Anda di halaman 1dari 1

Seorang guru akan bersemangat untuk pergi mengajar

Seorang guru akan teruja untuk mengajar pelajarnya

Seorang guru akan gembira bila dapat menyampaikan ilmunya

Seorang guru akan tersenyum tika pelajar memahami ajarannya

Seorang guru akan mencari kesalahannya apabila pelajar tidak faham

Seorang guru akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahannya demi pelajar

Seorang guru akan tekun menuntut ilmu untuk pelajarnya

Seorang guru rajin mentelaah agar mampu menyampaikan ilmu dengan baik

Seorang guru tak akan membiarkan pelajar menanti kecuali ada halangan

Seorang guru tak akan memarahi anak didiknya yang lemah dalam pelajaran

Seorang guru tak akan membiarkan anak didiknya yang nakal terus dengan
kenakalannya

Seorang guru tak akan membiarkan anak didiknya yang bodoh terus dengan
kebodohannya

Seorang guru akan membimbing pelajarnya

Seorang guru akan mendidik pelajarnya

Seorang guru akan membentuk pelajarnya

Seorang guru akan mentarbiah pelajarnya

Jadilah guru yang diingat kerana jasa dan budi

Bukan guru yang dikenang kerana marah dan benci

Anda mungkin juga menyukai