Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR KONFLIK MASYARAKAT MALAYSIA

• Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.

• Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi.

• Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.

• Prasangka dan prejudis yang menebal.

• Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain
dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing.

• Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan.

• Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama.

CABARAN DAN MASALAH INTEGRASI DI MALAYSIA

Kepentingan Etnik Dari Aspek ekonomi


Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan
ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Disini satu
kesimpulan boleh dibuat iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak
seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk
bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar. Akibatnya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum
Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada
keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan
sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan
tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan
banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan
di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi negara.

Kepentingan Etnik Dari Aspek Politik

Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua
pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan
ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke
arah masyarakat yang bersatu padu.Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling
berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan
budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang
sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan
etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.
Kepentingan Etnik Dari Aspek Sosial

Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat sudut yang berlainan iaitu pemisahan fizikal,
sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.
pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada
kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ini
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan
lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang
berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah
dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Seterusnya, adalah dari sudut sistem
pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang
tersendiri. Maksudnya , pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan
bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India
menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan
yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Cabaran Globalisasi

Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Pengaruh Barat
mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya
kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bakal menjadi pemimpin negara.
Kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus akibat pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana
tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
Masalah dari Media

Media massa adalah sebuah organisasi yang antara salah satunya yang menyuarakan
pendekatan kerajaan kepada rakyat. Media massa sama ada media cetak dan elektronik di
Malaysiamempunyai kesan dan pengaruh yang tinggi terhadap masyarakat dan pembangunan
sosial negara. Kajian mendapati akhbar Utusan Malaysia termasuk akhbar Mingguan
Malaysia dan akhbar Berita Harian termasuk akhbar Berita Minggu lebih mengutamakan
golongan elit pemerintah khususnya golongan elit Melayu dalam setiap berita bersifat
perkauman yang telah diterbitkan dalam akhbar masing-masing. Sebanyak 99 peratus berita
bersifat perkauman dalam akhbar-akhbar berkenaan telahpun menjadikan golongan elit
pemerintah sebagai sumber utama berita. Golongan elit pemerintah juga yang telah menjadi
penakrif utama (primary definers) kepada berita-berita tentang isu perkauman yang terdapat
dalam akhbar-akhbar etnik tersebut untuk disalurkan kepada masyarakat atau khalayaknya.
Hasil analisis dari Mohd Asri mendapati kedua-dua akhbar yang dikaji lebih menyokong
pihak pemerintah dalam tindakan dan pemikiran mereka berkaitan isu-perkauman. Mohd
Asri, (2002).

Toleransi Agama
Ketegangan agama kerap berlaku di mana sahaja, namun di Malaysia ianya masih di tahap
yang dapat dikawal. Kajian oleh Abdul Salam Muhammad Shukri (2005), UIAM berjudul
“Does Religious Tension Exist in Malaysia? A Survey of Malaysian Newspaper Report on
Religious Tension Incidents From 1997-2003” (asas/gunaan) membuat analisis terhadap
suratkhabar-suratkhabar arus perdana. Kajian ini mendapati ketegangan agama memang
wujud di Malaysia, namun ia dapat dikawal sehingga tidak merebak dan merosakkan
masyarakat. Sebarang tragedi dan peristiwa dapat ditangani dan dikawal oleh pihak kerajaan
khasnya dan masyarakat secara umumnya yang tidak mahu melihat keamanan negara yang
telah dikecapi sekian lama musnah begitu sahaja.
Selain itu,imej Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan oleh media barat lebih-lebih
lagi selepas peristiwa 11 September 2001 sedikit sebanyak mengundang persepsi negatif dari
masyarakat bukan Islam di Malaysia. Ini kerena majotriti penduduk di Malaysia adalah
berbangsa melayu dan beragama Islam. Ketegangan juga boleh wujud akibat dari
ketidakfahaman di antara penganut-penganut agama yang ada di Malaysia, juga persepsi yang
timbul sejak awal terhadap penganut agama yang berlainan. Masalah ini dikaji oleh
Thameem Ushama (2006), UIAM melalui penyelidikan berjudul “The Image of Islam and
Muslims Among Non-Muslims in Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini meneliti imej Islam
dari pandangan bukan Islam di Malaysia, khususnya mengenai sikap dan penerimaan mereka
terhadap Islam dan orang Muslim di Malaysia. Kajian ini mengkaji tahap keyakinan mereka
untuk hidup di bawah pemerintahan Islam dan kesediaan mereka untuk menerima undang-
undang Islam

Keluarga Dan Institusi Pendidikan Perkauman

Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok Kim (1973, 1982) dan Suryadinata (1989)
mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan mengenai sikap dan tingkah laku
orang Cina (pelajar) diperolehi. Terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang
mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris.
Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti kecinaannya, lebih mudah
bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi nasional. Manakala pelajar
yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk
apabila wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut
merebak kepada institusi keluarga dan pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku,
setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang
berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Kesannya, sekolah Cina kekal dengan
identiti kecinaannya. Integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses
sosialisasi. Ini kerana, bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang
berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan
etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk
menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial.

Anda mungkin juga menyukai