Anda di halaman 1dari 2

SEKALUNG PENGHARAPAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam,


Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, para sahabat keseluruhannya.

Ya Allah,
Syukur atas kurniaan Mu yang tak terbatas,
Syukur atas rahmat Mu yang tiada sempadan,
Syukur atas ilmu Mu yang dianugerahkan kepada kami,
Untuk itu…. Ya Allah…

Bukakanlah hati warga SMSKB untuk menerima segala ajaran dan teguran,
Kurniakanlah kepada mereka hati yang ikhlas dalam menyempurnakan amanah,
Kurniakanlah kepada mereka limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar
Lorongkanlah hati mereka agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah,
Anugerahkanlah rasa kasih sayang anak-anak didik SMSKB terhadap barisan pendidik yang
budiman,
Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan.

Ya Allah,
Jadikanlah doaku ini sebagai pencetus kejayaan, kegemilangan, kesejahteraan dan
keharmonian.

Ya Allah Tuhan Pencipta alam.


Dengan Rahmat Mu, ku mohon kepada Mu berkatilah ibadah semua warga sekolah ini
khususnya anak-anak pelajar sekalian dalam mengenggam kejayaan dan keselamatan di dunia
akhirat.

Ya Allah S.WT Tuhan Maha Besar..


Sebagai Pengetua, Mama dan juga ketua keluarga besar ini ku menyerahkan diri kepada Mu
dan k u mohon
Insyaallah dengan iringan redha dan rahmat Ilahi mengiringi setiap detik dan langkah untuk
anak-anak.

‫ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة و في الخرة حسنة و قنا عذاب النار‬


‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم‬
‫والحمد هلل رب العالمين‬
SEKALUNG PENGHARAPAN

Alhamdulillah kepada Allah setinggi-tinggi puji,


Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW..

Sesungguhnya tugas guru amat mulia dan murni sepanjang zaman


Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru SMSKB hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
amanah,
Lorongkanlah hati guru-guru ini agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai
ibadah,
Anugerahkanlah rasa kasih sayang barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik
SMSKB,
Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan.

Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. lanjutkan
kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek
pembinaan sahsiah insan

Anda mungkin juga menyukai