagai hasil kerja operasi melarik

Rajah 1.4

6
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

BAHAGIAN UTAMA MESIN LARIK :

-Alatan hadapan
-Pelana
-Landasan
-Alatan belakang

ALATAN HADAPAN
• Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas
kawalan gear untuk melaraskan pilihan kelajuan pelarik. Pada bahagian ini juga di
pasangkan alatan tambahan,iaitu bindu. Tujuanya adalah untuk memegang atau
mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat 2jenis bindu yang lazim
digunakan, iaitu bindu jenis 3 rahang dan bindu jenis 4 rahang.

ALATAN BELAKANG
*Alatan belakang terletak di sebelah kanan mesin larik. Kedudukan alatan belakang
boleh digerakan sepanjang landasan mesin pelarik. Alat ini berfungsi untuk menyokong
bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alat tambahan seperti
tetengah dan bindu untuk disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

[Tetengah dan mata gerudi yang di pasangkan pada alatan belakang]

Rajah 1.5 (tetengah dan mata gerudi)

7
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH-LANGKAH KERJA.

1. Langkah pertama yang diambil dalam kerja melarik ialah mencanai mata alat
terlebih dahulu.
2. Sebelum pelajar mencanai mata alat yang sebenar, pelajar akan diberikan
sebatang keluli yang serupa dengan saiz dan bentuk mata alat.
3. Ini bertujuan melatih pelajar dalam mendapatkan sudut dan ketajaman mata alat
tersebut sebelum mencanai mata alat yang sebenar.
4. Selepas itu, mata alat yang sebenar akan di canai sebelum di pasangkan pada
mesin larik.
5. Setelah semua kerja-kerja mencanai selesai di lakukan, mata alat akan di
pasang kan pada mesin larik.
6. Pelajar akan diberikan sebatang keluli berbentuk silinder yang berlinanan
panjang.

7. keluli tersebut akan di pasangkan pada rahang mesin larik dan dikunci agar
benda kerja tersebut berada di dalam keadaan yang pegun.
8. Kerja-kerja melarik akan dilakukan iaitu melarik mengunakan kaedah melarik
menampang sehingga memperolehi panjang yang di tetapkan iaitu 10MM.

8
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH KERJA.

9. selepas itu, kaedah melarik selari akan digunakan bagi menentukan diameter
yang di inginkan.

10. Semasa melarik benda kerja, pastikan air dipasangkan bagi mengawal tahap
kepanasan benda kerja dan mata alat,pastikan juga bekalan air mencukupi

.
11. Pelajar adalah dinasihatkan memakai alat keselamatan seperti gogal bagi
melindungi diri daripada terkena serpihan tatal semasa melarik benda kerja.
12. langkah seterusnya ialah alatan belakang akan di pasangkan alatan tambahan
iaitu mata gerudi bagi membuat lubang pada benda kerja.

9
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH KERJA.

13. setelah semua kerja melarik selesai dilakukan, benda kerja tersebut akan
dibersihkan dan dikemaskan sebelum dihantar kepda pensyarah untuk di nilai.
14. Mesin yang digunakan mestilah dibersihkan setelah kerja-kerja melarik selesai
dilakukan, persekitaran tempat kerja yang terlibat juga di bersihkan.

10
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

GAMBARAJAH PROJEK.

>> PANJANG : 10mm

>:> DIAMETER : Bebas

11
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KESIMPULAN.

Kesimpulan yang dapat di buat disini ialah, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru
dan menimba pengalaman serta pengetahuan di dalam bengkel mesin ini. Secara tidak
langsung bengkel mesin ini telah melatih dan mendidik diri saya dalam mengunakan
mesin serta fungsinya yang tidak pernah saya gunakan sebelun ini seperti mesin
larik,mesin canai dan sebagainya. Selain itu, aspek keselamatan juga dapat di terapkan di
dalam diri pelajar melalui bengkel mesin ini. Secara keseluruhannya, bengkel mesin ini
telah mencapai objektif yang tetapkan.

LAPORAN TAMAT

12