Anda di halaman 1dari 2

1.

3 Mekanisme Pembekuan Darah

1. Pembekuan darah – memberhentikan atau meminimakan kehilangan darah di tempat


berlakunya kecederaan saluran darah.

Pembekuan darah

1. Apabila salur darah tercedera, tisu penghubung di salur darah akan terdedah kepada
udara.
2. Ini menyebabkan platelet melekat dengan kolagen fiber pada tisu penghubung dan
mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan platelet melekat.
3. Penggumpalan platelet membentuk plag platelet.
4. Plag platelet membolehkan kehilangan darah terhenti jika kecederaan pada salur darah
adalah kecil.
5. Untuk kecederaan teruk, plag platelet dikuatkan dengan fibrin.
6. Gumpalan platelet, sel-sel yang cedera dan faktor pembekuan dalam plasma
membentuk activator.
7. Aktivator (thromboplastins), bersama-sama dengan bantuan ion kalsium dan vitamin
K, mengubah prothrombin, satu plasma protein yang tidak aktif ke thrombin, satu plasma
protein yang aktif.
8. Thrombin akan memangkinkan pengubahan protein terlarut (fibrinogen) kepada fibrin
yang tak terlarut.
9. Fibrin adalah protein fibre yang membentuk satu lapisan di atas kecederaan yang
membolehkan sel darah merah terperangkap dan menutup kecederaan.
10. Ini membentuk satu lapisan yang beku akibat pendedahan ke udara.

Masalah yang berkaitan dengan pembekuan darah

1. Haemophilia
a) Satu penyakit yang diwarisi disebabkan oleh kekurangan factor pembekuan dalam
darah.
b) Mangsa akan meninggal dunia disebabkan kehilangan darah yang banyak meskipun
disebabkan luka yang kecil.
2. Beku (thrombus) terbentuk di dalam salur darah normal.
3. Embolus - Trombus yang bergerak dalam saluran darah.
4. Embolus akan bergerak dalam saluran darah sehingga ia melalui satu arteri yang terlalu
kecil.
5. Apabila ini berlaku, pengaliran darah akan terhenti.
6. Jika kejadian ini berlaku di arteri koronari, satu kawasan di jantung akan mati
disebabkan kekurangan oksigen.
7. Jika kejadian ini berlaku semasa pengaliran ke otak, mangsa akan mengalami ‘stroke’.

Anda mungkin juga menyukai