Anda di halaman 1dari 10

Kimpalan ialah proses penyambungan bahan-bahan logam atau bukan

logam dengan menggunakan haba dan/atau tekanan. Proses kimpalan


terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Rajah 4.3 menunjukkan jenis-
jenis kimpalan yang dikategorikan mengikut American Welding Society
(AWS).

Kebanyakan daripada proses-proses kimpalan menggunakan haba


sebagai tenaga untuk meleburkan bendakerja yang akan dikimpalkan.
Tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan haba boleh diperolehi
melalui beberapa cara seperti ;

a)�������� Mekanikal

b)�������� Elektrik

c)�������� Kimia

d)�������� Optik

Walau apa jua sumber haba yang digunakan, ianya mestilah cukup
tinggi untuk meleburkan logam (biasanya di atas takat lebur), dapat
ditumpukan pada sesuatu kawasan, mencukupi di segi jumlah atau
kadar yang diperlukan dan tidak kurang pentingnya ialah sumber haba
tersebut mestilah boleh dikawal.

Peleburan yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada haba


masukan. Terdapat beberapa parameter/angkubah yang lain yang perlu
diambil kira supaya sesuatu proses kimpalan dapat dilakukan dengan
berjaya, berkesan dan bermutu tinggi. Angkubah-angkubah ini ialah
seperti ;

a.�������� Tebal logam ibu dan jenis sambungan

b.�������� Keberaliran haba


c.�������� Suhu lebur logam ibu

d.�������� Jenis elektrod

e.�������� Suhu bahan ibu sebelum dikimpal

f).Keadaan operasi - contohnya arus dan voltan arka, kadar kelajuan


dan kadar uluran elektrod.

4.4.1�� Elektrod

Elektrod adalah merupakan salah satu elemen penting di dalam


sesuatu proses kimpalan. Ianya dawai logam yang mempunyai
kandungan yang sama dengan kandungan logam yang hendak
dikimpal. Elektrod terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu
jenis yang bersalut dan tidak bersalut. Elektrod telah digunakan
sejak beberapa lama dahulu (1800) dan telah melalui banyak
proses pembangunan dan pembaikan sehinggalah seperti yang kita
dapati pada hari ini. Elektrod digunakan sebagai pengalir elektrik
kepada arka dan membekalkan logam yang sesuai untuk
penyambungan. Salutan yang terdapat pada elektrod jenis bersalut
adalah secara umumnya untuk memperbaiki keadaan atau sifat-
sifat fizikal, mekanikal dan kimia sesuatu sambungan. Secara
khususnya, fungsi sesuatu salutan pada elektrod antaranya adalah
seperti berikut ;

1) Memberikan medan pelindung semasa kimpalan.

2) Menyebabkan berlakunya kumai yang mempunyai ciri-ciri yang


sesuai untuk melindungi logam yang lebur.

3) Menstabilkan arka.

4) Menambahkan elemen aloi logam pada logam kimpalan.

5) Mengurangkan percikan logam kimpalan.

6) Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam.

7) Mengeluarkan oksida dan kotoran.


8) Mempengaruhi kedalaman penembusan arka.

9) Mempengaruhi bentuk kimpalan yang terjadi.

10)Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di mana ini akan


mengelakkan berlaku kerosakan pada sifat-sifat mekanikal
seperti berlaku retak atau bersifat rapuh.

Pemilihan terhadap sesuatu elektrod mestilah berdasarkan kepada


keupayaannya menghasilkan sambungan yang optima pada harga
yang paling ekonomik. Beberapa aspek penting seperti berikut
hendaklah diambil kira iaitu ;

komposisi logam

sifat-sifat mekanikal yang diperlukan

arus terus atau arus ulang alik

kedudukan kimpalan

tebal logam ibu

jenis sambungan

haba masukan
4.4.4�� Proses-proses Kimpalan Arka

Kimpalan arka terdiri daripada beberapa jenis seperti yang


ditunjukkan di dalam Rajah 4.4. Tidak semua daripada proses-
proses ini yang akan diterangkan secara terperinci. Hanya
beberapa proses-proses sahaja yang dibincangkan seperti kimpalan
arka logam bersalut (shielded metal arc welding � SMAW),
kimpalan arka gas logam (Gas metal arc welding � GMAW),
kimpalan arka gas tungsten (Gas tungsten arc welding �
GTAW)dan kimpalan arka timbunan (Submerged arc welding
�SAW).

a)�� Kimpalan Arka Logam Manual (SMAW)

Ini merupakan salah satu daripada proses yang paling lama


digunakan dan paling mudah. Pada masa ini lebih kurang 50 %
daripada kerja-kerja kimpalan di industri menggunakan proses ini.
Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.5, arka terjadi dengan
menyentuhkan hujung elektrod yang bersalut pada bendakerja dan
diangkat dengan cepat pada jarak yang sesuai untuk mendapatkan
arka yang stabil. Haba yang terjadi meleburkan hujung elektrod,
salutannya dan logam ibu pada kawasan yang dikimpal itu.
Elektrod yang digunakan lazimnya bersaiz antara 9 - 18 inci
panjang dan 3/32 - 1/4 inci garispusat.

Arus elektrik umumnya di dalam julat 50 - 300 A, bergantung


kepada jenis dan garispusat elektrod. Arus terus atau arus
ulangalik boleh digunakan. Untuk janaan arus terus, kekutuban
(polarity) boleh jadi positif atau negatif - bergantung kepada bahan
yang akan dikimpal, jenis elektrod dan dalamnya zon pemanasan.

Proses ini lazimnya digunakan di dalam industri pembinaan,


membuat kapal, paip dan lain-lain. Ianya sangat sesuai untuk
bendakerja yang mempunyai tebal di antara 1/8 - 3/4 inci.
 

b) Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW)

Di dalam proses ini, gas pelindung tidak dihasilkan daripada


salutan elektrod seperti di dalam proses kimpalan arka logam
manual tetapi daripada gas lengai seperti argon, helium, karbon
dioksida atau pelbagai campuran dari gas-gas tersebut. Dawai jenis
guna habis digunakan dan diulurkan secara automatik melelui
muncung (nozzle) kepada arka kimpalan (lihat Rajah 4.6).

Kimpalan jenis ini sesuai untuk pelbagai jenis logam ferus dan
bukan ferus. Ianya diperkenalkan pada tahun 1950an dan
digunakan dengan meluas di dalam industri penyambungan logam.
Sama seperti proses kimpalan arka logam manual, proses ini
adalah agak mudah dan ekonomik. Ianya dapat meningkatkan
daya pengeluaran lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan
proses arka logam manual.

Suhu yang digunakan adalah agak rendah, dengan sebab itu


proses ini sesuai untuk mengimpal logam yang nipis yang kurang
daripada 1/4 inci tebal. Proses ini mudah ditukarkan kepada
automatik dan sesuai digunakan dengan menggunakan robot.

c) Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW)

Di dalam proses ini (lihat Rajah 4.7), bahan pengisi dibekalkan di


dalam bentuk batang. Arka elektrik dipancarkan di antara elektrod
tungsten yang tahan lasak/kekal (dapat menahan suhu setinggi
60000F) dan bendakerja yang dikandungkan di dalam ruang gas
lengai, biasanya argon atau helium atau campuran dari keduanya.
Proses ini memerlukan kemahiran pekerja yang tinggi dan boleh
juga dibuat secara automatik. Sumber arka boleh dijanakan
dengan menggunakan arus terus (sekitar 200A) atau arus ulangalik
(sekitar 500A).

Proses ini boleh digunakan untuk mengimpal pelbagai jenis logam


terutama keluli yang tahan haba dan karatan, dan juga aloi
aluminium, nikel dan tembaga. Bahan yang sangat sukar
dikimpalkan dengan menggunakan proses lain terutama bahan
yang digunakan pada industri angkasa lepas juga sesuai untuk
mengimpal bahan yang nipis yang bermutu tinggi dan kemasan
permukaan yang baik.

d)�� Kimpalan Arka Timbunan (SAW)

Di dalam proses ini fluks di dalam bentuk bijian (granular)


digunakan. Arka yang terjadi terbenam di dalam timbunan fluks
tersebut (lihat Rajah 4.8). Arka akan meleburkan dawai elektrod
jenis gunahabis (bergaris pusat 1/16 - 3/8 inci) yang juga
bertindak sebagai logam pengisi dan juga logam ibu. Fluks
memberikan perlindungan kepada arka dari udarakasa. Arus
elektrik yang tinggi boleh digunakan (antara 600 - 1000A). Pada
masa yang sama fluks melindungkan haba yang terjadi dari arka.
Ini membolehkan logam yang tebal dikimpal dengan baik. Sesuai
untuk plat yang lebih tebal daripada 18 inci.

Proses ini biasanya dilakukan secara automatik. Lazimnya plat dan


tiub keluli dikimpal dengan menggunakan proses ini. proses ini
memang terkenal dapat menghasilkan mutu kimpalan yang baik,
menghasilkan sifat keliatan dan kemuluran yang baik. Daya
pengeluaran yang tinggi boleh dicapai dengan menggunakan
proses ini. Berbanding dengan proses arka logam manual kimpalan
arka timbunan adalah 4 - 10 kali ganda lebih baik.

e)�� Kimpalan Stad


 

Kimpalan Stad adalah kimpalan yang agak khusus penggunaannya


di mana arka terjadi di antara hujung stad dan bendakerja (lihat
Rajah 4.9). Hujung stad pada mulanya bersentuhan dengan
bendakerja di mana arus elektrik akan dijanakan. Bilamana arka
terjadi, penembak (gun) akan menaikkan stad sehingga suhu
mencapai kepanasan yang secukupnya dan spring akan
menolakkan stad ke permukaan bendakerja yang telah lebur. Bila
sambungan telah sejuk, penembak dan �ferrule� dikeluarkan.

Ferul (Ferrule) diperbuat daripada seramik. Ianya digunakan untuk


melindungi arka, melindungi kawasan dari pencemaran, melindungi
dari percikan dan menumpukan haba arka ke kawasan kimpalan.
Rajah 4.10 menunjukkan contoh-contoh stad yang boleh digunakan
untuk kimpalan jenis ini.

f)�� Kimpalan Rintangan

Di dalam proses ini haba yang diperlukan dihasilkan melalui


rintangan elektrik pada dua bahagian yang akan disambungkan.
Haba yang dihasilkan ialah dari arus, rintangan dan masa aliran
arus tersebut mengikut formula berikut ;

H = I2� x R x t, di mana

H = haba yang dihasilkan, J (Watt/saat)

I = arus, Ampiar

R = rintangan, Ohm

t = masa aliran arus, saat.


 

Masa meningkatnya suhu pada sambungan juga bergantung


kepada haba tentu dan keberaliran haba bahan yang akan
disambungkan. Terdapat beberapa cara di mana kimpalan jenis ini
dilakukan. Antara cara yang paling lazim ialah kimpalan bintik
(spot), kimpalan kelim (seam), kimpalan unjuran (projection) dan
kimpalan kilat-temu (butt-flash). Rajah 4.11 - 4.14 menunjukkan
contoh-contoh proses kimpalan tersebut.

Semasa proses kimpalan ini dilakukan, haba yang terhasil perlu


diikuti dengan tekanan pada hujung elektrod atau hujung logam itu
sendiri untuk mempastikan ikatan yang kuat/baik. Kawalan yang
tepat terhadap aliran arus dan penggunaan tekanan yang sesuai
adalah sangat penting di dalam proses kimpalan ini.

Kimpalan jenis ini sangat sesuai untuk mengimpal plat atau


kepingan logam yang nipis (1-4) mm. Hampir kesemua jenis logam
boleh dikimpal. Akan tetapi logam tembaga dan besi tuangan tidak
sesuai digunakan. Ianya tiodak memerlukan kemahiran yang
tinggi. Pekerja yang tidak mahir atau separuh mahir sudah
memadai. Berbeza dengan proses kimpalan arka, kimpalan jenis ini
tidak memerlukan fkuks, logam pengisi atau elektrod dan gas
pelindung. Akan tetapi permukaan yang hendak dikimpal
hendaklah dalam keadaan yang bersih dari kotoran seperti minyak
dan sebagainya. Proses ini dilakukan secara automatik sepenuhnya
dan tidak menimbulkan erotan pada sambungan.

g) Kimpalan Geseran

Kimpalan geseran adalah suatu jenis kimpalan yang agak khusus


sepertimana kimpalan stad. Haba untuk kimpalan jenis ini dijana
dari geseran mekanikal antara dua permukaan yang hendak
disambungkan. Kedua-dua bahagian tersebut dipegang dan
diikat pada satah yang searas. Satu darinya diikat pada bindu
yang boleh berputar dengan roda tenaga dipandu oleh motor
elektrik dan satu lagi dalam keadaan pegun dan diikat
bertentangan dengan bahagian pertama pada satu nilai tekanan
yang dipilih.

Geseran diantara kedua-dua permukaan tersebut dengan cepat


meningkatkan haba yang cukup tinggi sehingga ke paras suhu
kimpalan. Sebaik sahaja suhu kimpalan dicapai, putaran
dihentikan serta-merta dan tekanan dikenakan. Nilai tekanan
adalah samada pada nilai yang dipilih diawal proses bermula
ataupun boleh ditinggikan untuk melengkapkan operasi
kimpalan. Rajah 4.15 menunjukkan prinsip kimpalan ini serta
peralatan asas yang digunakan.

Kitaran total untuk kimpalan jenis ini mencapai peringkat


sempurna biasanya kurang dari 25 saat dan masa sebenar yang
diperlukan untuk pemanasan dan kimpalan ialah 2 saat. Berbeza
dengan kimpalan jenis lain, penyambungan dengan operasi ini
tidak memerlukan logam dileburkan. Keseluruhan proses adalah
dalam keadaan pejal. Disebabkan masa pemanasan yang singkat
dan juga kehilangan haba dari kawasan penyambungan adalah
terhad, kecacatan disebabkan oleh haba (rangkuman
permukaan) adalah terhindar dalam bentuk bengkakan.
Bengkakan (upset) ini boleh dibuang selepas proses sekiranya
dikehendaki.

Proses ini adalah sungguk efisien kerana keseluruhan tenaga


ditukarkan ke dalam bentuk haba. Oleh itu ia boleh digunakan
untuk menyambung banyak logam yang sama jenis maupun
yang tidak sama jenis. Dengan bentuk bijian yang halus hasil
kerja panas ini, kekuatan penyambungan adalah menghampiri
logam asas yang digunakan. Walaupun bagitu, proses ini terhad
untuk kimpalan bar bulat atau tiub yang sama saiz, atau
menyambungkan bar logam atau tiub dengan permukaan rata.
Contoh penggunaan penyambungan jenis ini ditunjukkan dalam
rajah 4.16.
2. Kimpalan arka ialah satu proses penyambungan logam yang menggunakan haba. Haba terhasil
daripada arus elektrik dialir melalui elektrod ke logam asas. Hujung elektrod dan bahagian logam
yang hendak disambung itu menjadi lebur.

Anda mungkin juga menyukai