Anda di halaman 1dari 4

Majlis Perasmian Festival i (FESi)

Ucapan Pengetua

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya

pada malam yang penuh barakah ini kita dapat berkumpul dalam satu

majlis ilmiah dan berunsur islamik sebegini. Pada kesempatan ini, saya

merakamkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa

Festival i (FESi) dan ahli Biro Kerohanian Kolej Tun Perak kerana berjaya

menganjurkan festival ini. Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan

mahasiswa dan mahasiswi yang bertungkus lumus tidak kira waktu

menjadikan program yang dirancang dapat direalisasikan kini.

Festival i yang bermotokan “Transformasi Ke Arah Generasi 3S”

yang menjulang kempen “Senyum, Sapa & Salam” merupakan salah satu

inisiatif bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan diantara pihak

pengurusan, pentadbiran dan para pelajar,disamping dapat menyemai

akhlak dan nilai murni kepada para mahasiswa yang menjadi modal insan

kepada negara. Selain itu, perlaksanaan program ini juga bertujuan

sebagai medium pendekatan bagi pengisian rohani dalam memberi

pengetahuan kepada para pelajar tentang keindahan Islam sebagai agama

dan petunjuk hidup. Ini adalah selari dengan nama festival “i” sendiri yang
merujuk kepada semua nilai positif dan murni yang bermula dengan huruf i

seperti Islamik, Integriti, Inovasi, Interaktif dan sebagainya.

Program-program seperti ini adalah suatu bentuk wadah kepada para

pelajar dalam membentuk jati diri seorang mahasiswa muslim yang aktif

dan berakhlak melalui pelbagai aktiviti yang bakal diadakan. Usaha murni

seumpama ini wajar dijadikan tauladan oleh seluruh warga kampus. Di

samping itu, saya percaya dengan penganjuran program seperti ini, bakat-

bakat baru dan potensi diri dapat dicungkil dan digilap agar mampu

memberi manfaat kepada orang di sekeliling. Bakat-bakat yang

dimaksudkan di sini adalah bakat memimpin dan kemahiran bekerja dalam

organisasi adalah menjadi fokus dalam program-program seumpama ini.

Melalui penglibatan para pelajar dalam program seperti ini, individu yang

mempunyai keperibadian yang tinggi dan mempunyai daya pemikiran

kreatif dan kritis dapat dilahirkan, dan seterusnya dapat membantu

masyarat setelah bergraduat kelak.

Dalam usaha untuk menjadikan Kolej Tun Perak sebagai sebuah

kolej yang terbaik dalam Universiti Putra Malaysia, peranan warga kolej

adalah amat penting bagi memastikan usaha tersebut dapat direalisasikan.

Justeru, para pelajar perlulah mempunyai perasaan sayang dan cintakan

kolej yang tinggi dan dapat bergaul mesra dengan pelbagai bangsa antara
satu sama lain dengan semangat muhibbah yang sedia ada. Program-

program seperti ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat

penglibatan 100% daripada para pelajar. Oleh itu, para pelajar haruslah

berani mengambil peluang keemasan ini dengan melibatkan diri dan

menyerlahkan potensi diri masing-masing. Harapan saya, selepas

berakhirnya program-program seumpama ini para pelajar dapat

mengadaptasi dan memperoleh pengetahuan serba sedikit mengenai

hasrat dan objektif yang mahu dicapai daripada program seumpama ini. Di

samping itu,diharap program ini mampu menyuntik semangat Islam dalam

setiap diri pelajar agar lebih maju dalam kehidupan sebagai seorang

muslim .Meskipun penglibatan warga kolej bagi menjayakan Festival i ini

memakan masa dan tenaga para pelajar, bak kata pepatah “bersusah-

susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Saya percaya segala penat

lelah para pelajar akan terbayar setelah berjaya melaksanakan program ini

dengan sehabis baik dan penuh jayanya.

Akhir kata, saya berharap agar pelajar Kolej Tun Perak akan sentiasa

berusaha meningkatkan prestasi,pengetahuan, sahsiah dan kemahiran

bagi melangkahkan diri sebagai graduan yang berkualiti dan mampu

berdaya saing dalam dunia globalisasi yang kian mencabar. Moga program

akan datang yang akan dilaksanakan di kolej ini dapat menjadi sumber
inspirasi kepada masyarakat umum dalam semua aspek kehidupan.

Jadikanlah cabaran menjayakan sesuatu program seumpama ini sebagai

satu momentum dalam melakukan anjakan paradigma.

Dengan lafaz Bismillah, dengan ini saya merasmikan program Festival i.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai